You are on page 1of 12

Sejarah SIPM Pengga\ 1 Jawapan

Kesimpulan
- Perang Dunia Pertama ditamatkan menerusi beberapa perjanjian antara pihak yang
menang dengan pihak yang kalah.
Perjanjian Versailles yang ditandatangani telah meninggalkan kesan yang mendalam
terhadap sejarah Eropah selanjutnya.

ftH:;,
-' !;;

Kertas Model STPM I

Rangka Jawapan
Pendahu/uan

- Konsep masyarakat industri.


- Latar belakang masyarakat industri Jerman.
/si-isi penting

- Kegiatan ekonomi.
- Pengkhususan pekerjaan.
- Mobiliti sosial.
Kemunculan kelas.
- Pembandaran.
- Kemajuan teknologi.
- Masyarakat literasi.
Kesimpulan

- Masyarakat industri di Jerman merupakan masyarakat yang gigih berusaha dalam


memajukan lagi ekonomi negara mereka.
- Perkembangan perindustrian di negara Jerman telah melahirkan perubahan politik dan
mewujudkan masyarakat sosialis.
Jawapan Lengkap
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor
perindustrian. Mereka terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan
menggunakan mesin dan dicirikan menerusi pembahagian kerja selain bergantung
kepada pengeluaran secara besar-besaran. Masyarakat industri di Jerman muncul semasa
tercetusnya Revolusi Perindustrian tahap kedua iaitu pada 1860-an hingga 1914. Pada era
ini, muncul industri industri baru seperti elektrik, kimia, petroleum dan logam ringan.
Kesannya, kerajaan memberi tumpuan kepada kemajuan sistem komunikasi dan
pengangkutan
bagi
menjana
pertumbuhan
ekonomi
perindustrian.
/
Masyarakat industri
menjalankan kegiatan ekonomi yang
tertumpu kepada
pengeluaran barangan secara besar-besaran. Aktiviti ekonomi mereka bergantung kepada
sektor perindustrian dan perlombongan. Antara aktiviti ekonomi yang diusahakan oleh
masyarakat industri ialah perusahaan kilang tekstil, kulit, arang batu dan juga kimia.
lndustri tekstil tertumpu di wilayah Rhineland, Saxony, dan Silesia. Dalam masa yang
sama, bandar Berlin mengeluarkan mesin-mesin yang mampu meningkatkan lagi industri
tekstil di Jerman. Longgokkan sumber bahan mentah yang banyak seperti arang batu, bijih
besi, dan bijih timah terdapat di Ruhr, Lorraine dan Silesia. Seterusnya, industri perkapalan
telah dimajukan di Bremen, Hamburg, dan Elby.

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

J26

Sejarah STPM Penggal 1 Jawapan

Di samping itu, masyarakat industri juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang


tersendiri. Masyarakat ini tertumpu dalam sektor pekerjaan perkilangan dan mempunyai
pekerjaan yang tetap. Berbeza dengan sebelum ini, mereka hanya bekea sebagai petani
dan dikongkong oleh tuan tanah. Penggunaan mesin juga tefah digunakan secara meluas.
Maka, pekerja yang mempunyai kemahiran dan menghasilkan sesuatu barangan amat
diperlukan dalam kelompok masyarakat ini.
Mobiliti sosial telah berlaku dalam masyarakat industri. Kumpufan masyarakat ini
telah berubah dengan wujudnya kelas pekerja dan individu yang tumbuh dengan pesat
dalam aspek saiz mahupun kepentingan. Golongan kelas pertengahan pula terdiri daripada
golongan yang memiliki kilang, para peniaga, ahfi-ahli bank, peguam dan juga jurutera.
Selain itu, golongan ini berkeinginan dan bersedia menerima risiko untuk mendapatkan
kekayaan.
Tambahan lagi, masyarakat industri juga tergolong kepada dua kelas iaitu kelas
kapitalis dan kelas pekerja. Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan
juga pengusaha lombong seperti Alfred Krupp, Siemens dan Martin. Kelas pekerja pula
ialah buruh dan pekea kilang di kilang tekstil, kilang kimia dan kejuruteraan elektrik.
Perkembangan dalam bidang perindustrian telah membawa kepada perpindahan
penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar. Keadaan ini telah mewujudkan
proses pembandaran yang mana masyarakat mulai tinggal di bandar. Sebagai contoh,
proses migrasi telah berlaku ke kawasan bandar seperti Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin.
Proses pembandaran ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk dan
. membawa kepada pertambahan peluang pekerjaan di kawasan industri. Buktinya, bilangan
pekerja dalam industri telah meningkat daripada 120 000 orang antara tahun 1863 hingga
tahun 1865 kepada 570 000 orang ada tahun 1906.
Selain itu, proses pembandaran ini juga telah membawa kepada kemajuan teknologi
di Jerman. Kemajuan ini dilihat dalam aspek perkembangan sistem pengangkutan dengan
pembinaan jalan-jalan kereta api. Jalan-jalan kereta api dibina dengan pesatnya pada tahun
1870 dan firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman.
Bukan itu sahaja, Jerman juga telah menghasilkan beberapa uji kaji untuk menghasilkan
bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman. Pada tahun 1840, ahli kimia Jerman,
Justus von Leibig telah menjalankan beberapa uji kaji dan menemui formula untuk
menghasilkan baja tiruan atau baja kimia.
Akhir sekali, masyarakat industri ialah masyarakat literasi. Mereka terdiri daripada
kelompok masyarakat yang memiliki ilmu dalam bidang pendidikan. Hal ini adalah kerana
kemajuan dalam industri telah menyebabkan perubahan kehidupan masyarakat kepada
gaya hidup yang mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan
yang lebih sihat dan mementingkan pendidikan. Oleh sebab itu, masyarakat ini
memperjuangkan pula hak asasi dan kebajikan golongan peke a. Misalnya,
wujudnya undang-undang insurans sosial dan undang-undang ini dikuatkuasakan pada
tahun 1883.
Kesimpulannya, masyarakat industri di Jerman merupakan masyarakat yang gigih
berusaha dalam memajukan lagi ekonomi negara mereka. Perkembangan perindustrian di
negara Jerman telah melahirkan perubahan pofitik dan mewujudkan masyarakat sosialis.
2

Rangka Jawapan
Pendahuluan

- Konsep raja berkuasa mutlak.


- Latar belakang Raja Louis XIV.

J27

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Sejarah STPM Penggal1 Jawapan

