You are on page 1of 7

MPU : ISLAMIC CONTEMPORARY LEADERSHIP

Lecurer : Dr Muhaimin Sulam


Nama : Muhammad Farhan Hazeeq b Hamdan
ID

: 22287

Nama Tokoh : Albert Einstein

Albert Einstein
Albert Einstein dilahirkan di Ulm, Wrttemberg Germany pada tahun 1897, merupakan seorang
yang penuh dengan kesungguhan dan minat dengan ilmu yang membawa beliau kepada
penemuan kepada teori relativiti. Anak kepada seorang jurutera bernama Hermann Einstein yang
mempunyai syarikat peralatan elektrik. Pauline Koch merupakan ibu kepada Einstein merupakan
seorang suri rumah. Albert Einstein hanya mempunyai seorang adik perempuan bernama Maja
yang berumur dua tahun lebih muda darinya.
Luitpold Gymnasium di Munich merupakan tempat Einstein bersekolah rendah.
Walaubagaimanapun, dia yang kini dikenali sebagai seorang genius menghadapi masalah di
sekolah. Einstein berasa bahawa sistem pendidikan sekolah tidak sesua dengannya kerana beliau
menghadapi masalah dalam sastera. Walaupun mempunyai minat dalam muzik, salah satu bidang
sastera, Einstein mempunyai masalah dalam bidang sastera yang lain.
Pada penghujung tahun 1880, seorang pelajar perubatan bernama Max Talmud yang sering
makan malam bersama keluarga Einstein secara tidak rasminya menjadi tutor peribadi kepada
Einstein. Talmud memperkenalkan Einstein kepada buku-buku teks sains yang membuat beliau
minat terhadap karakteristik cahaya. Pada umur belasan tahun Einstein sudah mengeluarkan
kertas journal sains.
Keluarga Einstein terpaksa berpindah ke Milan, Itali kerana bisnes ayahnya tidak menjadi
selepas kehilangan sebuah kontrak besar. Namun, Einstein tinggal di rumah saudaranya untuk
menghabiskan persekolahannya bersekolah di sekolah asrama di Luipold Gymnasium. Apabila
cukup umur, Einstein ponteng kelas untuk mengelak daripada ditugaskan menjadi askar dengan
menggunakan surat doktor yang mengatakan dia menghidap sakit saraf. Selepas ke Milan
menyertai keluarganya, keluargan Einstein faham perlakuan beliau tetapi risau akan masa
depannya kerana berhenti bersekolah.

Walaubagaimanapun, Einstein berjaya mendapat tempat ke Swiss Federal Polytechnic School di


Zurich kerana berjaya mendapat markah yang sangat baik dalam peperiksaan kemasukan dalam
Matematik dan Fizik. Einstein mengambil pendidikan pra-universiti dan tinggal di rumah
pengetua sekolah bernama Josh Winteler dan akhirnya berkahwin dengan anak pengetua tersebut
yang bernama Marie. Akhirnya, Einstein memutuskan untuk menjadi rakyat Switzerland dan
melepaskan kerakyatan Jerman.

Selepas menamatkan pengajian di university, Einstein menghadapi masalah untuk mendapatkan


kerja. Akhirnya beliau mendapat jawatan sebagai penilai untuk pemohon paten untuk peralatan
electromagnetic di pejabat paten Swiss. Semasa sedang bekerja pada sekitar tahun 1905, tahun
ini merupakan tahun yang cemerlang baginya apabila berjaya mendapatkan PhD pada umur 26
tahun dengan sebual thesis berjudul "A new determination of molecular dimensions" dan empat
penulisannya diterbitkan di jurnal fizik terkemuka German, Annalen der Physik. Jurnal terbitan
beliau adalah seperti berikut :
1. Satu penulisan tentang cahaya, di mana beliau menerangkan mengenai kesan fotoelektrik
dan lain-lain ujikaji dengan mengusulkan bahawa cahaya bertindak balas sebagai satu
paket tenaga bukan sebagai selombang seperti diusul oleh Max Planck.
2. Penulisan tentang Brownian motion, mengenai pergerakan rawak partikel.
3. Kertas mengenai Teori Relativiti yang menyatakan kelajuan cahaya bergantung kepada
tempat pemerhati dan pengenalan kepada konsep space time.
4. Kertas kerja mengenai satu formula fizik E = mc2 yang menyatakan jisim kecil boleh
ditukar kepada tenaga yang banyak. Konsep ini kemudian digunakan dalam bom nuklear.
Walaupun pada masa kini, semua kerja-kerja Albert Einstein telah diiktiraf, namun pada masa itu
semua penulisan beliau menjadi satu subjek yang mencetuskan kontroversi. Dia kemuadian
menyambung kerjanya di pejabat paten. Dengan adanya PhD dari Zurich University, beliau
memperoleh pengiktirafan untuk menjadi tenaga pengajar yang sah. Einstein kemudian mengajar
di Universiti Zurich dan Universiti Prague pada 1991.

