You are on page 1of 6

KAJI SELIDIK FAKTOR PELAJAR MEROKOK.

KAJI SELIDIK FAKTOR PELAJAR MEROKOK.


PENGENALAN.
Tabiat merokok merupakan suatu fenomena masyarakat di mana kewujudannya boleh
ditafsir dari pelbagai aspek. Antaranya adalah aspek hubungan social, persekitaran,
risiko kebergantungan , risiko kesihatan dan lain-lain lagi. Kita dapat melihat orang
merokok di merata tempat samaada di kampung , Bandar dan sebagainya. Dari aspek
sosiobudaya, masyarakat menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup, iaitu
merokok dijadikan ukuran status kedewasaan, kematangan dan kesediaan memikul
tanggungjawab khususnya di kalangan orang lelaki.
Terdapat remaja lingkungan belasan tahun yang tidak segan silu merokok secara
terbuka di tempat awam. Fenomena ini biasa kita lihat dalam pelbagai situasi dan
sesetengahnya lengkap berpakaian sekolah. Pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan
bagi mencegah remaja daripada terjebat ke dalam tabiat merokok.Kempen ini
dijalankan samaada melalui media cetak, media elektronik serta penyebaran poster.
Ini menunjukkan seriusnya masalah merokok di kalangan remaja sekarang.Remaja
juga merokok tanpa menghiraukan papan tanda larangan merokok samaada di institusi
pengajian atau ditempat awam. Tabiat ini wajar dihentikan bagi membentuk golongan
remaja yang sihat demi untuk pembangunan negara pada masa akan datang.
Faktor umur turut mempengaruhi pandangan mereka terhadap tabiat merokok.Bagi
remaja, kemungkinan mereka merokok sekadar untuk berseronok sahaja tanpa
memikirkan kesan buruk akibat tabiat merokok.Manakala orang dewasa merokok
mungkin di sebabkan factor kebergantungan atau ketagihan.Mereka sedar tentang
masalah yang sedang dan bakal di hadapi tetapi terpaksa meneruskan tabiat tersebut
dengan pelbagai alas an.
PERMASALAHAN MEROKOK DI KALANGAN REMAJA.
Tabiat merokok dikalangan remaja di Malaysia menunjukkan peningkatan.Ini jelas
daripada laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam Modul
Berhenti Merokok (2001), yang menunjukan 20% perokok terdiri dikalangan remaja.
Laporan tersebut turut menjelaskan bahawa dianggarkan seramai 50 60 orang
remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari.
Menurut Ahmad (2004), pihak kerajaan pada tahun 2003 yakni sejak Dato Seri
Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kepimpinan negara,beliau telah
bersungguh-sungguh melaksanakan kempen anti merokok di setiap jabatan, daerah,
kampung dan sekolah. Yang menariknya dalam kempen beliau itu, golongan yang
menjadi sasaran utama ialah remaja yang berumur 13 sehingga 21 tahun. Ini kerana
kerajaan sedar bahawa golongan yang tinggi merokok adalah dikalangan remaja.
Disamping itu, kajian ini turut mengambil kira sumbangan tabiat merokok kepada
gejala penagihan bahan.Menurut kajian Sabri (2002), didapati keseluruhan penagih
dadah terdiri daripada kalangan perokok. Ini disokong oleh kajian Samsuddin dan
Herman dalam Modul Kempen Cara Hidup Sihat (2003) yang menyatakan bahawa
99% penagih dadah di pusat serenti mengamalkan tabiat merokok dan 95% penagih
dadah yang telah bebas mengamalkan tabiat merokok.
Oleh yang demikian , keadaan ini menimbulkan minat kepada kami unit Bimbingan
Dan Kaunseling untuk melakukan kajian terhadap pelajar-pelajar SMK. Beris Panchor
yang dikenalpasti mengamalkan tabiat merokok untuk meninjau punca merokok dari

aspek hubungan social dan persekitaran.Seramai 50 orang responden terdiri daripada