lsi-isi penting
- Dasar dalam negara.
- Dasar ekonomi.
- Dasar ketenteraan.
Dasar
agama.
Kesimpulan
- Raja Louis XIV mengamalkan pemerintahan beraja mutlak di Perancis.
Baginda telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial.
- Kesannya, Perancis muncul sebagai sebuah negara yang kuat dan berpengaruh di
E
r
o
p
a
h.
Jawapan Lengkap
Pemerintahan raja berkuasa mutlak adalah raja yang mempunyai kuasa
penuh dalam pemerintahan negara. Hal ini membawa maksud bahawa raja
mengatasi undang undang negara dan juga parlimen. Menurut sistem Pemerintahan
raja berkuasa mutlak, raja dilantik atas kehendak Tuhan untuk memerintah rakyat.
Pemerintahan beraja mutlak ini telah diamalkan oleh Raja Louis XIV di Perancis.
Raja Louis XIV telah ditabalkan sebagai pemerintah Perancis pada tahun 1643 dan
telah memerintah selama 72 tahun. Pemeritahan raja berkuasa mutlak dapat
diperlihatkan kepada pengamalan dasar dalam negara, dasar ekonomi,
ketenteraan, dan juga agama.
Pemerintahan beraja mutlak dapat diperlihatkan kepada pengamalan dasar
dalam negara. Raja Louis XIV telah menyusun semula pentadbiran negara melalui
empat majlis utama iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis Kewangan dan
Majlis Privy. Keempat empat majlis ini mempunyai peranan yang berbeza. Majlis
Negara dilihat berperanan menguruskan hal ehwal luar negara. Majlis
Despatches pula mengui"IJskan semua hal ehwal tempatan kecuali urusan
kewangan manakala Majlis Kewangan pula berfungsi menguruskan hal
percukaian, tarif, perbelanjaan dan pendapatan negara. Akhir sekali, Majlis Privy
berperanan dalam mengt, ruskan bidang pentadbiran keadilan.
Selain itu, pentadbiran baginda telah diperkukuhkan dengan melantik menterimenteri yang berkebolehan untuk membantu baginda dalam menjalankan
pentadbiran. Antaranya ialah Colbert sebagai Menteri Kewangan, Louvois sebagai
Menteri Peperangan dan Vauban sebagai Menteri Ketenteraan. Bagi mengukuhkan
kuasanya di provinsi pula, Raja Louis XIV telah mendapatkan khidmat daripada
pegawai-pegawai yang berkebolehan bagi melaksanakan dasar-dasar diraja
seperti menyelia pentadbiran keadilan, pengutipan cukai dan pentadbiran
ketenteraan di pelbagai provinsi.
Pelantikan menteri-menteri yang berkebolehan adalah untuk membantu
baginda menjalankan pentadbiran dan secara tidak langsung dapat mengawal
golongan bangsawan. Pengawalan golongan bangsawan ini dilakukan dengan
pergantungan hidup terhadap Raja Louis XIV. Mereka bergantung hidup kepada
pencen daripada raja atau kerja-kerja yang memberikan gaji tinggi. Malahan, ada
pengikut raja tidak mendapat pencen atau gaji tetapi mereka tinggal di istana untuk

jangka waktu yang lama. lni menyebabkan golongan bangsawan Perancis


menghabiskan hidup mereka di istana Versailles untuk mendapatkan sokongan.
Pemerintahan

beraja mutlak Raja Louis XIV juga menjalankan


pengamalan dasar ekonomi mekantilisme bagi memastikan
negaranya muncul sebagai negara yang kuat. Melalui kecekapan Colbert sebagai
Menteri Kewangan Perancis, Colbert telah memulakan industri baru,
memansuhkan tarif tempatan dan mengawal harga barangan. Beliau juga telah
berusaha membina gudang senjata Toulan, mengadakan
perhentian dagang di India, Senegal dan Madagaskar bagi menggalakkan
perdagangan luar serta meningkatkan perdagangan Perancis. Kesannya, baginda
dapat hidup mewah dan bergaya

Penerbftan Pelangi Sdn. Bhd.

J28

Sejarah STPM Penggal1 Jawapan

I5!J

sebagai pemerintah mutlak. Baginda telah mendirikan istana-istana besar di Versailles dan
di beberapa tempat lain. Arkitek terkemuka diupah untuk mereka bangunan manakala
pelukis-pelukis berperanan untuk mengindahkannya.
Kemutlakan kuasa Raja Louis XIV juga diperkukuhkan dengan melakukan
pembaharuan dan mengawal bidang ketenteraan. Antaranya, baginda bertindak
menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan dan meletakkan
angkatan tentera di bawah kawalan baginda. Selain itu, baginda turut melantik pegawaipegawai tentera berasaskan merit. Seterusnya, bagi menarik ketaatsetiaan golongan
tentera,
kerajaan Raja Louis
XIV bertindak merekrut anggota tentera dan menyediakan kemudahan seperti perumahan
dan bekalan makanan. Kesannya, tentera Perancis muncul sebagai pasukan tentera yang
terkuat di Eropah ketika itu dan berjaya mengukuhkan kuasa mutlak raja.
Sebagai raja berkuasa mutlak, Raja Louis XIV juga menguasai bidang agama. Baginda
telah bertindak memaksa golongan Huguenot menerima agama Katolik. Pada tahun 1685
pula, baginda mengambil tindakan membatalkan Edict of Nantes yang memberi kebebasan
beragama kepada golongan Huguenot. Tindakan Raja Louis XIV ini telah menyebabkan
seramai 200 000 orang Huguenot meninggalkan Perancis.
Kesimpulannya, Raja Louis XIV mengamalkan pemerintahan beraja mutlak di
Perancis secara sepenuhnya. Baginda telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial. Kesannya, Perancis muncul sebagai sebuah negara
yang kuat dan berpengaruh di Eropah.
3 Rangka Jawapan
Pendahuluan

- Konsep ekonomi feudalisme.


