You are on page 1of 2

Bangunan bersejarah merupakan bangunan peninggalan daripada

leluhur kita. Bangunan bersejarah lazimnya mempunyai signifikan dan ciri-ciri


yang unik sehingga mampu dikagumi dan dilestarikan. Antara contoh
bangunan bersejarah ialah Kota A Famosa di Melaka, Istana Menanti di Negeri
Sembilan, dan Candi Lembah Bujang di Kedah. Persoalannya, apakah
kepentingan-kepentingan bangunan bersejarah ini sehingga perlu dikekalkan
oleh kerajaan?
.....Antara kepentingannya adalah dapat menarik kedatangan pelancong.
Bangunan bersejarah sememangnya mempunyai tarikan yang tersendiri,
sehingga mampu memancing hati pelancong, bukan sahaja pelancong asing,
malahan pelancong domestik. Lihatlah, betapa Kota Melaka yang terkenal
dengan bangunan bersejarah yang berbagai-bagai rupa menyebabkan
kunjungan pelancong ke Bandar raya Bersejarah itu tidak pernah surut.
Disebabkan negeri ini mempunyai banyak bangunan bersejarah, UNESCO
telah mengisytiharkannya sebagai harta warisan dunia yang perlu dipelihara.
Secara
tidak
langsung,
pengekalannya
telah
membantu
negara
menambahkan pendapatan negara.
.....Selain itu, bangunan bersejarah juga dapat mempamerkan estika dan
keunikan seni binanya yang tersendiri. Sesungguhnya, setiap monumen
bersejarah mempunyai gaya seni bina masing-masing, sama ada menerima
pengaruh luar mahu pun dibina berdasarkan pengaruh tempatan. Misalnya,
Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran Merdeka jelas
memperlihatkan keindahan seni binanya melalui pengaruh Inggeris dan Islam.
Uniknya, bangunan ini mempunyai menara jam yang didirikan di tengahtengah bangunan. Begitu juga dengan bangunan Stesen Kereta api Tanah
Melayu di Kuala Lumpur yang jelas menonjolkan ciri-ciri seni bina Islam
melalui kubahnya seperti masjid.
.....Di samping itu, bangunan ini juga dapat mengimbau kembali sejarah
negara. Dengan masih berdiri megahnya bangunan yang dibina semasa
zaman penjajahan yang membawa air mata sengara dan derita,
membolehkan masyarakat menginsafi perjuangan datuk nenek moyang kita
yang bermatian-matian sehingga mengalirkan darah, bak kata peribahasa,
biar putih tulang, jangan putih mata. Kota A Famosa umpamanya,
mengingatkan kita Tanah Melayu dijajah pada tahun 1511 oleh Portugis dan
menjadi penanda aras berakhirnya zaman kemilangan Kesultanan Melayu
Melaka. Dengan ini, kita akan lebih berhati-hati dalam menjaga kemerdekaan
negara daripada dicabul oleh bangsa asing.

.....Bukan itu sahaja, bangunan ini juga dapat menonjolkan identiti sesuatu
masyarakat. Biasanya, untuk mempersembahkan jati diri dan keunikan
sesuatu kaum akan ditonjolkan melalui seni bina. Tamsilnya, Istana Menanti di
Negeri Sembilan begitu jelas mempamerkan jati diri masyarakatnya yang
dikatakan berasal daripada bangsa Minang. Lihatlah, bentuk bumbungnya
yang mempunyai pengaruh Minangkabau. Tidak ketinggalan, Candi Lembah
Bujang di Kedah juga memperlihatkan betapa penduduk zaman itu
mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama anutannya, iaitu agama
Hindu.

.....Secara totalnya, bangunan bersejarah sememangnya membawa 1001


kepentingan kepada negara serta masyarakat seluruhnya. Oleh itu, semua
pihak perlu sedar akan peranan masing-masing dalam usaha mengekalkan
struktur dan nilai bangunan ini daripada dimusnahkan. Ahli sejarawan ada
berkata, Orang yang melupakan sejarah pasti mengulanginya.. Oleh itu,
peliharalah bangunan bersejarah supaya episod lara yang pernah dibawa oleh
Portugis, British, Belanda, dan Jepun tidak berulang semula. Tidak bermakna
bangunan yang telah berusia berates-ratus tahun ini perlu dirobohkan kerana
dianggap sudah uzur. Sebaliknya, pewartaannya sebagai bangunan warisan
perlu dilakukan oleh kerajaan dengan segera.

You might also like