You are on page 1of 15

EDU5412

COMPARATIVE STUDIES IN TECHNICAL


AND VOCATIONAL EDUCATION
TUGASAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN
VOCATIONAL DI NEGARA ENGLAND
Prof madya dr abdullah bin mat rashid

DISEDIAKAN OLEH:
Siti raudhah binti m. yusop
Noor farizza binti abd maulud
SENARAI KANDUNGAN

gs39116
gs41773

1.0.

Pengenalan

2.0.

Pendidikan Teknikal dan Vokasional di England


2.1

Pengenalan Pendidikan Teknikal dan Vokasional di England

2.2

Sejarah Pendidikan Teknikal dan Vokasional di England

2.3

Program Pendidikan Teknikal dan Vokasional di England


2.3.1

Konsep asas

2.3.2

Struktur atau organisasi

2.3.3

Objektif dan Sasaran Prestasi

2.3.4

Indikator-indikator

2.3.5

Isu-isu dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional di England

3.0

Kesimpulan

4.0

Senarai Rujukan

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) merupakan satu sistem pendidikan yang
menyediakan latihan khusus untuk kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran yang
lain. Vokasional bermaksud usaha sesebuah organisasi itu bagi melahirkan pelajar yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka untuk menjadi
pekerja mahir pada suatu hari nanti (Laugho & Lillis, 1988). Manakala menurut UNESCO, 1999
definisi pendidikan Teknikal dan Vokasional yang telah diterima pakai secara meluas adalah
aspek yang terlibat dalam proses pendidikan, sebagai tambahan daripada pendidikan umum,
kajian teknologi dan sains yang berkaitan, dan pemerolehan kemahiran praktikal, sikap,
kefahaman, dan pengetahuan yang berkaitan dengan pelatih dalam pelbagai sektor ekonomi dan
kehidupan sosial.
Perkembangan pertumbuhan ekonomi dunia telah memberi kesan tolakan besar ke atas
permintaan tenaga manusia khususnya terhadap tenaga kerja profesional, mahir dan separa
mahir. Ini sememangnya memberikan cabaran yang besar kepada sistem pendidikan sesebuah
negara terutamanya PTV dalam membekalkan tenaga kerja yang berkebolehan serta mahir.
Tumpuan pembangunan sesebuah negara pada masa kini adalah lebih ke arah perindustrian dan
pembuatan, maka adalah perlu bagi PTV menyediakan suatu bentuk sistem pendidikan dan
latihan yang seiring dengan keperluan industri serta pasaran semasa. Melahirkan sumber tenaga
manusia yang berkebolehan, bermotivasi tinggi, cekap dan produktif adalah penting bagi
meningkatkan kadar produktiviti negara.
Tenaga manusia yang diperlukan di dalam masyarakat industri pada hari ini tentulah tenaga
manusia yang cekap dan profesional, berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat
dan ilmu serta dapat membuat penyesuaian dengan cepat. Memandangkan aktiviti perindustrian
pada masa hadapan adalah berteraskan teknologi tinggi dan teknologi maklumat, maka adalah
perlu bagi pihak kerajaan atau swasta yang terlibat dengan PTV ini untuk membuat perancangan
yang teliti dan komprehensif bagi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang baik agar ia dapat
mampu memenuhi keperluan sesebuah negara.
2.0 SISTEM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DI ENGLAND
2.1 Pengenalan

England adalah sebuah negara yang merupakan sebahagian daripada United Kingdom (UK).
Mempunyai populasi penduduk sebanyak 53.5 miliion, England mempunyai tiga (3) jabatan
kerajaan yang bertanggungjawab untuk membuat dasar PTV iaitu: i) Department of Business
Innovation and Skills (BIS) yang membuat dasar PTV untuk mereka yang berusia 19 tahun; ii)
Deparment of School and Family (DCSF) yang membuat dasar PTV dan bertanggungjawab
menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak berusia 14 hingga 19 tahun dan iii) Department of
Work and Pension (DWP) pula mempunyai peranan dalam konteks dasar pekerjaan.
The Learning and Skills Act 2000 dan Skill Sector Counsil (SSC) memainkan peranan penting
dalam menyediakan garis panduan terhadap pembangunan dan kelulusan kelayakan vokasional
di UK serta di England. Objektif Learning and Skills Councils termasuk yang menawarkan
majikan peluang untuk menyediakan sistem kemahiran melalui kelayakan dan latihan yang
relevan dengan keperluan mereka, membantu majikan terhadap keperluan pembangunan tenaga
kerja mereka, memaksimumkan pelaburan mengikut kemahiran, dan menyediakan pasaran buruh
yang berkualiti tinggi serta bermaklumat yang relevan dengan cabaran semasa.
Pentadbiran pusat Pendidikan Teknikal dan Vokasional di England adalah kerjasama di antara
Department of Education (DfE) yang bertanggungjawab ke atas sekolah-sekolah dan kolej
university teknikal dan Department of Business Innovation and Skills (BIS). Ia bertanggung
jawap menyediakan latihan, pendidikan lanjutan dan pendidikan yang lebih tinggi. Jabatan ini
adalah sangat responsif terhadap tekanan ekonomi yang mendorong ianya maju ke hadapan dan
dipantau dengan teliti dengan meletakkan statistic sebagai sasaran prestasi.