- Ekonomi feudalisme di China.
lsi-isi penting

- Pertanian.
- lndustri.
- Perdagangan.
Kesimpulan

Ekonomi feudalisme di China memperlihatkan penguasaan golongan pemerintah dalam


sektor ekonomi.
- Namun, kepesatan ekonomi di China irii telah menyebabkan pedagang Barat meluaskan
perdagangan sehingga memaksa pemerintah China menukar dasar tutup pintu kepada
buka pintu.
Jawapan Lengkap
. Sistem ekonomi feudalisme merujuk kepada sistem ekonomi yang mempunyai
peraturan yang harus diikuti oleh golongan buruh dan ketua-ketua. Dalam sistem ekonomi
ini, golongan petani bekerja untuk seorang bangsawan dan sebagai balasan mereka boleh
mengusahakan tanah bangsawan. Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di China
memperlihatkan kawalan yang ketat daripada maharaja ke atas golongan petani dan
pedagang asing yang berdagang di China. Maharaja China memainkan peranan utama
dalam perkembangan ekonomi dan dibantu oleh golongan bangsawan sebagai penguasa
kawasan luar bandar serta mengawal aktiviti ekonomi kawasan luar bandar. Antara aktiviti
ekonomi yang diamalkan ialah pertanian, industri kecil dan perdagangan.

129

Penerbitan Pe/angi Sdn. Bhd.

,,

Sejarah STPM Penggal 1 Jawapan

Pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang utama. Hasil pertanian menjadi


