You are on page 1of 37

Program Transformasi Ekonomi 303

Hala Tuju Untuk Malaysia

Bab 9: Memuncakkan Industri


Minyak Sawit
Malaysia mempunyai kelebihan kompetitif di dalam industri minyak sawit kerana telah mempunyai
pengalaman lebih daripada 100 tahun dan menerajui pasaran dari segi produktiviti dan R&D.
Industri minyak sawit Malaysia juga merupakan penyumbang keempat terbesar kepada Pendapatan
Negara Kasar (PNK) Malaysia. Oleh itu, kami telah meletakkan sasaran sumbangan kepada PNK
yang tinggi bagi industri minyak sawit iaitu sebanyak kira-kira RM178.0 bilion pada tahun 2020
berbanding sumbangan kepada PNK masa kini sebanyak RM52.7 bilion. Pada masa yang sama,
kami akan memastikan supaya segala usaha kami bagi mencapai sasaran ini adalah sejajar dengan
konsep keterangkuman dan kemampanan. Dengan penglibatan sektor swasta dalam mengenal
pasti inisiatif, saya yakin sasaran ini akan dapat dicapai. Saya dan Kementerian saya komited dan
bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan bahawa kesemua inisiatif yang dikemukakan
dalam Bab ini dilaksanakan dengan sokongan daripada semua pihak yang berkepentingan di dalam
industri minyak sawit.
YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok

ndustri minyak sawit Malaysia merupakan penyumbang ke-empat terbesar kepada ekonomi negara
dan pada masa ini menyumbang sebanyak RM1,889 (8%) daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK)
per kapita. Industri ini merangkumi keseluruhan rantaian nilai daripada perladangan sehingga aktiviti

hiliran. Sebahagian besar perkembangan industri ini dipacu oleh sektor swasta dan masih banyak tertumpu
kepada industri huluan iaitu pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) di ladang, pemprosesan BTS di
kilang, pelumatan isirong kelapa sawit dan aktiviti penapisan minyak sawit. Walaupun sokongan Kerajaan
pada masa kini disasarkan terutamanya kepada mempromosikan aktiviti hiliran dan membantu pekebun
kecil persendirian, fokus utama Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Minyak Sawit adalah untuk
memperkasakan peranan sektor swasta dalam memacu industri minyak sawit.

304

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

DEFINISI NKEA MINYAK SAWIT


Industri minyak sawit di Malaysia diurus berdasarkan kepada empat segmen. Segmen perladangan
termasuk tapak semaian benih, penanaman, penuaian, kutipan dan pengilangan. Segmen kedua temasuk
aktiviti penapisan, simpanan pukal dan perdagangan. Dua segmen hiliran yang selebihnya adalah segmen
hiliran bukan makanan dan segmen hiliran berasaskan makanan dan kesihatan.
Setakat 2009, Malaysia mempunyai 4.7 juta hektar ladang kelapa sawit, 416 kilang, 43 pelumat, 51 kilang
penapis, 18 loji oleokimia dan 25 loji bio-diesel, dengan taburan geografi seperti yang ditunjukkan dalam
Carta 9-1. Industri ini didominasi oleh syarikat perladangan besar (syarikat swasta dan syarikat berkaitan
kerajaan) yang memiliki 60% jumlah tanah perladangan dengan tahap integrasi yang meningkat sepanjang
rantaian nilai. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian daripada kawasan perladangan minyak sawit
di bawah hak milik pekebun kecil berkelompok dan pekebun kecil persendirian yang masing-masing
merangkumi 28% dan 12% daripada jumlah kawasan sawit.
Carta 9-1

Industri minyak sawit Malaysia merentas seluruh rantaian nilai daripada ladang
sehingga loji oleokimia dan biodiesel

Pelabuhan
Butterworth
(0.9 mt)
249

2.5

26

Semenanjung Malaysia
20
Pelabuhan
Klang
(4.2 mt)

18

35

Pelabuhan
Kuantan
( 2.1 mt)

Ladang Kelapa Sawit


(juta hektar)

4.7

Bilangan kilang

416

Bilangan pelumat

43

Bilangan kilang penapis

51

Bilangan loji oleokimia

18

Bilangan kemudahan
simpanan pukal

34

bilangan loji biodiesel

25

Pelabuhan
di Sabah
(6.5 mt)

1.4

0
24

47

0.8
Pelabuhan Pasir
Gudang (4.6 mt)

1 Sarawak 4
2

Pelabuhan yang lain di Semenanjung Malaysia: 1.9 mt

120

Sabah

Pelabuhan
di Sarawak (2.2 mt)

Jumlah eksport semua produk


sawit dari pelabuhan
juta tan metrik (mt)1

11

13

Program Transformasi Ekonomi 305


Hala Tuju Untuk Malaysia

Pertumbuhan industri minyak sawit diramalkan pada kadar 7.1% bagi 10 tahun akan datang dengan dorongan
faktor berikut:
Peningkatan selanjutnya dalam produktiviti hasil purata BTS masa kini sebanyak 21 tan sehektar
setahun dan kadar terkini perahan minyak sawit (KPM) pada 20.5%;
Perluasan ladang baru oleh syarikat Malaysia di luar negara disebabkan oleh tanah yang terhad
di Malaysia. Pada masa ini, sejumlah 6.6 juta hektar tanah diperuntukkan bagi kegunaan pertanian di
Malaysia, di mana 4.7 juta hektar (71% daripada jumlah) digunakan untuk perladangan kelapa sawit; dan
Penerokaan syarikat huluan besar dalam aktiviti hiliran yang berpotensi tinggi seperti makanan
diproses, bio-diesel, bio-bahan api generasi kedua dan oleokimia (kimia yang terhasil daripada minyak
sawit seperti asid lelemak, alkohol lelemak, soap noodles, metil ester dan gliserin).
Peningkatan produktiviti dalam industri sawit mempunyai impak ketara ke atas pertumbuhan PNK.
Potensi pertumbuhan dalam hasil BTS dan KPM adalah penting disebabkan perbezaan yang tinggi dalam
prestasi antara syarikat perladangan besar, sederhana dan kecil, pekebun kecil dan antara kilang di seluruh
Malaysia. Bukti yang dikumpulkan daripada syarikat perladangan yang telah mencapai prestasi tinggi
menunjukkan bahawa terdapatnya penggunaan amalan terbaik dan ianya boleh dikongsi bagi merapatkan
jurang perbezaan yang akan memberi penghasilan yang lebih tinggi di seluruh negara.
Oleh kerana 4.7 juta hektar tanah telahpun digunakan untuk penanaman kelapa sawit di Malaysia, potensi
bagi perluasan kawasan selanjutnya adalah terhad. Potensi pengembangan maksimum dianggarkan
sebanyak 1.3 juta hektar tambahan yang mana 75% atau 1 juta hektar terletak di Sarawak. Berdasarkan
keadaan ini, syarikat besar Malaysia sedang menyusun semula usaha dan sumber mereka ke luar negara.
Sehingga 2009, syarikat Malaysia memiliki lebih kurang 25% daripada jumlah keseluruhan ladang kelapa
sawit di Indonesia. Meskipun Indonesia kekal sebagai pilihan bagi perkembangan perladangan sawit,
beberapa syarikat kini menunjukkan minat untuk melabur di bahagian Asia yang lain, di samping Afrika
dan Amerika Selatan.
Pada masa ini, Malaysia masih belum dapat menguasai sepenuhnya potensi peluang hiliran sedia ada.
Sebagai gambaran kepada potensi hiliran yang belum diterokai ini, bagi eksport industri kelapa sawit pada
2009, hanya 18.5% hasil minyak sawit Malaysia dieksport sebagai produk hiliran siap berbanding 81.5%
yang dieksport sebagai produk huluan sama ada dalam bentuk mentah (contohnya, minyak sawit, minyak
isirong sawit dan bungkil isirong sawit) atau dalam bentuk proses (contohnya, olein sawit mentah, minyak
sawit Refined Bleached Deodorised (RBD), olein sawit RBD, stearin sawit RBD dan sulingan asid lelemak
sawit). Untuk memastikan kemampanan industri ini, adalah perlu untuk mengenal pasti aplikasi hiliran
yang berpotensi tinggi dan komitmen syarikat dalam industri untuk menyepadu dan melaburkan sumber
selanjutnya di dalam segmen hiliran atau di dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).

306

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

PENILAIAN PASARAN
Kelapa sawit merupakan salah satu daripada pemacu utama sektor pertanian Malaysia dengan penggunaan
tanah pertanian negara sebanyak 71%. Sejarah industri ini menjangkau lebih daripada 100 tahun yang
mana dalam tempoh tersebut ia telah mencapai kejayaan yang mengkagumkan. Dengan perkembangan
yang berasaskan kepada beberapa kelebihan utama, industri ini akan kekal sebagai penyumbang utama
kepada ekonomi negara untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Pertama, industri minyak sawit mempunyai dua kelebihan utama berbanding minyak lain:
Peningkatan permintaan relatif berbanding minyak pengganti
Permintaan global terhadap minyak dan lelemak seperti minyak sawit, minyak kacang soya, minyak
bunga matahari dan minyak biji sesawi meningkat dengan mendadak pada kadar pertumbuhan purata
7% dalam tempoh sembilan tahun yang lalu, didorong oleh peningkatan global penduduk, pendapatan
per kapita dan juga perubahan tabiat pemakanan. Sebagai perbandingan, bagi tempoh yang sama,
permintaan untuk minyak sawit sahaja telah berkembang pada kadar 10% dengan pertumbuhan
tertinggi daripada negara Rusia (22%), Amerika Syarikat (21%), China (16%) dan Eropah (9%); dan
Hasil sehektar minyak yang tinggi berbanding minyak pengganti
Minyak sawit menghasilkan 4 hingga 5 tan minyak sehektar iaitu 8 hingga 10 kali ganda lebih tinggi
berbanding minyak bijian lain seperti minyak biji sesawi dan minyak kacang soya.
Kedua, di kalangan industri ini, minyak sawit Malaysia mempunyai tiga kekuatan utama berbanding dengan
pengeluar dunia lain:
Tahap pengeluaran hasil BTS negara
Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai hasil purata BTS yang tertinggi iaitu sebanyak 21
tan sehektar setahun. Pesaing terdekat iaitu Indonesia, mempunyai hasil purata negara sebanyak 19 tan
sehektar setahun;
Aktiviti pembiakan tanaman yang cemerlang
Malaysia diiktiraf seluruh dunia bagi kualiti bahan tanamannya, berikutan hasil daripada 20 pengeluar
biji benihnya yang bertaraf dunia dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 87 juta biji benih
dan aktiviti R&D yang ulung seperti penyelidikan terhadap genom minyak sawit, kultur tisu dan
bioteknologi; dan
Persekitaran peraturan kawal selia yang kondusif
Industri minyak sawit Malaysia dikawal oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), yang
memberikan lesen merentasi rantaian nilai dari pengeluar biji benih ke pengeksportan minyak sawit
serta membangunkan dasar, garis panduan dan amalan bagi menolong memantau dan membantu
industri sawit.

