Khutbah Raya Haji 2016 PDF

You might also like

You are on page 1of 20

( 2 ) ( 3 ) ( 3 )

.




.

Firman Allah Taala dalam Surah Ar Rum Ayat 41:

telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia;
(timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka
sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh


kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita
panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban yang juga
dipanggil Aidil Akbar bermakna hari raya besar.
Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T, khatib akan menyampaikan
khutbah yang bertajuk Cabaran & Konflik Umat Islam Masa Kini serta
Jalan Penyelesaiannya.

Cabaran dan Konflik Umat Islam masa kini boleh dikelaskan seperti
berikut:
1. Liberal
Liberalisme ialah aliran pemikiran yang bertujuan untuk meningkatkan
kebebasan yang diberi kepada individu. Sifat-sifat kefahaman liberal ini
ialah kebebasan kepada individu tanpa sekatan dalam ekonomi, politik,
perundangan, moral dan agama. Fahaman ini bertentangan dengan
Islam yang membawa Kebebasan namun dalam kawalan Wahyu
(revealed Knowledge). Fakta-fakta semasa telah memberi banyak bukti
bahawa kebebasan mutlak ciptaan Barat itu tidak menjamin kedamaian
dan kebahagiaan dalam masyarakat. Amerika Syarikat, Negara yang
menaja liberalisme sendiri mengalami krisis kerosakan moral melampau.
2. ISIS atau keganasan atas nama Jihad
Islamic State atau DAESH telah menjadi buah mulut media masa secara
meluas sejak beberapa tahun. Gerakan mereka memilih cara
keganasan atau militan hingga mengorbankan nyawa orang awam
dalam beberapa siri pengeboman berani mati. Ancaman gerakan ini
bukan sahaja di Barat malah di Nusantara khususnya di Negara kita
tercinta. Kita amat berterima kasih atas Usaha pihak keselamatan yang
tidak putus memberi penerangan gerakan bahaya mereka kepada
masyarakat serta usaha Pihak Keselamatan dalam menggagalkan
beberapa usaha mereka mengembom beberapa tempat tumpuan ramai
di sekitar ibu kota. Februari lalu, Agensi Jenayah EU, Europool
mengesahkan kira-kira 30,000 militan dari 100 negara dilaporkan telah
2

ke Syria dan Iraq sejak lima tahun lalu untuk menyertai DAESH.
Ternyata sekali tindakan mereka bertentangan dengan ajaran Rahmatan
Lil Alamin yang dibawa oleh Rasulullah . Mereka menjadi fitnah besar
kepada para pejuang Islam yang ikhlas yang membawa aspirasi
kedamaian.

3. Sekular
Masalah sekularisme adalah masalah kebudayaan Barat yang menular
dalam pemikiran dan budaya umat Islam dewasa ini. Ia merujuk kepada
sifat keduniaan dan tidak berhubung dengan alam rohani atau alam
akhirat. Istilah ini timbul di Eropah pada zaman Renaisans abad 14M17M yang beerti secular merujuk kepada yang tidak bernaung di bawah
pengaruh dan naungan Institusi Gereja Katolik Rom. Sekularisme
adalah suatu konsep yang amat asing dan bertentangan dengan Islam.
Pada awal abad 20an, semasa keruntuhan Khilafah Uthmaniyah Turki
pada tahun 1923M, penjajah Barat telah menular masuk ke negerinegeri umat Islam dan membawa fahaman-fahaman secular untuk
ditanam di tanah jajahan mereka bertujuan:
a. Mengekalkan pemerintahan mereka
b. Menghancurkan aqidah Umat Islam

4. Modenis
Ideologi Modernisme disisi pemikiran sekularisme dinisbahkan kepada
pemikiran yang berpendapat bahawa segala yang baru (moden) adalah
dianggap lebih baik secara umumnya dari yang lama atau yang tua.
Golongan yang tua dianggap ketinggalan zaman dan tidak maju,
golongan remaja moden dipuja. Akibatnya lahir kebanyakkan golongan
muda tidak lagi menghormati golongan tua termasuk ibu bapa mereka
sendiri.
Gerakan Freemason merealisasikan konsep modenis melalui senario
politik. Di Negara-negara Muslim pun terjadi fenomena seperti ini. Di
Turkey, golongan the Young Turks telah menyokong Kamal At Tartuk
3

