You are on page 1of 5

Senarai beberapa permainan sukaneka berserta kaedah pelaksanaannya untuk

memeriahkan lagi hari berkenaan.


1. Kepala Botol
1.

Setiap ahli pasukan akan membawa botol mineral dengan meletakkan di


atas kepala mengelilingi kon.

2.

Pasukan yang cepat dikira sebagai pemenang.

3.

Peralatan: Botol air mineral besar dan kon


2. Lontaran Kasih

1.

Setiap pasukan akan dibekalkan satu belon yang berisi air.

2.

Belon akan dilontar mengikut jarak yang ditetapkan.

3.

Pasukan yang berjaya melontar dan menyambut belon dengan jarak yang
paling jauh dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Belon
3. Bowling Klasik

1.

Setiap ahli kumpulan akan membuat satu balingan menggunakan buah


kelapa kea rah botol yang telah disusun.

2.

Pasukan yang berjaya menjatuhkan botol terbanyak dikira sebagai


pemenang.
Peralatan: Kelapa Tua dan botol air mineral besar
4. Pijak

1.

Setiap ahli kumpulan akan dibekalkan satu belon dan diikat di pergelangan
kaki.

2.
3.

Peserta akan memijak belon ahli kumpulan lain dalam masa tiga minit.
Kumpulan yang mempunyai belon terbanyak yang belum pecah dikira
sebagai pemenang.
Peralatan: Belon dan gelang getah
5. Hole in One

1.

Setiap ahli kumpulan akan diberi 10 biji ping pong.

2.

Peserta perlu melontar dengan melantunkan bola pingpong ke dalam


baldi/cawan dalam masa 3 minit.

3.

Pasukan yang berjaya memasukkan bola pingpong terbanyak dikira sebagai


pemenang.
Peralatan: Bola Ping Pong dan Cawan/Baldi Kecil
6. Cari Getah Dalam Tepung

1.

Semua ahli kumpulan mesti terlibat dalam permainan ini.

2.

Setiap/semua peserta mestilah beratur di garisan permulaan dan muka


mereka akan dibasahi dengan air.

3.

Selepas wisel ditiupkan, permainan dimulakan dengan peserta pertama dari


tapak permulaan berlari ke garisan permainan bermula.

4.

Peserta tersebut mestilah meniup tepung di dalam pinggan dan mengambil


hanya satu getah dengan menggunakan mulut dan diletakkan ke dalam bekas
yang disediakan.

5.

Permainan diteruskan dengan peserta kedua dan seterusnya bergilir-gilir


mengikut urutan sehingga wisel penamat dibunyikan iaitu selepas 10 minit.

6.

Kumpulan yang berjaya mengumpul paling banyak getah akan dikira sebagai
pemenang.
Peralatan: Stop watch, Wisel, Pinggan, Tepung, Gelang getah, Air
7. Straw Di Mulut

1.

Setiap ahli kumpulan akan berada dalam satu barisan dan akan dipisahkan
dengan jarak tertentu.

2.

Setiap peserta akan diberikan satu straw dan letakkan straw tersebut di
mulut masing-masing.

3.

Ahli pertama daripada setiap kumpulan akan memulakan permainan dengan


pass getah yang diberikan oleh penyelaras kepada ahli seterusnya dengan
menggunakan straw di mulut. Kemudian ahli kedua pula pass getah tersebut
kepada ahli ketiga dengan cara yang sama, dan seterusnya sehingga peserta
terakhir.

4.

Peserta terakhir perlu meletakkan getah tersebut di atas kertas/pinggan


yang disediakan oleh fasilitator dengan menggunakan straw.

5.

Permainan ini akan diteruskan sehingga tempoh masa tamat. Masa


permainan adalah 10 minit.

6.

Kemenangan akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya mengumpul


bilangan getah yang paling banyak.
Peralatan: Stop watch, Wisel, Straw, Pinggan, Gelang getah, Tali Ikat Tangan
8. Kembarku

1.

Setiap kumpulan terdiri daripada 7 ahli.

2.

Kain diagihkan untuk mengikat kaki setiap ahli supaya menjadi kembar.

3.

Setiap kembar akan berlari menuju ke garisan penamat.

4.

Kembar yang mencatat masa terpantas dikira sebagai pemenang.

5.

Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati


Peralatan: Stop watch, Wisel, Tali Ikat Kaki
9. Belon oh Belon

1.

Setiap kumpulan terdiri daripada tujuh orang.

2.

Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu 4 daripadanya


berada di tapak satu dan 3 peserta lagi di tapak dua.

3.

Selepas wisel dibunyikan, permainan dimulakan dengan peserta pertama


dari tapak satu membawa belon air kepada peserta di tapak dua.

4.

(Cara membawa belon air ialah dengan belon air dikepit dengan kedua-dua
kaki dan peserta tidak dibenarkan memegang belon air dengan tangan.)

5.

Peserta di tapak dua akan menyambut belon air itu dan membawa belon air
kepada peserta di tapak satu. Permainan dikira tamat jika peserta-peserta yang
pada awalnya berada di tapak satu kesemuanya telah berada di tapak dua dan
peserta-peserta yang pada awalnya berada di tapak dua pula telah berada di
tapak satu.
Peralatan: Stop watch, Wisel, Belon Berisi Air
10. Tapak Gajah

1.

Peserta seramai 10 orang.

2.

Berlari secara berganti-ganti

3.

Kumpulan paling cepat tamat di kira sebagai pemenang


11. Musang Berjanggut

1.
2.

Peserta seramai 5 orang


Dibekalkan dengan sekeping surat khabar, 4 keping kertas A4, sekeping
pinggan kertas dan seuncang kekacang.

3.

Peserta dikehendaki untuk mengasingkan kekacang mengikut jenisnya.

4.

Perlu menggunakan daya kreativiti dengan bahan yang dibekalkan.

5.

Bahan yang diberi tidak boleh bercampur setelah dihantar. Jika bercampur
dikira kalah.

6.

Kumpulan yang paling cepat dan bahannya tidak bercampur dikira sebagai
pemenang.
Peralatan: Surat Khabar, Kertas A4, Pinggan Kertas dan uncang kekacang
12. Tepung Gomak

1.

Peserta seramai 10 orang

2.

Peserta perlu meniup tepung untuk mendapatkan gula-gula

3.

Setiap peserta hanya boleh mengambil sebiji gula-gula pada setiap pusingan

4.

Kumpulan terpantas yang terbanyak mendapat gula-gula dikira sebagai


pemenang.
Peralatan: gula-gula, tepung, pinggan
13. Model Mumia

1.

Peserta adalah seramai 5 orang

2.

Setiap kumpulan perlu memilih seorang model untuk dijadikan mumia

3.
4.

Kumpulan akan dibekalkan dengan 4 gulung tisu. Tisu tersebut perlu


digunakan sehingga
habis.

5.

Peserta perlu membalut semua bahagian anggota model kecuali mata.

6.

Kumpulan perlu menggunakan daya kreativiti masing2 untuk menghias


model. Alat bantu sendiri untuk menghias model adalah di benarkan.

7.

Mumia akan diadili oleh juri dan juga wakil pelajar.

You might also like