Program Transformasi Ekonomi 307


Hala Tuju Untuk Malaysia

Walaupun perkembangan industri disokong oleh faktor di atas, industri ini menghadapi beberapa rintangan
yang menggugat kedudukan negara untuk kekal sebagai pengeluar minyak sawit global yang kompetitif.
Halangan ini termasuk:
Tanah yang terhad
Malaysia hanya boleh bergantung kepada peningkatan potensi maksimum sebanyak 28% daripada
kawasan perladangan sawit yang sedia ada, kebanyakannya di kawasan yang berbukit atau bertanah
gambut. Akibatnya, Malaysia semakin kehilangan bahagian pasaran global ke atas pengeluaran
minyak sawit kepada Indonesia. Indonesia telah mengatasi Malaysia di dalam bahagian pasaran global
pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) pada 2009 dan sekarang ini memegang 46% bahagian
pasaran global pengeluaran berbanding 41% bagi Malaysia. Pertumbuhan tinggi ladang sawit baru
di Indonesia berserta kos pengeluaran puratanya yang lebih rendah telah memberi impak langsung
kepada bahagian Malaysia di pasaran eksport utama seperti India, Pakistan dan China;
Skop mekanisasi yang terhad
Dengan 369,000 pekerja asing bekerja di ladang, industri sawit negara masih banyak bergantung
kepada buruh asing bagi kerja penuaian, penjagaan am dan penyelenggaraan. Walaupun mekanisasi
telah diperkenalkan secara beransur-ansur sejak beberapa tahun dahulu, ia masih belum dapat
menggantikan keperluan buruh yang tinggi di sektor huluan. Apabila diperkenalkan, mekanisasi
hendaklah memenuhi kriteria ketat untuk mengurangkan kos buruh, meningkatkan produktiviti dan
mempertingkatkan kualiti produk. Atas sebab ini, salah satu cabaran yang utama segmen perladangan
adalah untuk mempertingkatkan tahap mekanisasinya;
Ancaman perlindungan tanaman
Serangga dan penyakit seperti Ganoderma Basal Stem Rot (reput pangkal batang) semakin menjadi
ancaman kepada industri. Meskipun penyelidikan berhubung dengan biologi, pengesanan awal dan
kawalan penyakit tersebut telah dijalankan, penyelesaian jangka panjang yang berkesan dan yang
efisyen dari segi kos masih belum wujud;
Kebergantungan kepada segmen huluan
Industri minyak sawit masih banyak tertumpu kepada segmen huluan yang mana pada tahun 2009
telah menghasilkan sebanyak 87% daripada PNK bagi industri ini. Pergerakan syarikat dalam industri
ini ke segmen hiliran yang mana nilai tambah adalah lebih tinggi masih lagi perlahan;
Halangan kepada penembusan pasaran
Terdapat negara yang menggunakan sekatan tarif dan bukan tarif untuk mengehadkan penembusan
pasaran bagi melindungi industri minyak dan lelemak tempatan mereka. Salah satu contoh sekatan
tersebut adalah Renewable Energy Directive yang diterima pakai oleh Kesatuan Eropah, yang
mengenakan peraturan ketat ke atas pengeluaran karbon, memberi impak kepada harga komoditi
minyak sawit; dan
Kebimbangan berhubung alam sekitar dan kemampanan
Kempen anti minyak sawit yang berterusan, dengan tumpuan kepada kesan karbon atau usaha
meningkatkan kesedaran berhubung kesihatan yang dilancarkan oleh kumpulan penyokong alam
sekitar dan pengguna di Eropah dan Amerika Syarikat, telah menyebabkan peningkatan persepsi
negatif terhadap minyak sawit. Kempen tersebut, termasuk yang dilancarkan oleh kumpulan pelobi
kacang soya Amerika, mendakwa bahawa lemak tepu minyak sawit meningkatkan paras kolesterol
darah, seterusnya mengakibatkan penyakit jantung.

308

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

SASARAN DAN ASPIRASI


Kami berhasrat untuk meningkatkan sumbangan PNK industri daripada RM52.7 bilion pada masa kini
kepada RM178.0 bilion menjelang 2020. Kami merancang untuk mencapai PNK ini melalui pelaksanaan
lapan projek permulaan (EPP) merentasi rantaian nilai minyak sawit (lihat Carta 9-2) untuk menguasai
permintaan minyak sawit global yang semakin meningkat dengan kadar pertumbuhan 10% antara 2000 dan
2009. EPP tersebut akan menghasilkan RM47.1 bilion sebagai impak kepada PNK pada 2020 dan peluang
perniagaan akan bertambah RM74.6 bilion lagi (termasuk pertumbuhan minimum sebanyak RM17.0
bilion). Peningkatan PNK termasuk juga RM3.6 bilion daripada kesan penggandaan yang diwujudkan
oleh EPP daripada sektor lain. Sumber terbesar kesan penggandaan ke atas NKEA Minyak Sawit datang
daripada NKEA Pemborongan dan Peruncitan serta Elektrik dan Elektronik. Ini termasuk manfaat seperti
peningkatan aktiviti peruncitan hasil daripada tindak balas permintaan yang bertambah bagi minyak sawit
dan produk berasaskan minyak sawit.
Dengan pelaksanaan EPP, gaji purata 161,000 pekebun kecil persendirian akan meningkat dengan ketara
sebanyak 47% pada 2020. Tambahan pula, kami akan mengurangkan kebergantungan kepada buruh
asing sebanyak 15 hingga 20% kesan peningkatan ketara produktiviti pekerja di ladang. EPP ini juga akan
mewujudkan 41,600 pekerjaan tempatan baru bagi industri huluan dan 81,800 pekerjaan tambahan untuk
industri hiliran, yang mana 40% adalah pekerjaan berkemahiran tinggi dengan purata pendapatan bulanan
sebanyak RM6,000. Tambahan pula, kami akan mengurangkan 110,000 pekerja asing huluan.

8 EPP dikenal pasti untuk meningkatkan PNK sebanyak RM47.1 bilion


Dalam usaha untuk mencapai wawasan ini, kami telah mengenal pasti dua teras strategik bagi industri
minyak sawit. Sejajar dengan setiap teras strategik, kami telah mengenal pasti satu set EPP untuk
mempertingkatkan sumbangan kepada PNK.
Produktiviti dan kemampanan segmen huluan
Lima EPP akan menumpukan kepada peningkatan produktiviti segmen huluan yang akan meningkatkan
PNK sebanyak RM33.1 bilion pada tahun 2020. Pelaksanaan EPP ini akan menghasilkan transformasi
industri minyak sawit Malaysia dengan peningkatan hasil yang ketara (daripada 21 kepada 26.2 tan
sehektar setahun). EPP ini adalah:
EPP 1: Mempercepatkan penanaman semula kelapa sawit;
EPP 2: Mempertingkatkan hasil BTS;
EPP 3: Mempertingkatkan produktiviti pekerja;
EPP 4: Meningkatkan kadar perahan minyak; dan
EPP 5: Membangunkan bio-gas di kilang minyak sawit.

Program Transformasi Ekonomi 309


Hala Tuju Untuk Malaysia

Perkembangan dan kemampanan segmen hiliran


Tiga EPP yang tertumpu kepada perkembangan segmen hiliran mensasarkan PNK tambahan sebanyak
RM14.0 bilion menjelang 2020. Inisiatif ini akan melibatkan usaha penyelarasan penyelidikan dan
pembangunan awam-swasta dengan memberi tumpuan kepada pengkomersialan. Kesannya, kami
menjangkakan peningkatan pendapatan daripada produk hiliran akan menyumbang sekurang-kurangnya
25% daripada jumlah pendapatan minyak sawit. EPP ini adalah:
EPP 6: Membangunkan derivatif oleo;
EPP 7: Mengkomersialkan bio-bahan api generasi kedua; dan
EPP 8: Mempercepatkan pertumbuhan segmen hiliran berasaskan makanan dan kesihatan.
Carta 9- 2

52.7

178.0

PNK 2020

Sumbangan PNK 2020


(RM bilion)

PNK 2009

Lapan EPP, tiga peluang perniagaan, pertumbuhan minimum dan kesan penggandaan
akan memberi impak peningkatan PNK sebanyak RM125.3 bilion menjelang 2020

160
140

74.6

120

3.6

125.3

100
80
60
40

14.0

47.1

33.1

Jumlah
Impak PNK

Penggandaan

Peluang
Perniagaan

Jumlah EPP

Perkembangan
dan kemampanan
segmen hiliran

Produktiviti dan
kemampanan
segmen huluan

20

310

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

PRODUKTIVITI DAN KEMAMPANAN SEGMEN HULUAN


Lima EPP utama akan dilaksanakan dalam segmen huluan yang akan menghasilkan PNK yang tinggi dan
potensi kemampanan untuk menjamin kebolehsediaan BTS berkualiti tinggi untuk segmen hiliran yang
berkembang sambil memastikan pekebun kecil dan ladang mendapat hasil daripada perkembangan masa
hadapan segmen ini.

EPP 1: Mempercepatkan Penanaman Semula Kelapa Sawit


Rasional
Pekebun kecil keberatan untuk menanam semula selepas tempoh matang 25 tahun bagi mengelakkan
kerugian pendapatan jangka pendek kerana pokok kelapa sawit mengambil masa tiga tahun untuk matang
sebelum tuaian pertama. Keadaan menjadi lebih buruk apabila harga MSM tinggi, di mana syarikat
perladangan juga cenderung untuk melengahkan penanaman semula untuk mengambil kesempatan
potensi pendapatan jangka pendek. Kesannya, Malaysia mempunyai tunggakan 365,414 hektar pokok
kelapa sawit berumur melebihi 25 tahun (Carta 9-3), yang pada kebiasaannya mempunyai hasil yang lebih
rendah. Sekiranya penanaman semula tidak disegerakan, ia akan mengambil masa selama 14 tahun untuk
menyelesaikan tunggakan tersebut. Oleh itu, tunggakan tersebut berada pada tahap kritikal sekarang
kerana secara purata, 125,610 hektar pokok perlu ditanam semula setiap tahun.
Carta 9-3

Lebih 365,000 hektar ladang kelapa sawit mempunyai pokok berusia melebihi 25 tahun
yang mempunyai hasil rendah dan menurunkan purata nasional
Profil umur kawasan yang ditanam kelapa sawit
Kawasan yang ditanam, 000 hektar
350

Kawasan purata tahunan yang dijangka


mencecah sekurang-kurangnya 25 tahun
Kawasan > 25 tahun = 365,414 hektar
sebelum 2020 = 125,610 hektar

