You are on page 1of 2

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Kami: SKTK:004/06/002


Tarikh : 6 OKTOBER 2016
Ketua Balai Polis Telok Kemang,
Jalan Pantai, 71050,
Port Dickson, Negeri Sembilan

Tuan,
MEMOHON BANTUAN KAWALAN LALU LINTAS UNTUK KEJOHANAN BALAPAN
DAN PADANG SK TELOK KEMANG KALI KE 42.
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang akan mengadakan Kejohanan balapan
dan padang pada ketetapan berikut :
Saringan : 11 Okt 2016, 8 pagi 12 tengahari (Selasa), Padang Awam Kompleks Telok
Kemang
Raptai Penuh : 14 Okt 2016, 8-pg- 12 tgh (Jumaat), Padang Awam Kompleks Telok
Kemang
Hari Kejohanan : 16 Okt 2016 8 pg-1.00 ptg (Ahad), Padang Awam Kompleks Telok
Kemang
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon bantuan pihak tuan untuk membantu kami
mengawal lalu lintas semasa saringan dan raptai kerana murid akan berjalan dari sekolah ke
Padang Awam Kompleks Telok Kemang yang jaraknya dalam lingkungan 2 km dari sekolah
4.Pihak kami amat mengharapkan permohonan ini diluluskan bertujuan demi keselamatan
murid-murid di sekolah ini.Sekian untuk tindakan dan makluman tuan.
Terima kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

You might also like