You are on page 1of 10

Cadangan untuk membaiki kelemahan

Kemalangan jalan raya yang banyak berlaku pada musim perayaan khususnya bukan
sahaja satu kerugian kepada keluarga mangsa dan rakan-rakannya, tetapi kerugian modal
insan yang besar kepada Negara. Setiap nyawa yang hilang kerana terlibat dalam
kemalangan jalan raya merupakan kerugian yang amat besar kerana banyak wang
mahupun perbelanjaan yang patut diberi untuk mereka supaya dapat meneruskan
pelajaran,peperiksaan dan juga pekerjaan1.Oleh itu, prakarsa yang pragmatik haruslah
dilaksanakan dengan drastik dan efektif bagi mengekang kadar kemalangan jalan raya
yang saban tahun semakin meningkat.

Sebenarnya pelbagai modus operandi telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam
usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya pada musim perayaan
dan juga cuti umum. Antaranya adalah Ops Pacak , Ops Sikap , Ops Statik , penggunaan
helikopter untuk memantau setiap pergerakan kenderaan di jalan raya , pengedaran poster
di kawan Bandar mahupun di kampung, kempen kesedaran dan termasuk penguatkuasaan
dijalankan merupakan antara prakars yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan
rakyat Malaysia sentiasa selamat ketika memandu apabila berada di jalan raya.2

1 http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2012/08/langkah-mengatasikemalangan-jalan-raya.html
2 http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2012/08/langkah-mengatasikemalangan-jalan-raya.html

Pemasangan perangkap kelajuan dan juga Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik


yang lebih dikenali sebgai (AES) yang antaranya berfungsi sebagai perangkap had laju dan
merakamkan pelbagai kesalahan trafik akan dipasang di sepanjang Lebuh Raya Utara
Selatan dan sekitar Kuala Lumpur serta di kawasan Shah Alam. Di bawah fasa pertama dan
kedua,Unit Kamera Pengawasan Bergerak telah diwujudkan untuk memantau pemandu dan
pengguna jalan raya yang memandu dengan laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Di
bawah fasa ketiga, kamera pengawasan ini akan mengawasi aspek kesalahan lalu lintas
yang lain seperti memotong di garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan.
Pemasangan sistem ini banyak membantu pihak JPJ bertujuan untuk memastikan
pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan sebagai bukti
pendakwaan. 3

3 http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2012/08/langkah-mengatasikemalangan-jalan-raya.html

Projek lain pula membabitkan program dalam pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan,


dan perlindungan alam sekitar. Melalui AES, kamera mengawasi setiap pergerakan
kenderaan dan mencatat kelajuan dan maklumat itu dihubungkan ke pusat kawalan untuk
mengenal pasti kenderaan yang melakukan kesalahan lain lintas. Anggota JPJ yang
bertugas di pusat kawalan itu akan memproses gambar yang diterima itu bagi mengenal
pasti identiti dan alamat pemandu4. Sistem itu terbukti berkesan dalam mendisiplinkan
pemandu dan pengguna jalan raya sekali gus mengurangkan kemalangan jalan raya dan
kematian akibat nahas itu. Sebagai contoh , negara-negara seperti Australia, Amerika
Syarikat, Eropah, China, dan Korea Selatan telah lama menggunakan sistem ini dalam
usaha mendisiplinkan pemandu dan pengguna.

