You are on page 1of 17

TEATER TARI MAKYUNG BUDAYA TRADISI MELAYU DI

KELANTAN
SITI SAHARA BINTI MAHADI
Alamat: Fakulti Seni, Komputeran Dan Industri Kreatif

Abstrak
Teater Tari Makyung yang kini sudah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Dunia pada
tahun 2005. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mengkaji tentang sejarah dan asal
usul Makyung dalam menempa nama sebagai Anugerah Seni Warisan Dunia UNESCO pada
tahun 2005. Satu kajian ilmiah iaitu kajian perpustakaan di gunakan sebagai instrumen
kajian.Hasil kajiannya Makyung mempunyai 12 cerita atau repertoir. Antaranya termasuklah
cerita Dewa Muda, Dewa Pechil, Dewa Sakti, Dewa Indera Indera Dewa, Dewa Panah, Anak
Raja Gondang, Gading Bertimang, Raja Tangkai Hati, Raja Muda Lakleng, Raja Muda
Lembek, Raja Besar Dalam Negeri Ho Gading dan Bentara Muda. Di dalam persembahan
Makyung ada terdapat watak-watak penting seperti Pak Yung, Pak Yung Muda, Permaisuri,
Puteri Makyung, Peran, Dayang-dayang dan Jin. Tarian mengadap rebab pula merupakan
elemen yang paling penting di dalam sesebuah persembahan Makyung. Setiap watak dalam
pementasan Makyung tidak memerlukan prop tetapi pakaian watak-watak adalah lengkap
dan mahal. Kumpulan muzik Makyung yang lengkap ialah Tawak atau Gong, Gendang Ibu
dan Gendang Anak, Canang, Kesi, Serunai dan yang paling penting adalah pemain
Rebab( Tok Minduk). Teater Tari Makyung mempunyai struktur yang tersendiri dan salah
satu unsur penting dalam Makyung ialah pergerakan asas tarian Makyung selain daripada
muzik dan dialog.
Kata kunci : Teater Tari, Tarian Makyung, Tarian Tradisi Melayu, dan Budaya
Dance Teater Makyung which has now been recognized by UNESCO as World Heritage in
2005. The study aimed to identify and study about the history and origins of Makyung in
itself as a UNESCO World Heritage Art Award in 2005. A review of the scientific literature
review in kajian. Hasil used as a research instrument Makyung has 12 stories and repertoires.
These include stories of Dewa Muda, Dewa Muda, Dewa Pechil, Dewa Sakti, Dewa Indera
Indera Dewa, Dewa Panah, Anak Raja Gondang, Gading Bertimang, Raja Tangkai Hati, Raja
Muda Lakleng, Raja Muda Lembek, Raja Besar Dalam Negeri Ho Gading and Bentara
Muda.In Makyung are important characters such as Pak Yung, Pak Yung Muda, Queen
Princess Makyung, Role, Dayang-dayang and jin .Dance rhythms as well as the most
important element in a presentation Makyung. Setiap character in Makyung not require props
but the clothes the characters are lengkap and expensive. Makyung a full band is Tawak or
Gong, drum Mother and Son drum, cymbal, Kesi, flutes and the most important is the fiddle
player (Tok minduk). Dance Theatre Makyung mempunyai own structure and one of the
essential elements in the basic dance movements Makyung is Makyung other than music and
dialog
keywords: Dance Theatre, Dance Makyung, Malay Traditional Dance and Culture
1

