You are on page 1of 12

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat sejahtera dan selamat petang


Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan
Pegawai-pegawai Persidangan
Yang Berhormat kerajaan dan Yang Berhormat Pembangkang
Selaku Perdana Menteri, izinkan saya membentangkan usul sarana masyarakat mewujudkan
kerjasama di sekolah. Saya percaya bahawa selepas perbahasan sidang dewan yang mulia ini,
usul ini bakal diluluskan.
Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,
Takrif sarana menurut dewan bahasa dan pustaka ialah segala sesuatu yang dapat digunakan
untuk sebagai alat dan sebagainya utuk mencapai segala sesuatu.Manakala definisi masyarakat
seperti yang tertera dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah sekumpulan orang yg hidup bersama di
sesuatu tempat dengan cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu. Klausa mewujudkan kerjasama di
sekolah pula jelas dan eksplisit dalam menyampaikan makna saling memerlukan dalam mewujudkan citra
kebersamaan dalam membangunkan aspek kecemerlangan di institusi yang kita namakan sekolah.

Saya, ___________________________ telah menjelaskan definisi konsep usul persidangan


sebentar tadi. Pihak kerajaan akan tampil dengan hujah-hujah sekukuh Gunung Everest yang
teramat sukar digugat oleh pihak pembangkang. Seribu langkah bermula dengan satu langkah.
Strategi kerajaan yang pertama bakal dimulai dengan hujah utama Perdana Menteri. Menteri
Kedua, Yang Berhormat Dato Seri ________________________ akan meneguhkan kes kerajaan
dengan menolak definisi Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang pasti tertumpu kepada sisi
gelap sesuatu kebaikan, sebaliknya mengukuhkan definisi usul kerajaan. Beliau seterusnya akan
membidas hujah Ketua Pembangkang, dan kemudian menampilkan dua hujah bagi memperteguh
kes kerajaan. Saya tidak nafikan bahawa pembangkang kedua akan menolak dan
menyembunyikan kebenaran kes kerajaan, namun hujah yang pastinya bersifat gelas separuh
kosong itu mudah diruntuhkan, dan kes pembangkang berantakan dan punah ranah bagaikan

puing-puing debu yang dibawa taufan Nargis oleh Yang Berhormat Menteri Ketiga. Dalam sesi
penggulungan, kerajaan akan memastikan hujah pembangkang hancur luluh sama sekali,
manakala kebenaran usul kerajaan mendapat sokongan padu sidang dewan yang mulia.
Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,
Hujah utama kerajaan ialah sarana masyarakat dapat mengoptimumkan peranan ibu bapa dan
guru dalam mewujudkan kerjasama di sekolah. Kita sedia maklum bahawa sekolah adalah
sebuah institusi yang wujud hasil daripada usaha masyarakat dalam sesebuah komuniti untuk
memantapkan aspek pembangunan modal insan di sekolah.Oleh itu sarana masayarakat
khususnya yang menyentuh aspek penglibatan ibu bapa amat memainkan perana penting dalam
pembangunan segenap aspek kecemerlangan di sekolah.Hal ini dibuktikan dengan kewujudan
pertubuhan ibu bapa dan guru di sekolah.Sarana masyarakat yang diterjemahkan dalam konteks
penglibatan ibu bapa dan guru ini sekaligus menjadi mekanisme terbaik sekolah dalam memicu
kecemerlangan samaada dalam aspek kurikulum mahupun kokurikulum.Peranan yang dimainkan
oleh ibu bapa menjadi modal terbaik dalam menjadi agen pemantauan dan kawalan strategik
bagi meamstikan aspek-aspek seperti sahsiah pelajar,disiplin dan akhlak anak-anak mereka di
sekolah dalam keadaan terkawal dan mudah diurus.Tiada ruang bagi pihak pembangkang untuk
menafikan segenap sisi positif yang dibawa oleh kewujudan sarana masyarakat ini melainkan
sisi-sisi gelap takwilan menyimpang yang mudah dipatahkan.Oleh itu Pihak kerajaan memberi
jaminan bahawa apa-apa jua kelemahan dan kekurangan yang mungkin cuba diuar-uarkan oleh
pihak pembangkang tidak berupaya menghapuskan gemerlap kebaikan rancangan sarana
masyarakat ini dalam menjadi tunjang kepada aspek kerjasama di sekolah .Sungguh usul ini akan
menjadi peyumbang ke arah pembentukan masyarakat madani yang sama-sama kita impikan.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,


