You are on page 1of 3

Istihsan

Istihsan merupakan salah satu daripada sumber hukum perundangan Islam tetapi ianya tergolong
dalam sumber hukum yang tidak disepakati. Oleh yang demikian, ulama berselisih pendapat
tentang kehujahan Istihsan, ini kerana terdapat ulama yang menerima dan juga menolak Istihsan.
Antara ulama yang menerima kehujahan Istihsan ialah ulama Hanafiah, Imam Malik dan
sebahagian ulama Hanbali. Manakala pula, antara ulama yang menolak kehujahan Istihsan ialah
Imam Shafie dam ulama shafiI serta sebahagian ulama Hanbali.(Pengantar usul fiqh, Abdul
Latif Muda 1997:117)
Ulama yang menerima Istihsan berpendapat bahawa Istihsan adalah salah satu cara untuk
mencari penyelesaian terbaik bagi kepentingan awam. Manakala pula, menurut sebahagian
ulama yang menolak kehujahan Istihsan, jika Istihsan dibenarkan ini boleh membuka jalan ke
arah penggunaan akal fikiran tanpa sekatan yang mana ia terdedah kepada kesilapan dalam
menetapkan hukum. Hal ini kerana hukum akan dibuat berdasarkan nafsu dan fikiran, sedangkan
yang berhak membuat hukum adalah Allah s.w.t. ( Falsafah Perundangan Islam, Amir Husin
Mohd Nor 2002:36)

Takrif istihsan
Istihsan dari segi bahasa ialah menganggap sesuatu itu baik atau sesuatu yang disukai oleh
seseorang serta cenderung ke arahnya sekalipun dipandang buruk (tidak disukai) oleh orang lain.
Istihsan dari segi istilah pula dapat di bahagi kepada beberapa pandangan.(usul fiqh, Hassan
Ahmad 1998:300)
Menurut Mazhab Hanafi terdapat dua pengertian iaitu :
1) Qiyas yang tersembunyi illahnya kerana halusnya atau jauhnya dari
ingatan hati lagi berlaku didalam keadaan menentang Qiyas yang jelas
illahnya kerana bersegeranya kepada ingatan hati pada peringkat
permulaan.

2) Dikecualikan masalah sempurna daripada konsep menyeluruh atau


kaedah umum kerana ada dalil khusus yang mengkehendaki pengecualian
itu sama ada dalil khusus itu terdiri daripada nas atau keadaan yang
memaksa (darurat)

atau uruf atau kepentingan (maslahat) atau lainnya.

(Hassan Ahmad 1998:299)

Menurut Mazhab Maliki Istihsan ialah :


Mengutamakan tinggal sesuatu dalil dan membolehkan menyalahinya kerana ada dalil lain
menentang sebahagian daripada kehendaknya.(Hassan Ahmad 1998:302)

Menurut Mazhab Hanafi :


Berpaling didalam menghukum sesuatu masalah daripada masalah-masalah yang sebanding
dengannya kerana ada dalil yang khusus terdiri dari Al-Quran atau Sunnah.(Hassan Ahmad
1998:303)

Menurut Mazhab Shafie :


Sesuatu perkara yang difikirkan baik oleh mujtahid.(Hassan Ahmad 1998:303)

Para ulamak mentakrifkan Istihsan sebagai beralih dari Qiyas jaliy kepada Qiyas khafiy atau
mengecualikan masalah juziyyah dari asal yang kulliy atau kaedah yang umum berdasarkan
kepada dalil yang menyebabkan peralihan ini. Antara ciri-ciri Istihsan ialah beralih dari
menggunakan Qiyas jaliy kepada menggunakan Qiyas khafiy berdasarkan dalil tertentu. Selain
itu juga,cirri Istihsan ialah menggunakan sesuatu masalah dari asal atau kaedah yang umum
berdasarkan kepada dalil tertentu.( Falsafah Perundangan Islam, Amir Husin Mohd Nor 2002:34)

Secara rumusannya Istihsan adalah beralih daripada hukum yang diistinbatkan melalui Qiyas
jaliy kepada hukum yang dikeluarkan melalui Qiyas khafiy atau pengecualian satu-satu masalah
juziyyah daripada kaedah yang berbentuk kulliy kerana terdapat dalil lain yang lebih disenangi
oleh seseorang mujtahid untuk berbuat demikian.

You might also like