You are on page 1of 9

Peranan guru dalam memastikan pelaksanaan pentaksiran dapat

dilaksanakan dengan berkesan


Selamat sejahtera.
Pentaksiran merupakan salah satu kaedah yang membolehkan para
pendidik untuk menentukan langkah bagi meningkatkan pembelajaran.
Pentaksiran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu pentaksiran untuk
pembelajaran
(assessment
for
learning),
pentaksiran
sebagai
pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada
pembelajaran (assessment of learning).
Pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran berterusan
dan merupakan satu proses yang interaktif, dengan pendidik dan guru.
Peranan guru dalam menghasilkan satu pentaksiran yang berkesan adalah
seperti berikut:
mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran
mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau
kumpulan pelajar
memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan
pembelajaran
mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang
pembelajaran bagi membantu individu bergerak maju dalam
pembelajaran
menyediakan maklumbalas dan arahan segera
Peranan seorang guru dalam proses pentaksiran sebagai pembelajaran
adalah seperti berikut:
memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri
membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat, dan
memantau prestasi mereka
menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti yang
melibatkan hasilan kurikulum
bekerjasama dengan pelajar dan murid untuk membentuk kriteria
amalan yang baik dan jelas

membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas


dalaman atau membina mekanisma pemantauan kendiri bagi
mengesahkan dan menyoal pemikiran kendiri serta berpuashati
dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam
mempelajari perkara baru
menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk
diamalkan, agar pelajar dan murid menjadi yakin dan bersifat
pentaksir kendiri yang kompeten
memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga pembelajaran
serta menyediakan maklumbalas yang terperinci
menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan murid
memperolehi peluang pembelajaran dan mendapat sokongan
sepenuhnya dari pihak sekolah atau pentadbiran
Dalam proses pentaksiran kepada pembelajaran, seorang guru perlulah
menggunakan kaedah yang betul bagi memastikan pentaksiran dilakukan
secara berkesan. Guru mestilah menggunakan,
kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada
pembelajaran tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang
tertentu
kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan
proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan
kemahiran dan kebolehan atau kompetensi
kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama
penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan
kaedah yang telus bagi pentaksiran
deskripsi mengenai proses pentaksiran
strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak
sehaluan dalam membuat keputusan
Sekian, terima kasih.

Selamat sejahtera kepada saudari Suzana Binti Anwar. Saya bersetuju


dengan pendapat saudari di atas dan saya ingin menambah sedikit

pandangan saya berkenaan dengan peranan guru dalam melaksanakan


pentaksiran secara berkesan. Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk
menjalankan pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan
pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di
akhir tahun. Guru seharusnya,
Menjadi pentaksir/pemudah cara dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk
mendapatkan maklumat berkaitan tingkah laku murid dalam
pembelajaran.
Menyediakan instrument pentaksiran.
Memberi maklum balas tentang pencapaian murid.
Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat
yang diperoleh.
Mengumpul rekod dan data penguasaan murid.
Melaporkan penguasaan murid
Sekian, terima kasih.