PENDAHULUAN
Mak Yong mengikut tafsiran Prof. Madya Ghulam-Sarwar Yousof dalam bukunya
Dictionary of Tradisional South East Asian Theatre adalah sebuah teater tari Melayu zaman
silam yang menggabungkan elemen-elemen ritual, tarian, lakonan, vokal, muzik instrumental,
nyanyian dan cerita dalam bentuk formal serta improvisasi. Tarian Mak Yong merupakan
tarian tradisional Melayu yang begitu unik dan halus sifatnya.
Teater Tari Tradisional Makyung, sama seperti teater tradisi Asia yang lain, gabungan muzik,
nyanyian, lakonan, tarian awal persembahan, tarian dan nyanyian mengadap rebab.
Persembahan diselang-seli kan dengan nyanyian dan tarian dengan lakonan. Cerita putera
puteri Raja-Raja Melayu, lagenda, fantasi. Ada pengajaran, watak hitam putih dan
protagonis-antagonis.
Pendekatan kedua-dua bentuk teater, Makyung dan Bangsawan, mempunyai perkaitan
dengan teater muzikal Malaysia, cuma dalam muzikal ada lebih banyak lagu, dan latar set
dihapuskan, sebaliknya menggunakan set berbentuk 3 dimensional. Pementasan yang lebih
canggih berbanding Mak Yong dan Bangsawan.
Muzikal Puteri Gunung Ledang merupakan muzikal Malaysia pertama yang menggunakan
bentuk teater muzikal barat West End(London) dan Broadway (New York), dengan
menggunakan lagu2 berirama pop Melayu. Tetapi muzikal barat juga mempunyai sejarahnya
yang tersendiri seperti Cats, Miss Saigon, Phantom of Opera oleh Andrew Lloyd Webber, My
Fair Lady, Funny Girl, Sounds of Music, South Pacific, King and I, dsb. Bezanya dalam
muzikal barat, lakonan dan dialog dilagukan.
Berikutan itu bagaimanakah sejarah terciptanya tarian tradisi Mak Yung? Seperti muzikal
barat , sudah pasti tarian tradisi Mak Yung ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dari
pelbagai aspek seperti pakaian, alat-alat muzik struktur mahupun pergerakan asas bagi tarian
Mak Yung . Watak-watak dalam tarian Mak yong ini juga mempunyai peranannya yang
tersendiri.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti asal usul tarian tradisional Melayu ini. Kajian ini
menumpukan kepada pakaian, alat-alat muzik dan kumpulan muzik lengkap, struktur
pementasan Makyung, pergerakan asas bagi tarian Makyung ,serba sedikit tentang watakwatak, perbendaharaan ceritanya serta sinopsis cerita Anak Raja Gondang dan tokoh tarian
ini. Objektif kajian adalah seperti berikut :
a)
b)
c)
d)

Mendapatkan maklumat latar belakang Makyung dan asal usul tarian ini
Jenis Pakaian-pakaian yang di gunakan oleh setiap watak
watak-watak yang terdapat dalam Makyung dan peranan masing-masing
Jenis alatan muzik yang digunakan dalam Makyung berserta fungsinya dan kumpulan
muzik Makyung
e) Struktur pementasan Makyung
f) Pergerakan asas bagi tarian Makyung
2

g) Perbendaharaan cerita Makyung

3.0 KAEDAH KAJIAN


Kajian yang dijalankan ini berbentuk kajian ilmiah dengan menggunakan kaedah carian dan
pengumpulan maklumat sahih melalui perpustakaan , penggunaan sistem teknologi maklumat
dan akses laman sesawang juga digunakan dalam proses lebih banyak maklumat dari laman
web yang di percayai. Selain daripada itu, kaedah temu bual juga di jalankan bagi mengutip
data-data yang lebih detail dan fakta-fakta yang tepat tentang Makyung

4.0 HASIL KAJIAN

SEJARAH MAKYUNG
Cerita-cerita Mak Yung (asal abad ke 17, di zaman kegemilangan islam di Nusantara) diambil
dari Menora(abad-abad terdahulu, mungkin zaman kedatangan ugama Buddha dari India/ Sri
Langka) atau dipinjamkan dari cerita-cerita Wayang Kulit (Hikayat Seri Rama dari Jawa dan
Cerita Maharaja Jawa dari Kemboja) dan daripada cerita bangsawan(persembahan abad ke 19
dan 20) kerana ini merupakan rumpun genre teater tradisional. Bagi Makyung di Kelantan
tajuk cerita adalah berkait dengan nama watak utama dalam cerita. Contohnya Dewa Muda,
Anak Raja Gondang, Raja Bongsu Sakti, Raja Tangkai Hati dan lain-lain.

Satu cerita dalam persembahan Mak Yong adalah hasil dari gabungan gerak tari, nyanyian,
muzik dan teks. Tema yang mendasari cerita-cerita Mak Yung adalah merupakan mitos
percintaan anak-anak raja dan dewa-dewa, kisah pengembaraan dan juga kehidupan di istana,
misalnya cerita Raja Tangkai Hati. Sungguhpun di tengah-tengah masyarakat petani dan
nelayan mengatakan cerita-cerita Mak Yong juga berkaitan dengan dua alam iaitu alam dunia
dan alam ghaib (alam kayangan Dewa-Dewi). Cerita-cerita Mak Yong membawa penonton
untuk meneroka kehidupan di bumi, di laut dan di kayangan. Orang Kelantan berpendapat
bahawa semua cerita Mak Yong mempunyai hubungan yang erat dengan dewa-dewa, tentang
pengembaraan dewa-dewa atau anak-anak raja serta seringkali menyelitkan peristiwaperistiwa ghaib. Oleh kerana itu cerita-cerita ini dianggap sebagai cerita roman dan saga.
Sebagaimana yang dijelaskan tadi bahawa kisah dalam persembahan Mak Yong adalah
berkisar kepada kisah raja-raja.