penyumbang utama kepada ekonomi China pada era pemerintahan Dinasti Ming.
Kawasan tumpuan utama pertanian ialah di kawasan Laut Timur China dan Mongolia,
iaitu di dataran Loes yang subur yang mana dilalui oleh Sungai Kuning. Sungai Yangtze
menjadi nadi kehidupan masyarakat dan penyumbang utama ekonomi serta sistem
perhubungan utama kepada dua belas wilayah di bawah pemerintahan empayar China.
Bandar-bandar besar China telah terbentuk di sini seperti Chungking, Hankow, Kiukiang,
Anking dan Nanking. Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah. Penanaman
padi ini banyak diusahakan di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.
Tanaman lain yang turut diusahakan ialah kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan lainlain bijirin. Bagi masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti di bahagian
utara China iaitu di sekitar Sungai Heilongjiang, mereka menanam padi huma, sekoi dan
kekacang.
Pihak pemerintah pula telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan hasil pengeluaran
pertanian. Antaranya dengan meningkatkan penggunaan sistem pengairan, mengamalkan
pertanian selingan antara musim-musim tanaman, menggunakan peralatan pertanian
seperti cangkul, sabit dan penyisir tanah, memperkenalkan kaedah pertanian baru seperti
tanaman bergilir dalam skala yang besar, memperkenalkan permulaan tanaman dua musim
yang dipinjam dari Vietnam Selatan dan penggunaan baja. Kesemua usaha dan inisiatif ini
telah meningkatkan hasil pengeluaran pertanian China.
Kepesatan perkembangan ekonomi feudalisme di China turut menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi di pusat-pusat bandar yang besar seperti Nanjing dan Beijing.
Bandar-bandar ini turut menyumbang kepada pertumbuhan industri swasta khususnya,
industri-industri berskala kecil seperti pengeluaran barang-barang kertas, sutera, kapas
dan porselin. lndustri porselin telah berkembang sehingga pada zaman pemerintahan
Maharaja Zhu Yuan Zhang yang mana industri ini memberi sumbangan yang besar dalam
perbendaharaan negara. Kiangsi pula muncul sebagai pusat pengeluaran porselin yang
utama. Soochow telah muncul sebagai pusat industri tekstil dan Sungkiang sebagai pusat
utama pengeluaran kain kapas. Perkembangan industri tekstil ini telah menjadikan kapas
sebagai satu tanaman panting pada era Dinasti Ming. Selain itu, industri kraf tangan dan
tenunan turut menyumbang dalam sektor pertanian dan pembangunan negara China.
Keutamaan yang diberikan kepada aktiviti pertanian telah menyebabkan status
ekonomi perdagangan diletakkan sebagai lapisan paling rendah dalam bidang ekonomi.
Justeru, para pedagang dipandang hina walaupun membawa pulangan yang banyak kepada
negara China. Walau bagaimanapun, aktiviti perdagangan di China tetap berjalan lancar
dengan adanya sistem pengangkutan yang baik. China telah menggunakan sungai-sungai
sebagai jalan perhubungan yang utama. Sebagai contoh, Sungai Yangtze boleh dimudiki
kapal sejauh seribu batu dari kuala dan telah membolehkan perdagangan dijalankan di
seluruh lembangan tengah.
Tambahan lagi, sistem jalan air ini telah diperluaskan lagi dengan pembinaan terusan
besar yang menganjur dari Peking di sebelah utara ke Hangchow, selatan Sungai Yangtze.
Sementara di bahagian tengah dan selatan China pula, khasnya di wilayah-wilayah timur,
banyak terusan kecil yang membantu membawa barang dari satu kawasan ke kawasan
yang lain.
Aktiviti perdagangan semakin berkembang pada zaman pemerintahan Dinasti Ming.
Maharaja telah membenarkan pelayar-pelayar China memulakan pelayaran ke pesisir
pantai di Asia Tenggara, selatan India, Sri Lanka, Hormuz dan pesisir pantai Afrika. Hal
ini seterusnya telah meningkatkan perdagangan China dan membawa pedagang-pedagang
dari luar seperti pedagang Asia Tenggara, Arab dan Eropah untuk berdagang di pelabuhan
Canton.

Penerbitan Pefangi Sdn. Bhd.

J30

Sejarah STPM Penggal1 Jawapan

Kesimpulannya, ekonomi feudalisme di China memperlihatkan penguasaan golongan


pemerintah dalam sektor ekonomi. Namun, kepesatan ekonomi di China ini telah
menyebabkan pedagang Barat meluaskan perdagangan sehingga memaksa pemerintah
China menukar dasar tutup pintu kepada buka pintu.
4

Rangka Jawapan
Pendahuluan

Kekalahan Jerman kepada Perancis telah menyebabkan


membangunkan negaranya melalui sistem pendidikan.

pemerintah Jerman

- Pembangunan bidang pendidikan ini dilakukan pada abad ke.,.18 hingga ke-19.
- Pemerintah Jerman telah melaksanakan dasar kurikulum pendidikan yang terancang
dan diperkenalkan secara berperingkat di negara tersebut iaitu dimulai dengan peringkat
rendah, menengah dan seterusnya teknikal.
lsi-isi penting

- Pendidikan rendah.
- Pendidikan menengah.
- Pendidikan teknikal.
- Universiti.
Kesimpu/an