Selamat sejahtera kepada saudara Sivarajan A/L Jayapalan. Saya


bersetuju dengan pendapat saudara di atas. Di sini, saya ingin berkongsi

sedikit maklumat berkaitan dengan peranan guru dalam pelaksanaan


pentaksiran secara berkesan.
Guru melaksanakan pentaksiran untuk: Melakukan diagnosis ke atas individu dan mencari preskripsi
pemulihan
Memantau perkembangan murid
Melaksanakan penilaian dan memperhalusi kurikulum
Menyediakan maklum balas untuk melapor penguasaan, kenaikan
darjah, penggredan dan maklum balas lain
Memotivasi murid
Menentukan tahap pencapaian/gred
Guru berperanan penting dalam pelaksanaan pentaksiaran secara
berkesan. Guru perlu,
Memahami dan mengguna strategi pentaksiran yang sesuai untuk
menilai dan memastikan perkembangan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan social murid berlaku dengan sempurna.
Mengguna pelbagai strategi pentaksiran yang sesuai untuk
meningkatkan pengetahuan murid dan mengubahsuai strategi
pengajaran dan pembelajaran secara berkala dan berterusan.
Melibatkan murid dalam aktiviti pentaksiran kendiri dan
menggalakkan mereka menetapkan matlamat pembelajaran peribadi
masing-masing.
Mencari
dan
mengguna
maklumat
tentang
pengalaman
pembelajaran, tingkah laku, keperluan dan perkembagan murid
daripada ibu bapa, rakan sebaya dan murid sendiri untuk tujuan
memperbaiki pembelajaran murid.
Mengguna data pentaksiran untuk memantau dan menilai
perkembagan murid kea rah mencapai standard prestasi murid
peringkat kebangsaan.
Menyimpan rekod pencapaian murid dan memaklumkan dengan
pengetahuannya secara bertanggungjawab berdasarkan indicatorindikator yang tepat kepada murid, ibu bapa dan pihak lain yang
memerlukan.

Sekian, terima kasih.

Bincangkan halangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran


alternatif secara yang lebih berkesan dalam bilik darjah.

Selamat sejahtera kepada Prof dan rakan-rakan sekalian.


Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk
kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi
keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang
bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi
penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pentaksiran dijalankan untuk mengetahui kekuatan dan
kelemahan pelajar secara berterusan. Pentaksiran alternatif merupakan
salah satu jenis pentaksiran yang dikendalikan oleh para guru.
Pentaksiran alternatif secara umumnya ditakrifkan sebagai mana-mana
kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran
tradisional seperti ujian pensil-kertas (chalk and talk). Pentaksiran
alternatif menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan
pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian
yang ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif. Ia bertujuan untuk
mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar
dengan meminta pelajar untuk menyelesaikan tugasan terbuka yang
mengambil tempoh lebih daripada satu kelas untuk melengkapkannya
(Companies, 2011).
Para guru menghadapi pelbagai halangan dalam melaksanakan
pentaksiran alternatif. Antaranya adalah seperti:
kekangan masa
bebanan kerja
tahap pengetahuan
kemahiran
sikap
kesahan dan kebolehpercayaan

Pentaksiran alternatif boleh membebankan guru dari segi masa dan juga
tenaga Sebagai contoh, kepelbagaian produk dalam portfolio, yang dilihat
sebagai salah satu kekuatan yang paling penting, boleh membawa
masalah kepada guru dalam segi praktikal. Guru mungkin sukar untuk
menskor dan memerlukan masa yang panjang untuk menilai prestasi
pelajar, tidak seperti ujian aneka pilihan, yang praktikal untuk diskor.
Selain itu, beban tugas guru juga mengehadkan guru untuk menjalankan
pentaksiran alternatif. Ini kerana, tugas seorang guru bukan hanya terhad
kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah manakala guru terpaksa
menjalankan tugas berkaitan dengan pentadbiran. Pentaksiran alternatif
pula adalah seperti pentaksiran berdasarkan kerja kursus/portfolio,
projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti
dan pembinaan jati diri pelajar di mana guru perlu menilai pelajar secara
pemerhatian yang berterusan. Jika guru mempunyai beban tugas yang
banyak, pemerhatian yang dijalankan tidak berkesan.Oleh yang demikian,
kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran yang dijalankan juga tidak
berkesan.

Selamat sejahtera kepada saudari Reenuga. Saya bersetuju dengan


pendapat saudari. Di sni saya ingin menambah halangan yang dihadapi
oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran alternatif.
Pelaksanaan pentaksiran alternatif di peringkat sekolah dan dalam bilik
darjah agak sukar untuk dilaksanakan. Terdapat beberapa faktor
permasalahan yang menghalang dan mengehadkan pelaksanaan
pentaksiran kerja kursus/protfolio yang mana sebahagian daripada
pentaksiran alternatif. Faktor guru adalah yang paling penting dalam
melaksanakan pentaksiran alternatif. Didapati guru-guru mempunyai
tahap pengetahuan dan kemahiran yang sederhana tinggi dalam
melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus. Masalah yang dihadapi oleh
guru-guru ialah tidak mempunyai masa mencukupi untuk menyelia dan

membimbing pelajar serta mengganggap proses melaksanakan


pentaksiran mengganggu tugas-tugas yang lain. Jadual waktu guru-guru
yang agak padat juga menyukarkan guru untuk melaksanakan
pentaksiran tersebut.
Sekian, terima kasih.

