You are on page 1of 11

NNNH6053/SAINS TINGKAHLAKU/P87390

1.0 SEJARAH KURT LEWIN

Kurt Lewin dilahirkan pada 9 September 1890 di suatu kampung kecil di Prusia,
Costa Rica. Beliau merupakan anak kedua dari empat bersaudara. Beliau menghabiskan
persekolahannya di Berlin pada tahun 1905 dan kemudian beliau memasuki universiti di
Freiburg. Pada mulanya beliau ingin mendalami ilmu kedoktoran tetapi beliau lebih berminat
untuk mempelajari psikologi. Pada tahun 1914, beliau telah berjaya meraih gelaran doktor,
beliau telah menyertai pasukan tentera Jerman selama empat tahun. Setelah itu, beliau telah
kembali ke universiti dan meneruskan mintanya dalam bidang psikologi. Beliau mengajar di
University Cornell selama dua tahun sebelum melompat ke University Iowa pada tahun 1935
sebagai Profesor Psikologi. Seterusnya, pada tahun 1945, beliau diangkat sebagai Profesor
dan Pengarah di Pusat Penelitian di Massachusetts Institute of Technology. Pada masa yang
sama, beliau menjadi Pengarah kepada Commission of Community Interrelation of The
Amerika Jewish Congress serta aktif dalam melakukan penelitian masalah komuniti.
Seterusnya, beliau meninggal dunia pada tahun 1947 kerana serangan jantung yang dating
secara tiba- tiba pada usia 56 tahun.

2.0 PENGENALAN

Terdapat banyak artikel atau penulisan jurnal yang menuntut pemimpin atau pengurus
sesebuah organisasi itu untuk melakukan pelbagai perubahan supaya organisasi mereka
menjadi lebih baik, efektif dan berdaya saing. Bermakna, banyak panduan tentang bagaimana
organisasi harus melakukan perubahan, serta menjelaskan mengapa seseorang pengurus atau
pemimpin sesebuah organisasi itu boleh menjadi lebih baik dari organisasi yang lain (Cook S
et al .2004).

NNNH6053/SAINS TINGKAHLAKU/P87390

Walaubagaimanapun, informasi yang betul dan tepat harus disampaikan kepada


pemimpin atau pengurus untuk mereka melakukan perubahan supaya perubahan tersebut
akan menjadi lebih efektif. Banyak kajian telah dilakukan untuk membuktikan keberkesanan
pada organisasi sekiranyan perubahan dilakukan. Kajian- kajian yang dilakukan adalah
bertujuan untuk mengembangkan idea- idea serta pemahaman mengenai perubahan kepada
pemimpin atau pengurus untuk mereka melakukan perubahan terhadap organisasi (Holbeche
L. 2006).

3.0 MODEL PERUBAHAN KURT LEWIN

Struktur Model Perubahan Kurt Lewin

CHANGE
Bersedia untuk berubah
Kekalkan perubahan
Lakukan perubahan
UNFREEZE

REFEEZE

Model Perubahan yang diasaskan oleh Kurt Lewin adalah merupakan antara model
perubahan yang terancang yang terawal yang dicipta dalam kehidupan manusia. Terdapat dua
bentuk tekanan yang terhasil yang terdapat didalam organisasi iaitu melibatkan gelagat atau
tingkahlaku iaitu:-

NNNH6053/SAINS TINGKAHLAKU/P87390

a) Terdapat tekanan dalam mempertahankan status quo.


b) Terdapat tekanan dala melakukan perubahan berkaitan dengan tingkahlaku individu
itu sendiri.

Menurut Kurt Lewin lagi, terdapat tekanan untuk mengekalkan status quo dan
perkara tersebut meemerlukan perubahan. Disamping itu juga, untuk perubahan itu berlaku,
memerlukan usaha ataupun tekanan namun, masih boleh dilakukan secara serentak.

Model Unfreeze-Change-Refreeze yang dicipta oleh Kurt Lewin selalunya digunakan


dalam kehidupan manusia di dalam organisasi. Model ini juga dikembangkan dari semasa ke
semasa dengan pelbagai kajian dan pemerhatian yang dilakukan. Terdapat 3 tahap perubahan
dan sering disebut sebagai Unfreezing (Pencairan), Change (Perubahan), dan Refreeze
(Pembekuan Kembali).