Masyarakat madani yang serba sejahtera bertunjangkan jati diri. Sebab itu, saya ingin
menegaskan buat kesekian kalinya bahawa rancangan realiti telivisyen mampu melahirkan
masyarakat madani.
Saya, Perdana Menteri Malaysia mohon mengusulkan.
Contoh Kedua Teks Ketua Menteri/ Perdana Menteri:-

Usul: Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara


Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan
pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.
Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang.
Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana berkat
keamanan dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali
bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.
Tuan Yang Dipertua,
Usul pada hari ini berbunyi,.Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara,
Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian
Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul secara literal. Perkataan Industri dalam
Kamus Dewan Edisi Keempat diertikan sebagai perusahaan secara besar-besaran untuk
menghasilkan barangan, manakala perkataan mangkin bermaksud unsur yang mempercepat
atau menyegerakan sesuatu perkembangan. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa Pendidikan
Industri Mangkin Pembangunan Negara bermaksud pendidikan yang berasaskan perusahaan
merupakan unsur yang akan mempercepat pembangunan negara.
Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini. Selain
itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung oleh Menteri Pertama, manakala Menteri
Kedua pula akan membidas hujah-hujah songsang yang akan dibawa oleh pasukan
pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang

akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara
konsesnsus.
Tuan Yang Dipertua,
Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami.Yang pertama, saya katakan
bahawa kebergantungan kita kepada negara maju walaupun kita kaya dengan hasil
pertanian.Yang Kedua, TYDP, indikator kami ialah bagaimanakah pendidikan industri dapat
memacu sektor pertanian ke arah sektor perindustrian yang berasaskan pertanian. Saya yakin
bahawa berdasarkan indikator-indikator ini berserta justifikasi yang akan kami kemukakan sudah
pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu yang akan
dikemukakan oleh pihak pembangkang.
Tuan Yang Dipertua,
Sejak zaman berzaman, negara kita bergantung pada sumber pertanian kerana kita mempunyai
tanah yang luas dan subiur. Namun, kita tidak berupaya memperoleh hasil yang lumayan.
Pembangunan kita agak perlahan dan kita selalu bergantung harap pada negara maju seperti
Jepun dan Amerika untuk membantu kita. Sampai bilakah kita boleh berkeadaan sedemikian?
Sampai bilakah kita harus meminta-minta?
Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian,
Kita harus belajar daripada sejarah. Lihatlah negara-negara maju di dunia, Jepun, misalnya,
selepas Perang Dunia Kedua, telah bangkit menjadi gergasi ekonomi dunia kerana negara itu
maju dalam bidang perindustrian. Korea Selatan pula mengikut jejak langkah Jepun dalam
bidang perindustrian. Oleh sebab itu, untuk mempercepat pembangunan negara, kita harus
beranjak daripada negara pertanian kepada negara perindustrian.
(Wakil pembangkang berdiri mohon izin laluan daripada Tuan Yang Dipertua)
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua,
YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlulah berubah
daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. Persoalannya ialah sedarkah pihak pihak
kerajaan bahawa pada suatu hari nanti kita mungkin menghadapi krisisi makanan kerana terlalu
menumpukan perhatian kepada bidang perindustrian? Saya bimbang nanti yang kita kejar tidak
dapat, yang kita kendong pula berciciran.

Tuan Yang Dipertua,


Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Pembangkang atas persoalan yang dikemukakan itu.
Apabila saya mengatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlu berubah daripada

negara pertanian kepada negara perindustrian, bukan bermakna kita tidak menumpukan perhatian
kepada bidang pertanian lagi. Sebaliknya, kita majukan bidang pertanian yang berasaskan
perindustrian. Kita harus sedar bahawa sudah lama kita mengalami kerugian yang besar. Banyak
wang negara yang mengalir ke negara asing kerana kita tidak mempunyai kepakaran dalam
bidang perindustrian.