Pada saya(Zulkifli bin Mohamad), mak yong sendiri telah mengalami proses Islamisasi
sewaktu islam menyerap masuk ke nusantara dan istana-istana seawal 1028 di Champa, 1198
di Pattani. Pattani dan Kelantan pula adalah satu negeri sebelum Perjanjian Bangkok 1909.
Cerita-cerita mak yong yang dikembangkan dan diperkemaskan oleh Tengku Temenggung
Kelantan pada awal 1900 memang terpengaruh dengan cerita Ramayana, Cerita Panji dan
cerita-cerita dari pelajaran Islamnya (tasawuf) dan dekat dengan kitab Al-Ghazali yang
3

membicarakan tentang penyakit-penyakit hati. Setiap cerita mempunyai watak baik dan jahat
seperti semua cerita tradisional dan ada sebab dan akibat.
Mak Yung yang lengkap, asli dan autentik dipersembahkan dalam permainan Mak Yong.
Perkara ini dibuktikan melalui senarai cerita yang direkodkan oleh Mubin Sheppard yang
mencatatkan bahawa Cerita Makyung bermula dengan satu cerita Dewa Muda lalu
berkembang kepada cerita Anak Raja Gondang, Bongsu Sakti, Raja Tangkai Hati, Indera
Dewa-dewa Indera, Puteri Timun Muda, Raja Muda Laleng, Raja Muda Lembek, Gading
Bertimang dan Raja Dua Serupa.
Teater Tari Mak Yong yang kini sudah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Dunia pada
tahun 2005, mempunyai 12 cerita atau repertoir. Antaranya termasuklah cerita Dewa Muda,
Dewa Pechil, Dewa Sakti, Dewa Indera Indera Dewa, Dewa Panah, Anak Raja Gondang,
Gading Bertimang, Raja Tangka Hati, Raja Muda Lakleng, Raja Muda Lembek, Raja Besar
Dalam Negeri Ho Gading dan Bentara Muda. Di dalam persembahan Mak Yong ada terdapat
watak-watak penting seperti Pak Yong, Pak Yong Muda, Permaisuri, Puteri Mak Yong, Peran,
Dayang-dayang dan Jin. Tarian mengadap rebab pula merupakan elemen yang paling penting
di dalam sesebuah persembahan Mak Yong. Ada pengkaji yang menghubungkan tarian
mengadap rebab sebagai persembahan istimewa kepada semangat padi. Tetapi ada pula yang
mengatakan ianya adalah sebuah penghormatan kepada seorang raja yang berdaulat dan raja
negeri yang memerintah. Dalam sebuah pementasan budaya Asia Tenggara di Kuala Lumpur
pada tahun 1969, Mubin Sheppard yang menyifatkan teater tari Mak Yong sebagai sebuah
khazanah Melayu yang unggul dan hampir pupus, membakar semangat Khadijah Awang,
seorang penari Asyik terkenal di negeri Kelantan untuk meneruskan kegemilangan Mak
Yong. Khadijah sendiri sebenarnya sudah berada dekat dengan Mak Yong, beliau dijadikan
anak angkat oleh primadonna Mak Yong terkenal, Cik Gemala dan kemudiannya berkahwin
dengan anaknya, Zakaria Abdullah. Cik Gemala bersuamikan Abdullah, seorang peran yang
juga kepala kepada kumpulan Mak Yongnya. Beliau akhirnya meninggalkan Mak Yong
setelah menikah dengan Menteri Besar Kelantan sewaktu pemerintahan Sultan Ibrahim

