You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NUSA DAMAI

JALAN DAMAI UTAMA,


TAMAN NUSA DAMAI,
81700 PASIR GUDANG,
JOHOR.

LAPORAN :
SUKANEKA SEMPENA SAMBUTAN
HARI KANAK-KANAK
2016
15 NOVEMBER 2016

Anjuran :
Unit Hal Ehwal Murid
Dengan Kerjasama
Unit Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai

LAPORAN SUKANEKA SEMPENA


SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2016
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NUSA DAMAI

Tarikh
Hari
Masa

:
:
:

Tempat

15 November 2016
Selasa
7.30 pagi 1.00 petang (Sesi pagi)
1.10 petang 6.00 petang (Sesi petang)
Dewan Seri Damai Utama, SKTND

1. OBJEKTIF
Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan
pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanakkanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran
kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk
memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia
2. MATLAMAT
Memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan
tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di
Malaysia.
3. SASARAN
Semua murid SKTND
4. JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATANKUASA KERJA
Sila rujuk Lampiran 1

5. ATURCARA MAJLIS
SESI PAGI
7.30 - 9.00 pagi

: Pelancaran sambutan Hari Kanak-kanak oleh


Puan Guru Besar
: Sukaneka :
Musical Balloon
Formasi Belon

9.00 9.45 pagi

: Rehat

9.45 12.50
t/hari

: Persembahan Murid
: Penyampaian Anugerah Tokoh Kanak-kanak 2016
: Bersurai

SESI PETANG
1.10 3.00
petang

: Pelancaran sambutan Hari Kanak-kanak oleh


Puan Guru Besar
: Sukaneka :
Musical Balloon
Formasi Belon

3.00 3.45
petang

: Rehat

3.45 5.50
petang

: Persembahan Murid
Pertandingan Pakaian Beragam
: Penyampaian Anugerah Tokoh Kanak-kanak 2016
: Bersurai

6. LAPORAN
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak 2016 peringkat sekolah telah
dilaksanakan dengan baik dan lancar seperti yang telah dirancang. Program
ini telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada semua pihak seperti
pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid.
Majlis ini bermula pada jam 7.30 pagi bagi sesi pagi dan jam 1.10
petang bagi sesi petang dan telah dipengerusikan oleh Puan Norazah binti
Asbol dan Cik Norbiha binti Hamzah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa
dan diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan
Lagu Sekolah.
Seterusnya, ucapan daripada Puan Fauziah binti Mamat, Guru Besar SK
Taman Nusa Damai. Penyampaian anugerah tokoh kanak-kanak juga telah
disampaikan oleh Puan Guru Besar kepada Ana Nur Umairah binti Supian dan
juga Mohamad Arif Haikal Bin Badrol Hisham. Kedua-dua murid ini telah
dipilih berdasarkan sahsiah dan akedemik masing-masing yang amat
memberangsangkan di samping banyak membawa sekolah dalam
pertandingan tarian.
Majlis diteruskan lagi dengan acara sukaneka, Musical Balloon dimana
ianya disertai oleh beberapa orang murid yang telah ditetapkan dalam
beberapa kumpulan. Tidak lupa juga acara Formasi Belon dimana setiap
aliran dikehendaki mencipta formasi tercantik menggunakan belon-belon
yang telah diberikan mengikut warna-warna yang terdiri daripada merah, biru
dan putih.
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak pada tahun ini telah diserikan
dengan tiga buah persembahan daripada murid-murid dari setiap aliran.
Persembahan murid dipenuhi dengan pelbagai kategori iaitu nyanyian, boria
dan juga tarian. Mereka telah dibimbing oleh guru-guru penyelaras aliran.
Majlis ini juga turut dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian dari
pasukan sekolah yang telah banyak membawa nama ke peringkat yang lebih
tinggi.
Selepas rehat, majlis diteruskan lagi dengan Pertandingan Pakaian
Beragam yang disertai oleh murid Tahap 1. Acara pakaian beragam ini telah
diberikan tema lebih awal, iaitu Fantasi dan Animasi.Pertandingan ini di
bawah seliaan Pn Siti Nurain binti Ismail selaku ketua.
Majlis diakhiri dengan pengumuman Pakaian Beragam sempena
Sambutan Hari Kanak-kanak 2016. Murid-murid juga diberi sebuah buku nota
sebagai cenderamata. Majlis berakhir pada jam 12.50 bagi sesi pagi dan jam
petang bagi sesi petang.
7. GAMBAR KENANGAN SEKITAR BERLANGSUNGNYA MAJLIS
Sila rujuk Lampiran 2
8. PANDANGAN DAN PENILAIAN
4

Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak 2016 peringkat sekolah telah


dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Semua pihak yang terlibat iaitu
pentadbir, guru-guru dan murid-murid telah berusaha dan memberi kerjasama
yang baik bagi menjayakan program ini. Tak lupa
juga, kepada ibu bapa
yang turut membantu dengan memberi sokongan serta galakan kepada anak
masing-masing. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa
akan datang sebagai tanda penghargaan kepada kanak-kanak.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

........................................
(NURULHUDA BINTI NINGGAL)
Setiausaha
Sambutan Hari kanak-kanak 2016,
SK Taman Nusa Damai

....................................
(YUASMADI BIN SELAMAT)
GPK HEM
SK Taman Nusa Damai.

Disahkan oleh :
...........................
(RELA BINTI TAHIR)
FAUZIAH BINTI MAMAT
Guru Besar
SK Taman Nusa Damai

You might also like