2.2 Sejarah Pendidikan Vokasional di England


Pendidikan Teknikal dan Vokasional di England bermula pada tahun 1905 melalui sekolahsekolah technical junior yang ditubuhkan. Di samping itu, terdapat juga sekolah pusat yang

pengkhususan vokasional dalam kurikulum persekolahannya yang dibuka sehingga tahun 1920.
Penubuhan sekolah-sekolah ini membuka peluang pekerjaan dan agak terkenal dalam
menyediakan pekerja mahir untuk isi rumah di kawasan bandar. Menurut Natalia Cuddy , 2005
separuh abad ke-20 terdapat migrasi peringkat dalaman daripada pekerja arang batu, pembinaan
kapal dan industri keluli di kawasan utara England, Wales dan Scotland di selatan England dan
Midlands.
Eksekutif Pentadbiran Scotland telah mengambil beberapa inisiatif untuk meningkatkan jumlah
penduduk dengan mengekalkan penduduk asli Scotland dan menarik mereka yang pakar dan
terlatih dari luar negara. Di England, terdapat kepelbagaian yang ketara di seluruh kawasan iaitu
jumlah penduduk di Timur Utara menurun sebanyak 1.8% antara tahun 1991 dan 2003, manakala
penduduk di London pula meningkat sebanyak 8.2% dalam tempoh yang sama. Trend demografi,
ekonomi dan sosial menyebabkan implikasi secara langsung bagi sistem Pendidikan Teknikal
dan Vokasional dari segi fleksibiliti pekerja, laluan pekerjaan, pengiktirafan kelayakan,
peningkatan kemahiran, dan sebagainya.
2.3 Program Pendidikan Teknikal dan Vokasional di England
2.3.1 Konsep asas
Konsep asas dalam sistem latihan vokasional di England berkonsepkan sistem modul dan kerja
(job or module concept). Konsep ini menekankan struktur modular dan sangat mementingkan
kelayakkan vokasional yang diperlukan dalam pekerjaan. Menurut (Thu, K. 2008), National
Vocational Qualifications (NVQs) adalah bentuk kerangka kerja dalam sistem latihan vokasional
di England.

2.3.2 Struktur organisasi dan program


NCVQ adalah National Council yang menyelaras sistem latihan vokasional melalui
Decentralized Implementation iaitu terbahagi kepada 2 struktur:

a. External Qualification System


i.

Industry lead bodies

ii.

Awarding bodies

b. Internal Qualification System


Level kelayakkan pelajar dan pelatih berdasarkan tujuan latihan iaitu daripada level 1
sehingga level ke 5.
Pendidikan wajib di England untuk semua kanak-kanak bemula seusia 5 tahun hingga 16 tahun
dan pada usia 11 tahun hingga 16 tahun, kebanyakkan kanak-kanak akan menyambung
pendidikan di peringkat sekolah menengah. Pada peringkat ini sekolah menyediakan pelbagai
mata pelajaran akademik dan vokasional untuk kanak-kanak mengikut kebolehan dan
kecenderungan mereka. Terdapat aspek yang tekankan ke atas pendidikan vokasional dan
penilaian praktikal sebagai maklum balas kepada permintaan majikan di samping memenuhi
keperluan untuk meningkatkan motivasi kendiri, samada bahawa mata pelajaran ini akan
mendominasi kurikulum pada masa hadapan.
Pada usia 16 tahun, murid boleh meninggalkan sekolah untuk memasuki alam pekerjaan dengan
kelayakan akademik lengkap (tahap A di England, Ireland Utara dan Wales atau Highers di
Scotland) atau boleh juga meneruskan pengajian vokasional yang lengkap seperti di University
Technical Colleges atau di Vocational/further Education College. Jenis-jenis pengajian yang
ditawarkan adalah seperti Kejuruteraan, Pembinaan, Rekabentuk dan Design, Kesihatan dan
sebagainya. Kebanyakkan pelajar dalam bidang vokasional ini akan menamatkan pengajian di
Tahap 3.
Di England, Learning and Skills Council (LSCs) bertanggungjawab untuk untuk membiaya
semua latihan kemahiran yang disokong oleh kerajaan kecuali pembiayaan pendidikan di
peringkat tertinggi dan turut membiaya semua pendidikan pasca wajib di sektor awam. Di
samping itu, hampir 2, 000 kelayakan vokasional untuk pelajar di bawah umur 19 di bawah
rangka kerja National Vocational Qualifications (NVQ). NVQs adalah kelayakkan berdasarkan
kecekapan bagi industri dan pekerjaan. England menawarkan peluang melanjutkan pelajaran
dalam bidang vokasional melalui sekolah tingkatan enam, kolej tingkatan enam dan institusi