Struktur model ini amat mudah untuk difahami menyebabkan ianya banya dikritik
namun, penggunaan teori ini masih lagi relevan. Masih banyak lagi model- model perubahan
yang lain menggunakan teori perubahan dalam model ini sebagai rujukan dasar.

Tahap- tahap Perubahan :-

1) Tahap Unfreezing (Pencairan)


Dalam proses ini, perubahan yang ingin dilakukan harus bermotivasi dan kuat
untuk berubah dari tingkahlaku yang lama kepada tingkahlaku yang baru. Tahap ini
mungkin tahap yang paling penting untuk memahami modul tersebut. Tahap ini juga
melibatkan persiapan untuk berubah, perlu ada kesedaran dan perlu untuk memahami

NNNH6053/SAINS TINGKAHLAKU/P87390

kenapa perubahan amat perlu di saat ini. Pada tahap ini, keselesaan berada dalam zon
yang sama juga perlu dipecahkan.
Persiapan diri sendiri atau secara berkumpulan perlu pada tahap pertama ini
untuk mencipta situasi yang kondusif sekiranya terjadi perubahan tersebut. Semakin
kita sedar akan perubahan perlu dilakukan, semakin kita bermotivasi untuk
melakukan perubahan. Akan tetapi, sama ada cepat atau lambat proses perubahan itu
bergantung kepada pro dan kontra tahap kekuatan indvidu tersebut.
Dalam situasi ini, Kurt :ewin membangunkan dan mengembangkan teori
berkenaan Force Field Analysis. Terdapat banyak faktor- faktor yang pelbagai yang
perlu dikaji dan dianalisis yang menjadi faktor kekuatan sama ada menentang atau
menerima perubahan. Menurut Kurt Lewin lagi, sekiranya faktor faktor untuk
berubah sudah bersedia, maka perubahan boleh dilakukan. Tetapi jika berlaku
sebaliknya, mungkin pemimpin atau pengurus perlu menilai unit atau jabatan mana
yang perlu dinilai semula untuk proses perubahan ini. Itulah fungsi Force Field
Analysis dalam memahami keunikan tingkahlaku dalam proses perubahan serta
memberikan idea tentang pemahaman sesuatu perubahan tersebut boleh dilakukan
dengan baik.
2) Tahap Perubahan (Change)
Pada tahap ini, Kurt Lewin menyedari bahawa proses perubahan bukanlah
sesuatu yang luar biasa, tetapi ianya ialah merupakan suatu proses peralihan yang
perlu dilakukan leh individu yang ingin berubah. Pada tahap ini ramai yang
berpendapat tahap ini merupakan proses yang paling susah dan sukar bahkan
menakutkan untuk berubah. Mereka juga menjadi tidak pasti terhadap perubahan ini.
Sebagai contohnya pesakit yang mengalami diabetis. Mereka dinasihatkan untuk
mengubah cara hidup mereka kepada cara yang lebih sihat untuk mengelakkan

NNNH6053/SAINS TINGKAHLAKU/P87390

kandungan glukos dalam darah menjadi tinggi seterusnya boleh mengakibatkan


komplikasi yang lain. Tabiat atau cara makan mereka yang semestinya sangat sukar
untuk diubah, tetapi dengn danya penyakit ini, memaksa mereka untuk mengubah
kebiasaan mereka. Bila tiba masanya mereka akan tetap perlu mengubah kebiasaan
tersebut, seterusnya mereka akan mempelajari dan memahami proses perubahan itu
perlu dan dengan kerjasama dan sokongan dari orang lain amat diperlukan pada
tahap ini.
Segala informasi, input, ilmu dan pelbagai contoh- contoh yang mendorong
untuk berubah diperlukan untuk membantu mereka untuk membuat perubahan.
Proses komunikasi yang berterusan dari individu yang tertentu sangat memanfaat
dalam membantu proses perubahan ini sehingga mereka tidak akan melupakan tujuan
perubahan yang perlu dilakukan ini.

3) Tahap Pembekuan Semula ( Refreeze)


Pada tahap ini, kestabilan tingkahlaku ini terjadi setelah perubahan dibuat.
Perubahan yang dilakukan mulai diterima sebagai tingkahlaku yang baru. Namun
begitu, hubungan baru mula terbentuk dan kemungkinan menjadi mesra dan terbiasa
dengan tingkahlaku mereka yang baru yang sememangnya seiringan.

