You are on page 1of 5

BOLA JARING: PERGERAKAN

PERGERAKAN GERAK KAKI MENUKAR


ARAH

PERGERAKAN PERGERAKAN GERAK KAKI

MENUKAR ARAH
Jika pemain bergerak dengan langkah pendek dan lutut dibengkokkan sedikit, dia boleh
menukar arah dengan lebih cepat.Lebih cepat seseorang pemain menukar arah, lebih sukar
untuk pemain lawan mengawalnya.
MEMUTAR
Putaran boleh menjadi cara yang paling berkesan untuk mengelak seseorang penahan yang
cuba menghalang balingan pemain semasa dia mempunyai bola.Apabila memutar, pastikan
bebola kaki yang mendarat terus bearada di atas tanah.Kaki lain menggerakkan badan
dengan tolakkan pendek ke arah yang diperlukan.

PERATURAN PERATURAN BERKENAAN GERAK KAKI

Peraturan peraturan berkaitan dengan gerak kaki menghadkan pergerakan seorang


pemain semasa dia mempunyai bola.Peraturan peraturannya ialah :
Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan mendarat di atas mana mana satu kaki
atau kedua dua kaki dan kemudiannya melakukan pelbagai pergerakan.
Kaki pertama yang mendarat selepas pemain menangkap bola dipanggil kaki mendarat.
Jika pemain mendarat di atas kedua dua kaki serentak, ia akan dipanggil kaki mendarat.
Jika pergerakan kaki pemain melanggar peraturan peraturan gerak kaki, kesalahan ini
dipanggil melangkah langkah atau stepping.
KAKI MENDARAT
Untuk satu balingan tangan kanan, kaki mendarat haruslah dengan kaki kanan dan
sebaliknya.Sebaik sahaja kaki menyentuh tanah diikuti oleh kaki dengan berat badan diatas

kaki mendarat ; kaki kedua hendaklah diletakkan dengan jarak satu langkah di depan kaki
yang mendarat.Kaki ini (kaki kedua) harus diletakkan untuk menunjukkan arah balingan
yang dikehendaki.Jarak diatas tanah di antara kaki mendarat dengan kaki kedua,
dinamakan bes kaki (foot base).
Jika berat badan terletak dihadapan dan kaki mendarat tidak seluruhnya menyentuh tanah,
akan terdapat kecenderungan untuk mengheret kaki; dan pemain itu akan didenda kerana
melanggar peraturan gerak kaki.Untuk membetulkan keadaan bes kaki yang luas dan tidak
seimbang, kaki kedua boleh digunakan sebagai brek.Gunakan pergerakan pergerakn
menikam ringkas ke tanah.

Cara kedua untuk membetulkan bes kaki yang luas adalah dengan menggunakan langkah
langkah pendek tolakan untuk membetulkan posisi badan dan membawa kedua dua kaki
lebih dekat.Pergerakan pergerakan dalam permainan bola jaring ialah :
1. Permulaan
2. Berhenti
3. Menukar arah
Pada masa yang sama, pemain akan bergerak menghala ke:
1. Hadapan
2. Belakang
3. Sisi
4. Pepenjuru
Pemain harus berlatih berbagai bagai corak pergerakan kaki.

AKTIVITI AKTIVITI UNTUK MELATIH GERAK KAKI

Satu larian yang baik memerlukan berat badan berada di atas bebola kaki yang
menyebabkan seluruh badan condong ke hadapan.Aktiviti menggunakan kepantasan,
panjang langkah dan arah ialah :
1. Lari , berhenti
2. Lari dengan pelbagai kederasan
3. Lari, menukar arah.
4. Lari, menukar kederasan dan arah.