memberontak dan menggulingkan Sultan Abdul Hamid Khalifah terakhir


Khilafah Uthmaniyah yang berpusat di Turkey. Hingga hari ini mereka
mempertahankan dasar secular yang diasaskan oleh Kamal At Tartuk.
5. Syiah
Pada masa kini, perkataan syiah dalam istilah Ulama pada zaman
kemudian (selepas abad ke-6) merujuk kepada Syiah Rafidhah iaitu
Syiah dari golongan melampau. Dalam Khutbah ini juga, Syiah yang
dimaksudkan Khatib adalah Syiah Rafhidah. Disana terdapat kelompok
aliran syiah yang sederhana yang masih Islam seperti Syiah Zaidiah dan
Syiah Imamiah. Aliran sederhana ini tidak mengkafir dan memaki para
sahabat ridwan alaihim ajmain.
Tidak seperti Syiah Rafidah, mereka secara jelas mengkafirkan majoriti
sahabat kerana para sahabat tidak melantik Sayyidina Ali sebagai
Khalifah menggantikan Baginda . Bermula dari perbezaan pemikiran
politik akhirnya menjadi suatu akidah dan melampau.

6. Cinta dunia
Nabi Muhammad :


Ertinya: Cinta dunia itu punca segala kejahatan (Riwayat Baihaqi)
Sifat yang lahir kepada Umat Islam lantaran Cinta Dunia yang mekar
dalam jiwa mereka ialah, tamak terhadap sesuatu, tidak member
peluang kepada orang lain (pentingkan diri), menghalalkan segala cara
dalam mencari harta, sibuk dengan urusan dunia sehingga lupa kepada
matlamat akhirat dan tidak memiliki pendirian dalam mencari kebenaran.

Imam Sufyan al Tsauri berkata:


Telah sampai kepadaku bahawasanya akan dating satu masa semua
hati-hati manusia dipenuhi dengan kecintaan terhadap dunia, sehingga
hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah
7. Lebih cenderung kepada perbahasan fekah
Keadaan masyarakat dan para ilmuan hari ni lebih terlarut kepada
perbicaraan dan pengajian ilmu fekah sehingga mengabaikan usul
paling penting iaitu ilmu tauhid dan tazkiyah (penyucian Jiwa). Hal ini
menyebabkan masyarakat hanya tahu hukum hakam, malah bersifat
cenderung menghukum antara satu sama lain pula. Masyarakat tiada
jiwa dan tidak merdeka kejiwaan mereka dari nafsu-nafsu mazmumah.
Perbicaraan Fekah ialah Taharah Jasadiah (penyucian Jasad) dengan
melaksanakan ibadah berdasarkan syariat yang betul. Namun
bagaimana Taharah Batiniah (penyucian Jiwa) yang dilalui dalam
Tauhid Tasauf tidak diambil penting?
8. Politik yang tidak berasaskan mendukung agama.
Sistem politik yang kita panggil demokrasi kepartian hari ini sebenarnya
menghapuskan hak-hak Tuhan dan agama ke atas diri. Intipati
demokrasi ialah kebebasan dan persamaan. Ia tidak di dukung oleh
wahyu tetapi di dukung oleh suara ramai. Malah untuk perkasakan
perundangan Islam yang jelas sabit dari Wahyu mesti melalui undian
politikus di dewan dalam memutuskan adakah Hak Allah dilaksanakan
atau tidak?. Pada masa yang sama kita berdoa agar saudara-saudara
kita yang memilih berjuang dalam sepak terajang demokrasi atas faktor
suasana hari ini diberikan keamanan dan kemenangan yang boleh
mempertahankan Islam.
Beberapa Negara Islam terutama di Negara Arab dicemari sistem politik
badwi iaitu sistem kabilah yang terus mengundang perbalahan puak
seperti di Yaman dan sistem Kuku Besi seperti berlaku di Syria. Bashar
Al Asad yang mengantikan Ayahnya Hafez Al Asad pada tahun 2000
meneruskan pemerintahan diktator. Wajar ditegaskan disini, bermula
Krisis Syria adalah kerana kedegilan dan sikap diktator pemimpin yang
5