pelajar-pelajar lelaki yang dikenalpasti sebagai perokok dari tingkatan 1 hingga
tingkatan 5 dipilih sebagai responden.
ANALISIS DATA.
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif iaitu menganalisis data
menggunakan kaedah statistic asas kekerapan dan peratus untuk menerangkan jumlah
kekerapan setiap ciri pembolehubah.Walaubagaimanapun, dalam kajian ini penyelidik
menggunakan statistic asas peratusan.Data-data mengenai persoalan kajian diperolehi
melalui kaedah soalselidik.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN.
FAKTOR KELUARGA MEROKOK MENJADI PUNCA PELAJAR-PELAJAR
SMK. BERIS PANCHOR MEROKOK.
Dapatan kajian menunjukan 64% dikalangan pelajar yang merokok adalah terdiri
daripada ayah yang merokok, dan 68% mempunyai ahli keluarga yang
kebanyakannya merokok.Ini menunjukan kepada kita bahawa keluarga merupakan
contoh tauladan yang mudah mempengaruhi pelajar.100% daripada respon
menyatakan bahawa ibu bapa melarang mereka merokok dan mereka mempunyai
hubungan kekeluargaan yang rapat. 72% responden menyatakan mereka mendapat
bekalan rokok hasil dari wang saku yang dibekal oleh ibu bapa kesekolah.76%
responden menyatakan mereka tidak suka berkongsi masalah dengan ibu bapa, ini
menunjukan bahawa walaupun mereka suka menghabiskan masa dengan keluarga tapi
mereka tidak berkomunikasi secara baik dan fositif.
Hasil kajian ini juga selari dengan pernyataan Mohamad (1987) yang menyatakan
bahawa remaja menghadapi tekanan yang kuat untuk mengikut dan meniru orang
yang terdekat dengan mereka. Dapatan ini juga selaras dengan kenyataan Zulkarnain
(2002) yang mengatakan bahawa insan adalah makhluk Allah yang begitu senang
dipengaruhi dengan hakikat atau kenyataan.
FAKTOR RAKAN SEBAYA MEMPENGARUHI TABIAT MEROKOK
DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR SMK. Beris Panchor.
Dapatan kajian menunjukkan hanya 4% responden bersetuju menyatakan mereka
dipaksa merokok oleh rakan-rakan sementara 96% lagi menyatakan tidak setuju .Ini
menunjukan bahawa factor rakan sebaya bukanlah penyebab kepada responden mula
merokok .
84% responden menyatakan bahawa kebanyakan rakan-rakan mereka adalah
perokok.94% responden menyatakan tidak setuju tak suka berkawan dengan rakan
yang merokok, ini bermakna responden suka berkawan dengan rakan perokok.
Dapatan ini disokong oleh Kamarudin (1996) mengatakan remaja lebih cenderung
untuk memilih rakan sebaya dan tingkah laku mereka ditentukan oleh ukuran
kelakuan rakan sebaya mereka.Kajian Sufian (2004) juga menyatakan bahawa
merokok boleh di dorong oleh desakan rakan sebaya. Dalam perkumpulan rakan
sebaya, seseorang remaja diterima dalam sesuatu perkumpulan sekiranya mereka
berani merokok, jika tidak mereka dipulau oleh rakan sebaya.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa factor rakan sebaya menjadi penggalak atau
pendorong kepada responden untuk meneruskan tabiat merokok ini terbukti dari data