Beliau terus mengeluarkan artikel tentang teori relativity di Swiss Federal Institute of
Technology in Zrich pada 1912. Dengan pertolongan dari Marcel Grossman yang membantu
dalam matematik dan membincangkan mengenai idea-idea barunya. Kemudian, Einstein
berpindah ke Berlin pada 1914 dimana beliau menjadi ahli Akademi Sains Prussian, pengarah di
Wilhelm Institute for Physics dan pada masa yang sama sebagai professor di Humboldt
University of Berlin. Einstein secara aktif dan terbuka menyertai kempen anti-perang semasa
Perang Dunia pertama.
Pada tahun 1915, Einstein memberi ceramah mengenai teori baru olehnya, teori relativity
termasuk satu formula yang menggantikan hukum gravity Newton dan sekarang dikenali sebagai
Einsteins field equation. Teori yang lengkap telah diterbitkan pada tahun 1916 walaupun
beberapa ahli fizik dan matematik telah menerbitkan formula lengkap sebelum beliau berbuat
demikian. Teori relativiti merupakan satu teori yang berdasarkan hukum gravity dan pecutan dan
menerangkan graviti sebagai sebagai satu unsur geometri yang membawa kepada teori-teori
terkemuka lain seperti teori lubang hitam.
Pada tahun berikutnya, satu artikel mengenai idea barunya telah diterbitkan. Satu teori mengenai
daya anti-graviti yang membantu bumi untuk kekal di tempatnya dalam masa yang sama
mengekalkan kepercayaan beliau terhadap model statik Newtonian. Einstein kemudiannya
menyatakan bahawa teori ini merupakan satu kesilapan terbesar olehnya walaupun pada masa
kini teori tersebut mengenai pecutan alam semesta menampakkan teori ini relevan.
Walaupun banyak percubaan dari saintis untuk menyangkan Teori Relativiti, ahli angkasa
British, Arthur Eddington menyatakan bahawa pada tahun 1919, ramalan Einstein mengenai
pesongan gravity oleh matahari adalah tepat, ini menjadikan Einstein terkenal di seluruh dunia
dan mendapat perhatian pihak media antarabangsa. Rakan-rakan saintis beliau mula
membincangkan mengenai teori relativity dan menyatakan teori relativity merupakan satu
penemua sains terbesar di dunia. Pada tahun 1921, Einstein memenangi Anugerak Nobel dalam
Fizik kerana sumbangan dan penemuan beliau terhadap hukum fotoelektrik.