- Jerman mempunyai sistem pendidikan yang teratur dan sistematik menjelang abad ke18 dan abad ke-19.
- Perkembangan ini selaras dengan matlamat Jerman untuk mencapai tahap negara
industri di Eropah.
Jawapan Lengkap
Kekalahan Jerman kepada Perancis telah menyebabkan pemerintah Jerman
membangunkan negaranya melalui sistem pendidikan. Pembangunan bidang pendidikan
ini dilakukan pada abad ke-18 hingga ke-19. Pemerintah Jerman telah melaksanakan dasar
kurikulum pendidikan yang terancang dan diperkenalkan secara berperingkat di negara
tersebut iaitu di peringkat rendah, menengah dan teknikal.
Pemerintah Jerman pada akhir abad ke-18 telah menubuhkan institusi pendidikan
rendah. Penubuhan ini adalah hasil inisiatif Raja Frederick William I. Selepas mengalami
kekalahan kepada Napoleon iaitu Perancis, Raja Frederick William Ill terus memberi
perhatian dalam pembangunan sistem pendidikan di Jerman. Oleh itu, pendidikan di
sekolah rendah atau vo/ksschu/e adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat di
Jerman. Pengajian di sekolah ini lebih memberi tumpuan kepada perkembangan mental
kanak-kanak. Oleh itu, bidang pendidikan meliputi aspek membaca, menulis, mengira,
geografi, sejarah dan gimnastik. Selain itu, mata pelajaran Lukisan, Muzik, Matematik dan
Agama juga diajar kepada kanak-kanak.
Pendidikan menengah pula terdiri daripada dua aliran iaitu sekolah awam dan sekolah
gymnasium. Pelajar perlu mendaftar di sekolah menengah ketika berusia sembilan tahun

dan tempoh pengajian bagi kedua-dua aliran ialah selama sembilan tahun. Pendidikan
sekolah awam lebih menekankan kepada pembelajaran matematik, sains, bahasa ibunda
dan bahasa rnoden. Matlamat utama pengajian di sini adalah untuk melahirkan pelajar
pelajar yang dapat menjalani kehidupan seharian dengan teratur. Pendidikan di sekolah
gymnasium pula memberi keutamaan pembelajaran bahasa Latin dan juga Greek serta
menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

J31

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Sejarah STPM Penggal1 Jawapan

Kerajaan memberi keutamaan kepada pendidikan dalam bidang


teknikal. Penekanan diberikan kepada mata pelajaran teknikal di
sekolah.
Oleh itu, kerajaan telah mendirikan sekolah-sekolah teknik
seperti politeknik dan sekolah perdagangan.
lnstitusi pendidikan universiti merupakan institusi pengajian tinggi
di Jerman yang ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri. Kerajaan
negeri telah memberikan sumbangan dalam bentuk dana dan bantuan
kewangan kepada institusi pengajian tinggi. Pengajian di peringkat
universiti dibahagikan kepada empat fakulti iaitu fakulti Teologi, UndangUndang, Perubatan dan Falsafah. Kurikulum yang ditawarkan pula
meliputi pelbagai lapangan ilmu seperti Sejarah, Falsafah, Psikologi,
Undang-undang, Anatomi, Zoologi, Kimia dan Fizik. Antara universiti
yang ditubuhkan ialah Universiti Berlin (1810), Universiti Bonn (1818)
dan Universiti Munich (1826).
Kesimpulannya, terdapat sistem pendidikan yang teratur dan
sistematik di negara Jerman menjelang abad ke-18 dan abad ke-19.
Perkembangan ini selaras dengan matlamat Jerman untuk mencapai
tahap negara industri di Eropah.
5
Ran
gka
Jaw
apa
n
Pendahuluan

- Latar belakang perluasan kuasa British di India.


/si-isi penting

S
o
s
i
a
l
.
- Ekonomi.
- Pendidikan.
Kesimpulan

- Transformasi sosial, ekonomi dan pendidikan yang dilakukan oleh


British ini mengubah persepsi masyarakat India dari segi adat dan
meningkatkan ekonomi India.
- Namun, ketidakpuasan terhadap transformasi ini telah membawa kepada
tercetusnya
Dahagi pada tahun 1857.
Jawapan Lengkap
Pada pertengahan abad ke-18, British mula meluaskan kuasa dan

