You are on page 1of 7

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PELAKSANAAN

PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID


AHMAD REDZAUDIN GHAZALI
MOHAMAD ROFIAN ISMAIL
KHAIRATUL AKMAR ABDUL LATIF PhD
MD NOOR HUSIN PhD
Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bangi, Selangor.
PM Dr. SAUPI MAN
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
redzaudin@kuis.edu.my

ABSTRACT
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar yang mengikuti kelas
bahasa Arab di masjid-masjid terhadap pelaksanaan pembelajaran kelas tersebut. Sebanyak
177 orang responden dari kalangan pelajar kelas bahasa Arab di masjid-masjid mengikut
zon-zon di Malaysia dipilih sebagai sample kajian. Satu set soal selidik telah diagihkan
kepada responden kajian yang mengandungi variable-variable yang berkaitan dengan
objektif kajian. Data yang diperoleh melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0. Data-data daripada
borang soal selidik telah dianalisis dan dibentangkan menggunakan kaedah analisis
diskriptif mudah iaitu kekerapan peratusan. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa
pelajar bahasa Arab di masjid menyatakan pembelajaran yang disediakan memenuhi
keperluan mereka (88%), mereka memberikan komitmen sepenuhnya dalam kelas (79.1%),
modul yang desediakan adalah sesuai (74.6%), penilaian yang digunakan adalah sesuai
(60.5%), pelajar dapat memahami dengan baik apa yang diajar oleh tenaga pengajar
(70.1%) pelajar mendapat faedah dari BBM yang digunakan (63.5%) dan pelajar dapat
mengikuti proses PdP dengan baik (65.4%). Penyelesaikan serta cadangan ke arah
penambahbaikan dalam isu ini telah dibincangkan secara teliti dan ilmiah agar
pelaksanaan pembelajaran bahasa Arab di Masjid dapat ditingkatkan lagi kualitinya.

PENDAHULUAN
Masjid sebagai ialah sebuah institusi yang mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam
agama Islam.

Ianya bukan sahaja digunakan bagi menunaikan ibadah khusus seperti

sembahyang malahan ianya juga menjadi

satu wadah bagi pengajaran dan pembelajaran

ilmu dan telah dilaksanakan sejak zaman awal sejarah Islam lagi (Asmak dan Hashim, 2007).
Masjid Nabawi di Madinah al-Muanawwarah, masjid Qurawiyin di Morocco dan masjid alAzhar di Mesir, adalah diantara beberapa buah masjid yang terkenal dalam sejarah peradaban
Islam sebagai pusat pengembangan ilmu. Malahan masjid Qurawiyyin dan masjid al-Azhar

telah berkembang menjadi institusi pengajian tinggi yang terkenal sehingga kehari ini (Ishak,
1987; Md Noor et.al, 2014).
Masjid sebagai tempat memupuk budaya ilmu dalam masyarakat Islam bukan sahaja berlaku
di tanah Arab, malah ianya juga berlaku dan berkembang di Malaysia.
LATAR BELAKANG KAJIAN DAN PENYATAAN MASALAH
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia telah lama dipraktikkan sejak
kedatangan agama Islam itu sendiri ke rantau ini melalui pedagang Islam yang
mengembangkan agama tersebut (Rofishah, 2015). Hal ini berlaku kerana keperluan umat
Islam itu sendiri terhadap Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi bagi agama Islam. Bermula
dengan pengajaran dan pembelajaran secara talaqqi di pondok-pondok, ianya kemudian diajar
secara sistematis dengan silibus yang lengkap di sekolah secara formal. Pada masa yang sama
terdapat keperluan bagi mereka yang tidak dapat mengikuti pembelajaran Bahasa Arab secara
formal. Bagi memenuhi keperluan mereka maka diwujudkan kelas pengajian Bahasa Arab di
masjid-masjid. Namun dalam pelaksanaan kelas pengajian tersebut terdapat pengkaji melihat
terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Justeru, kajian ini dilakukan bagi
melihat permasalahan tersebut dan seterusnya mencadangkan penyelesaian yang dilihat perlu.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini antara lain dapat digariskan sebagai:
i.

Mengenalpasti permasalahan pelajar dalam perlaksanaan kelas bahasa Arab di Masjid


Malaysia.

ii.

Mencadangkan penyelesaian masalah dalam pelaksanaan kelas bahasa Arab di masjid


berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi melalui analisis.

SOALAN KAJIAN
Kajian ini akan memastikan persoalan berikut terjawab:
i.

