You are on page 1of 4

Kesan-kesan Penyalahgunaan Dadah

Sudah hampir 54 tahun negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan. Semenjak tahun
1957 sehinggalah kini,Malaysia telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Namun,di
sebalik semua kemajuan ini,terdapat pelbagai masalah yang perlu dihadapi. Masalah nombor
satu yang negara sedang hadapi kini ialah penyalahgunaan dadah. Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga,dadah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan. Dadah juga ditakrifkan sebagai bahan yang
merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya berlanjutan. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa semua penagih dadah telah merosakkan diri mereka sendiri baik dari segi
fizikal,rohani,mental mahupun emosi. Kalau tiada angin,masakan pokok bergoyang;kalau tiada
penyalahgunaan dadah,masakan ada kesan-kesannya. Terdapat banyak kesan yang berlaku
akibat penyalahgunaan dadah di negara ini.
Satu daripada kesan-kesan penyalahgunaan dadah boleh dilihat pada perempuanperempuan yang sedang hamil. Kajian terperinci telah menunjukkan penyalahgunaan dadah
semasa tempoh kehamilan boleh memudaratkan proses perkembangan janin. Dua risiko utama
akibat kemudaratan tersebut ialah fenomena yang yang dikenali sebagai kecacatan rupa paras
dan tingkah laku yang tidak normal. Penggunaan dadah juga boleh memberikan kesan terhadap
mental para ibu yang mengandung dan membuatkan mereka ketagihan. Dadah-dadah yang
boleh memberi kesan mental dengan memasuki bahagian otak ibu akan memasuki bahagian uri
dan membawa kesan yang mudarat kepada janin. Selain itu,penggunaan kokain semasa tempoh
trimester pertama kehamilan ( 3 bulan pertama ) boleh mengakibatkan keguguran secara
spontan. Penggunaannya semasa trimester ketiga kehamilan ( 3 bulan terakhir ) pula boleh
meningkatkan risiko abruptio placentae dalam tempoh 30 minit selepas mengambilnya.
Abruptio placentae ialah satu keadaan di mana uri terpisah daripada rahim sebelum waktunya.
Berdasarkan bukti-bukti berikut,jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah memberikan kesan
kepada perempuan hamil.
Selain itu,penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada institusi kekeluargaan.
Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam usaha untuk membasmi
penyalahgunaan dadah,tetapi jika institusi kekeluargaan itu sendiri terlibat dengan
penyalahgunaan dadah,sudah pasti kesannya akan menjadi sangat teruk. Penyalahgunaan dadah
dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan rumahtangga menjadi tidak aman.
Penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan perceraian jika penagihnya ialah suami ataupun
isteri. Anak-anak yang melihat ibu bapa mereka menyalahgunakan dadah pasti akan
mengikutinya juga kerana bapa borek,anak rintik. Berdasarkan huraian-huraian itu, jelaslah
bahawa penyalahgunaan dadah memberi kesan kepada institusi kekeluargaan.
Penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan peningkatan peningkatan kadar jenayah
dan sindiket dadah. Sindiket-sindiket dadah ini mengedarkan dadah kepada para pembeli dan
masalah pengedaran dadah oleh sindiket ini telah berlaku sejak puluhan tahun lagi. Tambahan
pula,kedudukan Malaysia yang terletak di tengah-tengah laluan antarabangsa menyebabkan
Malaysia dijadikan pusat transit dadah sebelum diedarkan ke negara lain. Sindiket-sindiket
dadah di Malaysia pasti mengambil kesempatan ke atas peluang yang berada di hadapan mata
mereka lalu mengedarkan dadah di sini. Akibat pengedaran dadah oleh mereka,10 peratus
daripada 11 juta belia di Malaysia dikesan terlibat dengan dadah pada tahun 2006 yang lalu.

Walaubagaimana banyak kesan penyalahgunaan sekalipun,kesan yang paling jelas


kelihatan ialah kesan kepada penagih itu sendiri. Sudah terang lagikan bersuluh,kalau sudah
penagih itu menyalahgunakan dadah,tentulah penagih itu yang terkena kesannya dahulu.
Tetapi,tidak semua dadah memberikan kesan yang sama kepada penagih. Sebagai contoh,candu
pada peringkat awal akan memberi kesan mengantuk,badan menjadi lemah dan mengalami
gangguan jiwa manakala kesan jangka panjangnya ialah ketagihan serta kelemahan fizikal dan
mental. Selain itu,morfin memberi kesan jangka pendek yang berbeza iaitu rasa resah,ciritbirit,sakit perut,rasa sejuk dan berpeluh. Kesan jangka panjang bagi pengambilan morfin ialah
gangguan jiwa,HIV dankematian. Bagi heroin pula,kesan jangka pendek pengambilannya ialah
tanggapan menjadi kurang tenang,tidak dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya,bingung,kekejangan dan berkelakuan seperti orang mabuk. Kesan jangka
panjangnya pula ialah keracunan darah,hepatitis,kancing gigi, HIV dan kematian.\
Konklusinya,terdapat banyak kesan penyalahgunaan dadah. Oleh itu semua pihak perlu
bekerjasama bagai aur dengan tebing serta memainkan peranan penting bagi merealisasikan
hasrat negara untuk bebas daripada penyalahgunaan dadah menjelang tahun 2015. Kita sudah
semestinya tidak mahu negara kita yang telah dibangunkan sejak dahulu lagi musnah hanya
kerana masalah penyalahgunaan dadah ini.