pengajian tinggi di mana latihan vokasional ini juga adalah kerjasama antara pihak sekolah
dengan kolej swasta yang menawarkan bidang vokasional tertentu.

Rajah 1. Gambaran keseluruhan rangka kerja kelayakan kebangsaan di England

Peluang menyambung pelajaran dalam bidang vokasional juga turut disediakan untuk mereka
yang belum mendapat pekerjaan dan untuk mereka yang telah pun bekerja bagi mendapatkan
kelayakkan professional (DCSF, 2008). Di samping itu, pendidikan vokasional peringkat tinggi
turut di sediakan untuk pelatih yang kurang upaya dan mempunyai masalah pembelajaran.
Terdapat lebih daripada 10,000 penyedia latihan swasta di England, yang menawarkan pelbagai
latihan untuk kakitangan sektor awam dan swasta. Majikan di England juga mempunyai
perwakilan di LSCs tempatan dan boleh mempengaruhi keutamaan pembiaya tempatan. Menurut
Hoeckel. K, 2009, majikan juga terlibat secara langsung dalam penyediaan latihan kemahiran
melalui program perantis di England iaitu program Train to Gain. Melalui program ini, pihak
majikan dapat meningkatkan tahap kemahiran dan kepakaran pekerja mereka yang bertujuan
untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan guna tenaga mereka.
Permintaan terhadapPendidikan Teknikal dan Vokasional di England telah meningkat naik di
kalangan generasi muda di England (West, J. and Steedman, H. 2003). Ia boleh dilihat
berdasarkan graf yang tunjukkan di bawah.
.

Rajah 2: Penyertaan dalam pendidikan dan latihan 16 hingga 18 kanak-kanak berumur tahun

Sumber: Penyertaan dalam pendidikan dan latihan 16 hingga 18 kanak-kanak berumur tahun,
DfES 2002. Latihan berasaskan Kerja adalah sambilan sahaja dan termasuk kedua-dua latihan
kerajaan yang disokong dan dibiayai oleh majikan.
2.3.3

Objektif dan Sasaran Prestasi

Objektif dan sasaran yang berkaitan dengan Pendidikan Teknikal dan Vokasional di England
adalah seperti berikut:
a) Pada umur 19 tahun, mereka bersedia untuk pekerjaan mahir atau pendidikan tinggi dengan
mensasarkan:
(i) Pada tahun 2008, 60% daripada mereka yang berusia 16 mencapai peringkat lima
GCSE di gred A * kepada gred C
(ii) meningkatkan jumlah kanak-kanak berumur 19 tahun yang mencapai sekurangkurangnya tahap 2 sebanyak 5% pada tahun 2008 dan meningkatkan jumlah remaja yang
mencapai tahap 3