Namum begitu, dengan keadaan semasa pada masa kini, perubahan baru
mungkin akan terjadi dalam beberapa minggu atau lebih kurang dari itu. Kadangkadang perubahan tingkahlaku ini akan relapse semula menjadi tahap yang pertama
semula iaitu pembekuan. Ini terjadi sekiranya perubahan tersebut dilihat sebagai tidak
sesuai dengan jiwa mahupun keadaan organisasi.

NNNH6053/SAINS TINGKAHLAKU/P87390

Menurut

Kurt

Lewin,

untuk

mengekalkan

tingkahlaku

perubahan,

mememerlukan semangat dan dorongan serta sokongan yang kuat daripada individu
yang terlibat untuk memastikan perubahan yang diinginkan dapat diterima dan
dikekalkan pada masa hadapan. Menurutnya lagi, setelah perubahan yang diinginkan
tercapai, maka ia perlu dibekukan supaya ianya tidak kembali ke tingkahlaku yang
asal. Namun teori ini bukan sahaja pengakhiran malah kadang kala proses itu sendiri
perlu berehat atau berhenti sejenak. Perlu diingatkan bahawa proses perubahan tiada
pengakhiran dan proses ini adalah proses yang berterusan sehingga bila- bila.

4.0 APLIKASI PROSES PERUBAHAN TEORI KURT LEWIN

Dalam aplikasi teori ini, dapat dilihat dalam situasi di nama beberapa proses
perubahan teori ini boleh dikaitkan dengan perubahan sikap Jururawat di hospital yang
seringkali di omongkan sebagai seorang yang garang, suka memarahi pesakit. Kemungkinan
terdapat beberapa aduan yang diterima oleh pihak pengurusan dari waris- waris pesakit di
mana mungkin mereka terlihat atau terdengar kekasaran yang di lakukan oleh Jururawat di
hospital. Melalui teori ini, perubahan tingkahlaku boleh di aplikasikan. Pihak pengurusan
perlu mengenalpasti siapa individu yang terbabit yang perlu atau ingin di ubah (Curtis 2002).

Pada tahap Pencairan (unfreezing), individu tersebut perlu dijelaskan mengapa beliau
harus mengubah tingkahlaku. Pihak pengurusan perlu memberi kaunseling, tunjuk ajar,
nasihat dan lain- lain tindakan yang difikirkan perlu sebagai langkah pertama untuk
melakukan perubahan ini kerana pada tahap ini, mereka perlu bersedia untuk berubah setelah
segala maklumat dan matlamat yang di perlukan telah diperolehi.

NNNH6053/SAINS TINGKAHLAKU/P87390

Tahap Perubahan (changing) merupakan satu tahap yang paling mencabar bagi
individu tersebut untuk berubah. Dikhuatiri dengan perubahan ini, mereka merasakan tidak
selesa dan sukar untuk menerima tingkahlaku yang baru. Akan tetapi paksaan dari pihak
pengurusan dan aduan berterusan dari pelanggan (waris dan pesakit) menyebabkan mereka
perrlu berubah sepenuhnya. Kemungkinan dengan perubahan ini, mereka akan lihat impak
yang positif yang berlaku dalam diri mereka. Dorongan dan sokongan yang berterusan dari
kawan- kawan sekeliling amat perlu apabila berada di tahap ini. Faktor- faktor ini akan
membantu mereka untuk mengekalkan perubahan yang lebih baik (Lewin, K. 1948).

Tahap Pembekuan Semula (Refreeze) dilihat sebagai kestabilan dalam perubahan.


Individu tersebut sudah mula selesa dengan perubahan yang telah dilakukan. Pada tahap ini
juga, sokongan yang berterusan dalam mengekal sifat- sifat positif dari kawan- kawan
sekeliling sangat di perlukan kerana tingkahlaku ini akan dibekukan. Jika tidak, sikap
Jururawat yang tidak disukai oleh pesakit dan waris akan kembali semula kepada sikap yang
lama tersebut. Tetapi ada kalanya proses ini akan mengambil sedikit masa atau lebih dari
yang dijangka.

