You are on page 1of 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: MOHD YUSSRI BIN MOHD YUSOF

NO.KAD PENGENALAN

PROGRAM

: PPG AMBILAN KHAS 2013

NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN GANGSA

NAMA PROJEK

: PAPAN MAGIK VITAK MENINGKATKAN


KEMAHIRAN MENULIS

TEMPOH PELAKSANAAN

: 21 MAC HINGGA 15 APRIL 2016

1. OBJEKTIF
Projek ini dilaksanakan supaya pelajar PPG dapat:
i.

Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

ii.

menarik.
Merancang dan melaksana aktiviti/projek yang telah dipersetujui oleh pihak

iii.

sekolah.
Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan

iv.

penglibatan aktif setiap murid.


Menarik minat murid untuk mempelajari ilmu bahasa dengan lebih

v.

mendalam.
Membantu guru mempertingkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.

2. STRATEGI PELAKSANAAN
Berdasarkan kajian yang akan dijalankan, saya menggunakan teknik
pemerhatian, temu bual semi struktur dan analisis dokumen. Melalui
pemerhatian saya mendapati terdapat dua orang murid yang dikenal pasti
menghadapi masalah tulisan.
Seterusnya

teknik

temu

bual

semi

struktur

digunakan

untuk

mendapatkan data kualitatif. Temu bual semi struktur merujuk kepada temu
bual di mana saya mengemukakan soalan-soalan terbuka kepada seseorang,
merekod jawapannya dan akhirnya menganalisis data tersebut. Analisis
dokumen pula saya gunakan untuk melihat perbezaan dan peningkatan

sebelum dan selepas kajian dijalankan. Analisis dokumen melibatkan hasil


tulisan murid yang bermasalah dalam tulisan mereka dan boleh dilihat dalam
buku tulis mereka.Kesimpulannya, saya telah mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh murid-murid khususnya yang berkaitan dengan tulisan atas
garisan dan dua orang murid telah dikenal pasti iaitu dua orang murid
pemulihan 3 Dedikasi. Saya menggunakan kaedah PAPAN MAGIK ViTAK
untuk membantu murid ini di dalam kelas pemulihan saya.Pemilihan fokus
kajian ini

dapat dinilai

berdasarkan kriteria

seperti kebolehtadbiran,

kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevanan kepada


sekolah.
Kebolehtadbiran
Saya dapat menjalankan kajian dengan menggunakan bahan bantu belajar ini
kepada murid yang mengalami masalah tulisan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Kaedah ini memerlukan murid itu sendiri untuk
membuat segala aktiviti menulis dengan menggunakan tangan. Di sini, murid
lebih banyak belajar cara untuk memperbaiki tulisan masing-masing..
Kepentingan
Kajian sangat penting bagi murid pemulihan kerana ianya dapat membantu
mereka untuk menulis dengan lebih kemas dan teratur. Di samping itu, ianya
juga sangat penting kerana mereka menggunakan kemahiran tulisan di dalam
setiap aktiviti pada setiap hari.
Kebolehgunaan
Dari segi kriteria kebolehgunaan, kajian tindakan ini boleh digunakan oleh
pengkaji-pengkaji lain untuk kajian yang seterusnya dan boleh diaplikasikan
oleh guru pemulihan di kelas pemulihan. Hal ini kerana kepentingan kajian
tindakan ini dapat membantu murid pemulihan dalam kemahiran menulis.Di
samping itu, kajian ini dapat memperkemaskan penulisan murid pemulihan.
Oleh itu, kajian ini dapat membantu guru-guru pemulihan agar dapat
mengaplikasikan kaedah ini bagi mengatasi masalah menulis atas garisan.

Kawalan
Kaedah PAPAN MAGIK ViTAK ini juga dijalankan di bawah kawalan saya.
Hal ini membuktikan saya dapat mengawal tingkah laku murid pemulihan
semasa menjalankan kajian ini. Dengan memilih dua orang peserta kajian,
saya dapat mengawal tingkah laku murid apabila mereka terlalu aktif semasa
menulis.
Kerelevanan
Dari segi kriteria kerelevanan, kajian yang dijalankan memang relevan
kepada pihak sekolah. Hal ini kerana, melalui tahap pencapaian murid di
sesebuah sekolah akan memberi gambaran imej sama ada baik atau
sebaliknya kepada sekolah tersebut. Justeru, kajian ini penting bagi
mengatasi masalah murid menulis.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk membantu murid pemulihan dalam
kemahiran menulis kedudukan yang betul menggunakan kaedah PAPAN
MAGIK ViTAK.
Objektif Kajian
i. Membantu murid pemulihan memperbaiki tulisan melalui kaedah PAPAN
MAGIK ViTAK.
ii. Membantu murid pemulihan menguasai kemahiran menulis diatas garisan
melalui kaedah PAPAN MAGIK ViTAK.