(iii) Mengurangkan kadar remaja yang tidak mempunyai bidang pendidikan, pekerjaan
atau latihan sebanyak 2% pada tahun 2010.
b) Menangani jurang kemahiran orang dewasa iaitu meningkatkan bilangan orang dewasa
dengan kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan dan maju ke tahap yang lebih tinggi dengan
mensasarkan:
(i) Meningkatkan kemahiran asas sebanyak 2.25 juta orang dewasa menjelang 2010
(ii) Mengurangkan sebanyak 40% bilangan orang dewasa yang tergolong dalam tenaga
kerja yang mempunyai kelayakkan kurang daripada tahap 2 pada tahun 2010. Satu juta
orang dewasa dalam perindustrian dapat mencapai tahap 2 pada tahun 2006.
c) Meningkatkan dan meluaskan penyertaan dalam Pendidikan Tinggi (HE) yang dilihat oleh
kerajaan England sebagai pusat untuk pembelajaran sepanjang hayat. Pendidikan Tinggi (HE)
juga diperluaskan di Wales dan Ireland Utara.
2.3.4 Indikator-Indikator
a) Perkembangan Ekonomi
Ekonomi negara England adalah ekonomi terbesar dalam empat buah negara UK. Ekonomi
England adalah salah satu yang terbesar di dunia, dengan purata KDNK per kapita sebanyak
22,907. Ekonomi England adalah bahagian yang terbesar dalam ekonomi UK, tersenarai ke 18
tertinggi KDNK PPP per kapita di dunia. Merupakan negara perindustrian utama yang berkaitan
dengan vokasional iaitu pertanian, tekstil, produk kimia, automobil, lokomotif dan aircraft.
Sektor pertanian dijalankan secara intensif dan cekap dengan menggunakan teknologi tinggi iaitu
menyumbang sebanyak 60% keperluan makanan dengan hanya menggunakan 2% tenaga tenaga
kerja. Ia juga menyumbang sebanyak 2% GDP.
Sektor perkilangan menyumbang sebanyak 26% GDP negara iaitu industri aeroangkasa,
farmaseutikal, dan kimia. Industri pelancongan menyumbang sebanyak 96 bilion daripada GDP
(8.6% ekonomi) yang menyediakan peluang pekerjaan kepada 2 milion penduduk.
GDP

- 2.85 trilion (Nominal, April 2015)


- 2.64 trilion (PPP, April 2015)

b) Peluang Pekerjaan
Learning and Skills Council (LSC) dan beberapa agensi yang lain seperti Regional Development
Agencies (RDA) mempunyai peranan penting dalam menyelaras pembangunan ekonomi serantau
dan pertumbuhan semula ekonomi. Ia bertujuan untuk meningkatkan daya saing negara ini
dengan membantu perusahaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan tenaga kerja tempatan
mendapatkan pekerjaan yang berkualiti dan berterusan, khususnya dalam kalangan mereka yang
kurang bernasib baik. Bermula pada bulan April 2001 pembelajaran berasaskan kerja untuk
jangka masa yang panjang bagi golongan dewasa yang menganggur telah dihantar melalui
Jobcentre Plus di bawah tanggungjawab Department of Work and Pension (DWP).

Rajah 3. Pertumbuhan Sektor Pekerjaan oleh Peringkat Kepakaran Pekerjaan

Sumber: Kajian tenaga buruh dan Pengiraan Bank


c) Latihan-latihan yang Disediakan
Pembelajaran berasaskan kerja dan pembelajaran berasaskan komuniti sering dianjurkan oleh
syarikat-syarikat swasta atau badan amal di mana ianya bukan untuk mencari keuntungan.
Terdapat lebih daripada 1000 syarikat latihan swasta dan badan-badan amal bekerjasama dengan

beribu-ribu majikan menyediakan latihan di tempat kerja. Sektor utama untuk pembelajaran
berasaskan kerja kejuruteraan adalah, pembinaan, penjagaan kesihatan dan penjagaan sosial,
rambut dan terapi kecantikan, dan teknologi maklumat.
i)

Program New Deal

Program New Deal diperkenalkan pada tahun 2004 adalah satu program kebajikan yang
disediakan oleh kerajaan untuk membantu individu mengembangkan kemahiran yang mereka
perlukan untuk mendapatkan dan mengekalkan pekerjaan dan meningkatkan tahap kemahiran ke
peringkat tertinggi. New Deal menyediakan bantuan melalui latihan dan meningkatkan
kemahiran vokasional, sokongan pencarian kerja / kaunseling dan pemadanan pekerjaan yang
lebih baik serta penempatan kerja dan pekerjaan yang sesuai. Sehingga tahun 2005, sebanyak
36% pelatih telah mengikut program ini yang terdiri daripada pelatih yang berusia 18 tahun dan
ke atas. Beberapa program New Deal yang disediakan oleh kerajaan termasuk:

New Deal for young people (NDYP).

New Deal 25 plus.

