You are on page 1of 13

AMALAN MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA

DIHILIR EKRAM PASIR PUTIH IPOH.


Oleh :
MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD SARWANI

1.0 PENDAHULUAN
Pelajar sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berada di
tahap umur antara 13 hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini, mereka biasanya
akan melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka
sesuatu yang baru. Contohnya merokok. Biasanya, golongan ini sudah mula
belajar merokok ketika di bangku sekolah lagi. Terdapat banyak faktor yang
mendorong mereka cenderung untuk merokok. Sebenarnya, tembakau yang
terdapat dalam rokok itu merupakan sejenis dadah iaitu nikotin. Justeru itu,
penghisap rokok dikenali juga sebagai penagih nikotin. Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan
utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam daun
tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.
Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat
kompleks di mana individu baik lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis
masalah seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi, perubahan pada
kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami krisis
identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan perkara-perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan
bahawa merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada
perokok atau orang lain memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu
yang merokok walaupun sudah jelas terdapat papan tanda larangan merokok di
kawasan tersebut. Jika dilihat dalam konteks pelajar, perbuatan merokok ini
banyak berkait rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan sebagainya.
1

Memandangkan

para

remaja

merupakan

generasi

pelapis

yang

akan

menggantikan tampuk pimpinan hari ini serta memakmurkan Negara, maka


mereka perlulah menghindarkan diri daripada perbuatan negatif bermula dari
peringkat awal lagi.

2.0

LATAR BELAKANG KAJIAN


Tidak dapat dinafikan bahawa merokok mengikut pendapat penghisapnya boleh
memberi faedah kepada mereka di mana ianya akan memberikan ketenangan
kepada perokok dalam tempoh masa tertentu. Selain itu, ia juga boleh
menghilangkan rasa mengantuk dan penat baik menyenangkan melakukan
sesuatu kerja dan sebagainya.
Terdapat juga kesan buruk yang diperoleh perokok seperti ditimpa
pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah, serta boleh
membazirkan wang ringgit. Sebenarnya perokok-perokok ini bukannya tidak
mengetahui kesan buruk yang akan dialami oleh mereka tetapi disebabkan
ketagihan serta hanya melihat kepada kebaikannya sahaja maka mereka tidak
memikirkan langsung kesan buruk yang akan membahayakan diri mereka serta
orang lain.
Tidak dinafikan telah banyak usaha yang dilakukan oleh pihak yang
terbabit seperti pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
namun ianya masih tetap berlaku. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengambil langkah menjadikan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh
negara sebagai kawasan larangan merokok.

Jika masalah ini tidak dibendung, kadar merokok di kalangan pelajar akan
terus meningkat dari setahun ke setahun. Jika dilihat kepada kesan merokok ini
pula, ianya banyak memberi kesan sama ada kepada diri dan keperibadian
pelajar itu sendiri ataupun kepada orang lain. Contohnya, penagihan dadah
bermula dari merokok.

3.0

PERNYATAAN MASALAH
Masalah disiplin seperti ponteng, merosakkan harta benda sekolah, merokok dan
sebagainya di kalangan pelajar berada di tahap yang membimbangkan. Di
sekolah ini khususnya, perlakuan merokok walaupun tiada bilangan pelajar
terlibat secara khusus, namun ada pelajar yang membuat pengakuan secara
lisan apabila ditanya oleh guru dan menceritakan perilaku tersebut kepada
rakan-rakan mereka.

Untuk membendung masalah ini, kita perlu mengetahui faktor-faktor yang


menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh dengan budaya merokok ini yang
boleh dikatakan menjadi trend masa kini.

4.0

OBJEKTIF KAJIAN
4

4.1

Mengenalpasti adakah pelajar sekolah menengah ini merokok kerana


pengaruh rakan sebaya.

4.2

Mengenalpasti adakah faktor diri sendiri yang mendorong pelajar sekolah


menengah merokok

4.3

Mengenalpasti adakah pelajar sekolah menengah ini merokok kerana


factor keluarga.