Selamat sejahtera kepada saudari Rossalmi Binti Mohd Nawi. Saya amat
bersetuju dengan pandangan saudara di sini. Saya ingin menambah
sedikit pandangan saya di sini.
Pada pendapat saya, terdapat segelintir guru yang sangat optimis
mengenai perubahan sistem pentaksiran. Guru-guru tidak mendapat
latihan yang secukupnya untuk melaksanakan projek bagi pentaksiran
alternatif. Guru yang tidak terlatih akan mempunyai kefahaman yang
sedikit seterusnya akan menyebabkan markah tidak dapat diagihkan
dengan berkesan akibat ketidakmampuan guru tersebut. Jika pentaksiran
alternatif ini dilaksanakan tanpa menyediakan latihan kepada guru-guru
yang mencukupi, jurang yang besar akan wujud antara strategi yang
digubal oleh kerajaan dengan realiti sebenar dalam bilik darjah.
Selain itu, guru yang telah menjalani kursus pelaksanaan pentaksiran
alternatif tidak dapat menyampaikan sepenuhnya maklumat yang
diperoleh semasa mereka berkursus. Hal ini kerana apabila mereka
kembali ke sekolah selepas berkursus, mereka tidak dapat masa yang
mencukupi untuk membimbing guru dalam latihan perkhidmatan yang
dijalankan. Ada segelintir guru yang menyingkatkatkan masa latihan
dalam perkhidmatan yang dijalankan di sekolah. Akibatnya, guru tidak
mendapat kemahiran yang sepenuhnya dalam melaksanakan pentaksiran
alternatif.

Forum khas

Kesahan, iaitu validity sesuatu alat ukuran seperti ujian ialah sejauh mana
alat tersebut dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat
tersebut. Justeru, ciri kesahan bagi sesuatu alat ukuran adalah amat
penting supaya alat ukuran tersebut dapat mengukur apa yang hendak
diukur.
Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kesahan sesuatu ujian yang
dijalankan.
i)
Menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang
dinamakan Jadual Penentu Ujian (JPU).
Penyediaan JPU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan
disediakan, di mana dalam JPU guru perlu menetapkan tajuk-tajuk
yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom
atau Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap
satu objektif dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun arasaras kemahiran bergantung kepada mata pelajaran, tajuk-tajuk
yang diuji serta peringkat kebolehan murid- murid yang menduduki
ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi
kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran.
ii)

Mencari korelasi
Cara kedua yang paling sesuai bagi meningkatkan kesahan
sesuatu ujian ialah dengan mencari korelasi di antara ujian yang
diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang berkenaan
dengan perlakuan yang di dalam konteks kriteria pada akhir
pengalaman itu. Kesahan ujian itu boleh diterima jikalau didapati
calon yang tinggi markah dalam ujian itu mencapai prestasi yang
dikehendaki di dalam kriteria itu, dan calon yang rendah markahnya
tidak menunjukkan prestasi di dalam kriteria itu.
Sekian , terima kasih.
Salam sejahtera kepada saudari Vikneswari A/P Munisamy. Saya
bersetuju dengan maklumat saudari di sini dan ingin menambah
maklumat berkenaan dengan penyediaan Jadual Penentuan Ujian (JPU).
Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu
ujian ialah dengan menyediakan blue print, atau rancangan persediaan

yang dinamakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU ini dapat


memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan. Di mana dalam JPU
guru hendaklah menetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat
objektif mengikut Taksonomi Bloom, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu
objektif dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras
kemahiran bergantung kepada matapelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta
peringkat kebolehan murid-murid yang menduduki ujian itu. Ini bermakna
guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam
sukatan pelajaran. JPU meningkatkan kesahan dalam penyediaan
instrumen pentaksiran.
Sekian, terima kasih.

You might also like