5. Lari, lompat dan mendarat di atas satu kaki / dua kaki.


6. Lari, melompat melintasi garisan garisan
Pemain pemain perlu melompat ke pelbagai arah untuk menangkap bola.Selepas
melompat, kemudiannya pemain perlu mendarat dengan cara terkawal supaya boleh
membaling bola dengan tepat.Situasi permainan yang berbeza- beza memerlukan corak
langkah yang berbeza beza.Lima corak langkah asas ialah :
1. Melonjak daripada satu kakidan mendarat dengan kaki yang sebelah lagi.
2. Melonjak daripada satu kaki dan mendarat dengan kaki yang sama.
3. Melonjak daripada dua belah kaki dan mendarat dengan kedua dua kaki.
4. Melonjak daripada dua belah kaki dan mendarat dengan satu kaki.
5. Melonjak daripada satu kaki dan mendarat dengan dua belah kaki.
AKTIVITI AKTIVITI UNTUK CORAK LANGKAH ASAS

1. Selepas melonjak untuk menangkap bola, pemain perlu :


a) Mendarat di atas satu kaki (kaki kanan)
b) Meletakkan kaki yang sebelah lagi(kaki kiri) ke arah di mana bola akan dihantar.
c) Membaling bola.
d) Melangkah kaki pertama (kaki kanan) dan meletakkannya semula ke atas tanah.

2.Selepas melonjak untuk menangkap bola, pemain perlu :


a) Mendarat di atas kaki kanan(untuk pemain yang menggunakan tangan kanan)
b) Memutar semasa melangkah.
c) Kaki kiri beberapa kali memusing ke pelbagai arah.
d) Meletakkan berat badan dengan kukuh di atas kaki kiri semasa bola dibaling.
3.Selepas melonjak untuk menangkap bola, pemain perlu:
a) Mendarat di atas sebelah kaki (kaki kanan)
b) Melompat dengan kaki (kaki kanan)
c) Melompat dengan kaki kiri (supaya boleh bergerak dengan jauh lagi)
d) Membaling bola.
Rima pergerakan ialah :
- Menangkap.
- Melompat (kaki kanan).

- Melompat (kaki kiri).


- Membaling.

4.Selepas menangkap bola, pemain perlu :


a) Mendarat di atas sebelah kaki (kaki kanan).
b) Melangkah dengan kaki yang sebelah lagi (kaki kiri).
c) Melompat denagn kaki (kaki kiri).
d) Membaling bola sebelum kaki mendarat.

5.Selepas menangkap bola, pemain perlu :


a) Mendarat di atas dua belah kaki.
b) Melangkah dengan sebelah kaki (kaki kiri).
c) Membaling bola sebelum kaki yang sebelah lagi(kaki kanan).
d) Kaki kanan diletakkan di tanah (mendarat).

6. Selepas menangkap bola,pemain perlu :


a) Mendarat di atas dua belah kaki.
b) Melangkah dengan sebelah kaki (kaki kanan) dan memutar kaki yang digerakkan oleh
kaki kiri.

7. Selepas menangkap bola, pemain perlu :


a) Mendarat diatas dua belah kaki serentak.
b) Melompat.
c) Melepaskan bola.
d) Mendarat dengan kedua dua kaki

8. Selepas menangkap bola, pemain perlu :


a) Mendarat diatas dua belah kaki.
b) Melangkah dengan kaki kiri.
c) Membaling atau menjaring.
d) Meletakkan kaki yang sebelah lagi (kaki kanan) di atas tanah.

Kemahiran kemahiran gerak kaki membentuk bahagian yang penting dalam permainan
bola jaring.Pemain pemain yang menggunakan kaki mereka dengan memuaskan, pasti
akan menjadi pemain pemain yang cekap dan baik.
Aksi larian yang kurang baik akan menghadkan pergerakan pergerakan yang lain kerana
ia merupakan pergerakan asas kepada pergerakan pergerakan tersebut.Kemahiran
kemahiran mendarat akan membolehkan pemain pemain membuat imbangan dan boleh
membaling dengan lebih tepat dan kuat.
Gerak kaki yang baik juga membenarkan pemain pemain mengelak dengan lincah dan
melompat lebih tinggi.Jadi apa apa jenis aktiviti gerak kaki memainkan peranan penting
kepada pemain bola jaring.

DISEDIAKAN OLEH: NOROLAIN BINTI ZAKARIA


NO MATRIK: 184160
PROGRAM: BACHELOR PENDIDIKAN SAINS PERTANIAN
PELATIH: CIKGU RAZAK BIN SHAHDAN

You might also like