pengaruh di benua kecil India. Peluasan pengaruh ini pada peringkat


awal dilakukan oleh oleh Syarikat Hindia Timur lnggeris wilayah Bengal,
Bihar dan Orissa. Seterusnya, perluasan kuasa dilakukan secara
berperingkat-peringkat. Semasa pentadbiran Lord William Bentick (1828
1835), Lord Ellenhorough dan Lord Dalhousie (1848-1856), telah
berlaku transformasi dalam bidang sosial, ekonomi dan pendidikan di
India.
Transformasi sosial banyak dilakukan di India. Antaranya dengan
penghapusan adat dan perhambaan. Ketika Lord William Bentick
memegang jawatan sebagai Gabenor Jenera! India, beliau telah
mengambil tindakan untuk mengharamkan amalan Suttee, iaitu amalan
yang mana balu-balu Hindu yang kematian suami dikehendaki
mengorbankan diri dengan dibakar bersama-sama mayat suami semasa
upacara pengebumian. Selain itu, beliau juga bertindak menghapuskan
amalan Thuggee, yakni perbuatan merompak dan pembunuhan yang
dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang berpengaruh
terhadap golongan saudagar dan pengembara. Bentick juga melantik
Kolonel Sleeman untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan kongsi
getap yang bertindak membunuh pengembara dan saudagar.

Usaha Bentick diteruskan oleh Lord Dalhousie dengan


memperkenalkan Aida
Perkahwinan Semula Janda. Akta ini membenarkan janda-janda yang beragama Hindu
berkahwin semula. Transformasi diusahakan juga oleh Lord Ellenhorough dengan bertindak
mengharamkan amalan perhambaan di India.
Transformasi ekonomijuga dilakukan oleh Gabenor British di India. Lord William
Bentick telah mengambil beberapa tindakan drastik bagi mengurangkan perbelanjaan
kerajaan ekoran daripada masalah kewangan yang dihadapi oleh SHTI berikutan Perang
lnggeris Burma I. Beliau bertindak mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan
kerja askar askar yang berkhidmat dengan SHTI. Selain itu, beliau turut bertindak
mengurangkan elaun yang diberikan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan awam.
Bidang pendidikan juga turut diperbaharui. Semasa pentadbiran Lord William Bentick,
Bentick menjadikan bahasa lnggeris sebagai bahasa pengantar dalam institusi pendidikan
tinggi. Bentick menubuhkan pusat pengajian tinggi seperti Kolej Perubatan Calcutta dan
lnstitut Ephinstone di Bombay.
Lord Ellenborough pula memperkenalkan Akta Pendidikan 1854. Akta ini meletakkan
asas bagi penubuhan institusi pendidikan secara berperingkat seperti sekolah rendah,
sekolah menengah, kolej dan universiti. Jabatan pendidikan telah ditubuhkan di setiap
daerah untuk mentadbir dan mengendalikan institusi-institusi pendidikan tersebut. Akta ini
juga memperuntukkan peruntukan pemberian geran atau bantuan kewangan bagi sekolah
sekolah yang ditubuhkan oleh pihak swasta.
Kesimpulannya, transformasi sosial, ekonomi dan pendidikan yang dilakukan oleh
British ini mengubah persepsi masyarakat India dari segi adat dan meningkatkan ekonomi
India. Namun, ketidakpuasan terhadap transformasi ini telah membawa kepada tercetusnya
Dahagi pada tahun 1857.

6 Rangka Jawapan
Pendahu/uan

- Latar belakang Perang Dunia Pertama.


lsi-isi penting

(a) Politik
- Keruntuhan pemerintahan monarki.
- Kerajaan hilang sokongan dan berlaku perpecahan.
- Kerajaan komunis.
- Kehilangan wilayah.
- Kemunculan negara-negara baharu.
(b) Ekonomi
- Keruntuhan ekonomi.
Kesimpu/an

- Perang Dunia Pertama mengubah landskap politik dan ekonomi Rusia.