Apakah permasalahan pelajar dalam perlaksanaan kelas bahasa Arab di Masjid


Malaysia ?

ii.

Apakah cadangan dan resolusi yang terbaik hasil daripada analisis kearah
penyelesaian masalah dalam pelaksanaan kelas bahasa Arab di masjid?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif. Sebanyak 177 orang responden
daripada pelajar kelas bahasa Arab di masjid-masjid mengikut zon-zon di Malaysia dipilih
sebagai sample kajian. Satu set soal selidik telah diagihkan kepada responden kajian yang
mengandungi variable-variable yang berkaitan dengan objektif kajian. Data yang diperoleh
melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the
Social Science (SPSS) versi 22.0. Data-data daripada borang soal selidik telah dianalisis dan
dibentangkan menggunakan kaedah analisis diskriptif mudah iaitu kekerapan peratusan .
DAPATAN KAJIAN
Jadual 1: Pembelajaran Bahasa Arab yang disediakan memenuhi keinginan & kehendak
pelajar
Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

Ya

157

88.7

88.7

88.7

Tidak Pasti

20

11.3

11.3

100.0

Total

177

100.0

100.0

Jadual 1 menunjukkan seramai 157 orang atau 88.7% dari keseluruhan 177 orang responden
berpendapat pembelajaran bahasa Arab yang mereka ikuti memenuhi keinginan dan kehendak
mereka, sementara 20 orang atau 11.3% peratus dari mereka tidak pasti dengan kenyataan
tersebut.
Jadual2: Pelajar memberikan komitmen sepenuhnya dalam kelas Bahasa Arab yang
dijalankan
Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

Ya

140

79.1

79.1

79.1

Tidak Pasti

29

16.4

16.4

95.5

Tidak

4.5

4.5

100.0

Total

177

100.0

100.0

Jadual 2 menunjukkan seramai 140 orang atau 79.1% dari keseluruhan 177 orang responden
menyatakan mereka telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam sesi pengajian yang
dijalankan, sementara 29 orang atau 16.4% peratus dari mereka tidak pasti dengan kenyataan

tersebut, manakala 8 orang atau 4.5% peratus pula berpendapat sebaliknya.


Jadual 3: Pelajar berpandangan modul yang disediakan adalah sesuai dgn pembelajaran
Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

Ya

132

74.6

74.6

74.6

Tidak Pasti

38

21.5

21.5

96.0

Tidak

4.0

4.0

100.0

Total

177

100.0

100.0

Jadual 3 menunjukkan seramai 132 orang atau 74.6% dari keseluruhan 177 orang responden
berpandangan modul yang disediakan adalah sesuai dgn pembelajaran Bahasa Arab yang
mereka sertai, sementara 7 orang atau 4% peratus dari mereka berpendapat sebaliknya,
manakala 38 orang 21.5% peratus pula tidak pasti dengan kenyataan tersebut.
Jadual 4: Pelajar dapat memahami dengan baik apa yang diajarkan oleh tenaga pengajar
Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

Ya

124

70.1

70.1

70.1

Tidak Pasti

47

26.6

26.6

96.6

Tidak

3.4

3.4

100.0

Total

177

100.0

100.0

Jadual 4 menunjukkan seramai 124 orang atau 70.1% dari keseluruhan 177 orang responden
merasakan mereka dapat memahami degan baik apa yg diajarkan oleh tenaga pengajar dalam
sesi pembelajaran, sementara 6 orang atau 3.4% peratus dari mereka berpendapat sebaliknya,
manakala 47 orang 26.6% peratus pula tidak pasti dengan kenyataan tersebut.
Jadual 5: Pelajar dapat mengikuti proses PdP dengan baik
Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

Ya

114

64.4

64.4

64.4

Tidak Pasti

47

26.6

26.6

91.0

Tidak

16

9.0

9.0

100.0

Total

177

100.0

100.0

Jadual 5 menunjukkan seramai 114 orang atau 64.4% dari keseluruhan 177 orang responden

merasakan mereka dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik,
sementara 16 orang atau 9% peratus dari mereka berpendapat sebaliknya, manakala 47 orang
26.6% peratus pula tidak pasti dengan kenyataan tersebut.
Jadual 6: Terdapat penilaian yang sesuai bagi modul yang digunakan
Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