300

250

200

150

100

50

12

15

18

21

24

27

30

33

36

39

42

>44

Umur pokok sawit

Program Transformasi Ekonomi 311


Hala Tuju Untuk Malaysia

Tindakan
Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menanam semula kesemua tunggakan 365,414 hektar pokok
kelapa sawit yang berhasil rendah dan berumur lebih 25 tahun dalam tempoh tiga tahun untuk membantu
meningkatkan hasil purata BTS kepada 26 tan metrik sehektar setahun menjelang 2020.
Bagi menyelesaikan penanaman semula, MPOB akan menjalankan tindakan berikut. Ia akan melaksanakan
dasar penanaman semula yang mandatori bagi pekebun kecil dan syarikat perladangan. Kedua, ia akan
menyediakan bantuan kewangan yang disasarkan kepada pekebun kecil. Ketiga, ia akan menyediakan bahan
tanaman yang berkualiti (biji, bahan klon, tunas, ramet) bagi aktiviti penanaman semula dan akhirnya MPOB
akan mewujudkan pasukan petugas khas bagi menguruskan kesemua aktiviti penanaman semula.
Pekebun kecil merangkumi 230,211 hektar atau 63% daripada jumlah tunggakan penanaman semula di
Malaysia, manakala syarikat perladangan memegang baki seluas 135,203 hektar. Bagi memastikan penanaman
semula dipercepatkan, MPOB akan mengenakan kriteria berikut bagi dasar penanaman semula mandatori:
Pekebun kecil persendirian tidak dibenarkan menyimpan pokok kelapa sawit yang berumur lebih 25
tahun yang mengeluarkan hasil kurang daripada 10 tan metrik sehektar setahun bagi tempoh tiga tahun
yang lepas;
Pekebun kecil berkelompok tidak dibenarkan untuk menyimpan pokok yang berumur lebih daripada 25
tahun yang mengeluarkan hasil kurang daripada 13 tan metrik sehektar setahun bagi tempoh tiga tahun
yang lepas; dan
Pemilik ladang tidak dibenarkan menyimpan pokok yang berumur lebih daripada 25 tahun dan melebihi
5% dari jumlah kawasan kelapa sawit yang mengeluarkan hasil kurang daripada 16 tan metrik sehektar
setahun bagi tempoh tiga tahun yang lepas.
Bagi terus membantu pekebun kecil persendirian dalam aktiviti penanaman semula, kami akan meneruskan
pembayaran penanaman semula secara sekaligus (one-off) sebanyak RM6,000 sehektar dan pembayaran
bulanan sebanyak RM500 bagi setiap isi rumah selama dua tahun kepada pekebun kecil persendirian yang
memegang 2.5 hektar atau kurang. Aktiviti penanaman semula pekebun kecil berkelompok akan diuruskan
oleh agensi kerajaan yang berkenaan (FELDA, FELCRA, RISDA, SALCRA) di bawah skim sedia ada.
Kapasiti pengeluaran biji benih masa kini sebanyak 87 juta setahun melebihi keperluan nasional sebanyak 52
juta setahun. Tumpuan MPOB adalah untuk memantau kualiti bahan tanaman, terutamanya bagi pekebun
kecil dengan melesenkan kesemua pengendali tapak semaian (sebanyak 20% pada masa kini tidak berlesen).
MPOB akan mewujudkan satu pasukan petugas penanaman semula yang menumpukan kepada pekebun
kecil persendirian, pekebun kecil berkelompok dan syarikat perladangan. Ahli pasukan petugas ini terdiri
daripada MPOB, Pertubuhan Kebangsaan Pekebun Kecil (NASH), semua agensi kerajaan yang berkenaan
(FELDA, FELCRA, RISDA, SALCRA), Pertubuhan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Pertubuhan Pemilik
Estet Malaysia (MEOA), Pertubuhan Penanam Malaysia Timur (EMPA), Pertubuhan Pemilik Ladang
Kelapa Sawit Sarawak (SOPPOA) dan pertubuhan lain yang mewakili syarikat perladangan. Pasukan
petugas ini akan mengadakan mesyuarat setiap suku tahun untuk menyemak semula perkembangan aktiviti
penanaman semula dan mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu-isu yang dihadapi.
Selepas menyelesaikan tunggakan ini, MPOB akan terus memantau rapat profil umur kelapa sawit nasional.

312

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

Pembiayaan
Inisiatif ini memerlukan RM1.0 bilion pembiayaan awam dalam bentuk insentif terus kepada pekebun kecil
bagi menampung perbelanjaan tambahan dan mengganti kerugian kehilangan pendapatan akibat aktiviti
penanaman semula secara mandatori.
Tambahan lagi, inisiatif penanaman semula ini memerlukan RM3.4 bilion dalam pelaburan swasta dan
GLC daripada syarikat perladangan dan kontraktor mereka dalam bentuk perbelanjaan ke atas peralatan
penebangan dan racik, peralatan membuat teres dan pengairan, peralatan penanaman ladang dan peralatan
penyelenggaraan jalan dan jambatan. Kedua-dua pembiayaan awam dan swasta diperlukan dalam tempoh
menyelesaikan tunggakan iaitu daripada suku pertama 2011 hingga suku akhir 2013.
Impak
EPP ini akan menjana PNK tambahan sebanyak RM4.6 bilion pada 2020.

EPP 2: Mempertingkatkan Hasil Buah Tandan Segar (BTS)


Rasional
Terdapat 161,000 pekebun kecil persendirian di Malaysia. Dengan jumlah keluasan 600,000 hektar,
mereka melibatkan sebanyak 12.8% daripada kawasan ladang kelapa sawit di Malaysia dan menjana hasil
BTS yang lebih rendah (17 tan metrik sehektar setahun). Saiz purata plot mereka yang terhad (3.9 hektar
setiap keluarga) dan kekurangan pendedahan kepada amalan tanaman terbaik merupakan faktor utama
yang memberi kesan kepada tahap pengeluaran hasil mereka yang rendah.
Amalan terbaik, seperti Kod Amalan (COP) yang dibangunkan oleh MPOB dan garis panduan serta rujukan
industri yang lain tidak dilaksanakan sepenuhnya di semua ladang. Ini menyebabkan hasil purata nasional
BTS tidak meningkat.

Program Transformasi Ekonomi 313


Hala Tuju Untuk Malaysia

Carta 9-4

Kami mensasarkan kenaikan 25% hasil purata BTS nasional menjelang 2020
Purata nasional
Tan metrik sehektar, setahun

17.0

22.0

Pekebun kecil
persendirian
+25%

26.2

21.0
21.0

26.0

Pekebun kecil
berkelompok

23.0

2020 E

2020
(sasaran)

28.0

Syarikat Perladangan
2010 E

2020
(sasaran)

Tindakan
EPP ini melibatkan pelaksanaan empat aktiviti utama:
Merekrut 493 pegawai TUNAS (perkhidmatan lanjutan) bagi memperbaiki nisbah masa kini daripada
1 pegawai untuk 950 pekebun kecil (atau 1:3,800 hektar) kepada nisbah 1:250 pekebun kecil (1:1,000
hektar). Ini akan memastikan liputan perkhidmatan yang lebih baik oleh pegawai TUNAS kepada
pekebun kecil;
Mengkelompokkan kesemua 161,000 pekebun kecil persendirian berhampiran kilang kepada
pertubuhan koperasi di seluruh Malaysia;
Menjadikan salah satu rujukan amalan terbaik industri sebagai mandatori kepada semua ladang,
pekebun kecil berkelompok dan koperasi pekebun kecil persendirian; dan
Melaksanakan penarafan tahunan koperasi dan pekebun kecil untuk mengenal pasti dan mencontohi
amalan terbaik.

314

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

Pekebun kecil persendirian bertaburan secara geografik, tidak tersusun dan sangat bergantung kepada
orang tengah untuk menghantar BTS mereka kepada kilang. Pegawai TUNAS akan mengkelompokkan
pekebun kecil berhampiran kilang kepada 134 koperasi (1,200 pekebun kecil bagi setiap koperasi). Koperasi
akan memberi perkhidmatan sokongan, bertindak sebagai agen pembeli bagi input utama, membantu
perundingan kontrak jangka panjang dengan kilang, memantau keluaran dan kualiti BTS dan membantu
dalam perkhidmatan pentadbiran. Menjelang 2013, kesemua pekebun kecil akan diwajibkan menurut
undang-undang untuk menyertai koperasi yang diurus oleh sekurang-kurangnya seorang pegawai TUNAS.
Sistem koperasi ini dijangka akan meningkatkan hasil pengeluaran pekebun kecil kepada 22 tan sehektar
setahun menjelang 2020.
Kebanyakan ladang kelapa sawit besar Malaysia melaksanakan sekurang-kurangnya satu daripada rujukan
amalan baik pertanian secara konsisten (contohnya, MPOB Codes of Practices (COP MPOB), Malaysian
Standard of Good Agricultural Practice yang dibangunkan oleh SIRIM dan Roundtable for Sustainable
Palm Oil Practices). Ini telah memberi hasil yang sangat baik iaitu sebanyak purata 25 tan sehektar setahun
bagi 15 ladang utama. Walau bagaimanapun, beberapa ladang kecil melaporkan pengeluaran di bawah 21
tan sehektar setahun.
Oleh itu, kami akan mewajibkan kesemua syarikat perladangan, pekebun kecil berkelompok dan koperasi
pekebun kecil persendirian untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu daripada tiga rujukan amalan
terbaik atau amalan terbaik syarikat yang setaraf atau lebih baik daripada COP MPOB.
Akhirnya, pada setiap tahun, MPOB akan melaksanakan dan menerbitkan suatu penarafan pekebun
kecil mengikut hasil purata BTS di kalangan setiap koperasi dan penarafan nasional kesemua koperasi
mengikut purata hasil BTS. Ini akan membantu MPOB mengenal pasti amalan terbaik dan memberi
perkhidmatannya kepada yang berprestasi rendah. MPOB juga akan memberikan ganjaran dan mengiktiraf
10 pengeluar terbaik di antara pekebun kecil dalam setiap koperasi dan juga 10 koperasi terbaik negara.
Pembiayaan
Peningkatan hasil BTS akan dilaksanakan ke atas kawasan ladang kelapa sawit yang baru di Malaysia
dengan keluasan kira-kira 1.3 juta hektar. Ini memberi implikasi kos pembangunan bagi kawasan baru dari
segi pelaburan modal ke atas tanah baru untuk menukarkan syarat penggunaan tanah kepada tanaman
sawit. Pelaburan ini akan dibuat sepenuhnya oleh syarikat perladangan swasta dan GLC. Kos menukar
syarat tanah ini dianggarkan sebanyak RM8,500 sehektar (tidak termasuk kos am dan pentadbiran). Dalam
bentuk nominal, ini bermakna jumlah pelaburan ialah sebanyak RM10.0 bilion sepanjang 10 tahun.
Impak
Kami menganggarkan bahawa pada 2020 inisiatif ini akan menghasilkan PNK tambahan sebanyak RM10.2
bilion, mewujudkan 1,600 pekerjaan tambahan dan meningkatkan pendapatan tahunan seramai 161,000
pekebun kecil persendirian sebanyak 47%.

Program Transformasi Ekonomi 315


Hala Tuju Untuk Malaysia

EPP 3: Meningkatkan Produktiviti Pekerja


Rasional
Malaysia kini sedang mengalami kekurangan pekerja mahir dan tidak mahir di ladang yang dianggarkan
sebanyak 20% daripada jumlah tenaga kerja dalam industri sawit. Ini sebahagiannya disebabkan oleh sifat
pekerjaan di dalam ladang yang memerlukan tenaga yang banyak dan juga kerana bertambahnya peluang
pekerjaan alternatif yang menarik dalam industri lain.
Kurangnya pilihan mekanisasi di ladang menimbulkan kebergantungan kepada tenaga buruh bagi kesemua
aktiviti utama: penyediaan tanah, tapak semaian, penanaman, pembajaan, penyelenggaraan ladang,
penuaian, kutipan dan pengangkutan. Akibatnya, ladang kelapa sawit Malaysia sangat bergantung kepada
pekerja asing (kini dianggarkan sebanyak 80% daripada jumlah tenaga kerja industri sawit). Pekerja asing
ini pula, menghantar kembali secara purata, 60% daripada pendapatan mereka balik ke negara asal. Ini
memberi impak yang negatif ke atas PNK yang disumbangkan oleh industri ini.
Tindakan
EPP ini memerlukan penggunaan teknik inovatif bagi meningkatkan purata produktiviti proses penuaian
dan kutipan. Susulan daripada inisiatif ini, kami juga akan dapat menangani isu aliran keluar pengiriman
wang dengan mengurangkan bilangan potensi pekerja asing yang diperlukan menjelang 2020 sebanyak
110,000.
Bagi menangani kekurangan tenaga buruh, kami telah mengenal pasti tiga aktiviti teras (Carta 9-5) yang
menumpukan kepada peningkatan produktiviti pekerja:
Meningkatkan pengeluaran dan mempromosikan penggunaan Cantas, iaitu suatu alat penuaian
bermotor bagi meningkatkan produktiviti penuaian;
Mempromosikan penggunaan alat pengasah berlian (diamond sharpening tool) bagi meningkatkan
produktiviti penuaian, dan
Bertukar daripada kutipan secara manual kepada kutipan yang dibantu kerbau bagi meningkatkan
produktiviti kutipan BTS dalam keadaan di mana mekanisasi tidak sesuai digunakan.

