You are on page 1of 6

https://www.academia.

edu/4487280/PERBANDINGAN_KBSR_DAN_KSSR
2.2.1

Banding Beza KBSR Dan KSSR


Setelah meneliti keseluruhan latar belakang KBSR dan KSSR, terdapat

persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR. Antara persamaan KBSR dan
KSSR ialah KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta
mengekalkan prinsip KBSR, maka empat prinsip di dalam KBSR iaitu pendekatan
bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti
pendidikan yang sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup juga
masih diterapkan dalam KSSR. Prinsip-prinsip yang diterapkan dalam kedua-dua
kurikulum ini adalah berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.
Seterusnya, kedua-dua standard kandungan ini merupakan teras panduan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di semua sekolah.
Antara perbezaan KSSR dan KBSR ialah matlamat bagi KBSR dan KSSR
berbeza. Secara ringkasnya, KBSR bermatlamat untuk memastikan perkembangan
potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Manakala, KSSR
mensasarkan pencapaian jangka panjang bagi memastikan pelajar mempunyai
semangat kecintaan negara di samping menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran
dan kompetensi serta melahirkan modal insan yang boleh menangani cabaran pada
masa depan. Malah, matlamat KSSR lebih menumpukan ke arah skop yang luas
bagi melahirkan insan yang seimbang dari segala aspek supaya mereka dapat
bersedia menangani dan menghadapi cabaran dunia globalisasi kini berbanding
KBSR yang hanya menjurus ke arah perkembangan potensi murid secara
menyeluruh. Oleh itu transformasi pendidikan yang berubah daripada sistem KBSR
kepada KSSR telah mengubah matlamat pendidikan rendah dan membuka skop
yang lebih luas lagi releven dengan keadaan semasa.
Seterusnya, selaras dengan matlamat masing-masing, terdapat banyak
perbezaaan objektif di antara KBSR dan KSSR. Perbezaannya ialah KBSR lebih
memberi penekanan dalam penguasaan Bahasa Melayu. Berbeza dengan KSSR
yang menumpukan dalam penguasaan dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Selain itu, objektif KBSR lebih berfokuskan ke arah kemahiran-kemahiran
seperti mengira, berfikir, belajar, saintifik dan teknikal. Jika dibandingkan dengan
KSSR, kemahiran yang ingin dikuasai meliputi

skop yang lebih luas seperti

kemahiran dalam teknologi dan maklumat serta kemahiran-kemahiran yang

diperlukan bagi menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan
dan mempertungaktkan lagi jati diri.
Di samping itu juga, terdapat beberapa penambahan elemen di dalam objektif
KSSR. Penambahan tersebut ialah KSSR ingin melahirkan murid yang berpotensi
untuk menjadi usahawan bagi menyumbang perkembangan ekonomi negara. Selain
itu, KSSR juga turut mewujudkan Global Player iaitu murid yang berdaya saing,
berdaya tahan, berkemahiran dalam komunikasi dan mempunyai jati diri. Yang
menariknya, KSSR dilaksanakan untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan
kepada peperiksaan semata-mata. Oleh itu, objektif-objektif KSSR telah disasarkan
selaras dengan perkembangan semasa dan juga bagi mengatasi isu-isu pendidikan
yang hangat diperkatakan.
Selain itu juga, di dalam ciri-ciri KSSR, terdapat beberapa perbezaan serta
perubahan yang telah dilakukan. Perbezaan tersebut jelas dilihat dalam kemahiran
asas yang perlu dikuasai oleh pelajar. Kemahiran asas semasa pelaksanaan KBSR
terdiri daripada 3M sahaja iaitu membaca, menulis dan mengira. Sebaliknya KSSR
telah ditambah dengan satu lagi kemahiran asas yang baru iaitu menaakul dan ini
menjadikan KSSR menekankan kemahiran asas 4M (membaca, mengira, menulis
dan menaakul). Asas menaakul itu sendiri membolehkan murid mampu untuk
memahami proses mendapat sesuatu ilmu itu daripada menerima sesuatu ilmu itu
seadanya. Justeru itu, dengan penambahan satu fokus di antara KBSR dan KSSR,
ini akan dapat melahirkan murid yang dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir
mereka dalam pembelajaran. Tambahan lagi, ia juga dapat melahirkan murid yang
mempunyai skop pemikiran yang tinggi seperti mengkaji masa depan bagi mencipta
sesuatu ciptaan yang mendatangkan kebaikan kepada semua.
Selain itu, KSSR mempunyai tiga elemen tambahan iaitu kemahiran kreatif
dan inovatif, keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Penambahan tiga kemahiran di dalam KSSR bertujuan memenuhi keperluan murid
dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif,
kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian yang mulia. Tidak
seperti KBSR yang hanya menerapkan di dalam diri pelajar untuk menguasai
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Perubahan ini berlaku kerana walaupun
KBSR telah mengaplikasikan elemen kreatif dan kritis dalam proses pembelajaran
dan pengajaran, namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal

insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global. Justeru itu,
penambahan elemen ini juga selaras dengan arus semasa permodenan dan
globalisasi dunia pada hari ini.
Malah, struktur KBSR dan KSSR merangkumi reka bentuk kurikulum dan
organisasi kurikulum. Dari segi aspek reka bentuk kurikulumnya, KBSR yang hanya
mempunyai tiga bidang utama sebagai komponennya, manakala KSSR pula telah
berlaku perubahan penambahan menjadikannya enam tunjang utama sebagai
komponennya. Enam tunjang tersebut adalah komunikasi, kerohanian, sikap serta
nilai, kemanusiaan, keterampilan diri, perkembangan fizikal dan estetik dan yang
keenam ialah sains dan teknologi. Berbeza pula dengan KBSR yang hanya terdiri
daripada tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam keliling dan perkembangan
diri individu. Dengan penambahbaikan yang telah dilakukan di dalam reka bentuk ini,
ia dapat meluaskan lagi skop pembelajaran murid-murid di peringkat sekolah rendah
dan sekaligus mendidik mereka dalam independent learning. Oleh itu, perubahan
yang berlaku ini menjadikan murid di sekolah rendah mampu melangkah setapak
lebih jauh jika hendak dibandingkan dengan KBSR. Perubahan ini memperlihatkan
bahawa KSSR ini lebih bergerak kehadapan berbanding dengan KBSR.
Selain itu, perubahan bentuk kurikulum daripada linear kepada modular juga
merupakan salah satu aspek yang berbeza di antara KBSR dan KSSR. Bentuk linear
bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula
dari kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan atau aktiviti. Berbeza
dengan bentuk modular yang diguna pakai dalam KSSR yang merupakan satu
kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam
bentuk bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul.
Justeru itu, dengan perubahan yang berlaku dalam bentuk kurikulum, ia juga
membawa perubahan kepada organisasi kurikulum itu sendiri. Bagi KBSR yang
merupakan satu kurikulum yang berbentuk linear, ia telah menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berasaskan mata pelajaran berkenaan
yang merangkumi mata pelajaran teras, wajib dan tambahan. Manakala bagi
kurikulum yang berbentuk modular pula iaitu KSSR, setiap tahap mempunyai modul
yang berbeza. Sebagai contoh pelajar di tahap pertama hanya menggunakan tiga
modul sahaja iaitu modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif dalam
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya. Di samping itu, modul yang
diorganisasikan mempunyai kandungan pembelajaran yang disediakan dalam bentuk

unit kendiri yang lengkap. Ini sekaligus mendidik para pelajar dalam pembelajaran
kendiri mereka. Tambahan pula, perubahan yang berlaku ini turut menyumbang ke
arah pembelajaran yang lebih sistematik dan meluas walaupun pada peringkat
sekolah rendah.
Di dalam pengenalan proses pelaksanaan kedua-dua kurikulum ini,
perbezaan mengenai aspek bahan kurikulum telah dinyatakan. Jika dahulu KBSR
mengguna Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kini transformasi kurikulum yang baru
iaitu KSSR telah merangka dokumen Standard Kurikulum yang merangkumi
Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan. Oleh itu, setiap warga pendidik
perlu mengubah kaedah, strategi serta teknik mengajar dan penyampaian
berasaskan Standard Kurikulum ini. Bukan setakat itu sahaja, buku teks bagi mata
pelajaran KSSR turut diperkenalkan.
Selain itu, di dalam pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran,
KBSR amat menfokuskan peranan guru dalam mewujudkan suasana bilik darjah
yang kondusif dan meransang pembelajaran serta mengamalkan prinsip tertentu. Ini
berdasarkan strategi yang berpusatkan murid, mengambil kira faktor perbezaan
individu dan berasaskan kebolehan murid yang berbeza-beza. Sebaliknya, di dalam
KSSR, guru lebih menfokuskan pendekatan dan strategi sebelum, semasa dan
selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Antara pendekatan tersebut ialah
stretegi menterjemahkan dokumen standard kurikulum, perancangan pengajaran,
penyampaian