PAKAIAN
Dalam persembahan makyung tidak memerlukan prop tetapi pakaian watak-watak dalam
Makyung adalah lengkap dan mahal harganya. Setiap watak-watak penting dalam makyung
diberikan nama khas dan setiap watak mempunyai kelengkapannya tersendiri meski untuk
apa tajuk cerita sekalipun. Pakaian kedua-dua Pak Yung Muda adalah sama iaitu memakai
setanjak atau mahkota yang diperbuat daripada kain baldu khas dengan hiasan mutu manikam
dam mempunyai tepi yang berkilau. Di bahagian atas setanjak dihiasi dengan beberapa
kuntum melur. Beberapa ikat bunga melur digantung pada atas telinga kiri.
Pak Yung Muda (watak utama) memakai setangan batik dan tujuh ulas ikatan bunga melur
berjuntai dari telinga kiri pada seabad yang lalu. Sebelum itu pakaian Pak Yung Muda di
pengaruhi gaya mempelai-mempelai diraja Patani dengan memakai setanjak yang diperbuat
daripada sutera kuning dan dihiasi dengan bunga-bunga emas yang digantungkan pada
rantai-rantai emas terjuntai di telinga kiri. Setanjak Pak Yung Tua dihiasi lebih indah daripada
warna yang lebih tua.
Kedua-dua Pak Yung akan memakai baju sutera yang berwarna kuning yang kemas, pendek
dan tidak berkolar. Lai- atau hiasan daripada manik-manik yang bermutu manikam,

labuhnya hingga hampir ke pinggang dipakai di atas baju. Semua pelakon tidak akan
memakai kasut kerana mereka bermain di hadapan Raja dan pembesar-pembesar.
Selain itu, Pak Yung juga membawa seikat rotan yang dipanggil rotan bera atau pemiat. Ia
digunakan untuk memukul peran. Kain lepas (benang) pula digunakan untuk keperluan lain
seperti menggambarkan wau, anak yang baru lahir atau digubah menyerupai gajah.
Pakaian Mak Yung Puteri juga hampir sama. Mereka memakai kebaya sutera dan
berkerongsang emas dan permata. Sarung sutera diikat dengan tali pinggang dan mereka
mempunyai pending batu permata dan lebih cantik daripada pending Puteri Mak Yung. Kain
sibar ini biasanya bertekat benang emas akan tergantung di bahu kiri, diselitkan pada pending
dan panjangnya hingga ke paras lutut. Kedua mereka memakai pemeles, tali tangan emas,
cincin dan gelang kaki emas pemberian dari raja.
Pelakon-pelakon yang lain yang mengambil bahagian ialah watak dayang-dayang memakai
kebaya dan sarung sutera tetapi tidak mempunyai pending atau kain sibar. Mereka memakai
sanggul dan bunga melur dilekat pada sanggul. Peran-peran memakai baju lengan pendek
biasa, kain sarung dari sepasang seluar besar. Mereka juga semutar daripada kain benang
yang pada waktu lain boleh juga diikatkan ke pinggang.

ALAT-ALAT MUZIK
Muzik merupakan elemen sangat penting dalam makyung , fungsinya ialah sebagai:

Bunyi alunan muzik terutamanya daripada reabab digunakan untuk menarik penonton
an memaklumkan bahawa pementasan makyung penonton dan memaklumkan bahawa
pementasan makyung akan bermula
Muzik digunakan mewujudkan suasana yang mengambarkan emosi dan perasaan di
setiap adegan. kebiasaannya dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak
utama dan juga korus (jong dongdang)
Digunakan juga untuk mengiringi tarian dan nyanyian.
Muzik juga digunakan untuk menandakan permulaan dan penamat adegan-adegan;
keluar masuk watak juga diiringi oleh muzik (terutamanya bunyian gendang)

Kumpulan Muzik Makyung yang lengkap mengandungi alat-alat:1. Tawak atau Gong
Tawak ibu, yang lebih besar daripada tawak anak, diperbuat daripada tembaga. Bunyian ibu
lebih rendah daripada bunyian tawak anak. Kedua-duanya digantung dan dinamakan
mengembang. Pemukulnya diperbuat daripada kayu ynag hujungnya dibaluti dengan kain
atau kepingan getah.
2.