memberi bala kepada rakyat dan membuka ruang dan peluang kuasa
asing menyelinap masuk untuk menumbangkannya.
9. Kapitalis
Takrif kapitaslime pada umumnya ialah:
Suatu sistem yang mempunyai unsur-unsur (a) kebebasan kepada
individu untuk mempunyai harta dan alat perusahaan dan (b)
perkembangan penuh untuk institusi-institusi kewangan.
Pada umumnya sistem ini digambarkan sebagai merangkumi konsepkonsep kebebasan bagi insiatif, persaingan, mewarisi dan pendorong
keuntungan. Sebaliknya kapitalisme (barat moden) khususnya adalah
suatu fahaman dalam sistem ekonomi yang telah tumbuh di eropah
semenjak zaman pertengahan. Ia telah berkembang lebih pesat lagi
selepas zaman Renaissance Eropah pada abad ke-14 hingga ke-17
Masihi.
Sifat-sifat istimewa Kapitalisme (barat moden)
Sifat-sifat istimewa kapitalisme (barat moden) ialah :
(a) Asasnya ialah sistem yang melaksanakan pengambilan riba iaitu
peminjaman wang melalui institusi kewangan ( bank dan institusi
kredit ) yang dikenakan riba (faedah) ditetapkan dari awal lagi.
(b) Kepunyaan faktor-faktor ekonomi oleh individu-individu terus
menerus atau kepunyaan sekumpulan manusia yang tidak dikenali
melalui sistem saham.
(c) Pemodal-pemodal bank yang besar mempunyai kuasa yang
berlebihan atas aktiviti-aktiviti ekonomi dan seterusnya politik
Negara. Kuasa penentu dalam sistem kapitalisme dan demokrasi
barat kebanyakan mirip kepada pemilik modal.
(d) Sebahagian besar dari barang-barang dan perkhidmatan yang
dihasilkan di bawah sistem kapitalisme telah dibebankan bukan
sahaja dengan faedah-faedah riba tetapi juga dengan bayaranbayaran pengiklanan yang berlebihan.
(e) Kapitalisme mempunyai unsur-unsur mengasas monopoli, kerana
adalah menjadi hasrat tiap-tiap pemodal menguasai segalanya
dan menghapuskan semua persaingan dengannya.
6

Apakah hubungan Kapitalisme dan gerakan Komunisme? Kebanyakan


penduduk dunia berangapan Kapitalis dan Komunis adalah saling
bermusuhan. Pada hakikatnya, kapitalisme dan komunisme adalah
sebenarnya adik beradik, malah seperti talam dua muka (two sides of
the same coin). Secara ringaksnya, Kata Guru kami, sistem kapitalis
adalah ajaran menjadikan manusia wajib bersifat tamak dan penting diri
dalam mencapai kejayaan. Mereka menyuburkan nafsu ketamakan
hingga hilang sifat kasih sayang dan sifat mahu membantu orang lain.
Kejahatan yang amat jelas ialah dengan disebabkan sifat tamak, mereka
suka mengambil kesempatan daripada golongan yang susah. Mereka
wujudkan suasana yang susah seperti perang, huru hara dan lainnya,
kemudian mereka datang sebagai penyelamat hingga semua manusia
perlu bergantung dengan mereka jika mahu selamat. Dengan kaedah
tersebut mereka akan menjadikan semua negara atau manusia akan
tunduk atas apa jua peraturan yang mereka mahu. Amalan riba adalah
satu sistem yang berjalan atas sifat tamak, tiada perikemanusiaan dan
penting diri. Mereka memberi pinjam dengan wujudkan bunga yang
berganda-ganda sebagai syarat dapat pinjaman, dengan kaedah itu
mereka dapat meraih untung yang banyak. Kesan besar dari sistem ini
ialah mewujudkan jurang antara kaya dan miskin serta ketidakadilan
pembahagian kekayaan Negara. Yang kaya semakin kaya dan yang
miskin semakin papa kedana.

10. Ancaman dari luar


Firman Allah Taala dalam Surah Al Anfal Ayat 30:


Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya
(mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya.