316

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

Carta 9-5

Tiga teknik yang akan mempertingkatkan produktiviti penuaian dan kutipan


Penuaian

Pengasahan alat

Kutipan BTS

Daripada alat penuaian manual


(1.5 tanmetrik / pekerja sehari)

Daripada alat pengasah


tradisional (diasah setiap hari)...

Daripada kutipan manual

kepada alat penuaian


bermotor (Cantas )
(2.8 tan metrik / pekerja sehari)

...kepada alat pengasah berlian


(diasah 5 hari sekali)

kepada kutipan dibantu


kerbau (peningkatan purata
produktiviti sebanyak 40%)

TM

Gambar sumbangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Genting Plantation Bhd

Cantas ialah suatu alat penuaian bermotor yang boleh mengurangkan masa menuai BTS dan boleh
digunakan untuk memangkas pokok yang kurang daripada 15 kaki (5 meter). Ini melibatkan 30% daripada
pokok kelapa sawit (1.4 juta hektar daripada 4.7 juta hektar). Penggunaan Cantas ini akan meningkatkan
produktiviti pekerja sebanyak kira-kira 85%. MPOB akan memastikan pengeluaran Cantas ditingkatkan
daripada 5,000 unit setahun pada masa ini kepada 20,000 unit setahun menjelang 2020, dan harga seunit
dikurangkan daripada RM5,000 pada masa ini kepada harga maksimum RM2,500 bagi menggalakkan
penggunaan yang meluas. MPOB juga perlu memastikan bahawa ketahanan alat tersebut dan perkhidmatan
selepas jualan pembekal memenuhi kehendak industri.
Alat pengasah berlian membolehkan penuai meningkatkan produktiviti mereka sebanyak 40% susulan
daripada pengasahan sabit dan pahat yang lebih pantas dengan kekerapan yang kurang. MPOB akan
mempromosikan penggunaan alat pengasah ini dan menasihati pemilik ladang dan pekebun kecil untuk
memberi notis awal kepada pembekal. Ini akan memastikan bekalan sebanyak 30,000 unit menjelang 2012.

Program Transformasi Ekonomi 317


Hala Tuju Untuk Malaysia

Malaysia masih bergantung kepada tenaga buruh bagi kira-kira 75% daripada kutipan BTS, yang
memerlukan seorang pekerja bagi setiap 15 hektar. Baki kutipan dibuat melalui traktor pengutip mini
(mini tractor grabber) yang berharga RM60,000 seunit. Traktor pengutip ini mempunyai jangka hayat
selama lima tahun dan memerlukan hanya seorang pekerja bagi setiap 25 hektar. Penggunaan kutipan
yang dibantu kerbau juga memberikan nisbah yang sama seperti traktor pengutip mini, tetapi kosnya
hanya RM5,000 untuk setiap kerbau. Kaedah ini sesuai bagi kawasan yang dianggarkan seluas 700,000
hektar. MPOB akan mempromosikan penggunaan kutipan yang dibantu kerbau di mana bersesuaian.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan memastikan bekalan mencukupi bagi memenuhi
permintaan lebih kurang 32,000 ekor kerbau menjelang 2015 sama ada dengan mengimport kerbau atau
memulakan program pembiakan tempatan.
Pembiayaan
EPP ini tidak memerlukan pembiayaan awam, kerana ianya bergantung kepada jumlah pembiayaan
sebanyak RM765 juta daripada syarikat swasta dan syarikat perladangan GLC di samping pekebun kecil
yang tempoh pemegangan tanahnya melebihi 10 tahun. Pembiayaan swasta ini akan disasarkan kepada
tiga aktiviti utama: (1) pembelian berperingkat peralatan Cantas untuk menggantikan alat penuaian
manual, (dianggarkan sebanyak RM525 juta); (2) pembelian alat pengasah berlian bagi mempertingkatkan
produktiviti penuaian (dianggarkan sebanyak RM74 juta); dan (3) import atau pembiakan sebanyak
32,000 kerbau sepanjang 10 tahun bagi melaksanakan kutipan yang dibantu kerbau di seluruh Malaysia
(dianggarkan sebanyak RM166 juta).
Impak
Menjelang 2020, EPP ini akan menjana PNK tambahan yang dianggarkan sebanyak RM1.7 bilion,
mewujudkan 28,000 pekerjaan tempatan (di samping mengurangkan 110,000 pekerja asing).

318

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

EPP 4: Meningkatkan Kadar Perahan Minyak (KPM)


Rasional
Kadar Perahan Minyak (KPM) nasional belum menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tempoh
beberapa tahun yang lepas dan pada tahun 2009, kadar purata adalah 20.5% . Ini disebabkan prestasi
pekebun kecil dan pengilang persendirian tidak sebaik prestasi syarikat perladangan bersepadu, akibat
daripada ketidaktentuan kualiti BTS yang dihantar ke kilang di samping ketidakcekapan beberapa kilang
lama yang belum menaik taraf jentera mereka.
Tindakan
Objektif EPP ini adalah untuk meningkatkan KPM daripada kadar 20.5% pada 2009 kepada 23% menjelang
2020 dengan melaksanakan parameter kawalan kualiti yang ketat di kilang dan meningkatkan kecekapan
keseluruhan kilang.
Melalui mekanisme penarafan, kami telah mengenal pasti prestasi setiap kilang minyak sawit di seluruh
Malaysia. Kami akan menumpukan usaha untuk meningkatkan KPM bagi kilang yang mempunyai KPM
di bawah paras purata nasional dan kilang yang merekodkan penurunan KPM melebihi 0.2% dari 2008
hingga 2009.
Berdasarkan keputusan penarafan, MPOB akan menghantar semula pegawai penguatkuasa ke kilang yang
telah merekodkan KPM yang lebih rendah daripada paras purata nasional, seperti yang ditunjukkan di
dalam Carta 9-6. Pegawai ini akan memantau proses penerimaan BTS oleh kilang supaya tandan buah yang
ditolak oleh mana-mana kilang tidak akan diterima oleh kilang yang lain. MPOB akan merekrut pegawai
penguatkuasa tambahan untuk ditugaskan di kilang yang lain yang mana KPM melebihi paras purata
nasional tetapi mencatat penurunan KPM sebanyak 0.2% berdasarkan tahun-atas-tahun, jika diperlukan.
Pada masa yang sama, peniaga BTS akan disyaratkan untuk merekrut sekurang-kurangnya seorang
penggred yang diiktiraf MPOB bagi memastikan kualiti BTS yang dihantar. Pembayaran bagi BTS akan
hanya dibayar mengikut kualiti yang diterima bagi memastikan bekalan yang lebih baik.

Program Transformasi Ekonomi 319


Hala Tuju Untuk Malaysia

Carta 9-6

Kami menarafkan kilang berdasarkan KPM bagi mengenalpasti dan menyelesaikan isu
utama yang dihadapi oleh kilang berprestasi rendah dan meningkatkan KPM nasional
Melaksanakan proses penarafan nasional

Kajian semula suku tahunan

Menarafkan kilang berdasarkan


purata KPM tahunan
Menarafkan
Kaji selidik dihantar ke semua
kilang
berdasarkan KPM kilang untuk mengumpul %
kerugian minyak
Mengenalpasti trend prestasi bagi
setiap kilang
Mengenalpasti Mengenalpasti % kerugian minyak
trend KPM
bagi setiap kilang
bagi setiap kilang Mengkaji kedudukan geografi
dan perbezaan di dalam negeri
Mengenalpasti
dua kumpulan
kilang bagi
fokus segera

Kilang dikumpulkan:
1. kilang dibawah purata nasional
2. kilang dengan kemerosotan
KPM tahun ke tahun yang lebih
daripada 0.2%

Membangunkan Mengenalpasti sebab bagi


prestasi lemah dan
pelan tindakan
membangunkan pelan tindakan
untuk membantu
yang selaras untuk menangani isu
kilang

Bilangan kilang di Malaysia

200

Fokus Utama:
Kilang dengan
KPM di bawah
purata
148

150

Purata
nasional
KPM 20.49%

106
100

60
50

43

37

0
<19%

19 - 20.5% 20.5 - 21%

21 - 22%

>22%

% KPM 2009

Di samping itu, kilang yang lama beroperasi dikehendaki memperbaiki kecekapan dengan menaik
taraf jentera bagi mengurangkan kehilangan minyak BTS sebanyak 0.5%. Kilang ini perlu memastikan
bekalan stim yang konsisten dan mengekalkan suhu yang stabil sepanjang aktiviti pemprosesan. Ini
akan dilaksanakan melalui automasi dan pemasangan dandang berkapasiti lebih besar. Pemasangan
peralatan tekanan dan pemecah baru seperti penekan skru buah tandan kosong (BTK) (empty fruit bunch
screw press), kacip kekeras Rolek (Rolek nut crackers) dan sistem penampi empat peringkat (four stage
winnowing) akan memperbaiki kualiti dan mendapatkan kembali kehilangan minyak dan isirong.
Susulan daripada langkah menaik taraf dan pemasangan jentera baru di kilang, kualiti isirong sawit
yang lebih baik akan dihantar ke kilang pelumat isirong. KPM isirong sawit akan meningkat dengan
mengurangkan hampas dan kandungan tempurung di dalam isirong sawit sebanyak 2% dan mengurangkan
kandungan kelembapan di dalam isirong sawit daripada purata masa kini sebanyak 7% kepada 5%.
Selanjutnya, kualiti perah asak isirong sawit juga akan meningkat dengan mengurangkan hampas dan
kandungan tempurung kepada tahap maksimum 12%. Ini akan membolehkan perah asak isirong sawit juga
dijual sebagai makanan ternakan kepada ladang ternakan ayam dan itik.
Pembiayaan
EPP bagi meningkatkan KPM ini tidak memerlukan pembiayaan awam. Pelaburan swasta sebanyak RM3.0
bilion yang disediakan oleh pekilang persendirian dan syarikat perladangan bersepadu yang besar akan
disasarkan untuk menaik taraf peralatan di dalam kilang minyak sawit di seluruh Malaysia. Peralatan
ini termasuk peralatan proses pensterilan, penekan skru, pemecah tandan, kacip kekeras Rolek, sistem
penjernih, dandang dan turbin.

320

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

Impak
EPP ini akan menjana PNK tambahan sebanyak RM13.7 bilion dan mewujudkan 10,000 pekerjaan
tempatan dengan sebahagian besarnya disebabkan pembukaan 84 kilang baru untuk memenuhi bekalan
BTS yang meningkat menjelang 2020.

