You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI MBMMBI 2011 UNTUK


PRAPERKHIDMATAN
1. TAJUK AKTIVITI
Pertandingan Penciptaan Puisi Tradisional
2. OBJEKTIF

Tujuan pertandingan puisi tradisional ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil

bakat dalam menghasilkan puisi dalam kalangan pelajar.


Di samping itu, pertandingan ini bertujuan untuk melatih serta mendidik pelajar untuk
berfikir secara kritis dan kreatif serta memupuk semangat untuk berkarya dalam diri

pelajar.
Melalui penulisan puisi ini, diharapkan dapat memberi semangat kepada para pelajar
untuk terus berkarya serta menghasilkan buku ciptaan sendiri pada suatu hari nanti.

3. SINOPSIS AKTIVITI

Pertandingan ini diwajibkan kepada ahli PERBAYU. Masa tiga minggu yang diberikan
mampu dimanfaatkan oleh pelajar.

4. TARIKH/TEMPOH

Pertandingan ini dijalankan pada 4 Julai 2011. Peserta diberikan tempoh menghasilkan
puisi selama 3 minggu. Oleh itu, hasil nukilan haruslah dihantar selewat-lewatnya pada
22 Julai 2011.

5. KUMPULAN SASARAN

Pertandingan ini melibatkan semua ahli PERBAYU dan terbuka kepada semua pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus.

6. BILANGAN PESERTA

52 orang peserta.

7. SUMBER / JUMLAH KEWANGAN (Jika ada)

Tiada

8. JADUAL PELAKSANAAN ( Jika ada)


Tarikh
4 Julai 2011
4 22 Julai 2011
22 Julai 2011
31 Oktober 2011

Aktiviti
Pengeluaran iklan bagi pertandingan menulis puisi
Tempoh peserta menghasilkan nukilan masing-masing
Hasil nukilan dikumpul dan dihantar kepada pihak hakim
Pemenang pertandingan diumumkan pada Majlis Penutupan Bulan
Bahasa

9. PENILAIAN AKTIVITI

Aktiviti ini berjaya mencapai objektif yang diharapkan.

10. ISU / KEKANGAN

Penyertaan adalah daripada ahli Persatuan Bahasa Melayu sahaja.


Tiada penyertaan daripada pelajar bukan pengkhususan bahasa melayu. Ini kerana semasa
pertandingan dijalankan, pelajar sedang sibuk menyiapkan tugasan-tugasan lain seperti
kerja-kerja kursus dan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk
menyertai pertandingan ini.

11. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penghebahan iklan harus diperluas lagi supaya semua pelajar mendapat maklumat

mengenai pertandingan ini.


Pertandingan ini juga sebaiknya dilaksanakan pada awal semester kerana pelajar
mempunyai banyak masa terluang untuk menyertai pertandingan.

12. RUMUSAN

Secara keseluruhannya, perjalanan program berjalan lancar dengan kerjasama yang


diberikan oleh semua pihak.

You might also like