Gendang Ibu dan Gendang Anak

Kedua-duanya berbeza dari segi saiz dan bunyi. Muka besar ditutup dengan belulang lembu
manakala muka kecil ditutup dengan belulang lembu manakala muka keci ditutup dengan
kulit kambing.
3. Canang
5

Canang anak dan ibu diperbuat daripada tembaga. Perbezaan antara dua canang ini akan
hanya dapat dikesan melalui bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut.
4. Kesi
Alat muzik ini mempunyai dua bahagian, piring dan kicah (empat piring dan dua kicah) yag
diperbuat daripada besi.
5. Serunai
Serunai mempunyai empat bahagian, iaitu pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian
ini boleh dipisahkan.
6. Rebab
Alat muzik rebab ini mempunyai tiga bahagian, iaitu pucuk rebung, batang dan muka.
Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut
lembu.
Pada dada (muka) di penjuru kiri terdapat satu lubang seluas satu inci dan ditutup dengan
penutup yang dinamakan susu atau tetak. Fungsinya ialah untuk mengimbangkan tekanan
udara dalam dan luar. Batangnya diperbuat daripada kayu nangka atau sira. Pada masa dahulu
tali rebab diperbuat daripada benang besar dan kemudian digantikan dengan benang kasar.
Sekarang tali rebab muka digantikan dengan tali gitar, gambus, atau biola.
Walau bagaimanapun Ahli muzik yang terpenting dalam kumpulan muzik makyung ialah
pemain rebab yang lebih dikenali dengan nama Tok Minduk. Beliau adalah ketua dan juga
pemimpin kumpulan muzik. Beliau akan memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16
measure yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus.
Beliaulah yang akan memberi isyarat memulakan lagu, menukar rentak dan hal-hal lain
mengenai aspek muzik. Tok Minduk dan ahli muzik lain menghafal kesemua lagu-lagu
makyung. Ia juga menjalankan istiadat buka panggung. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut
kiri pentas dan Tok Minduk duduk mengarah matahari jatuh.
Elemen nyanyian dalam Makyung diselenggarakan oleh semua pelakon dan juga ahli-ahli
muzik. Pelakon utama akan mula menyanyikan empat atau lapan measure elepas
pendahuluan dilakukan oleh Tok Minduk. Rangkap ini akan dinyanyikan semula oleh korus
dan juga ahli-ahli muzik. Biasanya melodi pendek digunakan berkali-kali. senikata sahaja
yang berubah. Dalam nyanyian suara dan rebab menyelenggarakan melodi gendang dipuku
bertingkah dan gong menandakan measure atau bilangannya.

SRUKTUR PEMENTASAN MAKYUNG


Pementasan Makyung mempunyai struktur yang tersendiri. Bentuknya adalah sama dalam
semua cerita yang dimainkan. Setiap bermula dengan upacara menghadap rebab di mana
watak utama akan menyanyi solo dan dikuiti oleh korus. Pelakon-pelakon akan membuat
gerakan seni jari, bahu dan badan sambil menyanyi. Akhirnya mereka bangun secara perlahan
dan salah seorang akan memulakan nyanyian solo. Nyanyian di sini adalah sedayong
makyung.
Contoh lagu menghadap rebab yang di nyanyikan:
6

Bong wei... membalik tipo gak


Dage membue silolah cik wei
Dage membue silolah cik wei
Ayuhlah cik wei
Seperti suloh memain angin la...
Eh... bemban gugor di tapok
Selude cik wei... meningga maye la...
Ayuh tue wei
Seperti aur menarik suse Ia
Eh.. sawo kami menggorok likaghe
Aur cik wei menarik suse la...
Ayuh tue wei
Liuk litok tekula blalai la..
Eh... liuk ko kiri
Luk ko kane
Liuk ko kiri kulai ko kane la
Ayuh tue wei
Seperti denok menanti la...
Eh... berdiri kami tapok tigo
Kami nok adap ke timor
Jagolah...
Ayuh tue wei
Kami nok pecah lakoh lima la...

Selepas dengan persembahan Rebab, segmen memperkenalkan diri disembahkan sebelum


pecah cerita . Segmen ini merupakan satu segmen yang memberi penjelasan dan pemahaman
kepada khalayak agar dapat memahami dan mengenali watak bagi menghayati segmensegmen berikutnya.
Pak Yung selaku watak utama atau teraju dalam persembahan akan memperkenalkan dirinya,
negaranya, asal usulnya, istananya dan mimpinya melalui Lagu Ela.Ini merupakan satu cara
bagi mendekatkan penonton dengan watak dan memudahkan penonton memahami jalan
cerita. Dengan cara ini penonton dapat menghayati cerita yang dipersembahkan dengan
mudah.
Repertoire muzik Makyung terdiri daripada lagu-lagu paluan dan lagu-lagu nyanyian. Lagu lagu paluan dimainkan untuk beberapa kegiatan tertentu, termasuk lagu yang bertajuk Pak
Yung Turun untuk mengiringi pelakon-pelakon ke atas panggung pada permulaan
persembahan, lagu Barat yang biasanya perjalanan dalam cerita, dan lagu yang
bertajuk Sang atau Penyudah untuk menyudahi sesuatu persembahan. Walau bagaimanapun,
kebanyakkan muzik Makyung adalah muzik vokal yang dimainkan dengan tujuan tertentu
berasas kepada keadaan cerita tertentu.
Pada permulaan persembahan dramatari Makyung, lagu (serta tarian) yang sangat penting
ialah lagu yang bertajuk Menghadap Rebab apabila semua pelakon member hormat kepada
alat muzik rebab. Lagu khas ini memberi aspek ritual yang penting kepada pelakon-pelakon
dan pemain-pemain muzik dalam rombongan Mak Yung. Tetapi dalam konteks cerita, lagu
yang bertajuk Ela dinyanyikan untuk menyampaikan berita, manakala lagu Mengulit Raja
Nak Tidur dimainkan untuk masa tidur atau untuk membangkitkan perasaan yang halus.
7