Pada 11 Sept 2001, Dunia telah dikejutkan dengan pengeboman The


World Trade Centre di New York Amerika Syarikat. Ia kononnya telah
7

dirancang dan dilaksanakan oleh Kumpulan Muslim pelampau Al


Qaeeda diketuai oleh Osama Laden, seorang pemberontak dari Arab
Saudi.
Pada tahun 2003, rejim George Bush telah menyerang dua Negara
Islam yang tidak berdosa, Afghanistan dan Iraq atas alasan kononnya
golongan al Qaeeda dan pengganas muslim mendapat perlindungan di
kedua-dua Negara tersebut.
Pada tahun Oktober 2011, Pemimpin no.1 Libya Muammar Gaddafi
meninggal dunia ketika serangan pemberontak ke atas Bandar
kelahirannya di Sirte, Libya. Sekaligus berakhirnya rampasan kuasa
berdarah di Negara minyak itu. Serangan dan rampasan yang di dalangi
oleh Tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyaksikan
perkembangan paling dramatik di dalam revolusi dunia Arab yang
menyaksikan penggulingan pemimpin Mesir dan Tunisia dan
menggoyahkan kedudukan pemimpin Syria dan Yaman. NTC (Majlis
Peralihan Kuasa Kebangsaan Libya) yang kini mentadbir Libya
memulakan tugas berat membentuk sistem demokrasi baru dan proses
itu sudah pasti dicemari campur tangan kuasa barat yang memang
merancang pembentukan kerajaan pro-Barat di Libya.
Pemberontakan di Libya bukan lah pemberontakan spontan, bukan
peristiwa yang alami dan wajar atau rejim Libya jatuh kerana tindak
balas rakyatnya terhadap pembunuhan Massal, namun media Zionis
dengan propagandanya telah membuat dunia percaya bahawa yang
terjadi di Libya adalah suatu pemberontakan spontan dari rakyat untuk
menggulingkan pemerintah Libya dan propaganda itu dimakan mentahmentah sebagai kebenaran.

Krisis Syria
Bantahan bermula pada 26 Januari 2011 dan semakin menjadi Medan
pertempuran yang sadis. Bermula dengan pembunuhan ratusan orang
awam oleh rejim Basyar Al Asad secara terang-terangan, maka
bermulanya detik campur tangan asing yang berlindung disebalik
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Badan Dunia seperti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Meskipun rakyat Syria
8

bangkit menuntut reformasi politik di Syria tetapi kuasa luar tidak ada
alasan kukuh mencampuri hal ehwal dalaman Syria.
Krisis Syria bermula selepas beberapa Negara Arab seperti Tunisia,
Mesir dan Libya hancur akibat kebangkitan rakyat menumbangkan
diktator. Ini sebenarnya bukanlah kebangkitan rakyat semata-mata
tetapi campur tangan pihak luar yang mahu meruntuhkan Negaranegara berkenaan.
Tindakan Basyar al Asad yang mahu terus berkuasa dan menindas
pembangkang membuatkan rakyat marah dan protes. Tindakan rakuat
mendapat sokongan Liga Arab dan PBB menerusi Majlis Keselamatan
dan mengenakan sekatan ekonomi ke atas Syria. Rejim memberi tindak
balas yang lebih ganas terhadap rakyat.
Kini, Syria sudah hancur. Nilai mata wang tiada nilai lagi, lambakan
jutaan warga Syria ke Negara-negara sekitar dan Negara mereka
menjadi medan pertempuran pelbagai pihak dan kumpulan Jihad.
Mereka bertempur sesama mereka tanpa mengenal musuh sebenar
iaitu pencatur kehancuran total ini yang hanya tersenyum dibalik tirai
cermin mewah.
Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,
Kini, Krisis Laut China Selatan
Ketika ramai umat Islam menyangka bahawa lanskap politik nasional
sudah cukup berkocak tatkala ini, rupa-rupanya dibelakang rumah, kita
menghadapi ribut dan badai yang lebih dasyat yang hanya menanti
masa meledak.
Dalam keadaan kemelut politik dan ekonomi yang tidak stabil serta
keruntuhan moral, tanpa kita sedari, krisis pertikaian antara pelbagai
Negara termasuk Malaysia sendiri di Laut China Selatan semakin
rancak berlaku dan menunjukkan perkembangan yang menggusarkan
kita.
Hari demi hari berlalu, tidak tanda bahawa ketegangan perseteruan
antara AS dan China dalam membina pengaruh mereka di Laut China
Selatan akan mereda.