5.0

KAJIAN TERDAHULU
5.1

FAKTOR DIRI SENDIRI


Keremajaan boleh menjadi salah satu faktor penglibatan pelajar dengan
masalah disiplin atau gejala sosial. Kemungkinan mereka merasa bahawa
mereka telah dewasa dan sudah boleh membuat keputusan sendiri. Hal
ini menyebabkan keputusan yang diambil tidak tepat. Mereka sebenarnya
masih belum cukup ilmu dan kurang pengalaman. Oleh itu mereka
perlukan bimbangan dan tunjuk ajar daripada orang dewasa. Inilah yang
dimaksudkan dalam laporan kajian Azizah binti Lebai Nordin (2002)
sebagai faktor diri pelajar sendiri.

5.2

FAKTOR KELUARGA
Ramai di kalangan ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan memberitahu
bahawa mereka bekerja untuk kepentingan anak-anak. Mereka mencari
wang untuk memenuhi kepentingan anak-anak seperti makan minum,
pakaian, belanja sekolah dan lain-lain lagi. Bagaimanapun jarang anakanak yang faham sumbangan ibu bapa. Ada yang menganggap usaha
dan susah payah ibu bapa sebagai kewajipan mereka terhadap anakanak. Jadi kasih sayang ibu bapa sukar difahami melalui pengorbanan
yang diberikan. Tambahan pula orang Melayu biasanya sukar untuk
mengungkapkan perasaan sayang terhadap anak-anak, meskipun mereka
menyedari bahawa anak-anak perlukan kasih sayang.

5.3

FAKTOR RAKAN SEBAYA


Sekiranya ibu bapa dan keluarga tidak memberi perhatian dan kasih
sayang yang secukupnya, remaja akan berkecenderungan mencurahkan
6

masalah yang dihadapi kepada rakan sebaya dan seterusnya menjadikan


mereka sebagai pakar rujuk dalam membuat sesuatu keputusan. Kajian
beliau juga menunjukkan pengabaian penekanan kepada pendidikan
agama serta contoh perilaku negatif daripada ahli keluarga juga
menyebabkan anak-anak cenderung untuk melakukan salah laku akhlak.

6.0

REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan proses pengutipan data dilakukan melalui teknik temu
bual, sesi kaunseling individu dan sesi kaunseling kelompok menggunakan data
kaunseling berfokus.

Dalam kajian ini, kaedah-kaedah tersebut adalah cara

yang digunakan untuk proses pengutipan data bagi menentukan faktor-faktor


amalan merokok di kalangan pelajar.
Selain itu, data juga diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan analisis
dokumen. Melalui kaedah pepmerhatian, data diperolehi hasil daripada
pemerhatian tentang bagaimana body language yang ditunjukkan oleh respon
kajian. Disamping itu, nada komunikasi yang digunakan juga dapat mentafsirkan
pelbagai maksud. Manakala pemerolehan data melalui analisisdokumen pula
bermaksud data-data dikumpulkan melalui rekod-rekod yang diperolehi daripada
guru-guru disiplin dan guru kaunseling sekolah. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan
untuk menganalisis data bagi kajian kualitatif ini.

6.2

TEMPAT KAJIAN

Kajian ini dijalankan di SMK Tunku Abd Rahman Putra

6.3 SAMPEL KAJIAN


Bagi tujuan kajian ini, sampel kajian adalah terdiri daripada 10 orang pelajar
tingkatan 1 dan 2 yang disenaraikan sebagai pelajar merokok dan direkodkan
oleh badan disiplin sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling.

7.0

DAPATAN KAJIAN
7.1

FAKTOR KELUARGA
Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor keluarga memang mendorong
pelajar merokok. Kesibukan ibubapa mencari nafkah menyebabkan
perhubungan

mereka

menjadi

renggang.

Keluarga

mengabaikan

tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak supaya tidak terdedah


kepada anasir luar. Pengabaian dari segi kasih sayang menyebabkan
anak-anak mencari alternatif lain untuk mengisi kekosongan jiwa mereka,
lantas mereka cari orang lain yang boleh mendengar masalah mereka dan
8

berkonsi masalah. Keluarga yang tidak mengambila tahu pergerakan


harian anak-anak menyebabkan anak-anak bebas melakukan aktiviti yang
tidak seharusnya. Keluarga tidak melarang atau member ansihat yang
berguna sebagai panduan untuk anak-anak mereka menyebabkan
mereka mudah terjebak kerana tiada garis panduan daripada keluaraga.
7.2

FAKTOR PENGARUH RAKAN SEBAYA


Hasil kajian yang dibuat terbukti yang pengaruh rakan sebaya memainkan
peranan yang besar dalam amalan menghisap rokok di kalangan pelajar.
Berkawan dengan rakan sebaya yang mempunyai masalah iaitu sebagai
ringkasnya tidak pandai memilih kawan menyebabkan mereka hanyut
bersama dalam keseronokan. Mereka akan rasa bebas dan yakin
melakukan sesuatu dalam kelompok yang ramai tanpa rasa takut atau
bimbang. Mereka akan membrontak jika ditegur, dan mereka rasa senang
apabila berada didalam kelompok mereka.