1 Malaysia Membanteras Dadah (Esei Bahasa Melayu)


Dadah merupakan sejenis bahan yang merosakkan kesihatan dan boleh membawa maut.
Terdapat pelbagai jenis dadah seperti opiat,kanobis membawa maut. Dadah bukanlah satu
perkara baru dalam konteks kehidupan pada hari ini,tetapi penglibatan golongan remaja
terutamanya pelajar sekolah dalam aktiviti ynag tidak sihat ini amat membimbangkan. Menurut
Laporan Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 2005 sahaja lebih 5% daripada 32808
penagih dadah yang dikesan terdiri daripada mereka yang berusia 13 hingga 20 tahun.
Pengambilan dadah memberikan impak yang buruk kepada individu. Hal ini
kerana,pengambilan dadah boleh memberikan pelbagai penyakit seperti jangkitan
AIDS,hepatitis dan sawan. Penyakit ini amat berisiko kepada individu yang mengambil dadah
yang mengambilan dadah melalui perkongsian alat suntikan. AIDS ialah penyakit yang
disebarkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai human immuoficiency virus iaitu HIV yang
melumpuhka kemampuan semulajadi badan dalam melawan penyakit.. Selain itu, penagih akan
berada dalam keadaan mabuk atau khayal dan tidak dapat mengawal pergerakan dan
keseimbangan badannya.Contohnya berlaku kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh
dadah.
Setiap masalah yang berlaku di atas muka bumi ini pasti ada jalan penyelesaiannya.
Pelbagai cara yang boleh diambil untuk membendung pengambilan dadah dalam kalangan
remaja. Ibu bapa perlulah mendidik cahaya mata mereka sejak kecil lagi tentang
penyalahgunaan dadah kerana peribahasa Melayu ada menyatakan melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Sebagai contoh,apabila mereka dewasa kelak,mereka boleh membezakan
antara kaca dan permata. Ibu bapa juga perlu menekankan ilmu agama dan nilai murni
dalam diri anak-anak supaya anak-anak tidak terlibat dalam kebejatan sosial.
Di samping itu,pihak sekolah juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh
menyedarkan pelajar tentang keburukan pengambilan dadah. Cogan kata Dadah Musuh
Negara boleh digunakan sebagai tema semasa menganjurkan kempen dan cogan kata ini wajar
disimpulkan dalam minda setiap pelajar. Oleh itu, remaja boleh terhindar daripada penularan
najis dadah yang kian parah dan remaja juga boleh cuba lari daripada sesawang negatif yang
membelenggu masa depan mereka kelak.

Tambahan pula, pihak media massa juga pelu memainkan peranan untuk membendung
masalah ini. Sebagai contoh, pihak media massa boleh menyiarkan berita atau cerita yang boleh
membawa keinsafan kepada pelajar supaya tidak terjerumus dalam penyalahgunaan dadah dan
menjadikan sesuatu yang baik itu teladan yang buruk itu kita jadikan sempadan. Oleh
itu,remaja perlu peka terhadap perkara disekeliling mereka dan janganlah menjadi
seperti katak di bawah tempurung yang tidak mengambil berat dengan keadaan sekeliling
supaya masalah penyalahgunaan dadah dapat dibendung.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa semua pihak perlu berganding bahu dalam mengatasi
penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Pernahkan terlintas dalam gawang minda anda
bahawa remaja merupakan pemimpin pada masa hadapan? Tambahan pula,mantan Perdana
Menteri yang keempat iaitu Tun Doktor Mahathir pernah menyatakan bahawa remaja aset
terpenting negara sebagai pencorak haluan negara kita kelak. Jatuh atau bangun negara kita
kelak akan tertakluk pada tangan golongan ini. Oleh itu, remaja perlu menjauhkan diri daripada
najis dadah supaya mereka menjadi generasi muda pelapis dan peneraju wawasan negara. Maka
remaja boleh menjadi pemimpin ynag berkarisma berperibadi syumul dan luhur.

You might also like