You are on page 1of 1

ARKIB : 28/03/2012

Bangunan baru kerajaan diwajib


sediakan taska
28/03/2012 6:37pm

KUALA LUMPUR 28 Mac Semua bangunan baharu milik kerajaan selepas ini
diwajib menyediakan taman asuhan kanak-kanak (taska) yang berdaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Heng Seai Kei berkata, sehingga kini hanya 60 buah taska di bangunan
sektor awam ditubuhkan.
Katanya, langkah mewajibkan bangunan baharu menyediakan taska adalah
sebagai satu strategi untuk meningkatkan bilangan wanita dalam pasaran
pekerjaan.
"Sebelum ini terdapat beberapa kekangan untuk menubuhkan taska,
antaranya tiada ruang sesuai, kos pembiayaan yang tinggi serta kesukaran
mendapat pengasuh terlatih.
"Namun dalam kes bangunan kerajaan yang baharu, kita mewajibkan taska
ditubuhkan" katanya semasa menggulung perbahasan kementerian itu di
Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Menurutnya, dalam usaha menggalakkan sektor swasta menubuhkan taska
pula, kerajaan membenarkan potongan cukai sebanyak 10 peratus kepada
mana-mana syarikat yang terlibat. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2012&dt=0328&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm&arc=hive#ixzz4RdfFZR00
Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like