- Ketidakpuasan kekalahan dalam perang ini dan ditambah dengan Perjanjian Versailles
telah membawa kepada Perang Dunia Kedua.
Jawapan lengkap
Perang Dunia Pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku
dalam kalangan negara-negara Eropah sahaja. Negara-negara Eropah yang terlibat
dalam peperangan ini ialah Jerman, Britain, Rusia, Perancis, Austria-Hungary, Serbia, ltali,

J33

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Sejarah STPM Penggal1 Jawapan

Belgium dan Turl<i. Negara-negara di Asia dan Afrika turut dilibatkan apabila wilayah di
kedua-dua benua tersebut menjadi rebutan negara-negara Eropah untuk dijadikan tanah
jajahan. Perang Dunia Pertama melibatkan dua pihak iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga
Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa). Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin
oleh Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai oleh Jerman. Peperangan
ditamatkan menerusi beberapa perjanjian antara pihak yang menang dengan pihak yang
kalah. Perjanjian Versailles yang ditandatangani telah meninggalkan kesan yang mendalam
terhadap sejarah Eropah, khasnya Rusia.
Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Rusia di bawah
kerajaan Tsar yang pernah memerintah Rusia selama 400 tahun. Perang Dunia Pertama
telah menguji kemampuan kerajaan menghadapi keadaan semasa. Kekalahan demi
kekalahan yang dihadapi oleh Rusia khususnya pertempuran dengan Jerman menyerlahkan
kelemahan kerajaan Tsar. Kekalahan teruk tentera Rusia di medan perang menyebabkan
kesetiaan sebahagian tentera berbelah bahagi terhadap Tsar sehingga membawa kepada
Revolusi Rusia 1917. Revolusi ini telah membawa kepada berakhirnya pemerintahan beraja
di Rusia.
Selain imej kerajaan beraja jatuh kepada golongan tentera dan kelas menengah,
kerajaan Rusia juga kehilangan sokongan daripada golongan petani dan pekerja kerana
tidak membela nasib mereka dalam suasana ekonomi yang muram kesan daripada Perang
Dunia Pertama. Malahan, pejuang-pejuang revolusi yang terdiri daripada kelas menengah,
pekerja dan petani telah berpecah ekoran daripada perbezaan kepentingan. Vladimir Lenin
telah mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan pekerja dan petani serta
menyokong rampasan tanah yang dilakukan oleh golongan petani.
Pengakhiran pemerintahan monarki Rusia diganti dengan kerajaan komunis. Kerajaan
ini mendapat sokongan daripada pekerja, petani, tentera dan komunis yang berdisiplin.
Hasilnya, Lenin berjaya menggulingkan pemerintahan dan membentuk sebuah kerajaan
komunis yang pertama di dunia.
Rusia juga telah kehilangan wilayah selepas Perang Dunia Pertama. Kehilangan ini
disebabkan ingin menamatkan perang dengan Jerman dan Austria. Oleh itu, Lenin telah
menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 -Mac 1918. Melalui perjanjian tersebut,
Rusia telah kehilangan satu perempat wilayahnya di Eropah yang diserahkan kepada
Jerman dan tiga perempat sumber arang batu dan besi. Kejayaan tersebut turut dibantu
oleh peranan ejen perisikan Jerman.
Perjanjian Versailles yang ditandatangani antara tentera berikat dengan Jerman pada
1919 telah mengubah peta Eropah amnya dan Rusia khasnya. Pe anjian ini menjadi asas
bagi kemunculan negara-negara baharu di benua Eropah. Negara-negara baharu yang
ditubuhkan daripada empayar Rusia ialah Poland, Finland, Estonia, Latvia dan Lithuania.
Daripada aspek ekonomipula, sektor pertanian mengalamimasalah apabila
kekurangan tenaga buruh kerana empat juta daripada mereka telah menyertai tentera.
Pemerintahan Tsar pula mengalami masalah dalam belanjawan kerana terpaksa
mengalihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada keperluan
ketenteraan. Kesannya, rakyat menderita.
Kesimpulannya, Perang Dunia Pertama mengubah landskap politik dan ekonomi
Rusia. Ketidakpuasan kekalahan dalam perang ini dan ditambah dengan Pe anjian
Versailles telah membawa kepada Perang Dunia Kedua.

You might also like