You are on page 1of 1

PENGENALAN

Integrasi dan perpaduan kaum merupakan satu elemen yang sangat


penting dalam membentuk dan memajukan sesebuah negara. Sehubungan
dengan itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam pelbagai sektor
untuk bagi memupuk sifat perpaduan antara kaum di Tanah Melayu. Antara
sektor yang paling diberi perhatian ialah sistem pendidikan. Kerajaan telah
menjadikan bidang pendidikan sebagai medium utama untuk memupuk
perpaduan di antara kaum-kaum di Malaysia.
Perpaduan merupakam satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.

DASAR PERPADUAN
Dalam membentuk perpaduan kaum, dasar perpaduan perlu dilaksanakan
oleh pihak kerajaan supaya rakyat Malaysia dapat menjadikan dasar ini sebagai
pegangan mereka bagi mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar
perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:

1) Integrasi
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di
kalangan kumpulan-kumpulan yang berbeza dan terpisah dari segi kebudayaan,
sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
2) Asimilasi.
Asimilasi pula merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan
etnik yang lebih besar.

You might also like