Ya

107

60.5

60.5

60.5

Tidak Pasti

51

28.8

28.8

89.3

Tidak

19

10.7

10.7

100.0

Total

177

100.0

100.0

Jadual 6 menunjukkan seramai 107 orang atau 60.5% dari keseluruhan 177 orang responden
menyatakan terdapat penilaian yang sesuai bagi modul yang digunakan, sementara 19 orang
atau 10.7% peratus dari mereka berpendapat sebaliknya, manakala 51 orang atau 28.8%
peratus pula tidak pasti dengan kenyataan tersebut.
Jadual7: Pelajar mendapat faedah daripada ABM yang digunakan
Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

Ya

113

63.8

63.8

63.8

Tidak Pasti

53

29.9

29.9

93.8

Tidak

11

6.2

6.2

100.0

Total

177

100.0

100.0

Jadual 7 menunjukkan seramai 113 orang atau 63.8% dari keseluruhan 177 orang responden
menyatakan mereka mendapat faedah daripada alat bantu mengajar yang digunakan dalam
proses PdP, sementara 11 orang atau 6.2% peratus dari mereka berpendapat sebaliknya,
manakala 53 orang atau 29.9% peratus pula tidak pasti dengan kenyataan tersebut.
ANALISIS DAN CADANGAN
Hasil dari analisis data dan dapatan kajian, pengkaji ingin mengemukakan beberapa solusi
dan cadangan ke arah melestarikan lagi pelaksanaan kelas bahasa Arab di Masjid di Malaysia.
Cadangan ini adalah berdasarkan turutan dapatan peratusan yang paling rendah, diantaranya
ialah:

a. Melihat kembali kaedah penilaian bagi pembelajaran bersesuaian dengan tahap pelajar.
Disamping itu juga mereka yang terlibat dalam pelaksanaan kelas pengajian ini perlu melihat
kepada keperluan penilaian itu sendiri bagi pelajar yang belajar Bahasa Arab di masjid secara
tidak formal sebegini.
b. Menilai ABM yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan mencari
jalan

penyelesaian kearah penghasilan ABM yang bersesuaian dengan tahap pelajar.

c. Kajian khusus perlu dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan


pelajar tidak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik.
d. Modul yang digunakan perlu dibina menurut keperluan dan tahap kemampuan bahasa
pelajar yang terlibat, disamping penilaian yang berterusan terhadap modul tersebut perlu
dilakukan oleh pakar yang mempunyai kepakaran dalam bidang.
PENUTUP
Kajian yang telah dijalankan ini sedikit sebanyak telah membantu pengkaji
memperoleh gambaran umum berkaitan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Arab di masjid. Satu fakta yang tidak dapat disangkal ialah keperluan masyarakat beragama
Islam terhadap pembelajaran bahasa Arab. Justeru pengajian di masjid adalah antara solusi
bagi memenuhi keperluan tersebut. Bagaimanapun dalam pelaksanaannya sudah tentulah
terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki. Beberapa saranan ke arah penyelesaian telah
dikemukakan dengan harapan agar pelajar yang mempelajari bahasa Arab di Masjid dapat
menguasai bahasa Arab dengan baik. Hal ini dapat dilaksanakan jika mereka yang berkaitan
mengambil tanggungjawab secara bersama bagi melestarikan lagi proses pengajian dan
pembelajaran tersebut.

RUJUKAN
Asmak Haji Ali dan Hashim Mat Said (2007) Peranan Masjid Dalam
Masyarakat Hadhari.Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid
anjuran Masjid Sultan Ismail, UTM dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia.
Md Noor Hussin, Ahmad Redzaudin Ghazali, Mohammad RofianIsmail
(2014) Masjid dan Pengajian Bhs Arab: Kajian di Gombak Selangor .
Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqaf
(IMAF 2014), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.(e-ISBN 978967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, Malaysia.

Mohd Ismail bin Mustari dan NorshaifulAzhar bin MohammatNor


(2009). Kajian Persepsi Pelajar 3 Spi Terhadap Peranan Masjid Dari Sudut
Pendidikan Dalam Masyarakat Islam. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
Hassan Basri Awang Mat Dahan, Zawawi Ismail, Muhammad
AzharZailani (2005). Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Perspektif
Pengajian Tinggi. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Rofishah bt. Rashid dan Berhanuddin Abdullah (2015). Pengajian
Bahasa Arab Di Masjid Sebagai Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab (NCAL2015)
Rosni Samah (2012) Isu Pembelajaran Bahasa Arab. Proseding
Persidangan Kebangsaan, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab
2012 (PKEBAR`12), Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi.
ZulkifleeHaron (2007). Kajian Masjid Sebagai Institusi Pengantara
dalam Proses Pendidikan: Sorotan Abad 3H hingga 5H. Universiti Teknologi
Malaysia.

You might also like