You are on page 1of 7

Tahap stres pelajar kita tinggi

Oleh HAKIMI ISMAIL


pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 5 Okt. - Hasil kajian Kementerian Kesihatan mendapati pelajar di negara ini
mengalami tahap stres yang tinggi.
Dapatan itu diperoleh menerusi projek rintis Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam
Kalangan Murid sekolah bagi mengenal pasti tanda-tanda stres, keresahan dan kemurungan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 6,540 orang murid yang telah
disaring, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus
kemurungan yang teruk dan 4.8 peratus stres yang teruk.
Daripada jumlah semua pelajar yang disaring itu juga, kata beliau, seramai 2,345 iaitu 36 peratus
murid telah mengikuti intervensi latihan kemahiran daya tindak kesihatan mental.
Sejumlah 279 guru pula dilatih untuk mengenal pasti dan mengendalikan masalah emosi, tingkah
laku dan permasalahan mental di kalangan murid.
Bilangan tersebut cukup tinggi, oleh yang demikian kementerian sedang berusaha untuk
meningkatkan latihan dan kemahiran Gaya Daya Tindak ke atas pelajar di seluruh negara.
Banyak sebab yang menjadi penyumbang kepada masalah pelajar dalam hal ini terutama
sekolah, peperiksaan, keluarga dan sebagainya tetapi apa yang penting ialah melakukan
persediaan awal mengenai kemahiran menangani stres, katanya kepada pemberita di sini hari
ini.
Projek rintis kementerian dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu bermula pada Mac lalu
dan dijalankan di enam buah sekolah di enam negeri.
Sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad
Badawi, Pulau Pinang; SMK Simpang Bekoh, Jasin, Melaka; Sekolah Menengah Sains Teluk
Intan, Perak dan Sekolah Menengah St Michael, Penampang, Sabah.
Dua lagi ialah Maktab Rendah Sains Mara, Gemencheh, Negeri Sembilan dan Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya.
Menurut Tiong Lai, kementerian akan memperluaskan projek itu di semua sekolah dalam usaha
meningkatkan kesejahteraan di kalangan murid dan warga sekolah serta sebagai persediaan
mengelakkan perkara lebih serius berlaku.
Bukan sahaja pelajar, malah projek ini turut melibatkan latihan kepada guru-guru bagi
mengendali masalah stres di kalangan pelajar.

Ia penting bagi memastikan tiada masalah yang lebih serius berlaku kepada pelajar yang
memerlukan khidmat nasihat ketika saat-saat genting, katanya.
Dalam pada itu, Tiong Lai turut berharap Kementerian Pelajaran mempertimbangkan cadangan
untuk memperluaskan Projek Rintis Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid
sekolah bagi meningkatkan kesejahteraan mental pelajar di seluruh negara.
Sementara itu, kata beliau, saringan kesihatan mental di klinik kesihatan juga telah diperluaskan
secara berperingkat di klinik seluruh negara bermula Jun lalu.
Perkhidmatan ini akan dapat mengenalpasti lebih awal masalah kesihatan mental di kalangan
masyarakat yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan, sehingga kini seramai 637 klinik
kesihatan telah melaksanakan perkhidmatan ini.
Dari segi latihan pula, seramai 687 pegawai kesihatan yang terdiri daripada 138 doktor dan 549
paramedik telah menerima latihan kesihatan mental komuniti bagi mengesan masalah mental di
kalangan masyarakat, katanya.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1006&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_04.htm#ixzz4NXbBY9
hn
Utusan Melayu (M) Bhd

RKIB : 24/02/2014

PBS ditangguh, teliti kesan bebanan guru


KUALA LUMPUR 23 Feb. - Guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga perkara itu diputuskan oleh Kementerian Pendidikan dalam
masa terdekat.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yuso berkata, Kementerian Pendidikan
mengambil serius mengenai isu pelaksanaan PBS yang dibangkitkan oleh guru-guru di samping
pandangan tentang kesannya terhadap murid.
Berikut kenyataan penuh beliau;
l Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memandang serius mengenai isu pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dibangkitkan oleh guru-guru di samping pandangan
akan kesannya kepada murid. PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara
menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid. Dalam hal pelaksanaannya, KPM sentiasa
terbuka dan telus terhadap sebarang rungutan, komen, pandangan, kritikan daripada guru-guru
dan masyarakat.
l Sehubungan dengan itu, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya KPM membuat
kajian menyeluruh mengenai perlaksanaan PBS, pihak KPM telah mengambil inisiatif meneliti
semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru. Kajian dan penelitian ini
difokuskan kepada rombakan terhadap perkara-perkara yang melibatkan kekerapan guru-guru
memasukkan data-data berkaitan eviden dan pencapaian murid yang termasuk juga pengisian
borang-borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru-guru.
l Di samping memastikan kajian dan penelitian tersebut dilaksana secara berkesan, KPM juga
telah mengambil langkah-langkah segera bagi menanganinya seperti berikut;
l. Menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara
bermula pada 17 Februari 2014 bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
2. Mengadakan perbengkelan yang melibatkan guru-guru termasuk kesatuan-kesatuan guru
dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS. Bengkel tersebut telah
dilaksanakan pada awal dan pertengahan bulan Februari 2014 dan hasilnya akan dibentangkan
semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.
3. Menubuhkan Jawatankuasa Task Force PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat
setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.

4. Mewujudkan War Room PBS di peringkat KPM untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan
pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklumbalas segera
mengenainya dari semasa ke semasa; dan
5. usaha-usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh
mengakses sistem tersebut secara lebih mudah dan berkesan.
l Kesemua tindakan tersebut diambil adalah bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS
dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama dapat
mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya. KPM akan memaklumkan hasil
penelitian dan kajian semula berkaitan hal ini termasuk tindakan selanjutnya terhadap
pelaksanaan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan penambahbaikan yang
dicadangkan dengan mengambilkira dapatan kajian terbaru KPM, rungutan para guru dan
pandangan masyarakat termasuk oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
l Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan perlaksanaan PBS sehingga satu kenyataan
mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa yang terdekat.

Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140224/dn_03/PBS-ditangguhteliti-kesan-bebanan-guru#ixzz4NXc6MmuO
Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like