You are on page 1of 1

Kejadian tanah runtuh muncul kembali dalam Negara pada 11 November 2015 di

Kilometer 52.5 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.


Kejadian ini
menyebabkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan,
selain menyebabkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah. Kejadian ini juga menyebabkan
sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) serta sebuah lori terperangkap. Juga direkodkan korban
terbesar ekoran kejadian tanah runtuh ini adalah seramai sepuluh ribu orang hingga tiga puluh
ribu orang yang berlaku di Vargas, Venezuela 1999. Kejadian tanah runtuh kian berkurang
berlaku dalam negara serta global, namun pada masa kini secara tiba-tiba berlaku kembali di
Malaysia. Apakah punca berlakunya kembali isu bencana alam ini? Adakah langkah mengatasi
bencana ini tidak diaplikasikan dengan baik? Atau terdapat pihak yang mula mengabaikan
keadaan geologi di Malaysia?
Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan
tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Kejadian
tanah runtuh bukanlah hanya berlaku di dalam Malaysia, namun isu bencana alam ini juga
berlaku pada peringkat global. Namun, pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu
ini telah bekerja keras untuk mengatasi bencana ini daripada berlaku semula setelah mengkaji
beberapa faktor penyebab berlakunya bencana alam ini. Terdapat beberapa langkah untuk
mengatasi masalah bencana alam ni berlaku antaranya adalah pihak kerajaan seharusnya
menanam semula pokok-pokok di cerun bukit terutamanya di kawasan yang telah dibangunkan,
membina sistem perparitan yang terancang, dan pembangunan yang terancang.
Cerun bukit yang tiada tanaman tutup bumi boleh mengakibatkan gelongsoran tanah yang
teruk apabila berlakunya pergerakan tanah ekoran hujan lebat. Menanam semula pokok-pokok di
cerun bukit merupakan usaha bagi mengatasi masalah bencana alam ini. Di Malaysia, hujan lebat
yang turun akan menyebabkan tanah di lereng bukit menjadi longgar dan menggelongsor. Oleh
itu, pokok-pokok besar yang berakar dalam dan tanaman tutup bumi perlu ditanam untuk
menyelamatkan kawasan pembangunan yang terdedah kepada cuaca dan hujan lebat. Hal ini
dapat membantu menyekat pergerakan tanah daripada dibawa aliran air bawah tanah yang
menggelonsorkan cerun yang tidak stabil.

You might also like