You are on page 1of 6

FORUM PENGEDAR JONGKONG EMAS PELABURAN

Berita terkini, info serta maklumat terbaru Pelaburan Emas Fizikal Public Gold
dalam mesyuarat Forum Master Dealer Public Gold November 2016
Public Gold sentiasa berkembang pesat dan maju melalui perancangan dan program
terbaru melalui forum master dealer untuk memajukan perniagaan emas pelaburan
bukan sahaja di Malaysia tetapi hingga ke peringkat dunia. Forum master dealer
adalah platform perbincangan dan mesyuarat antara pihak penguruan Public Gold
dengan master dealer Public Gold seluruh Malaysia sebagai pusat perbincangan,
maklumat terbaru, menambah baik, mendapat maklum balas (feedback) dan
mencetus idea baru dalam perniagaan emas fizikal Public Gold. Melalui forum
master dealer Public Gold ini akan dapat memperbaiki kelemahan dan seterusnya
akan dapat memajukan serta mengembangkan lagi perniagaan emas Public Gold ke
peringkat antarabangsa.

AGENDA MESYUARAT DAN BERITA TERKINI PUBLIC GOLD MELALUI


MESYUARAT FORUM MASTER DEALER 2016:
1. PG MALL iaitu Pusat Jual Beli Pertama di Dunia menggunakan sistem
bayaran emas, GPS.
PG MALL adalah Marketplace Online pertama di dunia dan paling sibuk
menggunakan evolusi Sistem pembayaran emas atau Gold Payment System (GPS)
yang menghubungkan pelanggan dengan peniaga (merchants) untuk pelbagai kualiti
dan perkhidmatan pada harga yang kompetitif dalam persekitaran yang boleh
dipercayai dan selamat untuk kedua-dua peniaga dan pembeli. Pembelian dan
pembayaran menggunakan sistem pertukaran GoldCash dengan pelbagai pilihan
produk serta perkhidmatan seperti elektronik, fesyen, Buku, Home & Living,
Makanan & Minuman, Permainan dan Santai, Kids & Beauty, Health & Beauty,
automotif dan banyak lagi yang tidak terhad kepada E -Vouchers. GoldCash atau
GC adalah trademark Public Gold dimana 1gm emas bersamaan 100.00 GC.
Pasaran revolusi bertaraf dunia dikendalikan sepenuhnya oleh PG Mall Sdn. Bhd dan
disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. PG MALL bertujuan untuk
membentangkan platform perniagaan yang boleh dipercayai bagi peniaga untuk
mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dalam perspektif global. Bagi melihat
dan membeli pelbagai barangan dan perkhidmatan atau menyertai perniagaan di PG
MALL sebagai merchant boleh hubungi saya 019-9185593 atau layari
www.pgmall.com.my
Pg Mall merupakan pusat jual beli pelbagai barangan KECUALI EMAS tanpa
sempadan seluruh dunia dengan menggunakan sistem GoldCash . Public Gold
adalah pencipta sistem GoldCash sebagai sistem pembay aran menggunakan emas
pertama di dunia. Contoh, barangan Budu dari Malaysia boleh dibeli oleh rakyat
Indonesia atau seluruh dunia di Pg Mall menggunakan GoldCash dengan mudah
dan selamat.
2. PUBLIC GOLD INDONESIA telah beroperasi sepenuhnya.
Cawangan public gold indonesia pertama telah di daftar dan beroperasi sepenuhnya
di bandar jakarta, Indonesia. Website Public Gold Indonesia juga telah beroperasi
atau live dan berjalan lancar, Cuma perlu sedikit pengubahsuaian yang lebih mudah
dan menarik. Klik www.publicgold.co.id untuk melihat harga jongkong emas dalam
wang rupiah Indonesia. Pasaran emas Indonesia hanya jongkong emas LBMA sahaja
kerana emas dinar tidak diluluskan oleh kerajaan Indonesia, mungkin disebabkan
menjaga kepentingan emas tempatan. Kaya orang Indonesia ni, harga gold bar 10g
24K lbma pun berharga lebih 5 juta rupiah.
Public Gold menyasarkan akan membuka 7 cawangan lagi di bandar Jakarta pada
tahun 2017 kerana pasaran serta penduduk Jakarta yang ramai iaitu 10 juta orang
iaitu hampir separuh jumlah penduduk Malaysia. Peluang terbuka luas untuk dealer
Public Gold yang mempunyai rakan di Indonesia untuk mempromosikan emas
Public Gold bagi meluaskan empayer perniagaan emas.
3. ARRAHNU POS MALAYSIA PUSAT PENGELUARAN EMAS GAP.

