You are on page 1of 3

SK TAMAN BERSATU

MINIT MESYUARAT AGONG UNIT BULAN SABIT MERAH


KALI PERTAMA TAHUN 2016
____________________________________________________________________________
Tarikh

: 13 Januari 2016

Tempat

: Kelas 4 Kenanga

Masa

: 12.00 tengah hari

Kehadiran :
1. Pn. Rathy A/P Kathirgamathamby
2. Pn. Vijaya Samundiswary A/P Kunchuni
3. En. Mohd Izwan B. Normee
4. En. Chandran A/L Doraisamy
5. Pn. Vanitha Devi A/P Kanagasabapathy
6. Pn. Sumitha A/P Muniyandi
7. Cik Low Foong Chee
8. Cik Joyse Shanthi A/P Aroldos@Aruldas
9. En. Chandran A/L Doraisamy
10. En. Mohd Izwan B. Normee
11. En. Samprizal B. Selamat

1.0

Ucapan Pengerusi
Cik Joyce selaku Ketua Penasihat mengalu-alukan kedatangan semua guru ke
mesyuarat agung BBSM kali pertama dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama
yang diberi.

2.0

Pelantikan Jawatankuasa
2.1 Ahli BBSM telah menjalankan undian bagi menetapkan Ahli jawatankuasa Unit
Bulan Sabit Merah SKTB pada tahun ini. Pengerusi telah memuktamatkan
perlantikan AJK BBSM berdasarkan persetujuan ahli-ahli BBSM.
2.2 Senarai AJK PBSM boleh dilihat di dalam Buku Pelaporan Aktiviti BBSM tahun 2016.
Tindakan : Semua Guru Penasihat

3.0

Perancangan Aktiviti Tahunan 2016


3.1 Unit BBSM telah merancang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun ini.
Antara akitviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut :
i. Latihan Asas Kawad statik dan kawad kaki
ii. Nyanyian lagu PBSM
iii. Peraturan Am Pertolongan Cemas dan Peti Pertolongan Cemas
iv. Kaedah Rawatan Kecemasan
v. Teori dan Rawatan Sengatan Ringan dan Berbisa
vi. Teori dan Amali balutan Luka
vii. Teori berkaitan wabak penyakit berjangkit
viii. Kemahiran asas perkhemahan
ix. Pendidikan asas kesihatan
x. Makanan dan pemakanan
Tindakan : Semua Guru Penasihat

4.0 Hal-hal Lain


4.1 Buku Log
- Pengerusi telah memaklumkan kepada murid tahun 4 supaya menyediakan sebuah
buku log sebagai bahan catatan dan rujukan bagi murid-murid. Manakala bagi murid
tahun 5 dan 6, mereka boleh menggunakan buku log pada tahun lepas. Bagi murid
yang kehilangan buku log, mereka perlu menyediakan buku log yang baharu.
4.2 Pakaian Seragam
- Beliau juga menggalakkan murid memakai pakaian seragam BBSM lengkap
semasa aktiviti Kokurikulum.
4.3 Kedatangan
- murid diberi makluman tentang kehadiran aktiviti Kokurikulum adalah wajib justeru,
murid dinasihati agar tidak ponteng aktiviti Kokurikulum. Bagi murid yang tidak hadir
aktiviti Kokurikulum perlulah mengemukan surat makluman kepada guru penasihat
Unit BBSM.
Tindakan : Semua Guru Penasihat

5.0 Ucapan penangguhan


5.1 Ketua Guru Penasihat mengucapkan tahniah kepada AJK BBSM yang baru dan
seterusnya menangguhkan mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

--------------------------------------( Sumitha A/P Muniyandi )


Setiausaha Unit BBSM,

--------------------------------------( Siti Zabidah Binti Abu Samah )


Penolong Kanan Kokurikulum,

You might also like