You are on page 1of 3

Sebagai pengarang majalah sekolah, anda dikehendaki mewawancara seorang

pelajar di sekolah anda yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam


peperiksaan PMR tentang rahsianya mencapai kejayaan untuk dimuatkan ke
dalam majalah sekolah. Tulis wawancara anda selengkapnya.
Pada 16 Mac yang lalu, saya iaitu Alisa binti Mahmud sebagai pengarang Majalah
SEMENSA telah menjalankan wawancara dengan seorang pelajar cemerlang dalam
peperiksaan PMR yang baru lalu iaitu saudara Ahmad Salehee bin Abdul. Wawancara
yang dijalankan di bilik gerakan ini bertujuan untuk dimuatkan ke dalam majalah
SEMENSA keluaran tahun 2007.
Pengarang :

Selamat pagi saudara Salehee.

Salehee

Selamat pagi.

Pengarang :

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada


saudara kerana sudi diwawancara pada pagi ini. Selain itu, saya ingin
mengucapkan tahniah kepada saudara kerana mencapai kejayaan
yang
sungguh cemerlang dalam peperiksaan PMR yang baru

lalu.
Salehee

Terima kasih.

Pengarang :

Saudara, saya difahamkan saudara memperoleh 9A dalam


peperiksaan PMR yang diumumkan pada hujung tahun lepas.

Salehee

Ya, benar. Saya telah berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan


PMR yang saya duduki pada tahun lepas termasuk mata pelajaran
Bahasa Arab. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya, semua guru saya dan rakan-rakan saya yang turut sarna
berusaha sehingga saya mencapai kejayaan yang sungguh
cemerlang dalam PMR pada tahun lalu.

Pengarang :

Siapakah yang menjadi pendorong kepada saudara sehingga


mencapai kejayaan yang mengharumkan nama sekolah kita?

Salehee

Selain kedua-dua orang ibu bapa saya orang yang paling banyak
mendorong saya mencapai kejayaan ialah guru tingkatan saya iaitu
Cikgu Dasuki bin Salimin. Beliau begitu prihatin dengan pencapaian
saya dalam sebarang peperiksaan yang saya tempuhi sejak saya
menjadi anak muridnya. Terima kasih cikgu.

Pengarang :

Bagaimanakah saudara mengatur jadual sehingga berjaya mencapai


kejayaan yang sungguh cemerlang?

Salehee

Sebenarnya tiada jadual khusus yang saya ikuti dalam mengulang kaji

pelajaran. Saya mengulang kaji pelajaran mengikut masa lapang


saya. Bagi saya, penetapan jadual yang khusus akan menyebabkan
kita mudah berasa bosan kerana mengikuti perkara yang sama pada
setiap hari. Kebiasaannya, pada waktu petang saya mengikuti kelas
bimbingan bagi mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Inggeris,
Bahasa Melayu dan Matematik. Selepas itu, sekiranya ada masa
lapang saya akan berlari-lari anak di sekitar kawasan perumahan
yang saya duduki sekadar mengeluarkan peluh. Pada waktu malam

pula, sekiranya tiada kerja rumah yang dibekalkan oleh guru, saya
mula mengulang kaji pelajaran dari pukul lapan malam sehingga
pukul sepuluh malam.
Pengarang :

Bagaimanakah caranya saudara mengikuti pembelajaran yang


dijalankan masa di kelas?

Salehee

Kita tidak dapat menafikan kepentingan pembelajaran di dalam kelas.


Semasa guru mengajar saya akan memberikan tumpuan yang
sepenuhnya perkara-perkara yang disampaikan oleh guru. Tumpuan
yang penuh semasa pembelajaran membolehkan saya mengingati
sesuatu aspek dalam pelajaran berkenaan bagi jangka masa yang
lebih lama. Saya juga membiasakan diri saya bangun pada awal pagi
sekitar jam lima pagi. Selepas mandi saya akan membaca tajuk-tajuk
yang akan diajar oleh guru pada hari berkenaan. Hal ini bertujuan
untuk membolehkan saya memahami pelajaran yang akan diajar
dengan lebih mudah. Sekiranya timbul kekeliruan, saya tidak akan
menunggu lama untuk bertanyakan guru tentang perkara tersebut.

Pengarang :

Adakah saudara mengikuti pembelajaran secara berkumpulan


sebagaimana yang dijalankan oleh pelajar-pelajar yang lain?

Salehee

Ya, benar. Saya juga mengikuti pembelajaran secara berkumpulan


bersama-sama tiga orang rakan karib saya. Aktiviti belajar secara
berkumpulan ini biasanya kami lakukan pada hujung minggu iaitu
pada pagi Ahad dari pukul lapan pagi sehingga pukul sebelas pagi.
Pembelajaran secara berkumpulan juga penting bagi menilai
kemampuan kami mengingati fakta yang telah kami pelajari dalam
masa seminggu. Semasa perbincangan kami akan mengemukakan
fakta yang telah diajar oleh guru secara lisan. Kaedah ini dapat
menguji daya ingatan kami. Sekiranya ada fakta yang tersilap salah
seorang daripada kami akan membetulkan fakta berkenaan. Dengan
cara ini, kami dapat mengingati fakta berkenaan dengan tepat.

Pengarang :

Saya difahamkan saudara juga aktif dalam kegiatan persatuan, kelab


dan permainan di sekolah. Tidakkah perkara ini mengganggu
pembelajaran saudara?

Salehee
hari

Tidak sarna sekali. Kegiatan yang saya lakukan ini hanyalah pada

Sabtu sahaja. Saya merupakan Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu


dan mewakili sekolah dan daerah dalam permainan ping pong.
Sebagai pengerusi persatuan akademik saya dan rakan-rakan saya
kerap menganjurkan aktiviti persatuan yang dapat memantapkan
penguasaan kami dalam sesuatu mata pelajaran. Misalnya kami akan
menganjurkan pertandingan syarahan,perbahasan ataupun berbalas
pantun. Dengan cara ini, saya turut membaiki penguasaan saya
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Bagi saya aktif dalam sesuatu
kegiatan di luar bilik darjah tidak akan mengganggu pelajaran kita
selagi kita bijak membahagikan masa.
Pengarang :

Soalan saya yang terakhir. Apakah nasi hat saudara kepada pelajarpelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR?

Salehee

Nasihat saya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki


peperiksaan PMR pada tahun ini ialah selain tekun, mengulang kaji
pelajaran, kita perlu menurut segala nasihat ibu bapa, guru-guru dan

orang yang lebih tua daripada kita. Kita juga perlu menghormati dan
sentiasa memohon restu daripada mereka. Restu daripada ibu bapa
dan guru amat penting bagi mencapai kejayaan dalam bidang
pelajaran. Akhirnya kita juga perlu berdoa setelah kita berusaha
dengan bersungguh-sungguh. Sekiranya perkara ini dapat kita
lakukan dengan ikhlas, kejayaan sudah pasti berada dalam
genggaman kita.
Pengarang :

Baiklah saudara Harris, akhir kata saya mengucapkan tahniah sekali


lagi dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

Salehee

Sama-sama.

You might also like