Pos Arrahnu Malaysia yang mempunyai 70 cawangan seluruh Malaysia juga menjadi
pusat pengeluaran jongkong emas dari akaun GAP (Gold Accumulation Program)
bermula awal 2017. Program kumpul emas fizikal, GAP Public Gold pertama di Asia
telah melangkah lebih maju dan meluas dengan ikatan kerjasama dengan Arrahnu
Pos Malaysia dimana emas dalam akaun GAP boleh dikeluarkan bila-bila masa di
semua 19 cawangan Public Gold dan 72 cawangan arrahnu Pos Malaysia. Kerjasama
ini pastinya memberi kemudahan kepada ahli atau dealer Public Gold yang berada
jauh dari cawangan Public Gold terutama di pedalaman Sabah dan Serawak. Walau
bagaimanapun pembelian emas gap dan pendaftaran ahli Public Gold tidak boleh
dilakukan di cawangan Arrahnu Pos, hanya boleh dilakukan pengeluaran jongkong
emas dari akaun GAP. Jadi klik panduan mula BELI EMAS MINIMA RM100
ATAU SEGRAM EMAS PROGRAM GAP walau dimana anda berada sekarang
untuk mengumpul jongkong emas pelaburan dengan kemudahan mengeluarkan atau
mengambil jongkong emas atau emas dinar di cawangan Arrahnu Pos Malaysia.
4. ARRAHNU PUBLIC GOLD BARU iaitu Koperasi Dagang Emas, KDE
Lesen arrahnu bagi cawangan Public Gold Ampang, Relau dan Ipoh telah diluluskan
dan telah beroperasi. Arrahnu KDE bagi cawangan Public Gold Kota Bharu dan
Sungai Petani masih dalam proses kelulusan. Kini penyimpan gold bar lbma Public
Gold boleh memajak jongkong emas dengan mudah tanpa pemeriksaan ketulenan
atau dikoyak pembalut di Arrahnu KDE, Arrahnu Pos Malaysia dan Arrahnu
Koperasi Johor.
5. E-REGISTRATION ATAU E-PENDAFTARAN AHLI PUBLIC GOLD
Pendaftaran ahli Public Gold adalah percuma tanpa yuran dan sudah tidak lagi
menggunakan borang kertas, tapi perlu mendaftar secara online di website Public
Gold atau melalui dealer Public Gold. Klik PENDAFTARAN PERCUMA AHLI
PUBLIC GOLD untuk daftar ahli secara percuma dan boleh terus membeli emas
Public Gold secara online.
6. PERKEMBANGAN URUSNIAGA EMAS PATUH SYARIAH DI IKTIRAF
Perjanjian urusan peniagaan emas patuh syariah Public Gold yang sah dan diiktiraf
kerajaan Malaysia telah dilaksanakan dan menunggu kelulusan terakhir.
7. PEMBELIAN GOLD BAR ATAU EMAS DINAR MENGGUNAKAN KAD
KREDIT
Pembelian gold bar atau emas dinar boleh dilakukan dengan menggunakan kad
kredit namun dikenakan caj 3% ke atas pembeli.
8. PERPINDAHAN CAWANGAN PUBLIC GOLD
Cawangan Public Gold Kajang dan Sungai Petani Kedah akan berpindah ke
bangunan sendiri dalam masa terdekat. Cawangan Public Gold Kajang akan
berpindah ke bangunan Public Gold sendiri di Bandar Baru Bangi. Public Gold
semakin berkembang maju dan kukuh dengan pembukaan cawangan public gold
yang baru dan kini berpindah ke bangunan sendiri.

9. PERKEMBANGAN PLATFORM ORACLE BAGI URUSNIAGA ONLINE


YANG STABIL
Public Gold yang ingin menjadikan pelaburan emas dan perak fizikal Investment
Precious Metal (IPM) bertaraf dunia melalui Database Oracle mengembang dan
menambahkan lagi kepakaran melalui sistem ERP (Enterprise Resource Planning)
untuk menangani permintaan yang besar dari seluruh dunia. Klik KELEBIHAN
DATABASE ORACLE PUBLIC GOLD untuk panduan dan maklumat mengenai
database Oracle yang digunakan oleh Public Gold.
Public Gold telah mengikat perjanjian untuk membeli tanah bersebelahan Ibu
Pejabat Public Gold Public Gold di Bayan Lepas yang berharga 16 juta untuk
menangani kepesatan permintaan dalam urusniaga online yang stabil.
10. TAMBAH BAIK URUSAN PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD
Mesyuarat di hangatkan dengan perbincangan dan mencetus idea baru untuk
meningkatkan keselesaan atau kemudahan pelanggan, penambahbaikkan urusniaga
serta perkhidmatan dan sebagainya. Perbincangan pelancongan percuma tajaan
Public Gold bagi tahun 2017 melalui Program SIP Public Gold dirancang ke negara
Kanada.

Mesyuarat master dealer ditangguhkan pada pukul 2 petang dengan jemputan


makan di restoran Pan Mutiara Penang sambil beramah mesra.
Selepas solat semua master dealer dan staff Public Gold diberi peluang menaiki
cruise mewah bagi melihat matahari terbenam atau sunset di perairan lautan Pulau
Pinang. Pengalaman menaiki bot cruise mewah bernilai RM5 juta selama lebih 3 jam
pastinya pengalaman yang tak dapat dilupakan. Salah seorang Master Dealer
mengatakan, sepanjang ia berkerja untuk satu syarikat selama melebihi 25 tahun tak
pernah syarikat tempat ia berkerja memberi peluang percutian mewah secara
percuma.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kejatuhan nilai wang, pelaburan dan
perniagaan terbaik adalah pelaburan dan perniagaan emas fizikal. Dengan kenaikkan
harga barang dan kejatuhan nilai wang, simpanan wang adalah merugikan kerana
kuasa beli wang merosot. Jadi TUKARKAN sebahagian simpanan wang kepada
simpanan emas fizikal untuk perlindungan kejatuhan wang, penjana harta, dana
kecemasan dan pengelak kebocoran wang dengan mula BELI EMAS HANYA RM100
atau beli 1g emas dengan whatsapp 019-9185593 atau klik LANGKAH
PERTAMA MELABUR EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD.

Berita terkini, info terbaru, maklumat terkini, pelaburan emas, pelaburan emas
fizikal, Public Gold, mesyuarat master dealer, forum pengedar emas, forum pengedar
jongkong emas, pg mall public gold, public gold indonesia, emas patuh syariah,
arrahnu pos Malaysia, arrahnu public gold baru, cawangan baru public gold,
kejatuhan nilai wang

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/apa-kelebihan-oracle-database/
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/langkahpertama-melabur-emas-jadi-pelanggan-public-gold/
https://publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_userregistration&view=userr
egistration&lang=en&introducer=PG001425
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeligold-bar-1-gram-program-gap-public-gold/

You might also like