Untuk keadaan sedih lagu Jembar atau Mengambul biasanya dimainkan, manakala untuk
kegiatan berjalan lagu yang sesuai ialah Timang Welu dan Kijang Emas. Lagu-lagu yang
bertajuk Sedayung Mak Yung dan Sedayung Pakyung kerapkali digunakan untuk berbagai
tujuan. Adalah dipercayai bahawa lagu Sedayung Pakyung dikaitkan dengan kuasa yang luar
biasa terutama kuasa yang bersifat sakti dan lagu ini digunakan khususnya untuk mengubah
atau menjelma rupa atau bentuk watak atau sesuatu yang lain dalam cerita.
(dipetik dari buku Muzik Malaysia: Tradisi Klasik Rakyat dan Sinkretik oleh Patricia
Matursky dan Tan Sooi Beng m.s 29)

Walaupun cerita berbeza sekalipun strukturnya adalah sama. Di antara Strukturnya


ialah:
Struktur dalam pementasan Makyung
1. Bertabuh
2. Mengadap rebab
3. Raja atau Pak Yong keluar dan berdialog dengan Mak Yong.
4. Pak Yong Muda atau Puteri Mak Yong akan menyanyi.
5. Dialog Pak Yong memanggil pengasuh.
6. Yanyian Pak Yong Tua- Sendayong Pak Yong.
7. Dialog
8. Nyanyian Peran
9. Dialog antara Pak Yong dengan Peran
10. Pak Yong menyanyi lagu berkhabar.
11. Dialog
12. Nyanyian Peran
13. Dialog
14. Nyanyian Peran
15. Dialog
16. Lagu barat cepat
17. Dialog Peran 1 dan 2
18. Lagu Tok wak
19. Dialog Pak Yung
20. Lagu Ela oleh Pak Yung membawa cerita yang akan di persembahkan.
8

Berikut adalah antara lagu-lagu yang dinyanyikan dalam pementasan Makyung :


1. Lagu Menghadap Rebab - terpanjang & terpenting, simbol penghormatan kepada rebab.
2. Lagu Kijang Mas - dimainkan sebagai lagu instrumental sebelum bermula persembahan
Mak yong.
3. Lagu Sindung - dinyanyi oleh Pak Yung semasa hendak memberi arahan dan mendedahkan
emosinya, juga dinyanyi oleh peran tua dan dimain sebagai lagu selingan sebelum
persembahan.
4. Lagu Sedayung - lagu yang menyampaikan maklumat @ arahan kepada peran @ watak
lain.
5. Lagu Mengambul - dinyanyikan oleh watak utama dalam adegan sedih untuk
menyampaikan berita sedih.
6. Lagu Saudara - dinyanyikan berselang-seli dengan lagu Kijang Mas oleh seorang inang.
7. Lagu Pak Yong Muda - dinyanyikan oleh Pak Yung menyampaikan berita negeri semasa
adegan sedih.
8. Lagu Mak Yong Muda - dinyanyikan oleh Mak Yung pada pertengahan
adegan sedih.

