You are on page 1of 3

SKPS6043 PENGWALAN PENCEMARAN

Tugasan: Penggunaan Racun Makhluk Perosak di Ladang Kelapa Sawit dan Langkah
Pengawalannya

Pengenalan
Pokok kepala sawit atau dikenali sebagai Elaeis guineensis adalah sejenis
tumbuhan palma yang berasal daripada Africa Barat di mana is tumbuh
secara liar dan kemudiannya di tanam sebagai tumbuhan pertanian. Di
Malaysia, Pokok kelapa sawit diperkenalkan oleh British pada awal tahun
1870an sebagai tumbuhan perhiasan. Pada tahun 1917, ia pertama kali
ditanam sebagai tumbuhan komersial di Estet Tannamaran di Selangor.
Penanaman kelapa sawit dijalankan secara meluas sejak tahun 1960an di
bawah program kepelbagaian pertanian, yang diperkenalkan bagi
mengurangkan kebergantungan negara terhadap getah dan bijih timah.
Pada lewat 1960an kerajaan telah menubuhkan skim tanah rancangan
bagi membasmi kemiskinan di kalangan petani dan pekebun kecil. Pada
tahun 2012, jumlah keluasan tanah di Malaysia yang ditanam dengan
kelapa sawit adalah 5.1 juta hektar, yang mengeluarkan sebanyak 18.79
tan minyak mentah kepala sawit. Dengan itu, Malaysia telah menjadi
pengeluar dan pengeksport kelapa sawit terbesar melalui sumbangan 11
peratus kepada pengeluaran minyak dan lemak dunia (Jabatan Perdana
Menteri, 2012). Kelapa sawit adalah tanaman monoecious yang
mengeluarkan kedua-dua bunga jantan dan betina melalui pokok yang
sama. Setiap pokok mengeluarkan tandan yang padat seberat 10 hingga
25 kilogram dengan 1000 hingga 3000 buah setandan. Setiap buah kelapa
sawit mengandungi sabut (mesocarp), tempurung (endocarp) dan isirung
(kernel). Pokok kelapa sawit boleh membesar sehingga ketinggian 3 kaki.
Pokok kelapa sawit mula mengeluarkan buah ketika berusia 30 bulan dan
akan terus produktif sehingga 20 hingga 30 tahun. Jenis pokok kelapa
sawit yang ditanam di Malaysia adalah daripada jenis tenera (daripada
kacukan dura dan pisifera) yang mana mampu menghasilkan daripada 4
hingga 5 tan minyak kelapa sawit mentah sehektar dalam masa setahun.
Kelapa sawit adalah tanaman pengeluar minyak paling efisien di dunia
kerana ia memerlukan hanya 0.26 hektar tanah untuk menghasilkan 1 tan
minyak berbanding dengan tanaman lain seperti kacang soya dan bunga
matahari. Namun begitu, ancaman makhluk perosak merupakan salah
satu daripada masalah tanaman ini dan boleh menyebabkan pengurangan
hasil tanaman. Oleh yang demikian petani dan pekebun kecil telah
menggunakan racun makhluk perosak (RMP) bagi mengatasi masalah ini.
Walau bagaimanapun penggunaan racun ini, sekiranya digunakan secara
tidak terkawal akan mengancam kelestarian alam sekitar dan
memudaratkan kesihatan manusia.