Sebagai akibatnya, kita tidak berupaya mencipta dan mengeluarkan barang-barang keperluan kita
sendiri walaupun kita mempunyai sumber yang banyak. Kita hanya berupaya menjadi
pengeksport barang-barang mentah seperti getah, kelapa sawit, dan seumpamanya dengan harga
yang murah. Sebaliknya, kita mengimport barang-barang siap dengan harga yang berlipat ganda.
Alangkah ruginya kita!
Tuan Yang Dipertua,
Dengan menyedari hakikat ini, maka kita harus membangunkan bidang perindustrian dengan
melahirkan tenaga pakar dalam bidang ini. Pembinaan kilang yang banyak semata-mata tidak
bermakna jika kita tidak menyediakan tenaga mahir yang mencukupi. Untuk mencapai matlamat
itu, maka bidang pendidikan yang berasaskan pertanian perlu diberikan keutamaan.. Usaha ini
seharusnya bermula pada peringkat sekolah rendah untuk memberikan kesedaran kepada
masyarakat akan kepentingan pendidikan industri., Oleh yang demikian, langkah Kementerian
Pelajaran Malaysia mewujudkan mata pelajaran Kajian Tempatan adalah wajar. Seterusnya, pada
peringkat sekolah menengah pula, diajarkan mata pelajaran Kemahiran Hidup, dan pada tahun
2002 mata pelajaran Vokasional diperkenalkan di sekolah menengah harian.
Tuan Yang Dipertua,
Kita terpaksa menerima hakikat bhawa pembangunan dalam bidang industri merupakan mangkin
kepada pembangunan negara. Oleh sebab itu, pendidikan industri merupakan satu eleman
penting yang perlu diberikan perhatian wajar bukan sahaja oleh kerajaan, tatapi juga oleh oleh
pihak pembangkang..

Contoh teks Menteri Kedua:-

Teks Bahas Ala Parlimen (Menteri Kedua)


Soalan Contoh
Anda akan menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat daerah sebagai pasukan
kerajaan. Usul perbahasan tersebut ialah Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah
Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah.
Sebagai menteri kedua, sediakan teks perbahasan tersebut.

Rangka Karangan
Kata alu-aluan
Pendahuluan
- tolak pindaan usul oleh pembangkang sokong definisi usul Perdana Menteri
Isi-isi Penting
i. bidasan terhadap pembangkang
ii. penguatkuasaan yang lemah
iii. wujudnya unsur rasuah
Penutup
- Pemantauan pihak berkuasa dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan
murid sekolah.
Teks Contoh
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan, rakan-rakan
Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan
sekalian.
Tuan Yang Dipertua,
Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh Ketua
Pembangkang sebentar tadi iaitu Pemantauan Pihak Berkuasa Tidak Dapat Mencegah Masalah
Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah. Jadi saya memohon agar definisi usul itu
dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu Pemantauan Pihak
Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah.
Tuan Yang Dipertua,
Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang dikemukakan
oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa pemantauan
yang kurang berkesan tidak dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid
sekolah.
Tuan Yang Dipertua,
Sebenarnya, pihak berkuasa mempunyai prosedur atau peraturan yang menjadi garis panduan
untuk meluluskan tender kantin kepada pengusaha yang berjaya. Selepas itu, pihak berkuasa
hendaklah memantau pengusaha-pengusaha kantin yang sedang menjalankan operasi itu dengan
berkesan. Jadi sepatutnya pihak berkuasa hendaklahlah menjalankan tanggungjawab mereka itu
dengan berkesan. Sekiranya mereka menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sudah pasti
masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah akan dapat diatasi. Mungkin ada
segelintir pihak yang berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan tetapi bukan