5.0 FORCE FIELD ANALYSIS


Force Field Analysis dari Kurt Lewin ini merupakan satu strategi yang sangat kuat
untuk memahami apa yang diperlukan dalam proses perubahan, mahupun pada individu atau
ataupun organisasi (Baulcomb 2003). Sebagai contohnya, perokok yang sudah berhenti
merokok yang sentiasa mengamalkan tingkahlaku hidup sihat untuk mengekalkan
status bukan perokok. Tingkahlaku yang tetap ini merupakan kekuatan untuk melawan

NNNH6053/SAINS TINGKAHLAKU/P87390

keinginan agar perokok tidak kembali merokok. Dengan ini, perokok berada dalam keadaan
Equilibrium, dengan dua kekuatan yang tetap menarik diantara satu sama lain. Keinginan
cuba menarik perokok untukk merokok, namum niat untuk berhenti dan dorongan orang
sekeliling mencegah perokok dari merokok kembali.
Jadi, terdapat kuasa kekuatan yang sama iaitu kekuatan dari pendorong dan kekuatan
untuk menolak atau menahan, kemudan dapat diseimbangkan kedua- duanya. Kurt Lewin
membantu kita untuk memahami konsep pemikiran ini untuk perubahan dalam konteks
situasi social. Terdapat dorongan yang kuat untuk membuat orang tertarik untuk berubah.
Selalunya perubahan yang berlaku dan berhasil diperkat dengan dorongan yang tinggi serta
melemahkan segala rintangan yang mendatang. Force field Analysis selalu bersangkutan
dengan 3 tahap teori perubahan dari Kurt Lewin iaitu dengan adanya tahap unfreezing
kemudian berubah kepada tingkahlaku yang diinginakan iaitu change dan membeku, refreeze
pada tahap yang seterusnya sehingga terjadi tahap Equilibrium dimana tahap ini menolak
perubahan. Kadangkala perubahan yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu
ataupun organisasi perlu kita faham melalui nilai- nilai dan pengalaman yang lalu.

6.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN FORCE FIELD ANALYSIS

NNNH6053/SAINS TINGKAHLAKU/P87390

Teori dari Kurt Lewin ini mudah ditfafsirkan dan mudah difahami akan tetapi terdapat
beberapa kelemahn dan kekuatan yang dikenalpsti. Force Field Analysis ini dapat dibuktikan
dengan penenilitian psikologi sosial dan juga dilakukan dengan metode experimental. Akan
tetapi, kelemahan teori ini ialah ianya tidak begitu sistematik. Banyak konsep dan elemenelemen yang tidak diterangkan dengan jelas dan mengharapkan pemikiran manusia sebagai
pemikiran yang dinamik. Teori ini juga terlalu memberikan elemen- elemen dari dalam diri
individu ataupun organisasi sehingga mengabaikan faktor- faktor luaran atau keadaan
sekeliling. Perubahan itu perlu mengikut konstruk yang telah dicipta tanpa meneliti faktorfaktor sekeliling individu mahupun organisasi.

7.0 RUMUSAN

Dalam usaha untuk meningkatkan penambahbaikkan kualiti dan produktiviti individu


mahupun organisasi, teori Kurt Lewin ini wajar diaplikasi. Sebelum ingin melakukan
perubahan, kenal pasti titik permulaan yang ingin diubah. Ini kerana terdapat sesetengah
faktor yang dikenalpasti berada diperingkat kesukaran untuk proses perubahan ini mengambil
alih tempat kerana selama ini individu ataupun organisasi berada di zon yang selesaa atau
tingkahlaku yang sama selama bertahun- tahun lamanya.

NNNH6053/SAINS TINGKAHLAKU/P87390

RUJUKAN
Baulcomb J .2003. Management of change through force field analysis. Journal of Nursing
Management; 11: 4, 275-280.
Cook S et al .2004. Change Management Excellence: Using the Four Intelligences for
Successful Organisational Change.
Curtis E, White P .2002. Resistance to change: causes and solutions. Nursing Management;
8: 10, 15-20.

10

NNNH6053/SAINS TINGKAHLAKU/P87390

Holbeche L. 2006. Understanding Change: Theory, Implementation and Success. Oxford:


Elsevier.
Lewin, K. 1948. Resolving social conflicts; selected papers on group dynamics.Gertrude W.
Lewin (ed.). New York: Harper & Row, 1948.

11

You might also like