You are on page 1of 8

BAB 2:

Ujian T

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

Menjelaskan maksud dan penggunaan hipotesis


Menerangkan maksud signifikan statistik
Menerangkan penggunaan ujian t bagi kumpulan yang sama
Menghuraikan penggunaan ujian t bagi kumpulan yang berlainan

2.1 Mukadimah
2.2 Apakah maksud signifikan statistik?
2.3 Hipotesis
2.4 Ujian t kumpulan yang sama
2.5 Ujian t kumpulan yang berlainan

2.1 Mukadimah
Bab ini bertumpu kepada perbincangan tentang ujin t yang merupakan salah satu
prosedur statistik yang digunakan dengan meluas. Prosedur ini digunakan dalam
penyelidikan pendidikan bagi menentukan sama perbezaan antara dua min adalah
signifikan.
2.2 Apakah Maksud Signifikan Statistik?

Apakah yang dimaksudkan dengan signifikan statistik (statistical


significance)? Andaikan, anda telah mentadbir sesuatu Ujian Bacaan
kepada dua kumpulan murid (bernama Kelas Mawar dan Kelas
Teratai). Skor min yang diperolehi oleh murid dalam dua kelas
tersebut ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Kelas
Mawar
Teratai

Bilangan Murid
35
32

Min
78.0
75.0

Sisihan Lazim
3.4
4.1

Secara umum, anda akan membuat kesimpulan bahawa murid dalam kelas Mawar (min
= 78.0) mendapat markah yang lebih tinggi berbanding dengan murid dalam kelas
Teratai (min = 75) dalam Ujian Bacaan. Dalam bidang statistik, akan timbul pertanyaan
adakah perbezaan min antara murid dalam kedua-dua kelas tersebut signifikan secara
statistik atau merupakan perbezaan kebetulan. Jika dibuktikan secara statistik bahawa
kedua-dua min ini tidak berbeza secara statistik, kita boleh
merumuskan bahawa min kedua-dua kumpulan murid adalah
sama walau pun murid kelas Mawar mendapat 3 markah lebih
tinggi.
Lazimnya, dalam bidang pendidikan, kita menetapkan aras
signifikan (atau aras alpha) sebesar 5% atau 0.05 sebagai aras
menentukan sama-ada perbezaan min itu signifikan. Dalam
2

sesetengah bidang seperti perubatan, aras signifikan ditetapkan sebagai 1% atau 0.01.
Tahukah anda mengapa?
Jika anda menetapkan 5% atau 0.05 sebagai aras signifikan (atau aras alpha), ia
bermakna, anda sanggup menerima sehingga 5% bahawa perbezaan antara dua min
tersebut adalah sesuatu kebetulan.
Contohnya, jika anda menggunakan sesuatu Ujian statistik seperti ujian t [yang kita
akan membincangkan kelak] untuk membanding min kelas Mawar = 78.0 dan min kelas
Teratai = 75.0 dan memperolehi p=0.06 (p ialah probability dalam Bahasa Inggeris dan
dalam Bahasa Melayu dipanggil kebarangkalian. Ia bermakna:

Kita telah menetapkan p = 0.05 (aras alpha) yang bermakna hanya kiraan p
0.05 dinyatakan sebagai signifikan.
Dalam contoh di atas, anda memperolehi p = 0.06. Apakah keputusan anda?
Perbezaan min kelas Mawar dan kelas Teratai adalah tidak signifikan
Ia adalah kerana p melebihi > 0.05 (aras alpha) aras maximum yang anda
sanggup menerima.
RUMUSAN: Anda boleh merumuskan bahawa min kelas Mawar (78.0) dan min
kelas Teratai (75.0) adalah sama walau pun berbeza 3 markah.
Perbezaan 3 markah adalah suatu kebetulan dan tidak mencerminkan
perbezaan yang nyata tentang kebolehan murid-murid dalam kedua-dua kelas.
Kebolehan bacaan murid kelas Mawar adalah sama berbanding dengan murid
kelas Teratai.