bermakna semua pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan. Jika berlaku
juga sebahagian kecil pihak berkuasa yang tidak menjalankan pemantauan dengan berkesan,
suddah pasti mereka juga akan dikenakan tindakan kerana kecuaian. Jadi, perkara pokoknya di
sini, pihak berkuasa sepatutnya menjalankan pemantauan dengan berkesan untuk mencegah
masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.
Tuan Yang Dipertua,
Pemantauan pihak berkuasa akan dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan
murid sekolah, jadi hujah saya yang pertama iaitu berpaksikan frasa, pemeriksaan berkala secara
kerap. Selepas tender diberikan kepada pengusaha kantin, pihak berkuasa perlulah membuat
pemeriksaan berkala secara kerap terhadap pengusaha kantin tersebut. Pihak berkuasa seperti
pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan perlulah membuat
pemeriksaan secara mengejut untuk memastikan makanan yang disediakan benar-benar bersih
dan selamat untuk dimakan oleh murid-murid. Sampel makanan perlulah diperiksa dan dibuat uji
kaji di makmal. Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat untuk menyediakan makan perlu
mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya langkah ini dijalankan, sudah pasti
keracunan makan dalam kalangan masyarakat tidak akan berlaku.
Tuan Yang Dipertua,
Sekiranya pemeriksaan berkala secara kerap dijalankan sudah pasti pihak pengusaha kantin akan
mementingkan kebersihan dalam aspek penyediaan makanan. Oleh itu, pengusaha kantin
perlulah memastikan tangan penyedia makanan benar-benar bersih dan premis penyediaan
makanan mereka bersih. Selain itu, tukang masak juga perlu memakai topi dan apron di samping
memotong kuku mereka agar bersih. Sayur-sayuran atau bahan-bahan yang hendak dimasak
perlulah dibersihkan dengan air yang secukupnya di samping tidak mendedahkan makanan
kepada lalat atau serangga yang lain. Jika langkah ini diambil oleh pengusaha kantin, sudah
tentulah masalah keracunan makanan dapat dielakkan.
Tuan Yang Dipertua,
Hujah saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, mengadakan kursus kepada pengusaha kantin.
Pihak berkuasa perlulah mengadakan kursus yang berkaitan dengan aspek kebersihan dalam
pengendalian makanan kepada pengusaha-pengusaha kantin sekolah. Melalui kursus tersebut,
pengusaha kantin akan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh demi menjaga kebersihan
makanan di kantin. Sudah tentu, mereka akan diberikan pendedahan tentang cara-cara untuk
menyediakan makanan yang bersih dan selamat untuk murid-murid sekolah. Pekerja-pekerja
kantin itu juga didedahkan dengan aspek kebersihan dan kesihatan yang perlu dititikberatkan
dalam penyediaan makanan. Selain itu, mereka perlu memakai pakaian yang sepatutnya semasa
memasak makanan dan menjaga kebersihan seperti memastikan kuku mereka dipotong,
membasuh tangan sebelum memegang makanan dan sebagainya. Oleh itu, masalah keracunan
makanan dalam kalangan murid-murid sekolah akan dapat diatasi.
Tuan Yang Dipertua,
Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan
memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.
Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.

REMAJA BERKULALITI MODAL INSAN NEGARA

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan yang dipertua.Rakan-rakan kerajaan,perwakilan


pembangkang serta ahli-ahli dewan .
Assalamualaikum wbt,salam sejahtera dan selamat bersidang.
Tuan Yang Dipertua,
Saya selaku menteri ketiga telah diberi amanah untuk membidas serta mematahkan ketiga-tiga
hujah yang telah dikemukakan sebentar tadi oleh pihak pembangkang. Berdirinya saya pada pagi
yang penuh ceria ini ,adalah untuk menegaskan pendirian kami kepada sidang dewan sekalian
bahawa sesungguhnya remaja itu merupakan tunjang yang bakal mengambil alih tampuk
kepimpinan Negara kelak. Oleh yang demikian,pihak kerajaan telah bersepakat serta sebulat
suara bersetuju dengan premis Remaja Berkualiti Modal Insan Negara.

Tuan Yang Dipertua,

Untuk menolak usul yang dikemukakan pihak pembangkang , saya akan mendedahkan serta
menyatakan kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh perwakilan pembangkang
sebentar tadi.