Undang undang yang lebih berkesan perlu digubal untuk memastikan masalah ini dapat
ditangani dengan sebaik mungkin .Undang-undang yang diamalkan di Jepun wajar dicontohi
di negara kita kerana di Jepun,apabila berlaku kemalangan,kedua-dua belah pihak iaitu
yang melanggar atau dilanggar terus dikenakan denda yang tinggi tanpa mengira siapa
yang bersalah dalam hal kemalangan tersebut.Mereka kemudiannya dibicarakan di
Mahkamah Kemalangan Jalan Raya pada kadar segera kerana ingn mengetahui siapa yang
bersalah dalam hal kemalangan tersebut.Undang-undang seperti ini juga menggalakkan
pemandu agar memandu dengan lebih berhati-hati dan juga cermat serta berdisiplin.Selain

4 http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2012/08/langkah-mengatasikemalangan-jalan-raya.html

itu,penguatkuasaan undang-undang tersebut juga harus tegas dan tidak memilih bulu5.Pihak
kerajaan patut mengambil tindakan yang wajar untuk menarik balik atau menggantung
lesen pemandu yang banyak melakukan kesalahan trafik di jalan raya kerana perkara
tersebut lama-kelamaan akan mempengaruhi kes kemalangan jalan raya.

Tambahan pula,pihak kerajaan haruslah memenjarakan pesalah trafik yang enggan


membayar saman jika mereka melakukan kesalahan tersebut6.Hal ini demikian dikatakan
kerana dengan adanya undang-undang sebegini , pesalah trafik akan menyedari kesalahan
yang dilakukan seterusnya bertekad tidak mahu mengulangi lagi kesilapan tersebut .Pada
zaman hutan batu sekarang ini,undang-undang harus diketatakan lagi dengan memberikan
lesen memandu kepada pemandu berumur 21 tahun ke atas kerana mereka sudah
mencapai tahap kematangan yang tinggi seterusnya memikirkan tentang perkara yang tidak
patut dibuat apabila memandu di jalan raya. Sebenarnya, kesediaan untuk mematuhi
peraturan, arahan dan barisan tidak memerlukan kita berpendidikan tinggi dan tidak pula
menjatuhkan apa-apa juga nilai baik yang ada dalam diri kita. Kempen Keselamatan Jalan
Raya bukanlah untuk menyusahkan diri kita sendiri tetapi memberikan faedah kepada para
pengguna jalan raya. Segala peraturan jalan raya serta papan-papan tanda amaran yang
5 http://jannahshin.blogspot.com/2012/04/kemalangan-jalan-raya.html
6 http://tinta-kencana.blogspot.com/2011/10/langkah-mengurangkankemalangan-jalan.html

telah diletakkan di jalan raya adalah sebagai panduan bagi memelihara keselamatan jalan
raya untuk semua pemandu.

Selain usaha pihak kerajaan mengekang kemalangan jalan raya dengan langkah yang
paling tepat untuk dilaksanakan ialah melalui pendidikan7. Tidak ada yang tidak kena
dengan kempen atau ops sikap yang dilancarkan setakat ini cuma pemandu di Malaysia ini
perlu diberikan pendidikan barangkali seawal mungkin bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Melalui pendidikan sahaja, sikap pemandu di Malaysia ini berupaya
diperbetul.Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) yang telah diperkenalkan
di 7,601 sekolah rendah terpilih akan dapat membantu memberikan kesedaran dan pandu
arah untuk menjadi pemandu yang berhemah dan cermat di peringkat yang lebih awal lagi.
Begitu juga dengan terlaksananya program keselamatan jalan raya melalui komuniti yang
membabitkan majikan,pemimpin,ahli politik,ketua agama,pendidik,badan
professional,sukarelawan dan belia juga diharapkan akan menjadi pemangkin bagi
merealisasikan hasrat murni kerajaan dan seluruh warganegara di bumi Malaysia ini.Melalui
cara pendidikan ini juga boleh dilakukan melalui Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di
setiap sekolah kerana dengan adanya pendidikan seperti itu , para belia masa kini mampu
memikirkan cara untuk mengelakkan daripada terjadinya kemalangan di jalan raya.