cerita dalam

9. Lagu Tuk Wok - dinyanyikan oleh peran tua semasa menyampaikan berita @ meluah
perasaan.
10. Lagu Barat - terdapat 4 versi iaitu Barat Anjur, Kisah Barat, Barat Cepat dan Gunung
Barat.
11. Lagu Pikir - dinyanyikan oleh watak untuk meluahkan perasaan dan mengiringi tarian.
12. Lagu Yur - dinyanyikan oleh peran @ Pak Yung untuk menyampaikan berita.
13. Lagu Balik Padi - dinyanyikan ketika gembira semasa dalam perjalanan.
14. Lagu Berkhabar - dinyanyikan Pak Yung @ peran untuk menyampaikan berita.
15. Lagu Gading Timah - dinyanyikan Pak Yong dalam cerita Tuan Puteri Bergading Timah.
16. Lagu Kojol - dinyanyikan oleh peran untuk menggambarkan aksi fizikal seperti
mendayung sampan.
17. Lagu Buluh Seruas - menggambarkan suasana.
18. Lagu Jamba (Gembal) - menggambarkan suasana.
19. Lagu Yo Peran - dinyanyikan Pak Yung untuk memanggil peran tua pada permulaan
cerita, peran juga menyanyi lagu ini.
20. Lagu Anak Kumbang - dinyanyikan semasa gembira oleh Pak Yong, Mak Yong, Puteri
dan Putera.
9

21. Lagu Sri Gunung - dinyanyikan Peran @ Pak Yong untuk menyampaikan berita. juga
dinyanyikan semasa selingan sebelum persembahan cerita.
22. Lagu Menguli - lagu timang-timangan untuk kanak-kanak dewasa.
23. Lagu Dayung Sampan - dinyanyikan semasa melakukan aksi mendayung sampan.
24. Lagu Mak Puyuh - dinyanyikan oleh Peran semasa bergurau.
25. Lagu Tari Inai - mengiringi tarian inai.
26. Lagu Kisah Puteri Mak Yung - dinyanyikan oleh Puteri @ Mak Yung untuk meluahkan
perasaan.
27. Lagu Menghadap Raja - dinyanyikan peran dalam perjalanan menghadap raja.
28. Lagu Sabar - dinyanyikan semasa melakukan aksi seperti membaca surat untuk
mendedahkan maklumat.
29. Lagu Berlari Hambat Rusa (Lagu Berjalan) - mengiringi dalam perjalanan @ semasa
memburu.
PEGERAKAN ASAS BAGI TARIAN MAKYUNG

Tarian yang digunakan dalam keseluruhan pementasan Makyung merupakan satu elemen
yang sangat penting dalam Makyung selain daripada muzik dan dialog. Sama seperti tarian
Melayu yang lain , tarian Makyung juga menegaskan kepada pergerakan tangan. Posisi
tangan ini apabila dicantumkan dengan pergerakan badan, kepala dan kaki ia akan
membentuk tarian Makyung seperti Berikut :
1. Duduk atas tumit, tangan sembah guru
2. Tangan susun sirih
3. Tangan gajah lambung belalai
4. Tangan burung terbang
5. Tangan ular sawa mengorak lingkaran
6. Tangan seludang menolak mayang
7. Tangan sulur memain angi
8. Tangan liuk kiri longlai ke kanan
9. Berdiri tiga tapak mengahdap timur jaga
10. Tangan sirih layer
11. Kirat penghabisan
12. Langkah turun dari kayangan
13. Langkah naik ke kayangan
14. Pak Yung berjalan

10

WATAK-WATAK DALAM MAKYUNG


1) Pak Yung - Menjadi raja atau pemerintahdan menjadi tulang belakang cerita Makyung
2) Pak Yung Muda - Watak utama atau hero dalam cerita Makyung. Watak inilah yang
mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa cerita
berkisarka di sekitar kehidupan Pak Yung Muda
3) Mak Yung Juga permaisuri dan dalam sesetenggah cerita mengambil peranan yang
penting sebagai watak utama
4) Puteri Mak Yung Sebagai heroin dalam cerita Makyung
5) Peran - Terdapat beberapa orang peran atau pelawak dalam cerita Makyung. Peran tua
biasanya memegang watak yang lebih penting daripada peran-peran lain dan beryondak
sebagai orang suruhan raja. Lain-lain peran adalah watak kelakar
6) Dayang-dayang Terdiri daripada gadis-gadis manis yang juga bertindak sebagai penari
atau pengiring Mak Yung atau Puteri Mak yung
Selain daripada watak-watak di atas ,watak-watak jahat juga terdapat dalam cerita Mak
Yung, seperti watak raja jin dan sebagainya yang merupakan pihak lawan kepada watakwatak utama di atas .