Saya tidak pandai bermain dengan emosi.Maka,saya ingin membetulkan ketidaktepatan


fakta.Kelemahan pertama yang dilakukan oleh YAB_____________ menyatakan bahawa
jenayah dalam kalangan remaja kini bagai tiada noktahnya. Namun kenyataan itu salah sama
sekali. Hal ini kerana, statistic kadar jenayah dalam kalangan remaja kini menunjukkan
penurunan yang ketara.kondisi ini bukan sekadar omong kosang,Polis Diraja Malaysia(pdrm)
kini berada di landasan yang betul dalam mengurangkan indekskadar jenayah yang melibatkan
kerjasama daripada masyarakat itulah kata-kata yang daripada Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin yang saya petik pada laman MSTAR online yang telah dipaparkan pada
1oktober 2011. Berdasarkan penilaian yang dikeluarkan oleh Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) PDRM pada setiap tahun mencatatkan jumlah penurunan kadar jenayah yang
memberangsangkan. Statistik terkini menunjukkan indeks kadar jenayah antara Januari hingga
Ogos tahun ini menurun sebanyak 23.6 peratus, manakala kadar jenayah jalanan pula berkurang
sebanyak 39.7 peratus dalam tempoh sama berbanding 2009. Hal ini telah terbukti bahawa
dengan adanya hubungan yang kukuh antara polis dan penduduk merupakan asas perkongsian
pintar yang dapat membantu mengenal pasti jenayah dengan awal dan melaksanakan strategi
terbaik untuk mengatasinya.Jelas sekali pencegahan jenayah bukan sahaja memerlukan

kesedaran tentang jenayah masyarakat, malah amat bergantung kepada kerjasama yang diterima
pihak polis daripada masyarakat setempat.

Seterusnya,kerapuhan usul kedua yang di kemukakan oleh ______________ yang berbunyi


remaja mempunyai keperibadian yang lemah .Bagi menangikis tuduhan yang tidak berasas itu,
Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan perlaksanaan Program Latihan Khidmat
Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Dewan rakyat meluluskan Rang UndangUndang Akta latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan
Rang Undang-Undang ini pada 7 julai 2003. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang
dilaksanakan di negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman
nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara.Program
yang dilaksanakan ini banyak mendatangkan manfaat. PLKN juga bertindak sebagai satu
makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. Disiplin diri merupakan asas penting bagi
sesuatu kejayaan.Penubuhan Program Latihan Khidmat Negara ini juga merupakan salah satu
platform untuk memberi didikan,pembangunan moral dan merangsang tenaga intelektual bagi
membina tamadun bangsa yang cemerlang.saya ingin melontarkan satu soalan yang cukup
penting.Adakah kemudahan yang telah pihak kerajaan sediakan sperti P..LKN ini masih
ingin disia-sia kan serta dipandang enteng? Sedangkan kemudahan ini jugalah yang mencorak
satu generasi yang berilmu,berketerampilan ,bersahsiah mulia.Malah, kemudahan ini jugalah
yang menampilkan wajah genarasi muda yang bersulamkan tekad yang ingin menjulang Negara
hingga ke puncak jagat.

Bagi menjernihkan tanggapan yang keruh yang telah dikemukakan oleh _________________
yang berbunyi remaja kini menzalimi diri sendiri.Kondisi ini memang tidak dapat dinafikan oleh
semua pihak seperti mengambil dadah,melakukan seks bebas dan sebagainya.pascamodenisasi
ini,remaja semakin dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit dan mereka lebih cenderung
kepada keseronokan dan berpeleseran . Namun , pihak kerajaan mengambil langkah sederap bagi
mengekang kemelut ini agar masyarakat tidak dihinggapi masalah social yang teruk.Kerajaan
telah menyediakan pusat pemulihan penagihan narkotik(PUSPEN),pusat perlindungan
wanita,pusat pemulihan akhlak,klinik pemulihan dan prihatin 1malaysia yang bertujuan untuk
membentuk semula nilai keinsanan yang syumul dalam diri remaja.Disamping itu, Datuk Seri
Abdullah telah membuat keputusan memberi peruntukan kewangan 2006 kepada sektor sosial
sebanyak 9.9 bilion ringgit berbanding 5.6 bilion ringgit untuk sektor pertahanan dan 3.6 bilion
ringgit untuk pentadbiran pembangunan. Bagi pembangunan sumber manusia atau human
capital, beliau membuat keputusan memperuntukkan 29 bilion ringgit atau satu per lima daripada
peruntukan Bajet 2006 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan Kementerian Pelajaran
dan Kementerian Pengajian Tinggi. Sebanyak 5 bilion ringgit telah diperuntukkan bagi
perbelanjaan pembangunan pelajaran dan latihan untuk guru, pelajar sekolah dan institusi