Jenis tikus di ladang kelapa sawit


Tikus adalah makhluk perosak yang penting dalam industri perladangan
sawit . Kehadiran tikus dalam ladang boleh menyebabkan kerosakan pada
anak benih di tapak semaian, manakala pada pokok matang tikus boleh
mendatangkan kerosakan dengan memakan buah-buah sawit. Kerosakan
pada tandan-tandan buah akan menjejaskan kualiti minyak dan juga
mengundang serangan kulat . Oleh kerana itu tikus dikelaskan sebagai
makhluk perosak yang perlu dikawal pertumbuhan populasinya.
Terdapat tiga spesies tikus yang utama di ladang sawit yang merupakan
tikus belukar iaitu Rattus tiomanicus, Rattus argentiventer dan Rattus
rattus diardii. Rattus tiomanicus lebih dominan dan boleh memanjat,
Rattus argentiventer kurang memanjat dan menyerang pokok muda
manakala Rattus rattus diardii pula lebih besar dan boleh mengatasi
populasi R. tiomanicus. Tempoh matang tikus dianggarkan sekitar 3-4
bulan. Sepasang tikus boleh membiak setiap dua (2) bulan dan boleh
melahirkan 4-8 ekor anak setiap kali. Sepasang tikus boleh membiak
sehingga 2000 ekor setahun. R. tiomanicus boleh mengurangkan hasil
minyak sebanyak 5%. Kerosakan pelepah akan mengurangkan 20% buah
tandan segar (BTS) pada tahun pertama.

Kawalan tikus
Racun tikus boleh didapati dalam pelbagai jenama dan bentuk sediaan.
Racun tikus yang diumpan tidaklah dimakan terus dalam bentuk asal
.Racun hendaklah dicampur dengan bahan-bahan makanan yang menarik.
Sebagai tambahan kepada racun , bahan-bahan berprotin seperti kepala
ikan bilis , udang diicampur pula dengan bahan berkabohidrat seperti
jagong digaulkan sekali . Sedikit air dan minyak sawit juga dimasukkan
kedalam campuran . Bagi mengelakkan kerosakkan (disintegrate) akibat
hujan , resipi ini biasanya dibaluti dengan bahan wax seperti Paraffin wax
Jenis racun yang biasa digunakan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu racun
generasi pertama dan generasi ke-2
Generasi
Pertaman
Warfarin
Chlorophacinone
Coumatetralyl

Generasi ke-2
Bromadiolone
Brodifacoum
Coumachlor
Difenacoum
Difethialone
Flocoumafen

Umpan racun tikus berbentuk kiub dengan berat antara 4-20g setiap satu.
Umpan yang baik berbentuk kiub 2 sm, wax-bound dan senang dilihat di
ladang. Umpan diletakkan di setiap pokok dan diganti setiap 4 hari
sehingga tikus memakan kurang 20% umpan atau kerosakan tandan
kurang daripada 5%. Pelaksanaan kaedah ini memerlukan 4-6 pusingan
(400-500 umpan racun/hektar). Tikus akan menjadi resistan terhadap
sesuatu racun sekiranya digunakan berulang kali. Keresistanan kepada
warfarin telah menyebabkan penggunaan racun generasi kedua seperti
brodifacum (saiz kecil dengan berat 4 g/kiub (penggunaan 4 pusingan
setiap 7-10 hari)), bromadiolone ( satu (1) kiub bagi setiap 2 pokok (70-75
kiub /hektar) dan flocoumafen. Racun-racun ini lebih toksik dan berkesan
dalam dos yang lebih rendah dan selang masa ulangan yang lebih
panjang. Wood (2003) mencadangkan pengumpanan dijalankan di
kawasan seluas mungkin dengan kekerapan setiap 6 bulan (calendar
baiting) manakala Ho (1996) mencadangkan pengumpanan hanya
dijalankan apabila perlu sahaja, iaitu sekiranya populasi tikus meningkat
dan kerosakan tandanadalah melebihi 5% (response baiting). Penggunaan
kaedah response baiting dapat menjimatkan kos sehingga 78%
berbanding calender baiting.
Rujukan
http://pembangunanladang.blogspot.my/2011/11/tentang-pokok-kelapasawit.html
Jabatan Perdana Menteri (2013) Program Transformasi Ekonomi Laporan
2012. PEMANDU
Norman Kamaruddin (2009) Kawalan perosak tikus di ladang kelapa sawit.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengembangan dan Pemindahan Teknologi
Kebangsaan
B.J. Wood, C.G. Fee. (2003) A critical review of the development of rat
control in Malaysian agriculture since the 1960s B Crop Protection 22
(2003) 445461A

You might also like