Selain tu,peranan kedua ibu bapa juga amatlah penting kerana mereka haruslah mendidik
anak-anak mereka sendiri supaya menanamkan sikap berhemah dan cermat semasa
memandu ketika berada di jalan raya8.Para ibu bapa mampu mengajar anak-anak mereka
mematuhi undang-undang jalan raya jka mereka sedang memandu.Hal ini demikian
dikatakan kerana,anak-anak akan mengetahui undang-undang jalan raya yang ketat dengan
lebih awal lagi sebelum mereka dapat memandu dengan sendirinya.Lama-kelamaan mereka
akan menjadi matang dengan ajaran yang diberikan untuk mematuhhi undang-undang jalan
raya.

7 http://tinta-kencana.blogspot.com/2011/10/langkah-mengurangkankemalangan-jalan.html
8 http://tinta-kencana.blogspot.com/2011/10/langkah-mengurangkankemalangan-jalan.html

Bekas Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan mahu kaedah pemberian mata 'demerit'
kepada pesalah jalan raya dihidupkan semula bagi memastikan pemandu kenderaan yang
banyak menerima saman akan disenaraihitamkan. Sistem tersebut berupaya beroperasi
dengan baik sekiranya diselenggarakan dengan betul. Malah dengan kaedah pemberian
mata 'demerit' itu mampu mengurangkan masalah kemalangan jalan raya kerana lesen
pemandu yang kerap melakukan kesalahan jalan raya tidak dibenarkan diperbaharui.
Tamabahan pula,Polis Di Raja Malaysia (PDRM) meminta supaya Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) menghidupkan kembali kaedah pemberian mata demerit kepada pesalah jalan
raya bagi membendung jumlah kemalangan maut yang semakin serius sehingga mencecah
6,000 kematian setiap tahun dan mengakibatkan negara kerugian kira-kira RM9 bilion setiap
tahun. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman ketika itu, Senior Asisten Komisioner (SAC) II
Nooryah Md. Anuar memberitahu,sistem pemberian mata demerit bagi setiap kesalahan
jalan raya yang dilakukan oleh pemandu itu terbukti mampu mengurangkan jumlah
kemalangan jalan raya. Selagi JPJ tidak menghidupkan semula sistem itu, pihaknya tidak
dapat menguatkuasakan penggunaan kaedah berkenaan yang dilihat sebagai kaedah
terbaik menangani masalah peningkatan kemalangan jalan raya.

Langkah yang lain harus dilakukan oleh pihak kerajaan adalah memperbaiki keadaan fizikal
jalan raya bagi mengelakkan kemalangan terus berlaku setiap masa.Bagi mengelakkan
kemalangan terus berlaku,pihak berkuasa juga perlu meletakkan papan tanda di tempattempat yang strategik untuk memberikan amaran kepada pemandu tentang bahaya jalan
raya di hadapan mereka.Dengan ini membolehkan pemandu agar mengurangkan had

kelajuan kenderaan yang mereka pandu.Keadaan jalan raya yang pula seperti di selekohselekoh batuan yang lebih besar patut digunakan untuk menggantikan jalan bitumen untuk
meratakan jalan raya tersebut supaya peratusan kemalangan di jalan raya akan
berkurang.Di samping itu,pihak kerajaan haruslah meletakkan lebih banyak lampu isyarat di
simpang yang berbahaya supaya para pemandu kenderaan memandu dengan berhati-hati
dan had kelajuan yang baik apabila tiba sahaja di simpang yang mempunyai lampu
isyarat9.Selain itu juga pihak kerajaan perlulah memasang lebih banyak lampu jalan
terutamanya di tempat yang gelap.Hal ini demikian dikatakan kerana dengan adanya lampu
jalan yang banyak di tempat yang gelap membolehkan para pemandu dapat memandu
dengan sebaiknya dan lancar.Langkah yang lain ialah membaik pulih jalan raya yang rosak
seperti berlubang dan tidak rata.Oleh itu para pemandu kenderaan akan berasa selesa
apabila mereka memandu di jalan raya.

9 http://jannahshin.blogspot.com/2012/04/kemalangan-jalan-raya.html

You might also like