pengajian tinggi. Di samping itu, peruntukan sebanyak 493 juta ringgit disediakan bagi
menampung 98 ribu pelajar di sekolah teknikal, vokasional dan institusi latihan kemahiran.
Selain itu, peruntukan hampir satu bilion ringgit disediakan bagi latihan perdagangan dan
industri yang sedang dilaksanakan di Institut kemahiran MARA, Pusat Giat MARA, Institut
Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi.
Nampaknya usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengatasi punca masalah sosial diberi
penekanan yang sangat jelas dan menyeluruh,bagi memanifestasikan remaja yang
berkualiti,sakinat dan madani kelak.

Tuan Yang dipertua,


Deduksinya,saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh pihak
pembangkang ditolak kerana pihak pembangkang gagal menyatakan usul yang relaven.Dengan
ini,saya mohon agar semua pihak memberi komitmen dan pengertian yang serius terhadap usul
pada hari ini malah kita tidak wajar akur dengan arus songsang ini.,saya memohon maaf
sekiranya terkasar bahasa,namun saya masih berpegang teguh dengan pendirian saya iaiti remaja
berkualiti pemacu pembangunan Negara.sekian,terima kasih.

teks perbahasan ala parlimen menteri 3


bismillahhirahmanirrahim
terima kasih saya ucapkan kepada Tuan yang dipertua,barisan kerajaan,perwakilan pembangkang
dan ahli2 yang berhormat sekalian.
assalamualaikumwarahmtullahhiwabarokatuh,salam sejahtera dan selamat bersidang.
tuang yang dipertua,ahli2 yg berhormat sekalian,saya amat bersyukur kerana berkat keamanan
dan keharmonian di bawah kepimpinan kerajaan pada hari ini,dewan kembali bersidang untuk
membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.
tuan yg dipertua,
berdirinya sya disini ingim membidas segala hujah pihak pembangkang pertama dan
pembangkang kedua.sebelum saya membidas segala hujah pihak pembangkang,sya ingin
mengulangi usul yang hangat diperbahaskan pada hari ini yang
berbunyi______________________________________________________________________
__
____________________________________________________________________-

baiklah disini sya akan membidas hujah yang disampaikan oleh pihak PEMBANGKANG
2...pembangkang kedua mengatakan_____________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
yang berhormat,
________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
_________________________________________________________________
bidasan bagi hujah pembangkang 2 telah berlalu,sekarang tiba masanya saya ingin membidas
hujah yang disampaikan oleh PEMBANGKANG 1.
pembangkang 1 mengatakan_____________________________________________
_________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________..
tetapi yang berhormat__________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________.
bidasan saya sudah berakhir,dan tibanya masa saya untuk memperkukuhkan kes
kerajaan.perdana menteri mengatakan ________________________________ dan saya
menyokong 100% hujah tersebut kerana _____________________________________
_________________________________________________________________.
menteri kedua telah memberikan hujah pertama dan hujah kedua.hujah yg kedua ialah
____________________________________________________________-.hujah yg ketiga
ialah______________________________________________________
tegasnya__________________________________dapat
memberikan____________________________________________________
sebelum sya mengundur diri,saya megulas semula pendirian kerajaan iaitu______________
__________________________________________________________________

tidak perlu definisi....definisi untuk perdana menteri dengn menteri kedua,,,


tidak salah kalau mmberi definisi,,,

tp merugikan masa,dan tidak dapat mrkah yg banyak

ckp nada yg tegas ktika bidasan

mmbuat usul lwak sedikit,tp jgn keterlaluan.

mghafal dan fhm tjuk hujah

step yg ditunjukkan adalah btul.....

8 minit diperuntukan ketika bercakap...

You might also like