Sekiranya, anda memperolehi p = 0.04, anda boleh merumuskan seperti berikut:

Perbezaan min kelas Mawar dan kelas Teratai adalah signifikan


Ia adalah ia kurang daripada 0.05 aras maximum yang anda sanggup
menerima.
Min kelas Mawar (78.0) dan min kelas Teratai (75.0) adalah tidak sama.
Perbezaan 3 markah mencerminkan perbezaan yang nyata tentang kebolehan
murid-murid dalam kedua-dua kelas.
Kebolehan bacaan murid kelas Mawar adalah lebih baik berbanding dengan
murid kelas Teratai

2.3 Hipotesis

Hipotesis berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris hypothesis. Hipotesis adalah suatu
pernyataan yang merupakan suatu jangkaan yang boleh diuji dengan menggunakan
prosedur statistik. Berdasarkan prosedur statistik yang digunakan, anda boleh
memutuskan untuk menerima atau menolak hipotesis tersebut. Berikut ini ialah
beberapa ciri sesuatu hipotesis:

Hipotesis dinyatakan sebelum menjalankan kajian.


Hipotesis menyatakan hubungan antara variabel-variabel (contohnya, hubung
kaitan antara jantina seseorang dengan kebolehan kemahiran menulis).
Hipotesis boleh diuji dengan menggunakan sesuatu prosedur statistik

Dua jenis hipotesis yang lazim digunakan dalam pendidikan ialah hipotesis nol dan
hipotesis alternatif:

Hipotesis Nol (dalam Bahasa Inggeris dipanggil null) yang merupakan


pernyataan yang merumuskan terlebih dahulu bahawa tidak ada perbezaan antara
min kumpulan X dan min kumpulan Y.
Hipotesis Nol dilambangkan dengan simbol Ho
Contoh Ho: Tidak ada perbezaan dalam pencapaian kosa kata antara
murid yang diajar dengan iPad berbanding dengan murid yang tidak
diajar dengan menggunakan iPad.

Hipotesis Alternatif (dalam Bahasa Inggeris dipanggil alternative) yang


merupakan pernyataan yang melawan atau bertentangan dengan hipotesis nol.
Hipotesis Alternatif dilambangkan dengan simbol Ha
Contoh Ha: Terdapat perbezaan dalam pencapaian kosa kata antara
murid yang diajar dengan iPad berbanding dengan murid yang tidak
diajar dengan menggunakan iPad.

Menerima atau Menolak Hipotesis Berdasarkan keputusan yang diperolehi dengan


menggunakan sesuatu prosedur statistik, anda boleh merumuskan sama ada anda
menerima atau menolak hipotesis yang telah dinyatakan lebih awal.
Contoh: Sekiranya analisis statistik menunjukkan terdapat perbezaan min antara murid
Kelas X berbanding dengan murid Kelas Y, anda menolak hipotesis nol dan menerima
hipotesis alternatif.

2.4 Penggunaan Ujian t untuk Sampel yang Sama (Paired t-test)

Apakah Ujian t?
Ujian t diperkenalkan oleh seorang pakar statistik bernama W.S. Gossett
dalam sebuah jurnal Biometrika pada tahun 1908. Ujian t digunakan untuk
menentukan sama ada perbezaan min adalah signifikan pada sampel-sampel
atau bilangan subjek yang sedikit.
W.S. Gossett
CONTOH:
Anda telah mereka bentuk suatu kaedah mengajar untuk memperkembangkan kosa kata
murid Tahun 3 dengan menggunakan iPad. Sebelum murid diajar dengan menggunakan
iPad, anda mentadbir ujian kosa kata. Kemudian anda mengajar murid dengan kaedah
tersebut. Diakhir pengajaran atau eksperimen, anda mentadbirkan ujian yang sama
kepada murid yang sama.
Hipotesis Nol yang dikemukakan ialah:
Ho: Tidak ada perbezaan dalam pencapaian kosa kata murid Tahun 3 yang
diajar dengan iPad.

Lihat Rajah di bawah yang menunjukkan skor yang diperolehi.