EPP 5: Membangunkan Bio-Gas di Kilang Minyak Sawit


Rasional
Apabila BTS diproses, ini akan menghasilkan sisa buangan kilang minyak sawit (POME). Bagi
mengurangkan impak kepada alam sekitar, POME dirawat sebelum dilepaskan. Ia mengandungi beberapa
langkah termasuk penyejukan, pembuangan minyak, rawatan anaerob dan aerob (untuk mengurangkan
Biochemical Oxygen Demand (BOD) dan Chemical Oxygen Demand (COD) kepada suatu tahap yang
boleh diterima bagi pengairan atau penggunaan tanah). Pereputan anaerob bahan organik di dalam kolam
disertai dengan pengeluaran bio-gas yang mengandungi metana (salah satu komponen utama gas asli) yang
dilepaskan ke udara.
Gas metana ini yang dilepaskan semasa proses pengilangan telah memberikan imej yang negatif kepada
industri minyak sawit kerana potensi yang tinggi untuk pemanasan global, di mana dalam tempoh 100
tahun, ianya adalah 20 kali lebih efektif untuk memerangkap haba dalam atmosfera berbanding dengan
karbon dioksida dalam tempoh 100 tahun. Oleh kerana gas metana boleh digunakan untuk menjana
elektrik, kilang boleh mendapat manfaat dari sumber pendapatan baru ini dan juga daripada program
kredit karbon yang ditawarkan di bawah United Nations Framework for Climate Change Convention
(UNFCCC). Buat masa ini, hanya 12 kilang di Malaysia telah memulakan pembangunan loji bio-gas.
Tindakan
Objektif inisiatif ini adalah untuk memastikan bahawa kilang menggunakan gas metana yang dihasilkan
untuk menjana elektrik bagi bekalan kepada grid nasional atau untuk penggunaannya sendiri. Kilang
perlu memulakan pembangunan loji bio-gas serta merta untuk mendapatkan pendapatan tambahan
daripada insentif yang ditawarkan oleh program Clean Development Mechanism (CDM) sebelum ianya
luput pada 2012.
Loji bio-gas akan dibangunkan di 500 kilang sepanjang 10 tahun akan datang. Daripada jumlah ini, 250
kilang disasarkan untuk membekal elektrik kepada grid nasional menjelang 2020. Sebanyak 233 kilang lagi
akan menggunakan bio-gas yang dihasilkan sebagai bahan bakar bagi dandang mereka sendiri. 17 kilang
selebihnya akan menggunakan gas metana bagi kedua-dua alternatif. Pembangunan loji bio-gas juga akan
membolehkan kilang mendapatkan satu lagi sumber hasil daripada jualan tempurung isirong sawit yang
sebelum ini digunakan sebagai bahan bakar.
Bagi mempercepatkan pembangunan loji bio-gas, tarif elektrik bagi Renewable Energy Power Purchasing
Agreement (REPPA) perlu dinaikkan daripada RM0.21 setiap kilowatt jam kini kepada RM0.35 setiap
kilowatt jam. Bagi membantu pekilang persendirian membiayai pembangunan loji bio-gas mereka, terdapat
Dana Teknologi Hijau sedia ada yang diwujudkan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Program Transformasi Ekonomi 321


Hala Tuju Untuk Malaysia

Pembiayaan
EPP ini akan dibiayai sepenuhnya oleh pekilang persendirian dan syarikat perladangan dengan kos yang
dianggarkan sebanyak RM2.8 bilion. Pelaburan ditumpukan kepada tiga aspek utama dalam pembinaan
dan operasi loji bio-gas: membina kemudahan pembakaran gas (bernilai RM1.7 bilion), melabur dalam
sambungan kilang kepada grid (bernilai RM845 juta) dan melabur dalam penunu gas (bernilai RM259 juta).
Impak
EPP ini akan menjana kira-kira RM2.9 bilion PNK tambahan pada 2020 di samping mewujudkan 2,000
pekerjaan dan tidak memerlukan tambahan pembiayaan daripada Kerajaan.

PERKEMBANGAN DAN KEMAMPANAN SEGMEN HIILIRAN


Industri ini akan mempercepatkan anjakan aktivitinya daripada huluan kepada hiliran, dengan pelaburan
dalam kedua-dua segmen berasaskan makanan dan bukan makanan. Kemajuan aktiviti hiliran akan didorong
oleh tumpuan yang lebih kepada segmen produk yang memberikan nilai tinggi, termasuk derivatif oleo dan
produk berasaskan makanan dan kesihatan yang terpilih, serta aktiviti mampan seperti minyak bio.

EPP 6: Membangunkan Derivatif Oleo


Rasional
Segmen hiliran bukan makanan minyak sawit Malaysia lebih tertumpu kepada produk asas oleokimia:
asid lelemak, alkohol lelemak, metil ester dan gliserin. Kimia ini digunakan di dalam pelbagai jenis
industri. Oleokimia asas membentuk 99% daripada pengeluaran hiliran minyak sawit jenis bukan
makanan, manakala 1% disumbangkan oleh derivatif oleo yang dihasilkan daripada oleokimia asas dan
digunakan di dalam produk pengguna seperti sabun, bahan cuci dan kosmetik. Walau bagaimanapun,
kapasiti pengeluaran bagi dua oleokimia asas, iaitu asid lelemak dan alkohol lelemak, lebih tinggi daripada
permintaan global dan jurang ini dijangka tidak akan menurun dalam masa terdekat seperti yang
ditunjukkan dalam Carta 9-7. Isu ini diburukkan lagi oleh keadaan di mana bahan ini mempunyai margin
keuntungan yang lebih rendah (7% secara purata) berbanding derivatif oleo yang margin keuntungannya
lebih tinggi (20% secara purata).

322

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

Carta 9-7

Kapasiti dua oleokimia asas adalah lebih tinggi daripada permintaan global
Juta tan metrik
Asid lelemak

Alkohol lelemak

6
4

2002

2003

2004

2005

6
2

2006

2007

2.9

Asia
Tenggara

1.0
1.0

Kesatuan
Eropah

1.8
0.9
0.9

Amerika
Utara
China

0.5
0.5

2002

2003

Asia
Tenggara

2004

2005

2006

2007

1.0
0.1
0.9
0.9

Kesatuan
Eropah

0.6

Amerika
Utara
China

0.8
0.2
0.2
Permintaan

Kapasiti

Tindakan
Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menganjakkan pengeluaran nasional daripada oleokimia asas
kepada derivatif oleo bernilai tinggi, daripada 1% daripada bahagian tercatat pada masa ini kepada unjuran
40% daripada bahagian menjelang 2020. Ini akan dicapai dengan menumpukan kepada lima produk
utama: agrokimia, surfaktan, pelincir bio, poliol bio dan derivatif gliserol.
Menjelang 2020, Malaysia dijangka menguasai 14% permintaan global produk ini pada nilai sebanyak
RM25 bilion.
EPP ini akan dilaksanakan menerusi lima aktiviti utama:
Menyokong syarikat derivatif oleo tempatan untuk memperluaskan keluaran tempatan;
Memberi insentif kepada syarikat tempatan untuk membina loji melalui usaha sama di luar negara;
Membantu syarikat oleokimia besar menerajui pelaburan dalam segmen produk yang disyorkan;
Mengeksploit sinergi dengan syarikat petrokimia; dan
Menggalakkan pelabur asing membangunkan kilang atau menjalinkan usaha sama di Malaysia.

Program Transformasi Ekonomi 323


Hala Tuju Untuk Malaysia

Selanjutnya, R&D awam dan swasta mesti difokuskan kepada derivatif oleo bernilai tinggi. MPOB dan Majlis
Minyak Sawit Malaysia (MPOC) akan menyokong pembangunan derivatif oleo tempatan dengan menyediakan
dana untuk pelaburan pra-komersial dan dana pengambil alihan teknologi serta memberikan maklumat
mengenai pasaran global dan sokongan penyelidikan. Bagi membantu syarikat tempatan memulakan usaha
sama luar negara, kami akan memberi insentif cukai bagi pengambilalihan syarikat asing. Tambahan pula,
MPOC dan Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menyediakan maklumat mengenai pasaran
dan meningkatkan kerjasama dengan pelabur, penyedia teknologi dan pusat penyelidikan utama di universiti
luar negara. Syarikat oleokimia di Malaysia akan memperluaskan pelaburan dalam produk derivatif oleo yang
disyorkan dan meningkatkan sumbangan pendapatan daripada derivatif sepanjang tempoh 10 tahun akan
datang. Industri oleokimia Malaysia juga akan bekerjasama dengan syarikat petrokimia melalui perkongsian
bahan mentah utama untuk derivatif oleo dan dengan cara itu meluaskan pelaburan yang perlu merentasi
kedua-dua industri tersebut. Bagi menarik pelabur asing membina loji mereka di Malaysia, MIDA dan pihak
berkuasa tempatan akan mempromosikan secara agresif lima hab oleo yang dicadangkan, yang masingmasing akan mempunyai kemudahan utiliti berpusat bagi menyokong loji.
Pembiayaan
EPP ini memerlukan pembiayaan sebanyak RM508 juta dan insentif cukai sebanyak RM84 juta untuk
mewujudkan perkara berikut:
Dana pelaburan pra-komersial bagi membiayai loji pra-komersial untuk segmen produk yang
disasarkan, dianggarkan sebanyak RM226 juta sepanjang 10 tahun;
Dana pengambilalihan teknologi sebanyak RM282 juta, yang diperuntukkan bagi membantu syarikat
oleokimia Malaysia untuk mengambil alih teknologi baru dari luar negara; dan
Insentif cukai bagi pengambilalihan syarikat asing untuk menggalakkan syarikat sedia ada berkembang
ke luar negara, yang dijangka bernilai RM84 juta sepanjang 10 tahun.
Di samping itu, inisiatif ini akan bergantung kepada pelaburan swasta sebanyak RM10.2 bilion yang
diperuntukkan bagi pembinaan 84 loji derivatif oleo untuk 5 produk sepanjang 10 tahun akan datang.
Impak
Pada 2020, EPP akan menjana PNK tambahan sebanyak RM5.8 bilion dan mewujudkan 5,900
pekerjaan tempatan.

324

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

EPP 7: Mengkomersialkan Bio-Bahan Api Generasi Kedua


Rasional
Pada 2009 sahaja, industri ini menjana lebih 60 juta tan biomas minyak sawit dalam bentuk BTK, daun
pokok dan batang. Potensi biomas, terutamanya bagi BTK sangat kurang digunakan dan amalan industri
melalui pembakaran (untuk menghasilkan baja debu tandan), pengkomposan dan sungkupan bukanlah
penggunaan terbaik bagi sumber ini sama ada daripada perspektif ekonomi atau persekitaran.
Tindakan
Objektif EPP ini adalah untuk mempercepatkan pengkomersialan bio-bahan api generasi kedua untuk
mendapat faedah daripada biomas yang dijana oleh industri. Berdasarkan kemajuan masa kini, pengeluaran
minyak bio menggunakan teknologi biomas kepada cecair adalah salah satu penggunaan biomas bernilai
tinggi dan terbaik yang dijana di kilang serta sedia untuk dikomersialkan. Minyak bio boleh digunakan bagi
menjana elektrik dengan pembakaran bersama arang dalam loji tenaga, untuk pembakaran dandang dan
untuk pembakaran dalam enjin diesel. Minyak bio juga menawarkan potensi menjadi minyak mentah yang
baru. Apabila teknologi diperolehi dalam tempoh beberapa tahun lagi, minyak bio boleh ditapis menjadi
bahan api hijau bagi pengangkutan seperti diesel hijau, gasolin hijau atau minyak jet hijau di dalam manamana loji penapis minyak petroleum sedia ada atau melalui loji penapisan sendiri yang disambung kepada
loji minyak bio.
Terdapat dua syarikat swasta di Malaysia yang sudah hampir ke peringkat mengkomersialkan teknologi
keluaran minyak bio generasi kedua yang efisyen, seperti yang ditunjukkan di dalam Carta 9-8. Dalam
model perniagaan mereka, syarikat tersebut akan membangunkan 29 loji minyak bio di seluruh negara
menjelang 2020, yang berpotensi untuk mengeluarkan 3.8 juta tan minyak bio. Syarikat swasta ini akan
mengambil bahagian secara usaha sama dengan syarikat perladangan dan menubuhkan loji minyak bio
yang berada di lokasi yang sama dengan kilang minyak sawit terpilih untuk memulakan pengeluaran
menjelang 2012. Minyak bio seterusnya akan dibekalkan bagi menjana tenaga dan untuk tujuan eksport ke
negara yang permintaannya sedang meningkat. Syarikat ini perlu berunding dengan syarikat perladangan
bagi memastikan bekalan BTK, bahan mentah asas, adalah mencukupi dan bekalannya berterusan.

