You are on page 1of 16

Kajian Tempatan

Tahun 6 unit 1 Sumber


Semula Jadi dan
Kegunaanya

Penggunaan Sumber secara Optimum


Pengunaan Sumber secara Optimum
Penggunaan optimum bermaksud penggunaan sumber yang menghasilkan faedah tertinggi dan
kesan buruk yang paling rendah.Penggunaan optimum dapat mengelakkan sesuatu sumber
daripada dibazirkan.
Cara-cara untuk menggelakan pembaziran :
1.Tutup suis televisyen jika tidak menontonnya

2.Pokok yang hendak ditebang dipilih terlebih dahulu.

3.Penggunaan tuba untuk menangkap ikan perlu dielakkan kerana boleh memusnahkan hidupan
dalam laut.

Glosari
Tuba bermaksud sejenis racun yang diperbuat daripada bermacam-macam akar yang beracun.

Sumber Alternatif
Sumber mineral akan habis jika digunakan berterusan dan tanpa kawalan.Oleh itu,bagi
mengurangkan pergantungan terhadap sumber mineral beberapa sumber alternatif boleh
digunakan.

Tenaga yang diperoleh daripada cahaya Matahari dapat menghasilkan tenaga elektrik.Tenaga
tersebut boleh digunakan untuk memanaskan air dan membekalkan tenaga untuk peralatan
elektrik.

Bahan sisa pertanian seperti kelapa sawit,sekam padi dan tebu boleh diproses bagi
menghasilkan tenaga elektrik biomas.Tenaga ini dapat digunakan sama ada di rumah atau bagi
keperluan industri.
Glosari
Alternatif bermaksud satu pilihan antara dua kemungkinan.
Biomas bermaksud bahan atau sisa daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang boleh
digunakan untuk menghasilkan tenaga, gentian atau bahan kimia.
Posted by Famia Mihah at 20:29 No comments :
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Tuesday, 1 October 2013

Sumber Semulajadi dan


Kegunaannya
Negara kita kaya dengan hasil bumi seperti sumber semula jadi yang dianugerahkan oleh
Tuhan untuk kegunaan manusia. Manusia memperoleh sumber semula jadi dari laut, dalam
tanah dan hutan. Sumber semula jadi yang diperoleh mestilah digunakan dengan cara
yang optimum. Apabila sumber sedia ada habis, sumber alternatif digunakan. Contohnya, solar,
udara, air, tanah-tanih dan lain-lain lagi.

Sumber semulajadi merupakan punca terdapatnya bahan-bahan yang terjadi dengan


sendirinya, bukan buatan manusia. Bahan yang dibuat oleh manusia tidak dipanggil sumber
semulajadi. Ia dipanggil sumber buatan. Sumber-sumber semulajadi yang terdapat
di Malaysia adalah :

Sumber Mineral

Sumber Hutan

Sumber Laut

Solar

Tanah-tanih

Udara

Sumber Mineral

Sumber mineral adalah sumber yang terbentuk dari sebatian semulajadi yang dibentuk menerusi
proses geologi. Terdapat banyak sumber mineral yang terdapat di Malaysia. Sumber mineral
yang penting adalah seperti berikut;
Petroleum

Gas Asli

Bijih Timah

Emas

1. Petroleum

Petroleum minyak batu merupakan sejenis cecair gelap dan pekat yang juga dipanggil emas
hitam. Istilah "petroleum" pertama kali digunakan di dalam karya bertajuk De Natura Fossilium,
diterbitkan pada tahun 1546 oleh seorang pakar mineralogi berbangsa Jerman bernama Georg
Bauer, juga dikenali sebagai Georgius Agricola.Petroleum biasanya merupakan sebatian
pelbagai hidrokarbon dan biasanya didapati di bahagian atas kerak bumi.Pelbagai produk yang
dihasilkan untuk kegunaan harian.Kerosin,bitumen,nafta adalah salah-satu produk petroleum.
Minyak petrol Sebelum enjin pembakaran dalaman dicipta pada pertengahan abad ke-19,minyak
petroldijual dalam botol kecil sebagai rawatan terhadap kutu dan telurnya.Pada masa tersebut
perkataan Petrol merupankan satu cop dagangan.Rawatan itu tidak digunakan lagi berikutan
risiko kebakaran.Di Amerika Syarikat,petrol juga dijual sebagai pembersih kesan miyak dan gris
pada baju.
Minyak petrol digunakan oleh kenderaan ringan seperti van,kereta dan motosikal

Van

Kereta

Motosikal

2.Gas Asli

Gas asli merupakan sumber penting yang terdapat di perut bumi. Cara melombong gas asli
adalah sama dengan cara melonbong petroleum. Gas asli digunakan untuk menjadi bahan bakar.
Contohnya, gas untuk memasak.Gas asli ialah gas yang terbentuk dalam lapisan magma di
dalam bumi. Gas ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya bersamasama petroleum. Komposisinya juga hampir sama, sebatian hidrokarbon terutamamnya
gas Metana.