75% respon menyatakan saya selalu merokok apabila bersama rakan-rakan.65%


menyatakan mereka suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan.
74% responden tidak setuju mereka merokok apabila berada dalam keadaan stress,
sebaliknya mereka merokok sekadar untuk suka-suka sahaja.50% responden
mengatakan mereka seronok dapat merokok setiap hari.98% responden setuju bahawa
mereka tahu merokok membahayakan kesihatan dan 88% mengatakan tidak setuju
mereka tidak merasakan perbuatan merokok merugikan diri sendiri.
KESIMPULAN.
Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dan berbentuk kuantitatif. Manakala
instrument yang di gunakan ialah soalselidik bagi mendapatkan data yang telah di
analisis oleh penyelidik secara manual. Soalselidik terdiri daripada 2
bahagian.Bahagian A mengandungi soalan-soalan berkaitan keluarga dan bahagian B
soalan-soalan berkaitan pengaruh rakan sebaya.Secara keseluruhan dapat dirumuskan
bahawa factor keluarga menjadi penyebab responden memulakan tabiat merokok,
sementara factor rakan sebaya menjadi pendorong atau pemankin untuk responden
meneruskan tabiat ini.
Pendapat ini bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang
bermaksud:
Manusia itu dilahirkan dengan fitrah (tabiat atau potensi yang baik). Hanya ibu
bapanyalah (alam sekitar) menyebabkan ia menjadi Yahudi, Nasrani atau menjadi
Majusi
Namun begitu , masih terdapat segelintir ibu bapa dan masyarakat yang tidak
mengambil berat tentang perlakuan merokok mereka yang akan ditiru oleh remaja.
Pendapat ini di sokong olehHelgason (2001) menilai sikap ibu bapa terhadap
pendedahan asap rokok(PAR) terhadap anak-anak mereka yang berumur antara 3-5
tahun.Sejumlah 5,500 ibu atau bapa yang merokok telah dipilih secara rawak di
beberapa negara iaitu,Sweden,Norway,Denmark, Iceland dan Finland. Kajian
mendapati bahawa dua daripada tiga atau 66% orang perokok tidak sedar kesan PAR
terhadap kesihatan anak kecil mereka, dan mereka juga tidak sedar bahawa anak-anak
mereka mempunyai potensi meniru tabiat merokok.
Sebagai rumusannya masalah merokok dikalangan pelajar-pelajar sekolah tidak
sepatutnya dibebani kepada pihak sekolah semata-mata untuk menangani, sebaliknya
ibu bapa dan keluarga mereka juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan
memberikan sumbangan yang sewajarnya kepada pihak sekolah.
BIL PERNYATAAN TIDAK SETUJU SETUJU
BAHAGIAN A (KELUARGA )
1. Saya suka habiskan masa lapang bersama keluarga 68% 32%
2. Ayah saya adalah seorang perokok. 36% 64%
3. Kebanyakan ahli keluarga saya merokok. 30% 70%
4. Ibu bapa saya tahu saya merokok 46% 54%
5. Ibu bapa saya tidak melarang saya merokok. 100% 0%
6 Saya membeli rokok dengan wang saku sekolah. 28% 72%
7. Hubungan saya dengan keluarga sangat rapat. 12% 86%
8. Kesibukan ibu bapa bekerja tak menghalang kami untuk bersama. 10% 90%
9. Ibu Bapa sering meluangkan waktu apabila saya memerlukan. 14% 86%

10. Ibu bapa sering menasihati dan membberi kasih saying kepada saya.10% 90%
11. Ibu bapa tidak ambil peduli /tahu setiap pergerakan saya. 92% 8%
12 Saya suka berkongsi masalah dengan ibu bapa saya. 76% 24%
BAHAGIAN B (RAKAN SEBAYA)
13 Saya sering menghabiskan masa lapang bersama rakan. 70% 30%
14 Kebanyakan rakan-rakan saya merokok. 16% 84%
15 Saya mula merokok kerana ajakan kawan. 68% 32%
16 Apabila bersama rakan-rakan, mereka mengajak saya merokok. 48% 42%
17 Saya dipaksa merokok oleh rakan-rakan saya. 96% 4%
18 Saya selalu merokok apabila bersama rakan-rakan 24% 72%
19 Saya tak suka berkawan dengan rakan-rakan yang merokok. 94% 6%
20 Saya akan menegur/menasihati rakan saya yang merokok. 84% 16%
21 Saya suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan. 40% 60%
22 Saya berasa seronok apabila berkumpul dengan rakan-rakan. 24% 66%
23. Saya pernah mencuba-cuba untuk merokok. 72% 28%
24. Saya merokok sekadar untuk suka-suka sahaja. 54% 56%
25 Saya merokok apabila berada dalam keadaan stress 74% 26%
26 Saya seronok dapat merokok setiap hari. 50% 50%
27 Saya menggunakan duit simpanan /sekolah saya untuk membeli rokok.26% 74%
28 Saya tahu merokok membahayakan kesihatan saya. 2% 98%
29 Saya berasa seronok apabila merokok. 70% 30%
30 Saya tidak merasakan perbuatan merokok merugikan diri sendiri. 88% 12%
Posted by mzbml at 7/23/2009 01:32:00 PM
...............................

Langkah-Langkah Mengatasi Kegiatan Merokok


Walaupun pelbagai penyakit atau bahaya rokok itu telah didedahkan kepada mereka
yang merokok atau masyarakat umum tetapi gambaran itu masih tidak cukup untuk
menakutkan seorang perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat
berbahaya tersebut. Mereka tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah langsung
tidak menghiraukan sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk jangka masa
panjang. Oleh yang demikian, pihak-pihak tertentu terpaksa berusaha lebih gigih
untuk mengurangkan atau mengelakkan masyarakat terutama golongan remaja
termasuklah pelajar supaya berhenti merokok.
Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan ialah:1. KEMPEN
Pelbagai kempen dijalankan untuk mengatasi masalah merokok baik oleh kerajaan
mahupun pihak persendirian. Misalnya, kerajaan telah mengadakan kempen anti
merokok melalui pelbagai cara seperti iklan-iklan yang ditayangkan di dalam
televisyen, radio, poster-poster mahupun ceramah yang sering diadakan di sekolah
mahupun di pejabat dan sebagainya.
2. CERAMAH
Dalam ceramah mahupun iklan itu hendaklah dinyatakan tentang bahayanya merokok,