New Deal for partners, New Deal 50 plus

New Deal for disabled people

New Deal for lone parents

The New Deal for skills (NDfS)

10

Jadual 1: Bilangan pelatih (dalam ribu) yang memasuki dunia pekerjaan melalui program New Deal 2003
Sumber: Department of Work and Pension 2004

ii)

Program Train to Gain

Program Train to Gain adalah perkhidmatan untuk meningkatkan kemahiran di peringkat


kebangsaan yang membantu semua majikan untuk meningkatkan kemahiran pekerja mereka
sebagai laluan untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka. Melalui program ini, pekerja
secara tidak lansung dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka secara tidak lansung ianya
juga dapat meningkatkan produktiviti industri dan kecekapan guna tenaga dan sumber pihak
majikan.
2.3.5

Isu-isu dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional di England

Pendidikan Teknikal dan Vokasional di negara England adalah merupakan pendidikan yang
dilihat berjaya melahirkan graduan-graduan yang mahir dan memenuhi kehendak pasaran
pekerjaan. Walaupun begitu, terdapat isu-isu yang dibangkit oleh para penyelidik yang
menjalankan kajian perbandingan mengenai Pendidikan Teknikal dan Vokasional di negara
England dengan negara-negara lain yang turut menyediakan PTV di negara mereka. Antara isuisu yang ditimbulkan ialah negara England memulakan PTV seawal usia 14-19 tahun di mana
ianya dilihat tidak sesuai untuk kanak-kanak yang masih diperingkat awal. Evans, L (2014) turut
menyatakan program perantisan dalam latihan vokasional di England dilihat sebagai satu
program yang baik tetapi tidak sesuai dipraktikkan kerana kanak-kanak tersebut belum lagi
bersedia sepenuhnya untuk mengikuti latihan tersebut. Walaupun program perantisan akan terus
menjadi program penting dalam mana-mana sistem 14-19 di masa hadapan, institusi pendidikan
teknikal dan vokasional perlu memberi tumpuan yang sama iaitu dengan mengurangkan jurang
yang wujud di antara matapelajaran akademik biasa dengan program perantisan.

11

Menurut Raffe, D (2014), terdapat beberapa isu yang diketengahkan yang memerlukan tindakan
penambahbaikan oleh institusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional di negara England. Di
antaranya ialah rekabentuk latihan vokasional yang terlalu preskriptif, model kecekapan
pekerjaan yang tidak relevan , pulangan tenaga buruh mahir yang rendah, kurang penyertaan dari
pihak majikan, kurikulum latihan vokasional yang terbatas, kurikulum latihan vokasional yang
diasingkan dari kurikulum akademik biasa dan sebagainya.
Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional di negara England perlu di perbaiki dengan
mengambil kira kesesuaian program latihan yang ditawarkan. Pihak majikan berperanan dalam
menyatakan apakah bentuk kemahiran yang diperlukan oleh industri bagi membolehkan pelatihpelatih tersebut menceburi bidang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang diperolehi.
Selain itu, kurikulum latihan vokasional perlu di ubahsuai iaitu matapelajaran akademik biasa
dijalankan serentak dan tidak diasingkan. Ini bagi menjamin kualiti latihan yang ditawarkan
sesuai untuk diadaptasi dalam bidang pekerjaan dan juga pelatih dapat meneruskan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi.

3.0 Kesimpulan
4.0 Senarai Rujukan
1. David Raffe (2014), First Count to Five: Some for The Reformed of Vocational
Qualification in England. Journal of Education and Work. Vol 28, No. 2.147-164

12

2. DCSF. 2008, Further Education Book of Facts diakses pada 5.3.15,


www.dcsf.gov.uk/rsgateway/DB/STA/t000667/index.shtml
3. DfES (2003), 21st Century Skills. Realising our Potential. The National Skills
Strategy, HM Government, Norwich.
4. Evans L (2014). Avoiding the same old mistakes: Lessons for reform of 1419
education in England, IPPR. Di akses pada 28.4.15
http://www.ippr.org/publications/avoiding-the-same-old-mistakes-lessons-forreform-of-14-19education-in-england
5. Hoeckel. K, Cully. M, Field S, Halsz G and Kis. V (2009). Learning for jobs:
OECD reviews of vocational education and training. England and Wales.
6. Natalia Cuddy, 2005. Vocational Educational and Training In the United
Kingdom. Cedefop. United Kingdom.
7. Office for National statistics (2014) di akses pada 25/4/2015
http://www.ons.gov.uk/ons/guide-method/compendiums/compendium-of-ukstatistics/economy/index.html
8. Putting skills at the heart of global economic success. A brief guide to UK
technical, vocational education and training (TVET) diakses pada 3.5.15
www.ukieri.org/images/pdf/TVET_Guide.pdf
9. Thu, K, 2008, Comparative study of vocational, technical education and training
system in Myanmar, England and Germany: lessons learned from developing
countries, Journal for Vocational and Technical Education and Training, pp.5059. Di akses pada 5.3.15
http://hdl.voced.edu.au/10707/117091

13

10. West J., Steedman H., (2003). Finding Our Way: Vocational Education in England
Di akses pada 5.3.15
http://cep.lse.ac.uk

14

You might also like