Untuk beberapa tahun selepas itu, Einstein sibuk mengembara ke seluruh dunia untuk memberi
ceramah mengenai Teori Relativiti. Einstein terlibat dengan debat terbuka dengan Niels Bohr dan
Werner Heisenberg yang merupakan saintis terkenal. Dalam debat ini, Einstein berasa tidak puas
hati kerana Neil berjaya mencari kelemahan dalam semua teorinya.
Semasa Perang Dunia Pertama, Einstein berkempen menentang perang dengan menyertai
pelbagai organisasi anti-perang. Beliau merupakan seorang yang tegas dengan pendiriannya yang
menentang konsep peperangan dan ideanya mengenai dunia tanpa peperangan dan dunia oleh
satu kerajaan sahaja. Pada sekitar tahun 1920, beliau menulis artikel mengenai keamanan dunia.
Kajian fizik mengenai teori relativiti terdiri daripa banyak siri yang kebanyakannya gagal dalam
percubaannya untuk meringkaskan teori gravity dalam menggabung dan meringkas asas hukum
fizik. Pada tahun 1912, satu artikel terbitannya telah menarik media namun dia dipaksa untuk
mengaku kesalahannya dan menyebabkan kredibilitinya hilang dan dimalukan oleh masyarakat.
Einstein terpaksa bekerja sendirian dalam kajiannya menybabkan dia sedikit ketinggalan dari
orang lain dari segi fizik. Walaupun berkoleborasi dengan beberapa ahlil fizik lain seperti Le
Szilrd, namun nama buruknya kerana artikel yang meragukan sebelum ini tetap menjadi
perbahasan orang lain.
Pada awal tahun 1930, Einstein menghabiskan seluruh musim sejuknya di Institut Teknologi
California di Pasadena, California juga sebagai pensyarah jemputan di sebuah Universiti di
Princeton. Pada tahun 1993 setelah Adolf Hitler menjadi Canselor German, Hitler mengarahkan
Law of the Restoration of the Civil Service" untuk membuang semua pekerja berbangsa Yahudi
dan suspek politik termasuk pensyarah dan professor universiti. Einstein kemudian berpindah ke
Amerika Syarikat dan menetap di Princeton setelah pihak Nazi membekukan semua akaun
banknya di German. Eisntein menetap di Amerika selamanya setelah kejadian itu dan menjadi

Einstein membantu orang-orang Yahudi semasa Perang Dunia ke-2 dengan menulis banyak
afidavit untuk membantu orang Yahudi Eropah mendapatkan visa Amerika Syarikat. Dengan ini,
Einstein telah disenarai hitam oleh pihak Nazi beserta buku terbitannya termasuk orang-orang
yang terlibat dengan penerbitannya seperti Max Planck.
Selepas Nazi mengambil alih German, Einstein mengambil keputusan untuk membuat sesuatu.
Para saintis daripada U.S. terutamanya pelarian sedar bahaya akan saintis German yang sedang
membina bom atom semasa Perang Dunia Ke-2. Ini disebabkan penemuan konsep fenomena
pembelahan nuklear yang ditemui berdasarkan teori yang disumbangkan oleh Einstein sendiri.
Oleh yang demikian, Einstein menulis surat kepada Presiden Amerika Syarikat, Franklin
Roosevelt untuk membina senjata yang sama bagi persiapan untuk peperangan. Hasilnya, projek
rahsia tentera telah ditubuhkan dan bom nuklear ini telah direka dan digunakan seperti di
Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.
Walaupun mempunyai niat yang baik, dan tidak memainkan peranan untuk mencipta bom ini,
beliau berasa kesal menulis surat kepada Presiden Roosevelt dan meminta semua senjata nuklear
diserahkan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Einstein melobi Albert Schweitzer dan
Bertrand Russell untuk memberhentikan segala ujian nuklear semasa perang dingin.
Dalam bidang politik, Einstein merupakan seorang socialis Zionis yang menyokong
pembentukan negara Israel di Palestin, dengan mengumpulkan dana untuk organisasi Zionis.
Beliau bertanggungjawab membentuk satu International Rescue Committee pada tahun 1993.
Selain itu, pada tahu 1993, beliau ditawarkan jawatan sebagai perdana menteri Israel namun
menolak jawatan tersebut dengan alasan kurang berpengalaman dalam hal-hal untuk
menguruskan manusia. Dalam sebuah artikelnya pada tahun 1949, yang bertajuk Why
Socialism?, Einstein menerangkan bahawa masyarakat kapitalis sebagai satu situasi dimana
manusia menjadi mangsa dalam pembangunan. Beliau juga merupakan individu yang aktif dalam
beberapa organisasi hak manusia dan beliau juga merupakan seorang vegetarian.
Selepas bertahun-tahun terlibat dengan ilmu dan politik, Einstein akhirnya menuinggal dunia
selepas menghadapi masalah kesihatan sekitar tahun 1950 dan meninggal pada 18 april 1955 di
Hospital Princeton pada umur 76 tahun.

Sumbangan Albert Einstein terhadap politik dan perkembangan ilmu amat banyak. Antara iktibar
yang boleh diambil ialah kita haruslah fokus dalam apa yang kita sedang lakukan. Ilmu yang kita
ada seharusnya digunakan untuk kebaikan bersama. Akhir sekali, ilmu tidak datang dari buku
sahaja, melalui kegagalan dan pengalaman merupakan satu proses pembelajaran untuk kita
semua.

You might also like