Program Transformasi Ekonomi 325


Hala Tuju Untuk Malaysia

Carta 9-8

Model pengeluaran bio-bahan api generasi kedua yang efisyen mempunyai potensi
untuk mengeluarkan 3.8 juta tan metrik minyak bio menjelang 2020 untuk memenuhi
permintaan global yang meningkat.
Model pengagihan dengan setiap loji BTL mengutip biomas daripada
5 kilang (1 di tempatkan bersama, 4 dalam lingkungan 50km)...

BTK:
~1.5 GJ/m 3

kilang telah dinilai sebagai efisyen pada skala 40-90 tan metrik sejam
BTS

BTK Basah

BTS Kering

Minyak Bio

5,100 tan
metrik sehari

1,122 tan
metrik sehari

561 tan
metrik sehari

393 tan
metrik sehari

5 kilang
minyak
sawit
50 km

Minyak-bio:
~20 GJ/m 3

1 loji minyak
bio
50 km
Pelabuhan

Impak PNK
RM Bilion
4.3

2.3

RM 3.3 Bilion

29 loji
3.8 juta tan metrik

Bahan api generasi kedua - tiada kesan buruk ke atas rantaian makanan
3.3

2.0

Bilangan loji minyak bio yang dijangkakan


menjelang 2020
Jumlah pengeluaran minyak bio yang
dijangkakan menjelang 2020

Penggunaan nilai tinggi bahan buangan biomas sawit


Pasaran eksport yang besar untuk memenuhi permintaan global
minyak bio yang meningkat
Penggunaan pelbagai termasuk penjaan kuasa dan haba

Hasil

Kos

EBITDA

Pampasan Sumbangan
pekerja
PNK

Berpotensi untuk diubah kepada bahan api untuk pengangkutan


dalam tempoh 2 tahun

Syarikat ini juga akan terus mengkomersialkan teknologi bagi mengubah minyak bio kepada bahan api
untuk pengangkutan menjelang 2014. Mereka akan menggunakan teknologi dari kilang penapis petroleum
sedia ada ataupun dengan sistem tunggal yang dihubungkan kepada loji minyak bio dan membekal minyak
bio untuk ditukarkan kepada bahan api hijau untuk pengangkutan, iaitu diesel hijau, gasolin hijau dan
minyak jet hijau.
Pembiayaan
EPP ini tidak memerlukan pembiayaan awam dan akan bergantung sepenuhnya kepada pelaburan swasta
sebanyak RM3.2 bilion sepanjang tempoh 10 tahun akan datang. Pelaburan ini akan disasarkan kepada
pembinaan 29 loji minyak bio dan mendapatkan sumber BTK sebagai bahan mentah.
Impak
Pada 2020, EPP ini akan menjana RM3.3 bilion PNK tambahan dan mewujudkan 1,000 pekerjaan tempatan.

326

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

EPP 8: Mempercepatkan Pertumbuhan Dalam Segmen Hiliran Berasaskan Makanan


dan Kesihatan

Rasional
Syarikat perladangan sentiasa menganggap aktiviti huluan sebagai perniagaan teras mereka. Kemahiran
mereka yang mantap dalam aktiviti huluan dan kekurangan kemahiran pemasaran serta pengetahuan
teknikal dalam segmen berasaskan makanan dan kesihatan telah membuatkan keputusan mereka untuk
menceburi segmen ini lebih mencabar. Nilai eksport produk huluan merupakan 81.5% daripada jumlah
eksport minyak sawit manakala produk hiliran bukan makanan hanya mendapat syer sebanyak 14.5%
sementara produk berasaskan makanan dan kesihatan sebanyak 4.0% (Carta 9-9).
Beberapa syarikat besar perladangan yang telah menceburi segmen hiliran melalui usaha sama lazimnya
tidak memainkan peranan aktif. Penglibatan minimum dalam operasi harian menghalang pemindahan
pengetahuan yang signifikan. Di samping itu, beberapa PKS yang telah menceburi segmen di hiliran
mempunyai produk yang kompetitif tetapi lazimnya kekurangan kepakaran dalam aspek pembungkusan
dan pemasaran produk atau tidak berskala besar untuk bersaing di peringkat global.
Industri minyak sawit perlu berganjak kepada aktiviti hiliran (contohnya, produk halal, biskut, aiskrim,
tokotrienol, karotenoid and fenolik) bagi mengimbangi kebergantungan masa kini kepada segmen huluan
dan mengatasi kekangan tanah untuk pertumbuhan di segmen huluan masa hadapan.
Carta 9-9

Majoriti nilai eksport adalah produk huluan


Peratus Eksport
Hiliran: Makanan
Hiliran:
Bukan
Makanan

4.0
14.5

81.5

Huluan

SUMBER: MPOB

Program Transformasi Ekonomi 327


Hala Tuju Untuk Malaysia

Tindakan
Bagi mempercepatkan pertumbuhan dalam segmen hiliran berasaskan makanan dan kesihatan, kami akan
menyediakan insentif cukai bagi syarikat Malaysia untuk mengambil alih syarikat makanan asing yang
terbukti mempunyai produk dan pasaran yang berjaya. Syarikat Malaysia perlu menguruskan syarikat
yang diambil alih dengan cara penglibatan sendiri bagi memastikan pemindahan pengetahuan dalam R&D,
pembangunan produk, penjenamaan dan kepakaran pemasaran.
Syarikat perladangan besar sangat digalakkan untuk menceburi atau mengembangkan aktiviti produk siap
dalam segmen hiliran melalui model syarikat tunjang di mana mereka akan kontrakkan atau menjalankan
penyumberluaran pengeluaran mereka kepada syarikat bersaiz kecil dan sederhana (IKS) tempatan terpilih.
Sebagai syarikat tunjang, syarikat perladangan utama ini akan melakukan penyelidikan, pembangunan
jenama dan menembusi pasaran berkenaan manakala IKS terpilih akan memberi tumpuan kepada aktiviti
pengilangan produk. Sebagai permulaan, Sime Darby dan Felda akan menerajui inisiatif ini.
Syarikat dalam industri dan IKS yang ingin berkembang secara global boleh memohon geran yang
ditawarkan oleh MPOC, yang dinamakan Program for Rebuilding and Improving Malaysian
Export (PRIME), untuk membantu syarikat dalam industri perladangan dan IKS di dalam aktiviti
promosi eksport. Bagi menyokong anjakan kepada aktiviti hiliran ini, MPOB akan mempertingkatkan
penglibatannya di dalam industri dan menyelaraskan aktiviti R&Dnya dengan permintaan pasaran dan
permintaan pihak industri. Prestasi aktiviti pengkomersialannya akan diukur berdasarkan jumlah produk
yang sebenarnya dikomersialkan, contohnya, di mana produk baru yang dibangunkan akan dibeli oleh
pengguna yang dikehendaki.
Pembiayaan
EPP ini memerlukan pembiayaan awam (sebanyak RM1.4 bilion bagi tempoh 10 tahun) dalam bentuk
skim insentif kadar faedah, di mana sehingga 2% kadar faedah daripada pinjaman komersial yang diambil
daripada bank tempatan akan ditanggung oleh Kerajaan setelah memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Insentif cukai bagi pengambilalihan syarikat asing juga disediakan (RM2.3 bilion bagi tempoh 10 tahun)
di samping potongan cukai bagi pengiklanan dan promosi yang disasarkan kepada promosi produk
hiliran (RM240 juta bagi tempoh 10 tahun). Sektor swasta akan melabur sebanyak RM23.4 bilion untuk
membiayai pengambilalihan syarikat asing dan membina 291 loji baru, menaik taraf kemudahan sedia ada
IKS dan menyiapkan diri mereka untuk menjadi syarikat tunjang IKS.
Impak
Pada 2020, EPP ini akan menjana sebanyak RM4.9 bilion PNK tambahan dan mewujudkan 74,900
pekerjaan tempatan berkemahiran tinggi.

328

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

PELUANG PERNIAGAAN
Sepanjang 10 tahun akan datang, Malaysia juga akan dipacu oleh pertumbuhan semula jadi industri
minyak sawit yang dirangkumkan dalam tiga peluang perniagaan bernilai RM57.6 bilion menjelang 2020.
Tambahan kepada itu, kadar inflasi tahunan 2.8% setahun untuk tempoh 10 tahun dijangka menjana
RM17.0 bilion berdasarkan kepada PNK yang dijana oleh industri minyak sawit pada 2009. Oleh itu, nilai
keseluruhan peluang perniagaan pada 2020 adalah sebanyak RM74.6 bilion.

Peluang Perniagaan 1: Pengembangan Aktiviti Huluan Sedia Ada


Bidang tumpuan pertama adalah pengembangan aktiviti huluan sedia ada, yang dijangka menjana
RM44.8 bilion PNK tambahan menjelang 2020. Pertumbuhan ini akan didorong oleh dua faktor utama:
pengembangan syarikat perladangan Malaysia di luar negara dan pertumbuhan organik dalam tahap hasil.
Pada masa ini, syarikat Malaysia memegang kira-kira 1.3 juta hektar ladang minyak sawit di luar negara,
termasuk 1 juta hektar di Indonesia. Oleh kerana pengembangan keluasan ladang di Malaysia semakin
perlahan (3.3% setahun daripada 2000 hingga 2009 berbanding 2.5% yang dijangka daripada 2010
hingga 2020) disebabkan kurangnya tanah sesuai untuk pertanian, maka syarikat Malaysia dijangka
akan melabur secara lebih agresif di dalam ladang di luar negara. Menjelang 2020, syarikat perladangan
Malaysia akan mempunyai tambahan 2 juta hektar di Indonesia, beberapa bahagian lain di Asia Tenggara
dan Afrika Barat. Ini menyumbangkan tambahan sebanyak RM17.6 bilion kepada PNK menjelang 2020 dan
memerlukan jumlah pelaburan swasta sebanyak RM17.6 bilion sepanjang 10 tahun akan datang.
Pertumbuhan organik dalam tahap hasil akan menjadi faktor utama untuk mendorong pembangunan
segmen huluan. Bahan tanaman akan menjadi lebih baik disebabkan penggunaan meluas klon yang
berkualiti, biji benih hibrid, biji benih dwi klonal dan separa klonal serta pemulihan tanaman yang
lebih baik melalui penambahbaikan marginal dalam amalan kutipan buah sawit. Berikutan itu, syarikat
perladangan dan pekebun kecil berkelompok akan meningkatkan produktiviti mereka secara berperingkat.
Ini akan menjana sumbangan tambahan sebanyak RM27.2 bilion kepada PNK pada 2020. Justeru, jumlah
PNK tambahan yang disumbangkan oleh peluang perniagaan ini pada 2020 adalah RM44.8 bilion.

Peluang Perniagaan 2: Pembangunan Aktiviti Hiliran Sedia Ada


Malaysia ialah pengeluar utama global dalam oleokimia asas, dengan pengeluaran sebanyak 2.8 juta tan
daripada jumlah tahunan keluaran global sebanyak 12.2 juta tan. Pertumbuhan dalam segmen bukan
makanan akan didorong oleh pengembangan oleokimia asas. Bahan mentah yang mencukupi, kos operasi
yang lebih rendah dan peningkatan permintaan serantau yang meningkat dijangka menganjakkan lagi
pengeluaran di Asia Tenggara di masa hadapan. Segmen makanan, walaupun lebih kecil, akan berkembang
akibat peningkatan permintaan pengguna bagi makanan siap bungkus. Keperluan pembiayaan bagi peluang
perniagaan ini ialah sebanyak RM46.9 bilion, yang akan datang sepenuhnya daripada sektor swasta. Pelan
pelaburan hiliran syarikat utama akan menyumbang kepada PNK tambahan sebanyak RM11.2 bilion
menjelang 2020 di samping mewujudkan 26,500 pekerjaan tambahan.