Ujian Pra

Diajar dengan iPad

Ujian Pos

Min = 45.0

Min = 52.0

Min yang diperolehi pada ujian pra ialah 45.0 dan min yang diperolehi pada ujian pos
ialah 52.0. Memang benar min ujian pos lebih tinggi berbanding dengan min ujian pra.
Akan tetapi sejauh manakah perbezaan ini adalah signifikan secara statistik.
Untuk membuktikan ini, anda perlu menggunakan Ujian t Sampel yang Sama
(dipanggil Paired t-test atau Correlated t-test). Dengan perkataan lain, kumpulan murid
yang sama diukur dua kali sebelum dan selepas sesuatu rawatan.
Berikut ialah keputusan analisis statistik:
Perbandingan Min Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Kosa Kata Dalam Kalangan Murid
Tahun 3
Ujian
Pra

N
35

Min
45.0

Sisihan Lazim
3.40

Pos

35

52.0

3.30

t
2.45

df
34

Sign (p)
0.04800

Varian sama
diandaikan

Nilai t yang diperolehi ialah 2.45


df (degrees of freedom) ialah 34 merupakan formula n -1 iaitu 35 1 = 34
Sign (p) ialah 0.04800

RUMUSAN:

Ho: Tidak ada perbezaan dalam pencapaian kosa kata murid Tahun 3 yang
diajar dengan iPad DITOLAK dan Hipotesis Alternatif (Ha) DITERIMA
Penguasaan kosa kata murid telah bertambah dengan pengajaran menggunakan
iPad.
iPad adalah berkesan dalam peningkatan kosa kata murid.

2.5 Penggunaan Ujian t untuk Sampel yang Berlainan

Lagi satu jenis Ujian t ialah Ujian t sampel yang berlainan' (dipanggil dalam Bahasa
Inggeris independent sample t-test). Iaitu, ujian yang diberikan kepada dua kumpulan
yang berlainan. Contohnya, lelaki dan perempuan, murid pencapaian tinggi dan murid
pencapaian rendah, murid Tahun 4 dan murid Tahun 5, murid dalam kumpulan kawalan
dan murid dalam kumpulan rawatan; dan sebagainya.
CONTOH:
Seorang guru telah menjalankan kajian untuk menentukan keberkesanan penggunaan
klip-klip video dalam pengajaran tatabahasa Tahun 2. Murid telah dibahagikan kepada
DUA kumpulan di mana Kumpulan Rawatan terdiri daripada 28 murid (N=28).
Sementara murid dalam Kumpulan Kawalan terdiri daripada 34 murid.

Kumpulan Rawatan telah diajar tatabahasa dengan menggunakan klip-klip


video.
Kumpulan Kawalan diajar tatabahasa TANPA menggunakan klip-klip video.

Ho: Tidak ada perbezaan dalam pencapaian tatabahasa antara murid yang diajar
dengan klip-klip video berbanding dengan murid yang tidak diajar dengan klip-klip
video.
Ha: Terdapat perbezaan dalam pencapaian tatabahasa antara murid yang diajar dengan
klip-klip video berbanding dengan murid yang tidak diajar dengan klip-klip video.

Berikut ialah keputusan analisis statistik:


Perbandingan Min Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan Ujian Pencapaian
Tatabahasa dalam Kalangan Murid Tahun 2
Ujian

Min

Sisihan Lazim

Kumpulan
Kawalan
Kumpulan
Rawatan

34

13.14

2.88

28

13.19

2.47

Nilai t

1.45

0.053

Jadual di atas menunjukkan min kumpulan kawalan (m = 13.14) dan min


kumpulan rawatan (m = 13.19) adalah tidak signifikan.
Nilai p = 0.053 adalah melebihi aras alpa yang ditetapkan iaitu p 0.05.
Keputusan ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara murid yang diajar
tatabahasa dengan klip-klip video dan murid yang diajar tatabahasa tanpa klipklip video.
RUMUSAN - Dengan demikian kedua-dua kumpulan adalah dianggap setara.

You might also like