11

PERBENDAHARAAN CERITA MAKYUNG

Dua belas cerita yang dianggap lengkap, asli dan cukup nilai seninya adalah
1)
2)
3)
4)
5)

Dewa Muda
Dewa pencil
Dewa Sakti
Dewa Panah
Endeng Tejali
i.
Anak Raja Gondang
ii.
Batak Rajs Gondang
iii.
Bongsu Sakti
6) Gading Bertimbang
7) Gading Bertimbang
8) Raja Tangkai Hati
9) Raja Muda Lakleng
10) Raja Muda Lambek
11) Raja Besar Dalam Negeri Ho Gading
12) Bentara
Cerita-cerita dalam makyung menjalani beberapa tahap perkembangan .Bermula dari cerita
asas iaitu Dewa Muda, yang menceritakan tentang asal usul Mak Yung . Berdasarkan cerita
ini, ianya kian berkembang menjadi tujuh dan kemudiannya menjadi dua belas cerita yang
dianggap lengkap seperti yang disenaraikan di atas .

12

Menurut kajian Mohamed Afandi Cerita Makyung terbahagi kepada 5 kumpulan cerita:
Kumpulan 1:
1. Cerita Anak Raja Gondang
2. Cerita Bongsu Sakti
3. Cerita Tuan Bijak Laksana.
Kumpulan 2 - Cerita Dewa Tujuh
1. Bisnu Dewa
2. Cerita Dewa Indera
3. Andera Dewa
4. Cerita Dewa Sakti
5. Cerita Dewa Pechil
6. Cerita Dewa Samar Daru
7. Cerita Dewa Muda
Kumpulan 3:
- Cerita Raja Muda Laleng
Kumpulan 4:
- Cerita Raja Muda Lembek
Kumpulan 5:
- Cerita Raja Tangkai Hati
Dari sini jelas memperlihatkan kesinambungan cerita-cerita tersebut antara satu sama lain.
Mak Yong yang lengkap dan autentik ialah:
Dewa Muda
Dewa Pecil (dan Dewa Samadaru sebagai suatu versi lain)
Dewa Sakti (Raja Sakti)
Dewa Indera-Indera Dewa
Dewa Panah (Anak Raja Panah)
Anak Raja Gondang (mengandungi Bongsu Sakti dan Bijak Laksana)
Gading Bertimang
Raja Tangkai Hati
Raja Muda Lakleng
13

Raja Muda Lembek


Raja Besar dalam negeri Ho Gading
Bedara Muda

TOKOH MAKYUNG

Primadona Makyung ini dilahirkan pada 13 Ogos 1941 di Kampung Lubuk Kawah Pasir Mas
Kelantan. Anak keturunan siam-Melayu ini dilahirkan dalam keluarga seni yag aktif
menjalankan kegiatan kesenian Makyung.
"Keunggulannya tidak boleh disangkal oleh sesiapa. Kebolehan dan kegigihan beliau dalam
menghayati seni persembahan ini amat dikagumi. Beliau bukan sahaja boleh menarikan tarian
makyung dengan baik, menyanyikan lagu-lagu makyung dengan merdunya bahkan boleh
menguasai urutan cerita makyung dengan baik dan berkesan.
Tanggal 13 September 2000, kita telah ditinggalkan olehnya, anak-anak bangsa yang masih
haus dan dahagakan seni warisan ini. Perginya beliau adalah sebagai seorang pejuang,
penegak & pengembang seni makyung yang unggul."

14

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al fatihah

Kesimmpulan

15

RUJUKAN
Buku Tarian-Tarian Malaysia Terbitan Bahagian Kebudayaan ,Kementerian Kebudayaan
dan Pelancongan Malaysia cetakkan ketiga.
Dunia Melayu Se-dunia(Atas Talian) , http://melayuonline.com/ (Dilayari Pada 17 Oktober
2015 dan 18 Oktober 2015)
Harmen Sikkenga(1994) Butoh- Dance of Darkness, www.butoh.net/definitions.html
Laman kenangan Primadona
Mak yung
Negara (Atas Talian) http://khatijahawang.tripod.com/(Dilayari pada 17 Oktober 2015 dan 18 Oktober 2015)
MAK YONG MALAYSIA
(Atas talian) http://makyong-dancetheatre.blogspot.my/
(Dilayari pada 17 Oktober 2015 dan 18 Oktober 2015)
Siri mengenal budaya Makyung ; Diterbitakan oleh Caw. Dokumentasi dan Penerbitan,
Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian , Kementerian kebudayaan, Kesenian
dan Pelancongan Malaysia.
16

17

You might also like