7.3

FAKTOR DIRI SENDIRI


Sikap pelajar sendiri adalah faktor utama yang mendorong mereka terlibat
dengan merokok. Mereka tidak membina tembok untuk memisahkan dari
gejala negative menyebabkan mereka mudah terjebak dalam aktiviti
kurang sihat seperti merokok. Jika diri mereka mempunyai perisai
pertahanan yang boleh menahan godaan dari gejalan negative nescaya
mereka selamat. Sikap mereka yang sentias ingin tahu dan mencuba
tanpa memikirkan baik buruk menyebabkan mereka terjebak. Mereka
tidak pandai memilih kawan yang boleh membawa kebaikan diri mereka.
Sikap mereka yang tidak acuh kepada nasihat orang yang lebih tua
menyebabkan mereka hanyut tanpa haluan.

8.0

CADANGAN KAJIAN
Keputusan kajian dapatan diharapkan dapatdilanjtkan. Begitu juga hasil kajian ini
dapat memberi cadangan kepada pihak sekolah agar :
8.1

Penerangan untuk kesedaran bahaya merokok perlu dipergiatkan


lagi supaya pelajar merasakan merokok adalah satu perbuatan
yang hina dan keji yang merosakkan diri sendiri.

8.2

Hubungan sekolah dan keluarga serta masyarakat perlu lebih erat


suapay dapat berganding bahu membanteras amalan merokok ini
dari teru menjadi penyakit dalam masyarakat

8.3

Program motivasi perlu dipergiatkan supaya pelajar yang terabai


atau yang terjebak akan merasakan kekuatan untuk kembali ke
pangkal jalan.

10

9.0

KESIMPULAN
Daripada kajian yang dijalankan, saya telah mendapat maklumat tentang amalan
merokok dikalangan pelajar sekolah yang disebabkan oleh faktor diri sendiri,
keluarga dan rakan sebaya. Dengan dapatan ini diharapkan ia boleh menjadi
panduan kepada pihak sekolah terutamanya kaunselor untuk membasimi amalan
yang kurang baik ini. Diharapkan kajian ini member manfaat kepada pihak
sekolah,

keluarga,

masyarakat

dan

Negara.

Kegiatan merokok di kalangan remaja merupakan masalah serius yang wujud di


semua tempat tidak kira di sekolah, rumah atau di mana-mana. Amalan ini
berkait rapat dengan perkembangan masalah social dan jenayah dalam Negara.
Jika perkara akar umbi ini tidak dibanteras segera, dibimbangi suatu hari nanti ia
menjadi barah yang tidak dapat diuabati lagi. Jika perkara ini berlaku ia bukan
sahaja memeberi kesan kepada diri pelajar itu sahaja tetapi ia menjejas kan
semua. Negara akan menjadi mundur kerana rakyatnya yang asyik leka dan lalai
dalam keseronokan berpanjangan tanpa melihat kemajuan yang telah dicapai
oleh Negara lain.
Peranan guru kaunseling disekolah harus digunakan secara optimIa tidak
boleh diabiarkan sehingga sudah jadi sebati dalam diri pelajar kerana buruk
akibatnya nanti. Mencegah adalah lebih bai dari merawat, oleh itu ia harus
dimulakan sgera tanpa perlu digerakkan oleh pihak atasan. Inisiatif setiap orang
perlu supaya perkara ini tidak menjadi lebih serius.

11

Semua pihak harus berganding bahu untuk menangani masalah ini


bersama-sama. Semoga suatu hari nanti Negara kita akan menjadi contoh
sebagai sebuah Negara yang sihat tanpa rokok.

Disemak oleh :

Tn. Hj. Nazri bin Sidek


Guru Bimbingan & Kaunseling

Disahkan oleh :

12

Pn. Lubna binti Hj. Damanhuri


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

13

You might also like