kesan merokok serta dinyatakan faedah orang yang tidak merokok atau berhenti
merokok seperti hidup lebih lama, dapat menghindari racun yang terkandung dalam
rokok, dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok,
menjadi teladan yang baik kepada anak-anak, dapat meningkatkan kecergasan serta
memiliki tubuh yang sihat, meningkatkan deria rasa dan bau, gigi lebih putih dan
nafas lebih segar dan dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan
wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
3. KUAT SEMANGAT DAN BERDISIPLIN
Seseorang itu mestilah kuat semangat dan mendisiplinkan diri untuk berhenti
merokok seperti tetapkan tarikh untuk berhenti merokok, yakinkan diri, buat nota
peringatan, katakan pada diri anda, Aku bukan perokok, tumpukan pada hari ini
jangan dulu fikirkan hari seterusnya, sentiasa berfikiran positif, dapatkan sokongan
daripada orang sekeliling seperti rakan sebaya, ibu bapa atau keluarga, lawan
keinginan atau perasaan untuk merokok dan gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai.
4. BERPUASA
Amalan berpuasa dari pandangan Islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan
maksiat. Apabila berpuasa seseorang itu tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13
jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk
merokok pada waktu malam jika selalu berpuasa, seseorang itu tidak hanya dapat
menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah.
5. HADIAH ATAU HABUAN
Seseorang itu hendaklah beri hadiah atau habuan kepada diri sendiri sekiranya dia
tidak lagi merokok. Ini untuk mendapatkan kepuasan hasil dari pemberhentiannya
merokok.
6. BERSUKAN ATAU AKTIVITI BERFAEDAH
Selain itu, individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh
badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka seperti merokok.
Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah
keseronokan dan motivasi diri. Oleh itu, perokok hendaklah melakukan aktiviti sukan
ini kerana ia dapat menghindarkan dirinya dari tabiat merokok.
7. SERTAI PROGRAM SUKARELA
Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk
melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan
kesihatan diri kita. Jika seseorang itu sibuk dengan aktiviti atau kerja yang
dilakukannya, dia akan lupa untuk menghisap rokok kerana tidak ada masa untuk
menghisap rokok. Bagi ibu yang mengandung pula hendaklah didedahkan kepada
iklan-iklan tentang pentingnya menjaga bayi yang dikandungnya dan dedahkan
perkara-perkara yang boleh memudaratkan keadaan bayinya mahupun kesiahtan
dirinya sendiri.
8. PELAJAR DIKENAKAN DENDA
Manakala, bagi pelajar di sekolah pula hendaklah dikenakan dendaan yang setimpal
kepada mereka yang didapati merokok seperti pelajar yang merokok itu akan
diadukan kepada pihak polis dan pihak polis akan mendenda mereka. Ini adalah
kerana pihak polis bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani masalah

disiplin pelajar. Ibu bapa juga akan dipanggil untuk memberitahu perihal anak mereka
yang merokok. Pelajar yang merokok itu juga akan dirujuk kepada guru kaunseling
untuk menanyakan kenapa dia merokok.
9. KUATKUASA UNDANG-UNDANG
Di negara Brunei Darussalam, kerajaan telah pun menetapkan undang-undang iaitu
tidak membenarkan sesiapa saja untuk merokok di kawasan-kawasan tertentu seperti
dalam panggung wayang, rumah sakit, sekolah, pejabat dan di kawasan awam yang
tertentu. Denda akan dikenakan kepada sesiapa saja yang melanggar undang-undang
tersebut. Penjual rokok di kedai juga tidak menjual rokok kepada remaja yang
berumur di bawah lapan belas tahun. Sesiapa yang didapati berumur di bawah lapan
belas tahun akan dikenakan denda yang setimpal. Pihak-pihak yang berkenaan juga
diharap akan dapat bekerjasama dalam membanteras tabiat merokok ini, dengan tidak
menjual kepada pembeli yang di bawah umur dan jangan hanya memikirkan
keuntungan saja.

You might also like