Gas asli
3.Bijih timah
Bijih timah adalah sejenis batu yang mengandung mineral penting, baik logam mahupun
bukan logam. Bijih timah dilombong di kawasan lombong biji timah.Tempat yang popular debgan
bijih timah adalah Kinta,Perak.Malaysia terkenal dengan bijih timah yang bermutu tinggi.Terdapat
dua cara melombong bijih timah.Pertama, menggunakan cara tradisional iaitu cara
mendulang.Kedua, menggunakan kapal korek.Bijih timah digunakan dalam industri mengetin
makanan,pancalogam,barangan piuter,memateri.

Mendulang bijih timah

Kapal korek

Bijih timah

4.Emas

Malaysia juga kaya dengan pengeluaran emas. Emas sangat beharga dan mahal harganya.
Emas digali di kawasan daratan seperti di Kelantan dan Johor. Emas boleh dibuat barang kemas
seperti cincin, rantai dan juga perhiasan-perhiasan lain.Emas atau keemasan merupakan warna
oren kekuningan, yang sedikit seperti warna logam keemasan.Warna
sesawang emas "(ditunjukkan pada sebelah kanan) kadangkala dirujuk sebagaikeemasan untuk
membezakan ianya daripada logam warna emas. Penggunaan emas sebagai istilah warna
dalam penggunaan tradisional adalah lebih kerap digunakan kepada "emas (logam)" warna
(ditunjukkan di bawah). Penggunaan pertama direkodkan keemasan sebagai nama warna
pada Bahasa Inggeris berada pada tahun 1300 untuk merujuk kepada unsur emas dan pada
tahun 1423 untuk merujuk kepada rambut perang.

Sejarah Penemuan Emas

Penemuan emas bermula di Amerika Syarikat ketika emas dijumpai di California Utara pada
tahun 1803, California pada tahun 1848 dan kemudian di Alaska pada tahun 1898.
Penemuan yang utama berlaku di California. Emas pertama kali ditemui diSutter's Mill di
California pada bulan Januari 1848. Pada ketika itu California belum lagi diakui kenegeriannya
( ia baru sahaja diperolehi di Mexico ).Berita penemuan itu tersebar di kawasan berjiran dan
ribuan manusia telah bergegas ke kawasan itu.Bagaimanapun, kekurangan pendedahan media
( radio, televisyen dan internat belum lagi dicipta ) bermaksud berita itu tersebar agak perlahan
ke seluruh negara, menjelaskan mengapa penemuan besar emas bermula hanya satu tahun
kemudian.
Namun, ramai yang datang sebaik sahaja berita itu tersebar.sehinggakan pada tahun 1853,
lebih daripada 100,000 manusia menyerbu ke negeri itu.Dan mereka datang dari seluruh nagara
iaitu Amerika Latin, Eropah dan bahkan dari Asia.
Penemuan ini telah mengubah lanskap dalam pelbagai cara.San Francisco berkembang dari
mukim yang kecil dari bandar utama, sementara banyak jalan baru, kereta api, sekolah, gereja
dan bandar dibina di seluruh negara.Undang-undang, termaksud dalam undang-undang
pemilikan harta, telah ditubuhkan.Namun, tidak semuanya baik belaka.Kemunculan ribuan orang
di negeri itu telah mengancam kedudukan orang asli Amerika (Red Indian).Mereka diusir dari
wilayah kehidupan mereka sejak turun-temurun dan ramai yang terbunuh sementara yang lain
mati kelaparan.
Sementara itu,emas ditemui di New South Wales,Australia pada tahun 1851.Enam bulan
kemudian, terdapat suatu penemuan yang lebih besar di negara jiran,Victoria.Penemuan ini
menyebabkan kemasukan mendadak pendatang ke negara itu dan jumlah penduduknya
bertambah daripada 430,000 pada tahun 1851 menjadi lebih daripada 1.7 juta pada tahun 1871.
Emas itu banyak menyumbang untuk negara -ini mendorong perniagaan tempatan, membina
sekolah, hospital, perpustakaan, mengembangkan jalan raya, landasan keretapi dan mungkin
yang paling menarik , mengubah Melbourne daripada sebuah bandar kecil ke bandar keempat
terbesar di empayar Inggeris!
Penemuan terbesar adalah pada tahun 1886 ketika emas dijumpai diWitwatersrand,Afrika
Selatan.Apa yang awalnya dianggap hanya sebuah penemuan kecil ternyata meleset.Daerah ini
rupanya adalah lombong emas yang sangat luas,begitu luas sehingga 40% daripada semua
emas yang ditemui di Bumi berasal dari sana.Secara kebetulan,mata wang Afrika
Selatan,rand,diambil sempena nama tempat tersebut.

