You are on page 1of 2

EPILEPSI

Memahami penyakit sawan dan epilepsi


Pergerakan aneh, pengsan dan sawan
Sawan atau tarik adalah rangsangan elektrik yang berlaku di dalam otak secara tiba-tiba yang
menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti kanak-kanak tersebut.
Ini dapat dilihat jika kanak-kanak:

Diam seketika
Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran
Kaki dan tangan menjadi keras/kejang
Kaki dan tangan menyentak-nyentak
Tiba-tiba jatuh ke lantai

Ramai kanak-kanak yang boleh mengalami kejadian yang menyerupai sawan. Pergerakan
aneh atau pengsan ini termasuklah :

Terkejut
Pergerakan normal semasa tidur
Tindakan menahan nafas
Reflex sawan anoxic (Reflex anoxic seizures)
Pengsan
Berangan

Apa itu epilepsi?


Epilepsi berasal daripada perkataan Greek epilambanien. Ia bermaksud serangan.
Perkataan ini digunakan untuk menerangkan keadaan di mana serangan sawan yang
berterusan berlaku tanpa sebarang rangsangan luar.
Epilepsi juga dikenali sebagai sawan babi, cho chin dalam bahasa Mandarin ataupun
kaka valipu dalam bahasa Tamil.
Nota:
Sawan yang disebabkan rangsangan adalah bukan epilepsi. Sawan jenis ini boleh disebabkan
oleh kadar gula yang rendah di dalam darah, selepas berlakunya trauma kepada bahagian
kepala, apabila terdapat perdarahan di dalam otak ataupun apabila mendapat jangkitan kuman
di otak.

Siapa yang menghidap epilepsi?


Sekurang-kurangnya 1% dari semua kanak-kanak akan mendapat sawan yang berlaku tanpa
rangsangan, tetapi hanya separuh dari kumpulan ini yang seterusnya akan mendapat epilepsi.

Mengapa anak saya menghidap epilepsi?


Epilepsi disebabkan oleh sel-sel otak yang tidak berfungsi dengan baik.. Sel-sel otak
berfungsi dengan menjanakan aliran elektrik di dalam otak. Apabila aliran elektrik ini
menjadi tidak stabil, seperti short circuit dan sawan akan berlaku.
Kanak-kanak yang menghidap epilepsi ada kecenderungan untuk membentuk aliran elektrik
otak yang tidak stabil. Ini disebabkan oleh:

Faktor keturunan dan semula jadi mendapat sawan


Pembentukan otak yang abnormal semasa pembentukan janin di dalam kandungan
Kerosakan otak yang disebabkan oleh jangkitan otak, kekurangan oksigen / lemas
atau pendarahan di bahagian otak.
Penyakit otak yang berlanjutan, contohnya kanser otak atau penyakit yang
menyebabkan otak semakin rosak.

You might also like