You are on page 1of 8

Perbezaan KBSR dengan KSSR

PENGENALAN
Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras dengan
perubahan yang telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Kronologinya,
Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini,
atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir.
Manakala pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) diperkenalkan
setelah dibuat penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara FPN
(1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikkan, lalu Kurikulum
Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah berorientasi berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara.
Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan
iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan pada
tahun 2011 hinggalah sekarang.

LATAR BELAKANG : KBSR


KBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang
diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KBSR diperkenalkan pada tahun 1982
menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah. Kurikulum ini telah mula
dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah
sekolah rendah dan pada tahun 1983, pelaksanaan penuh pun bermula di semua
sekolah rendah seluruh negara.
KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid perlu
memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati
nilai secara terus melalui pengalaman.
KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang
kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang
komunikasi menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu
kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2
matapelajaran : Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris) dan Matematik. Bidang
ini selaras dengan perakuan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan
rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan dalam bidang
3M iaitu membaca, menulis dan mengira

~ Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet.


Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, memfokuskan tentang nilai-nilai
kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai dan sikap yang
diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala,
dalam bidang perkembangan diri individu pula meliputi semua aspek iaitu intelek,
rohani, jasmani, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan
kepada murid melalui pembelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.
Walaubagaimana pun, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diubah kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu. Ini berlaku setelah penyemakan
semula kurikulum dibuat dengan alasan bagi mengenalpasti kerelavanannya dalam
merentas masa. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis
ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan
pengajaran di sekolah melalui perlaksanaan KBSR.
Konsep bersepadu yang dikandung dalam KBSR adalah meliputi unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya
terdapat kesepaduan. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep
bersepadu tadi diserapkan melalui :
I.
Penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran selain
daripada penyerapan ilmu pengetahuan.
II.
Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran.
III.
Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu
berlaku secara harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan ini tidak boleh
dilakukan secara berasingan.
IV.

Kesepaduan antara teori dan praktik.

Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang muridmurid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah,
berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam
pergaulan dan memupuk semangat kerja antara satu sama lain.

LATARBELAKANG : KSSR
Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah merupakan pengukuhan
dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan
transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi

cabaran abad ke-21. KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah
yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun 2009. KSSR dilaksanakan sepenuhnya
kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula pada 2011.

KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara


menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan
pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh
itu, pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan
Dokumen Standard Pembelajaran.
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard
terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang
perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)
Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang
Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan
Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah
ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan
Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR


Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara KBSR dengan KSSR secara
ringkas.

sumber : laman sesawang KPM

1.PERSAMAAN KBSR dengan KSSR

Sepertimana yang telah kita ketahui, kewujudan KSSR ini adalah merupakan satu
proses transformasi daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ini menjadikan
KSSR mempunyai sedikit persamaan dengan KBSR.
Antara persamaan KBSR dengan KSSR ialah
I.
Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di mana prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip
yang didukung oleh KBSR iaitu pendekatan bersepadu di mana unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan si pelajaran diintergrasikan
supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur-unsur intelek, rohani,
emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Prinsip lain yang sama-sama
dipegang KBSR dan KSSR ialah perkembangan individu secara menyeluruh, peluang
pendidikan yang sama serta pendidikan seumur hidup.
II.
KBSR dan KSSR juga mempunyai persamaan dalam organisasi
kurikulum.Kedua-dua kurikulum ini diorganisasikan mengikut tahap iaitu, Tahap 1

dan Tahap 2. Walaubagaimana pun, pengkategorian dalam organisasinya pula telah


berbeza(akan dihuraikan di bawah tajuk perbezaan KBSR dan KSSR). KBSR dan
KSSR juga turut memberikan penekanan dalam bidang kokurikulum dan
pembangunan insaniah.

2.PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSR


Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ;
reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran,
pembahagian masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.

I.

Reka bentuk kurikulum.

KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi,
Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga
bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk
membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta
intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam
tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan
Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi
bidang utama dalam KSSR.
Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan
skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang
kepada mereka untuk menjalani independent learning .
Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang
disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil
pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan
dengan KSSR di mana dibentuk secara modularyang merupakan satu kurikulum
yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk
bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul.

II.

Bahan Kurikulum

Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga
membawa perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Pembelajaran murid
berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua
dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu,
bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang
mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.
Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk membuat
perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah,
strategi serta teknik mengajar.

III.

Organisasi Kurikulum

KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu
membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun
3 dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan
dalam penstrukturan mata pelajaran.
Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan
tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada
buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru
sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar
melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan
pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam
matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah
menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara
interaktif dan hands-on.

IV.

Fokus Kurikulum.

Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum
. Ini dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid.

KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu
kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira,
manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai
oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang telah
ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul adalah
keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau
logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap
2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.

V.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana
hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam
perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif
dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini
diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti
perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini diharapkan dapat
memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang holistik,
berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian
mulia.

VI.

Kaedah Penilaian.

Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan
kaedah penilaian
Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif
dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah
secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan
semasa KBSR berbanding pernilaian formatif.
Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR
menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses
pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh
pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul
maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran

ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal,
tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.

KESIMPULAN

KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing. Namun perubahanperubahan yang berlaku disebabkan rasional-rasional atau alasan yang kukuh serta
mengikut kehendak perubahan waktu dan selaras dengan cabaran semasa, maka
transformasi perlu dilakukan. Segala penambahbaikkan dalam kurikulum ini perlu
dilakukan bagi menyediakan warga negara kita untuk menghadapi arus kemodenan
dalam menentang cabaran abad ke-21.
Ini jelas dapat dilihat dalam objektif KSSR yang lebih berfokuskan ke arah
kemahiran-kemahiran seperti mengira, berfikir, belajar, saintifik dan teknikal.
Kemahiran-kemahiran ini meliputi skop yang lebih luas seperti kemahiran dalam
teknologi dan maklumat. Kemahiran-kemahiran dalam KSSR juga diperlukan bagi
menyiapkan diri menghadapi cabaran masa hadapan dan mempertingkatkan lagi
jati diri daripada peringkat akar lagi.

Posted by Check Wan at 01:25

You might also like