Sumber laut
Malaysia terkenal dengan laut yang biru dan terkenal dengan hasil lautnya. Laut China
Selatan seluas 531.1 km persegi memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan
Sarawak, Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera, Indonesia
dan Selat Teberau memisahkan Malaysia dengan Singapura. Sumber laut dapat dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu;

Makanan

Pelancongan

Kemudahan Harian
1. Makanan
Rakyat Malaysia telah dianugerahkan dengan dengan bermacam-macam sumber makanan
laut. Sumber makanan ini telah menjadi punca rezeki untuk segelintir masyarakat Malaysia yang
menjadi nelayan. Industri ini telah menjadi antara penyumbang ekonomi Malaysia, antaranya
Malaysia mengeksport hasil laut ke Singapura.Contoh makanan yang terdapat di Malaysia ialah
Nasi Lemak, Nasi Minyak, Roti Canai dan lain-lain lagi.

Makanan laut

2.Pelancongan
Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi
yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan
industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu
dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara
kita sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya
yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha
negara menarik kedatangan pelancong. Pelancongan adalah antara penyumbang ekonomi
utama Malaysia sekarang. Malaysia bertuah kerana memiliki antara pulau-pulau yang tercantik di
dunia dan berjaya menarik ribuan pelancong asing dari luar dan dalam negeri. Antara pusat
perlancongan yang semakin terkenal di atas muka bumi ini iaitu Pulau Sipadan dan Pulau
Redang.

Pulau Sipadan

Pulau Redang

3.Kemudahan Harian

Seperti yang kita tahu, air merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seharian
kita. Tanpa air banyak perkara yang tak dapat kita lakukan contohnya tidak dapat memasak,
membasuh dan lain-lain.Air merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada
tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan
di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.Air juga wujud dalam tiga bentuk iaitu pepejal,
cecair dan gas.Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam
bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam
bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal ais dan salji.

Air

Sumber hutan
Kita bersyukur kerana di negara kita ini terdapat pelbagai jenis sumber hutan yang sangat
berguna.Hutan negara kita kaya dengan pelbagai jenis flora seperti kayu balak, rotan dan
herba.Hutan di Malaysia merupakan hutan jenis hutan hujan khatulistiwa (Tropika) dan dianggap
yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 % peratus Hutan Hujan
Khatulistiwa. Malaysia mempunyai keluasan hutan kira-kira 77.4 % (20.36 Hektar) daripada
jumlah kawasan keseluruhanya. Disamping kaya dengan Flora dan Faunanya, hutan
di Malaysia menyediakan sumber- sumber yang lain. Sumber-sumber tersebut adalah :

Perabot

Kraftangan

Makanan

Rempah- ratus
1. Perabot
Perabot adalah sebahagian elemen reka bentuk dalaman manakala dinding, lantai, siling,
tingkap dan pintu merangka seni bina sesebuah ruang. Lazimnya, tugas memilih serta menyusun
perabot dipertanggungjawabkan kepada juru reka dalaman.Perabot juga adalah transisi skala
ruang dalaman dan manusia, selain bersifat visual bagi pembentukan ruang. Bentuk, garisan,
warna, jalinan dan skala setiap perabot berpotensi menghasilkan kualiti ekspresi sesuatu ruang.
Dalam erti kata lain tanpa perabot, ruang nampak hambar dan seolah-olah tidak berfungsi.