3. REFLEKSI
a) KekuatanProjek :
Keistimewaan yang terdapat dalam kaedah ini ialah ia dapat membantu
murid-murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran menulis. Kaedah ini
sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata yang
jelas.
Di samping itu, murid-murid tidak terbeban dengan menghafal setiap
abjad. Ini adalah kerana susunan bahan secara developmental, kumulatif dan
sisitematik

memudahkan

guru

menguruskan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran dengan jelas. Justeru itu, murid juga minat untuk belajar dan
tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf, suku kata, perkataan dan
frasa dalam satu pelajaran yang teratur.Ia memudahkan murid kerana murid
tidak perlu mengeja dan membatang suku kata atau perkataan berulang kali.
Guru juga tidak memerlukan Bahan Bantu mengajar yang banyak dan
bersusah payah menyediakan Bahan Bantu Mengajar. Bahan Bantu mengajar
utama ialah PAPAN MAGIK VITEK

Kaedah ini juga sesuai untuk murid pemulihan khas kerana tidak
memerlukan hafalan dan di samping itu, kaedah ini juga boleh disesuaikan
dengan lain-lain kaedah seperti kaedah bercerita. Penggunaan ICT boleh
digunakan dengan meluas dalam mengajar menggunakan kaedah ini.

b) KelemahanProjek
Walaupun kaedah ini banyak memberi manfaat kepada murid dan juga
guru, namun ada kelemahan yang sering ditemui dalam kaedah ini.
Antaranya ialah murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti
kaedah abjad. Hal ini akan menyebabkan berlakunya kekeliruan di kalangan
murid. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid tersebut dan guru terpaksa
bermula semula proses pengajaran dan pembelajaran semula.
Masalah lain pula ialah murid sukar membezakan antara bunyi abjad
dengan nama abjad. Dengan sedemikian, murid mengalami kesukaran untuk
menyebut bunyi abjad tertentu.
Selain itu, guru juga mengalami kesukaran untuk mencari contoh
perkataan yang sesuai dengan konsonan yang telah diajar. Ada juga murid
yang tidak memahami maksud perkataan yang telah dibina dan memerlukan
penjelasan daripada guru.

Murid-murid pemulihan khas sukar untuk memahami maksud perkataan


dan memerlukan bahan maujud atau gambar untuk membantu penerangan.
Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak mempunyai perbendaharaan
yang cukup.
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Projek yang dijalankan adalah merupakan kajian yang bersifat deskriptif
bagi meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid Kelas
Pemulihan Khas. Projek ini merupakan kajian yang berasaskan sekolah serta
melibatkan sampel yang terhad kepada 2 orang murid Kelas Pemulihan Khas
dari sebuah sekolah sahaja. Jangkamasa dijalankan juga adalah singkat.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar aspek-aspek berikut dapat
diberikan perhatian serta pertimbangan sekiranya kajian ini dijadikan sebagai
bahan lanjutan pada masa akan datang iaitu:
i.

Kajian ini hanya melibatkan sebuah kelas Pemulihan Khas di sebuah sekolah
dengan bilangan sampel seramai 2 orang sahaja. Oleh demikian, kajian
seterusnya hendaklah diluaskan skop kajian kepada bilangan kelas serta
sekolah yang lebih banyak. Sebaiknya kajian dijalankan dengan melibatkan
semua sekolah yang mempunyai kelas Pemulihan Khas dalam zon atau
daerah yang sama.

ii.

Oleh kerana jangkamasa kajian yang dijalankan dalam jangkamasa yang


singkat, maka kajian lanjutan bolehlah dijalankan dalam jangkamasa yang
lebih lama agar dapatan kajian lebih menyeluruh.

iii. Instrumen kajian yang digunakan juga adalah terhad. Kajian lanjutan bolehlah
menggunakan lebih banyak instrumen serta lebih mencabar agar dapatan
kajian nanti menunjukkan keputusan yang lebih tepat.

iv. Kajian seterusnya boleh dikembangkan dengan mencipta satu model


pengajaran yang dapat digunakan untuk menilai tahap penguasaan membaca
dalam kalangan murid-murid Kelas Pemulihan Khas

5. KESIMPULAN
Kajian yang dijalankan ini berfokuskan kepada penggunaan satu bahan bantu
belajar yang dinamakan PAPAN MAGIK ViTAK di mana bahan bantu belajar ini
dibina dengan mengaplikasikan kaedah iaitu Vi-Visual (penglihatan) TA-Taktil
(sentuhan) dan K-Kinestatik (pergerakan).Kaedah ViTAK terbukti dapat digunakan
untuk meningkatkan kemahiran menulis kalangan murid pemulihan. saya telah
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid khususnya yang berkaitan
dengan tulisan atas garisan dan dua orang murid telah dikenal pasti iaitu dua orang
murid pemulihan 3 Dedikasi. Saya menggunakan kaedah PAPAN MAGIK ViTAK
untuk membantu murid ini di dalam kelas pemulihan saya. Tegasnya, murid tidak
perlu mengenal dan menghafal semua huruf sebelum belajar membaca dan menulis.
Papan magik ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaranpembelajaran dibuat secara berturutan dan berkembang secara sistematik daripada
yang mudah kepada yang sukar. Hal ini memudahkan murid belajar membaca dan
menulis. Haruslah diingat ia memudahkan murid mula belajar menulis. Setelah asas
awal meenulis dikuasai oleh murid, dan murid boleh membaca sendiri ayat dan
cerita mudah, maka fasa seterusnya ialah murid diberi dorongan dan peluang
membaca berbagai bahan bacaan: cerita, puisi, dan buku pilihan, supaya mereka
terus membaca sendiri, dan tertanam tabiat dan minat membaca. Jika ini berlaku, ia
akan menjadi bekalan dan asas untuk pendidikan sepanjang hayat.

You might also like