Program Transformasi Ekonomi 329


Hala Tuju Untuk Malaysia

Peluang Perniagaan 3: Pembangunan Aktiviti Bio-Diesel Nasional


Terdapat 25 loji bio-Disel di dalam negara dengan jumlah kapasiti 2.6 juta tan. Walau bagaimanapun,
pengeluaran masa kini hanyalah sejumlah 228,000 tan di mana hampir kesemuanya untuk dieksport.
Jumlah penggunaan tempatan adalah amat kecil kerana kos pengeluaran bio-diesel lebih tinggi daripada
harga runcit diesel di pam stesyen minyak; subsidi Kerajaan sebanyak 19.6 sen seliter diperlukan untuk
membolehkan pengeluar mendapatkan pulangan modal. Di serata dunia, negara-negara sedang mengambil
langkah aktif untuk melaksanakan penggunaan bio-diesel mandatori, disokong oleh insentif Kerajaan
di antara RM1.20 hingga RM2.50 seliter. PNK tambahan bagi peluang ini dijangka datang daripada
pengenalan penggunaan mandatori campuran 5% bio-diesel dengan diesel petroleum (B5) di Malaysia yang
bermula 2011, jangkaan peningkatan tambahan campuran kepada 10% bio-diesel dengan diesel petroleum
(B10) dan pertumbuhan eksport.
Peluang perniagaan ini akan menghasilkan PNK tambahan sebanyak RM1.6 billion menjelang 2020 dan
mewujudkan sebanyak 2,100 pekerjaan tambahan. Selain daripada manfaat ekonomi, peluang ini akan
memperkukuhkan lagi komitmen Malaysia untuk mengurangkan pencemaran gas rumah hijau dalam dekad
yang akan datang.

330

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

PEMBOLEH LAZIM
Aktiviti huluan minyak sawit adalah berintensifkan tenaga buruh dan oleh itu, sangat bergantung kepada
penawaran dan produktiviti pekerja. Bagi meningkatkan pengeluaran purata tahunan kepada 26.2
tan sehektar, penuaian lebih 5 juta hektar pokok matang menjelang 2020 diperlukan; dengan andaian
produktiviti seorang penuai sebanyak 1.5 tan sehektar, industri memerlukan 289,000 pekerja. Kini terdapat
187,000 penuai di dalam negara dan justeru, industri akan memerlukan pertambahan 102,000 penuai
untuk memenuhi sasaran sekiranya tiada penggantian dalam mekanisasi atau peningkatan produktiviti
pekerja.
Pada Februari 2010, peserta daripada kedua-dua sektor awam dan swasta telah menghadiri bengkel industri
sawit yang dianjurkan oleh MPOB bagi menangani isu, prestasi dan kemampanan buruh dalam industri.
Bengkel memberi tumpuan kepada: (1) usaha bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing
dengan menarik pekerja tempatan ke dalam industri; dan (2) mengenal pasti cara untuk meningkatkan
penggunaan jentera dalam sektor kelapa sawit. Bengkel mencadangkan syarikat memperbaiki kemudahan
dan keadaan pekerjaan bagi menarik buruh tempatan dan juga mempergiatkan pembangunan dan
melaksanakan penggunaan jentera. Cadangan itu termasuk pemberian insentif daripada Kerajaan kepada
syarikat untuk mengambil pekerja tempatan. Beberapa tindakan telah dikenal pasti untuk pelaksanaan
segera oleh pelbagai pihak yang berkepentingan dan mekanisme pemantauan telah diadakan bagi mengesan
kemajuan.
Pada masa ini, industri ini cenderung ke arah huluan dan dengan itu terdapat jurang yang besar berhubung
pengetahuan dan kemahiran dalam segmen hiliran makanan dan bukan makanan. Melalui lapan EPP
yang dicadangkan, 80,000 pekerjaan mahir baru akan diwujudkan dalam segmen hiliran menjelang 2020.
Pemboleh EPP tertentu yang diperlukan bagi memenuhi keperluan masa depan adalah seperti berikut:
Meningkatkan bilangan kursus universiti dan graduan di dalam bidang kejuruteraan kimia,
kejuruteraan bio, sains makanan, teknologi makanan, pemakanan dan kesihatan, sains pertanian,
kejuruteraan pertanian dan pentadbiran perniagaan pertanian serta ekonomi, kewangan dan
pemasaran, R&D produk dan reka bentuk produk. Anggaran jumlah graduan yang diperlukan oleh
industri ini sepanjang 10 tahun akan datang ialah: 18,000 pemegang diploma, 55,000 pemegang ijazah,
6,000 pemegang ijazah sarjana dan 1,000 pemegang PhD;
Meluaskan program insentif Brain Gain Malaysia sedia ada kepada ahli sains dan juruteknologi
makanan Malaysia, pakar pemasaran barangan pengguna yang laris, jurutera kimia perindustrian dan
jurutera bio daripada syarikat makanan dan syarikat hiliran bukan makanan global yang tinggal di luar
negara; dan
Syarikat dalam industri dan jabatan serta agensi Kerajaan seperti MPOB dan MPOC perlu memainkan
peranan utama dalam mengumpulkan maklumat seperti risikan perniagaan, risikan produk, risikan
kompetitif dan pembangunan sains dan teknologi produk untuk berada di hadapan di dalam industri.

Program Transformasi Ekonomi 331


Hala Tuju Untuk Malaysia

PEMBIAYAAN
Pembangunan masa depan industri minyak sawit akan diterajui oleh sektor swasta, dengan bersandarkan
kepada kekuatan kewangan dan operasi syarikat perladangan besar. Lapan inisiatif EPP yang dikenal
pasti itu memerlukan pembiayaan terkumpul RM59.7 bilion sepanjang 10 tahun akan datang, yang mana
RM56.8 bilion (atau 95%) daripadanya akan dibiayai oleh sektor swasta, seperti yang ditunjukkan dalam
Carta 9-10. Jumlah pembiayaan awam dalam bentuk perbelanjaan modal Kerajaan bagi kesemua EPP
berjumlah RM2.9 bilion sepanjang 10 tahun. Tambahan RM2.6 bilion diperlukan dalam bentuk insentif
cukai bagi mempromosikan pembangunan sektor swasta.
Keperluan pembiayaan bagi peluang perniagaan ini berjumlah RM64.5 bilion, yang datang sepenuhnya
dari sektor swasta. Pembiayaan ini akan digunakan bagi pengembangan aktiviti huluan, termasuk
pelaburan dalam ladang di luar negara di samping pembangunan lanjut aktiviti hiliran seperti oleokimia
dan segmen makanan.
Jumlah keperluan pembiayaan bagi NKEA Minyak Sawit ialah sebanyak RM124.2 bilion menjelang 2020.
Carta 9-10

Bagi lapan EPP, pelaburan RM59.7 bilion diperlukan, yang mana 5% akan datang
dari sektor awam
95% pembiayaan EPP dianggarkan datang
dari sektor swasta

Pecahan pembiayaan antara EPP dengan


peluang perniagaan

RM bilion

RM bilion

56.8

59.7

Tidak termasuk
RM2.6 bilion
insentif cukai untuk
memudahkan
pembangunan
sektor swasta

64.5

124.2

59.7

2.9
Awam
% daripada
jumlah
5

Swasta

95

Jumlah

EPP
% daripada
jumlah
48

Peluang
Jumlah
Perniagaan
52

332

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

TADBIR URUS DAN PENYAMPAIAN


Kejayaan pelaksanaan EPP dan peluang perniagaan bergantung kepada pemilikan dan
kebertanggungjawaban. Bagi memastikan pemilikan dan kebertanggungjawaban yang wajar, satu
pemilik telah dikenal pasti bagi setiap inisiatif. Tambahan pula, pelan penyampaian yang terperinci
yang mengandungi maklumat pelaksanaan, jadual pelaksanaan, petunjuk prestasi utama dan sasaran di
samping pelan risiko dan mitigasi telah dibangunkan bagi setiap EPP. Gambaran keseluruhan agensi yang
bertanggungjawab ke atas pelbagai inisiatif adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9-1.
Jadual 9-1

EPP

Pemilik Peneraju inisiatif

Pihak berkepentingan yang lain

Mempercepatkan tanaman semula


kelapa sawit

Ketua Pengarah MPOB

Syarikat perladangan
Pekebun kecil

Meningkatkan hasil buah tandan


segar

Ketua Pengarah MPOB

Syarikat perladangan
Pekebun kecil

Meningkatkan
produktiviti pekerja

Ketua Pengarah MPOB

Jabatan Perkhidmatan Veterinar


Pengilang Cantas
Pengeluar/Pengimport pengasah berlian
Pengimport kerbau
Syarikat perladangan

Meningkatkan kadar perahan


minyak

Ketua Pengarah MPOB

Syarikat perladangan
Pekilang persendirian dan pelumat

Membangunkan bio-gas di kilang


minyak sawit

Ketua Pengarah MPOB

Syarikat perladangan
Pekilang persendirian

Membangunkan derivatif oleo

Ketua aktiviti hiliran Sime Darby, IOI,


KLK dan Felda

MPOB
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
MIDA
MPOC

Mengkomersialkan bio-bahan api


generasi kedua

Premium Renewable Energy Sdn Bhd


Genting Berhad

Syarikat perladangan

Mempercepatkan pertumbuhan
dalam segmen berasaskan
makanan dan kesihatan

Ketua Pengarah MPOB

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri


MIDA
Syarikat perladangan

Program Transformasi Ekonomi 333


Hala Tuju Untuk Malaysia

Model Tadbir Urus Efektif


Satu model tadbir urus telah dibina untuk memastikan pelaksanaan EPP yang efektif dan peralihan lancar
antara perancangan dan pelaksanaan. Sekretariat NKEA Minyak Sawit akan diwujudkan dan ditempatkan
di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Ia akan bekerjasama dengan Unit ETP dan
pemilik EPP untuk penyampaian termasuk isu pelaksanaan yang berpandukan petunjuk prestasi utama
dan jadual penyampaian. Sekretariat NKEA Minyak Sawit akan diperuntukkan kakitangan yang akan
mengawasi setiap EPP secara mingguan dan melapor kepada Jawatankuasa Pemandu NKEA Minyak Sawit.
Jawatankuasa Pemandu akan dipengerusikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Carta 9-11

Tadbir Urus NKEA Minyak Sawit

Unit ETP, PEMANDU

Perdana Menteri

Jawatankuasa
Pemandu
NKEA

Jawatankuasa Pemandu
Pengerusi: Menteri Peneraju
(Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi)
Ahli

Sekretariat
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi

Ketua Setiausaha, Kementerian Perusahaan


Perladangan dan Komoditi
Setiausaha Bahagian, Bahagian Kemajuan
Industri Minyak Sayuran, Lelemak dan Sago