Pelbagai jenis perabot

3. Kraftangan
Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan
tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya
dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa
kepentingan kebudayaan dan keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil
kejenteraan bukan bersifat kraftangan.Malaysia berbangga kerana mempunyai pelbagai jenis
kraftangan dari hasil kraftangan antik yang tidak ternilai, hingga kraftangan moden yang
menawan.Oleh sebab kebanyakan penhasilan kraftangan di negara ini beragama Islam,
rekabentuk kraftangan tradisional banyak mencerminkan pengaruh Islam. Agama Islam melarang
penggunaan gambaran manusia dalam keseniannya. Oleh itu kebanyakan rekabentuk adalah
berdasarkan unsur alam semulajadi seperti corak akar dan tumbuhan menjalar, bunga serta
haiwan.Menurut Rousliludin Ambia, kraf tradisional didefinasikan sebagai perusahaan atau kerjakerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya
cipta dan keratif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.Akta
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada tahun 1979 mentakrifkan kraftangan sebagai
apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah
hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran
tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan.

Pelbagai jenis kraftangan

3.Makanan
Di hutan terdapat haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan.Makanan merupakan
keperluan asas untuk manusia.Malaysia mempunyai banyak hutan.Jadi,tidak hairanlah Malaysia
mempunyai banyak jenis makanan yang dipungut dari hutan.

Buah-buahan yang dipungut dari hutan

3.Rempah-ratus
Rempah-ratus telah definisikan sebagai bahan perisa makanan daripada sayuran yang
digunakan untuk merencahkan masakan atau pun makanan.Lazimnya rempah-ratus dikeringkan
terlebih dahulu sebelum digunakan supaya dapat disimpan lebih lama dan tidak berkulat atau
rosak.Ia mempunyai aroma dan rasa serta perisa yang tersendiri dalam perbuatan makananagar
rasa sedap apabila dimakan.Ia juga terdiri daripada kulit kayu manis, bunga cengkit, bunga
lawang, daun serai, jintan manis, jintan putih, halda, biji lada hitam, biji lada sulah, buah keras,
jintan manis, biji ketumbar, buah pelaga, jeragau, buah gajus dan saderi.Rempah-ratus juga
digunakan untuk maransang muntah dan peluh sebagai diuretik, stimulan, mengeluarkan kahak
dan meradangkan kulit.Ianya dihancukan, ditelah bagi marawat masalah perut, selesema, radang
sendi, lumbago, penyakit kulit dan riumatisme.Infusi diminum untuk memanaskan perut dan
membuka selera, merawat bronkitis, sakit kepala, reumatisme, sakit kerongkong dan selsema.
Dekoksi diminum untuk merawat busung, masalah hati dan limpa, pleurisi dan sakit kepala.

Pelbagai jenis rempah-ratus

Solar
Tenaga solar merupakan satu sumber yang datang dari Matahari.Tenaga ini boleh
diperbaharui dan ianya tidak akan habis selagi Matahari masih wujud. Tenaga matahari telah
digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad dan telah digunakan secara
meluas ketika ketiadaan bekalan tenaga lain, seperti di kawasan terpencil dan di angkasa
lepas.Banyak teknologi telah dikembangkan untuk menggunakan sinaran suria. Sesetengah
teknologi ini memberikan kegunaan lanjut tenaga suria contohnya untuk memberikan cahaya,
pemanasan, dan lain lagi.,sementara teknologi lain menghasilkan elektrik.

Matahari

Tanah-tanih
Tanah adalah bahagian permukaan Bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah
sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi kerana tanah mampu mendukung
kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan makanan dan oksigen kemudian
menyerap karbon dioksida.Tanah adalah asas penting dalam pertanian untuk menjalankan
penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau
tanaman lain.

Tanah-tanih

Udara
Udara merupakan campuran gas yang tidak berwarna dan tidak berbau.Udara mengandungi
78% nitrogen,21% oksigen,1% wap air, 0.03% karbon dioksida dan lain-lain gas.Udara juga
merupakan keperluan asas Manusia.Udara diperlukan oleh benda hidup untuk bernafas,proses
fotosintesis dan lain-lain fungsi.Udara terdapat di mana-mana.Ianya tidak boleh dilihat tetapi
boleh dirasai.Udara mempunyai jisim,memenuhi ruang,mengembang apabila dipanaskan dan
mengecut apabila disejukkan,

You might also like