pengajaran,

aktiviti

yang

sesuai

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran, kaedah penyampaian yang berkesan serta pendekatan selepas


pengajaran. Perbezaan ini menunjukkan bahawa KSSR mempunyai skop yang luas
di dalam pemantapan proses pengajaran dan pembelajaran.
Perbezaan yang seterusnya pula ialah dari segi penambahbaikan kaedah
antara KBSR dan KSSR. Berbanding KBSR yang telah mengesyorkan pelbagai
kaedah seperti tunjuk ajar guru, lakonan, simulasi, projek dan lawatan yang
memberikan kesan dalam pembelajaran, kaedah KSSR turut diperkenalkan dan
ianya menggunakan kaedah-kaedah hands-on learning. Antara kaedah di dalam
KSSR ialah inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran
konstuktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran masteri, struktur
pembelajaran kooperatif, pembelajaran luar bilik darjah serta pembelajaran kendiri.
Kaedah-kaedah KSSR ini telah ditambah baik daripada kaedah KBSR dan ia

memberi kesan yang lebih mendalam terhadap pembelajaran pelajar. Bukan itu
sahaja, kaedah hands-on learning ini membolehkan murid-murid tidak bergantung
sepenuhnya kepada guru dalam pemberian informasi pelajaran.
Bukan setakat itu sahaja, kaedah pentaksiran di antara kedua-dua kurikulum
ini juga mengalami perubahan. Semasa KBSR masih dijalankan, kaedah
pentaksirannya amat menekankan kepada penilaian sumatif. Penilaian sumatif ini
ialah penilaian yang dilakukan pada akhir satu-satu pembelajaran contohnya
peperiksaan awam seperti UPSR. Berbeza pula dengan KSSR yang menekankan
penilaian formatif di mana penilaian ini dijalankan secara berterusan bagi mengesan
perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Selain itu, guru-guru di
sekolah perlu menggunakan kaedah pentaksiran yang pelbagai bagi memberi
peluang kepada pelajar untuk mengalami pembelajaran yang menyeronokkan serta
mengambil kira kepelbagaian

kecerdasan murid-murid tersebut. Tambahan lagi,

kaedah pentaksiran KSSR juga bersifat autentik dan holistik yang bermaksud
pentaksiran yang dijalankan boleh dipercayai dan menyeluruh. Justeru itu, dengan
pertukaran yang berlaku dalam kaedah pentaksiran ini membolehkan para pelajar
belajar untuk menambahkan lebih banyak pengetahuan dan mengurangkan tekanan
pelajar dalam peperiksaan. Secara ringkasnya perbandingan antara KBSR dan juga
KSSR dapat dilihat berdasarkan jadual dibawah .
KBSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan

KSSR
Berasaskan enam tunjang utama :

tiga bidang :

-Komunikasi

komunikasi

-Kerohanian, sikap dan nilai

Manusia dan alam sekeliling

-Kemanusiaan

Perkembangan diri individu

-Perkembangn fizikl dan estetika


-Sains dan Teknologi

Bahan kurikulum

-Keterampilan Diri
Bahan kurikulum

-sukatan pelajaran

-Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum

Reka Bentuk Kurikulum

- linear
Organisasi

kurikulum

tahap

-modular
Satu Organisasi

( Tahun 1,2,3 )
-Mata

Pelajaran

Tambahan

kurikulum

tahap

Satu

( Tahun 1,2,3 )
teras,

Wajib

dan

Modul Teras Asas, Teras tema


dan elektif

Tahap 2 ( Tahun 4,5,6 )

Tahap 2 ( Tahun 4,5,6 )

- Mata Pelajaran teras, Wajib dan

- Mata Pelajaran teras, Wajib dan

Tambahan

Tambahan

Berfokuskan 3M ( Membaca, Menulis,

Berfokuskan 4M ( Membaca, Menulis,

Mengira)

Mengira, menaakul)

You might also like