Peringkat EPP

Mempercepat
Memperting
-kan
-katkan hasil
tanaman
BTS
semula

Memperting
-katkan
produktiviti
pekerja

Memperting
-katkan hasil
KPM

Loji biogas
di kilang

Membangun
-kan derivatif
oleo

Mengkomer
-sialkan bio
bahan api
generasi
kedua

Perkemban
-gan segmen
hiliran
berasaskan
makanan dan
kesihatan

Ringkasan NKEA Minyak Sawit


Impak peningkatan PNK pada 2020
Tambahan pekerjaan pada 20201

RM125.3 billion
41,600

Sasaran kritikal dan pencapaian penting dalam tempoh 6 hingga 12 bulan


Polisi untuk memastikan penanaman semula secara mandatori bagi syarikat perladangan dan pekebun kecil dan penguatkuasaan
Kod Amalan (COP MPOB, MSGAP, RSPO, amalan terbaik syarikat) dilaksanakan
Cantas dikeluarkan pada harga maksimum RM2,500 seunit dan mencapai kapasiti pengeluaran sebanyak 20,000 unit setahun
menjelang 2015
Memastikan pemilihan berkaitan dengan pengimport tempatan dan pembekal bagi kerbau untuk syarikat perladangan dan pekebun
kecil di Malaysia diselesaikan.
Semua pegawai penggred MPOB ditugaskan di kilang yang berprestasi rendah
Pembekal teknologi loji bio-gas terbaik dikenal pasti dan projek 30 loji bio-gas di kilang seluruh Malaysia dimulakan
Dana pelaburan pra-komersialan dan dana pengambilalihan teknologi derivatif oleo serta insentif cukai pengambilalihan syarikat
asing diwujudkan
Loji minyak bio komersial pertama mula dibina

1 Ini termasuk pengurangan 110,000 pekerja asing di dalam NKEA, oleh itu kesannya sebanyak 151,600 pekerjaan tempatan
dijangka diwujudkan

334

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

Fokus Khas: Industri Getah


Industri getah Malaysia menyumbangkan sebanyak RM18.5 bilion kepada PNK pada 2009 (tidak termasuk
sumbangan daripada kayu getah sebanyak RM7.11 bilion). Industri ini merentasi kesemua rantaian nilai
daripada perladangan huluan kepada aktiviti pengeluaran getah hiliran. Getah boleh dikatakan sebagai
tanaman komoditi kedua utama Malaysia selepas kelapa sawit dan Malaysia merupakan negara pengeluar
getah asli ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand serta mempunyai asas segmen hiliran
yang mantap di mana Malaysia mengeluarkan sebahagian besar daripada pengeluaran sarung tangan
getah dunia. Terdapat banyak cabaran sedia ada yang dihadapi dan perlu diatasi oleh industri getah
Malaysia menjelang 2020. Kami mengakui bahawa industri getah perlu melaksanakan strategi efektif bagi
menghadapi cabaran global dan mengambil peluang yang ada untuk kekal kompetitif. Oleh itu, industri
getah diberi fokus khas di bawah ETP dengan sasaran pertumbuhan sekurang-kurangnya 6% setahun
menjelang 2020.

DEFINISI INDUSTRI GETAH


Pada 2009, jumlah penggunaan tanah bagi tujuan pertanian Malaysia adalah 6.6 juta hektar. Industri
getah menggunakan sebanyak 1.02 juta hektar tanah pertanian di Malaysia (lebih kurang 78% getah yang
ditanam adalah di Semenanjung Malaysia) dengan pengeluaran getah asli tahunan sebanyak 857,000 tan
metrik. Kebanyakan tanah getah ini iaitu sebanyak 94% (0.96 juta hektar) dimiliki oleh 414,430 pekebun
kecil persendirian dan pekebun kecil berkelompok dengan kawasan tanaman purata sebanyak 2.3 hektar.
Jurang produktiviti pengeluaran getah asli antara pekebun kecil dan syarikat perladangan adalah ketara
iaitu purata 1.44 tan metrik sehektar berbanding 1.61 tan metrik sehektar setahun. Produktiviti pengeluaran
purata Malaysia ialah sebanyak 1.45 tan metrik sehektar setahun pada 2009.
Bagi segmen hiliran, terdapat 348 syarikat pengilang produk getah di Malaysia (tahun 2009). Ini termasuk
125 pengilang produk lateks, 154 pengilang barangan getah am, 31 pengilang barangan getah industri,
17 pengilang kasut dan pengilang komponen, 11 pengilang tayar dan 10 pengilang tiub dalaman. Kami
merupakan pengeluar terbesar dunia bagi sarung tangan getah dan menguasai 63% bahagian pasaran
daripada 150 bilion sarung tangan getah yang dihasilkan di seluruh dunia (statistik bagi tahun 2009). Kami
juga memainkan peranan, walaupun kecil, dalam pasaran tayar global dengan menguasai bahagian pasaran
global sebanyak 1%.

Program Transformasi Ekonomi 335


Hala Tuju Untuk Malaysia

PENILAIAN PASARAN
Permintaan global bagi getah telah meningkat pada kadar pertumbuhan terkumpul sebanyak 1.8%
sepanjang 10 tahun yang lalu, didorong oleh pertumbuhan permintaan bagi getah asli. Pada masa kini,
China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia bagi getah asli yang menyumbang lebih daripada
25% jumlah eksport getah asli Malaysia. Secara keseluruhan, eksport getah Malaysia meningkat pada
pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 12% dalam dekad yang lepas, dengan kadar pertumbuhan
tertinggi dicatatkan oleh segmen produk getah industri, yang berkembang pada kadar pertumbuhan
tahunan terkumpul sebanyak 39.7%.
Walaupun prospek pasaran bagi industri getah adalah baik, industri getah Malaysia sedang menghadapi
cabaran yang akan menyekat pertumbuhan industri secara signifikan:
Pengurangan kawasan untuk getah: Walaupun permintaan global telah meningkat, kawasan ladang
getah Malaysia telah semakin berkurangan pada kadar pertumbuhan terkumpul tahunan negatif
sebanyak 2.9% sepanjang 10 tahun yang lepas. Ini disebabkan oleh pertukaran penggunaan tanah bagi
getah kepada tanaman atau aktiviti ekonomi lain;
Produktiviti rendah: Produktiviti kekal rendah disebabkan kewujudan klon yang tua dan rendah
hasilnya, penanaman klon yang tidak disyorkan dan kurangnya penggunaan jentera pengumpulan
lateks yang berteknologi;
Kapasiti pemprosesan yang berlebihan: Kekurangan bahan mentah yang dihadapi oleh kilang
pemprosesan menyebabkan peningkatan dalam kapasiti pengeluaran berlebihan dan penurunan dalam
produktiviti;
Kekurangan buruh: Kadar penggantian buruh yang tinggi bersertakan kesulitan dalam menarik masuk
buruh tempatan mengakibatkan kekurangan buruh; dan
Kekurangan bekalan gas asli bagi industri produk getah: Terdapat kekurangan bekalan gas asli pada
masa kini bagi pengembangan industri sarung tangan getah dan lateks getah.

336

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

SASARAN DAN ASPIRASI


Kami berazam untuk meningkatkan sumbangan masa kini industri getah kepada PNK daripada RM18.5 bilion kepada RM49.7 bilion menjelang 2020 (Carta 9-12) bagi membantu memacu Malaysia ke arah ekonomi
berpendapatan tinggi. Kami merancang untuk mencapai PNK ini melalui pelaksanaan tiga projek. Sebahagian besar nilai PNK tambahan industri ini (56%) akan datang daripada pertumbuhan produk hiliran
sedia ada bernilai RM17.6 bilion pada 2020 dengan anggaran pertumbuhan garis dasar sebanyak RM6.0
bilion untuk dekad yang akan datang.
Carta 9-12

Lembaga Getah Malaysia mengenal pasti tiga projek yang kami jangka akan
menyumbangkan peningkatan PNK sebanyak RM31.2 bilion menjelang 2020
Impak PNK
RM bilion
6.0
Sumbangan
peningkatan PNK
~ RM 31.2 bilion
(100% sasaran dicapai)

17.6

49.7

1.8

RM31.2 bilion
5.8
18.5

2009 (semasa) Pembangunan


huluan

Pertumbuhan
produk hiliran
sedia ada

Pengenalan
produk hiliran
baru

Pertumbuhan
minimum

PNK 2020

Program Transformasi Ekonomi 337


Hala Tuju Untuk Malaysia

3 Projek Dikenal Pasti untuk Menyumbang kepada Peningkatan PNK sebanyak


RM31.2 bilion
Kami telah mengenal pasti tiga projek untuk menangani cabaran kepada pertumbuhan dengan
menstabilkan penggunaan kawasan getah dan meningkatkan hasil, mempercepatkan pertumbuhan produk
hiliran dan memperkenalkan produk getah baru.

Projek 1: Menstabilkan Kawasan Getah dan Meningkatkan Hasil


Mengekalkan kawasan perladangan getah di Malaysia pada kira-kira 1 juta hektar:
Mengenal pasti zon sebesar 1 juta hektar bagi getah di Semenanjung Malaysia (700,000 hektar),
Sarawak (200,000 hektar) dan Sabah (100,000 hektar);
Meningkatkan kawasan tanaman semula tahunan daripada 20,000 hektar kepada 40,000 hektar;
Penggunaan tanah yang sesuai untuk penanaman di Sabah dan Sarawak pada kadar 10,000
hektar setahun;
Mengembangkan ladang getah di Sabah dan Sarawak kepada 20,000 hektar setahun; dan
Mengubah 80% tanah kecil dan terbiar kepada ladang getah menjelang 2020.
Meningkatkan hasil purata lateks melalui:
Penggunaan klon berhasil tinggi dan sesuai untuk mencapai hasil 1.8 tan metrik sehektar setahun;
memaksimumkan penggunaan musim untuk menoreh pada kadar 85% daripada hari boleh menoreh;
dan memadatkan penanaman getah untuk mencapai 550 pokok sehektar;
Memastikan pengeluaran klon berhasil tinggi yang bersesuaian untuk segmen hiliran dan
menggunakannya bagi 100% tanaman semula dan tanaman baru menjelang 2015; dan
Mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing sebanyak 5% setahun.

338

Bab 9
Memuncakkan Industri Minyak Sawit

Projek 2: Mempercepatkan Pertumbuhan Produk Hiliran


Meningkatkan pendapatan daripada Standard Malaysian Rubber (SMR) dan produk lateks sebanyak 7%
dalam masa 10 tahun akan datang dengan meningkatkan pengeluaran lateks pekat kepada 300,000 tan
metrik setahun menjelang 2020.
Meningkatkan pendapatan daripada tayar sebanyak 10% sepanjang 10 tahun akan datang:
Mengitar semula tayar terpakai supaya terdapat pengurangan dalam jenis pakai buang sebanyak 10%
setahun; dan
Meningkatkan pengeluaran tayar sebanyak 10% setahun.
Meningkatkan pendapatan daripada produk getah lain sebanyak 6% sepanjang 10 tahun akan datang:
Meningkatkan pengeluaran getah berciri istimewa (specialty rubber) dan produk tambah nilai kepada
300,000 tan;
Mengurangkan kos pemprosesan sebanyak 30%;
Menambahkan bahagian pasaran global bagi kesemua jenis sarung tangan getah sebanyak 10%
setahun; dan
Menambahkan penyertaan pekerja tempatan sebanyak 5% setahun.

Projek 3: Memperkenalkan Produk Getah yang Baru


Menjana pendapatan baru pada kadar pertumbuhan 7% setahun menerusi pengenalan produk baru,
contohnya, mempelbagaikan dan mengembangkan produk getah kering untuk menambahkan pendapatan
eksport kepada RM5 bilion menjelang 2020.
Pelaksanaan projek ini akan mengubah lanskap industri getah Malaysia dengan memastikan ia kekal
sebagai salah satu tanaman utama dan menyumbang kepada aspirasi Malaysia untuk mencapai ekonomi
berpendapatan tinggi menjelang 2020.

You might also like