You are on page 1of 3

RUJUKAN

1. Buku

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah
A. Majid. (2010). Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran Semasa. Selangor,
Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Goh Boon Cheng. (2009). Siri Pendidikan: Teknologi Maklumat dalam


Pendidikan. Selangor, Malaysia: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Norasiah Bt Abdullah, Nor Risah Jamilah Bt Mat Lazim & Rosnah Bt Ahmad
Zain. (2009). Siri Pengajian Profesional: Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, & Wong Kiet Wah. (2010). Siri Pendidikan
Guru: Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (2010). Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan: Psikologi
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shaffe Bin Mohd Daud. (2005). Sidang Video dalam Pendidikan Jarak Jauh.
Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Ahmad Basri Hashim. (2003). Pendidikan dalam Internet. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd.

https://trys99.wordpress.com/2014/08/17/pengertian-pembelajaran-menurut-paraahli/
ilmuonline.mpc.gov.my/elmu-cis/.../Leadership1.pdf

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)


1. Pengenalan

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) membolehkan warga Malaysia mendapat ilmu dan
kemahiran bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi. PSH mampu
mengembeleng potensi individu yang masih belum berada dalam pasaran kerja menerusi
pelbagai peluang meningkatkan kemahiran. PSH juga boleh memupuk minat dan
menyemai bakat untuk kehidupan yang lebih bermakna. Menerusi PSH, pendidikan tidak
hanya terhad kepada usia muda, tetapi perlu dilanjutkan sepanjang hayat.
Justeru itu, PSH merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi
program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal
atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan. Daya saing global dan
kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui
pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi
meningkatkan produktiviti. Pada masa yang sama, sejajar dengan pembangunan
sosioekonomi negara, individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk
pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan kepuasan diri.
Bagi merealisasikan hasrat ini, Pembekal PSH yang terdiri daripada
Kementerian/Agensi/Jabatan/Institusi telah merancang dan menyediakan pelbagai
program dan latihan kepada masyarakat setempat dengan pelbagai aktiviti pembelajaran
yang boleh diikuti oleh semua peringkat umur tanpa mengira jantina, kaum dan anutan
agama. Program/Kursus-kursus yang ditawarkan juga bersesuaian dengan kehendak
semasa selaras dengan aspek pembangunan modal insan untuk mewujudkan masyarakat
yang berdaya saing selain dari meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat. Tenaga
pengajar yang mahir dalam bidang masing-masing diketengahkan dalam kursus-kursus
yang dianjurkan oleh pihak yang terlibat agar dapat memberi ilmu serta khidmat terbaik
kepada seluruh masyarakat.

KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


Berdasarkan amalan antarabangsa, PSH adalah sangat luas dan pelbagai. Suruhanjaya Eropah
mentakrifkan PSH sebagai segala aktiviti pembelajaran yang dilakukan sepanjang hidup, dengan
tujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, dalam aspek yang berkait dengan
peribadi, sosial atau pekerjaan. Manakala The National Organization for Economic Co-operation
and Development (OECD) yang terdiri daripada 34 buah negara, mentakrifkan PSH sebagai
semua jenis aktiviti pembelajaran tanpa mengira had umur. UNESCO mengesahkan pendidikan
non-formal dan pembelajaran sebahagian daripada PSH.
Di Malaysia PSH menjadi "tonggak ketiga" untuk menggerakkan pembangunan modal insan di
negara ini selepas sistem sekolah dan pendidikan tertiari. Oleh itu, Definisi PSH berdasarkan
Pelan Induk Pembudayaan PSH, ialah pembelajaran yang disertai oleh mereka yang
berumur 15 hingga 64 tahun ke atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah
mereka yang mengikuti kursus sepenuh masa di sekolah, kolej atau universiti dengan
tujuan untuk memperoleh kelayakan akademik atau kemahiran. Ia berdasarkan kepada

umur produktif penduduk Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas yang masih
mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Sejajar dengan Lonjakan Ketiga, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 2025
(Pendidikan Tinggi), (PPPM (PT) 2015-2025, yang telah dilancarkan pada 7 April 2015,
Malaysia seharusnya mempunyai modal insan yang holistik yang mampu untuk menghadapi
cabaran dan tuntutan semasa. Kementerian berhasrat untuk membudayakan PSH dalam kalangan
masyarakat supaya ia menjadi sebati dalam budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia menjelang
2025. Hasrat ini akan tercapai menerusi pemantapan ekosistem PSH yang berkualiti tinggi,
terselaras, harmoni dan diiktiraf, dalam kalangan komuniti pendukung PSH.
Justeru itu, strategi dan inisiatif dalam Lonjakan tersebut telah disusun dengan teliti merentas 3
fasa dan memastikan setiap fasa yang berturutan dapat meneruskan asas yang dibina sebelumnya
serta selari dengan strategi PSH yang terkandung dalam Pelan Induk Pembudayaan PSH 20112020.

http://www.mohe.gov.my/portalpsh/?p=5980

You might also like