AS giat mengarahkan kapal-kapal tentera mereka masuk ke perairan


Laut China Selatan selain mula meletakkan jet-jet pengebom stratergik
(Stratergic Bombers) di Pengkalan Australia. China yang sudah pun
membina pengkalan tentera di Kepulauan Paracel sejak beberapa
tahun lepas mengejutkan ramai pihak apabila mereka dilaporkan
sudahpun menghantar HQ-9 anti Air Missles di Kepulauan tersebut.
Bolehkah perang berlaku? Di dalam sebuah penerbitan CFR (Council
On Foreign Relations) berkenaan pertembungan antara AS dan China di
Laut China Selatan, pertembungan secara bersenjata atau ketenteraan
disebut sebagai sebuah situasi yang tinggi kemungkinannya untuk
berlaku.
Malaysia, tanah air kita tidak terlepas dari menerima provokasi dan
tekanan dari kedua-dua belah pihak. Tidak mustahil, Negara-negara
yang terlibat di rantau ini (Nusantara) menerima implikasi / kesan
sebagaimana yang diterima Negara-negara Arab Timur Tengah seperti
Syria yang telah berubah menjadi medan pertempuran pelbagai pihak.
Jika melihat sejarah, Vietnam pernah menerima akibat yang sama
apabila menjadi medan pertempuran AS dan Kuasa Soviet.
Rancangan menghancurkan umat Islam bukan satu kebetulan malah ia
dirancang secara teliti dan tersusun sejak kekalahan Musuh Islam dalam
Perang Salib. Sejarah penindasan kepada umat Islam disebabkan
adanya suatu rancangan sulit (Conspiratorial View Of History).
Bekas President Amerika Syarikat, Rooservelt berkata:
In Politics, nothing happen by accident, if it happen, it was
planned that way ( Ralph Epperson, The Unseen Hand).
Dalam Politik Dunia, tidak ada yang berlaku secara kebetulan, Jika
terjadi, ianya telah dirancang untuk menjadi demikian.
11. Ketidakmatangan Ulama
Ini yang paling menyedihkan, dalam keadaan situasi umat Islam yang
mengalami kehancuran moral, akidah dan kesatuan serta diserang oleh
Musuh-musuh Islam. Para Ulama masih mempunyai masa berbalah
sesama sendiri dalam hal-hal khilafiah dan furuiah. Mereka lebih
mencari ruang menegakkan ego masing-masing dari mencari ruang
10

duduk semeja mencari kata sepakat. Ketiadaan adab menghormati


perbezaan Ulama dan perkara khilafiah terbawa-bawa dalam media
social dengan bahasa yang tidak melambangkan nilai keilmuan.
Ketidakmatangan Ulama ini terpalit kepada para pengikut mereka
masing-masing pertahankan tokoh idola merek sehingga membarahkan
lagi keadaan. Mereka itulah sejahat-jahat Ulama seperti sabda Nabi :

,
:
Ertinya: Aku lebih takut atas kamu daripada Dajjal akan seorang lain
daripada Dajjal. Maka bertanya sahabat: Siapa mereka itu Ya
Rasulallah? Maka sabdanya: Mereka itulah Ulama Jahat. (Riwayat
Ahmad dan Abi Dzar)
Kita bukan kekurangan Ilmuan Agama tetapi yang ada hanya banyak
Ulama dan pendakwah yang bertugas semata-mata kerama jawatan
dan gaji. Mereka tidak melihat agenda mendidik masyarakat kembali
kepada Allah sebagai keutamaan. Akibatnya mereka tidak serius dalam
melaksanakan amanah besar ini, ia hanya kerja rasmi jabatan.
Apakah penyelesaian konflik umat Islam yang disebutkan sebentar
tadi.
Kepimpinan yang berlandaskan sunnah boleh membawa penyelesaian
apa jua krisis:
Wajib mengetahui punca dan penawarnya berpandukan kepada
kepimpinan Rasulullah . Permasalahan atau krisis dalaman apa yang
berlaku di seluruh dunia adalah berpunca dari kerosakan manusia itu
sendiri. Firman Allah dalam surah Ar Rum ayat 41:

11

telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia;
(timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka
sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Dan Punca kerosakan manusia itu pula adalah dari seketul daging
dalam
dirinya.
Sabda
Baginda
:
Ketahuilah bahawa dalam jasad anak adam ada segumpal
daging, jika ia baik maka baik lah seluruh jasadnya, dan jika
ia
buruk
maka buruk
lah seluruh
jasadnya,
ketahuilah
bahawa
segumpal
daging
tersebut
adalah
hati
(Sahih
Bukhari)
Kerosakan hati berpunca apabila hati tiada perhubungan dengan Allah.
Punca tiada perhubungan adalah tiada Makrifatullah. Tiada makrifat
tiada cinta. Maka 13 tahun Rasulullah memberi kefahaman ajaran
Tauhid pada para masyarakat dan mendalamkannya lagi pada para
sahabat r.anhum.
Tauhid yang dibawa Rasulullah adalah penerusan dari Tauhid
Moyangnya Nabi Ibrahim a.s.
Semua manusia kembali kepada ajaran Tauhid Nabi Ibrahim kerana
Baginda adalah bapa segala agama dan bangsa serta penghidup segala
jiwa.
Muslimin / mat yang dirahmati Allah sekelian,
Tauhid Ibrahimiah bukannya tauhid kalami, perbahasan atau atas ilmu
semata-mata.
Tauhid Ibrahimiah adalah tauhid yang mengajak manusia mencapai
pengenalan dengan Allah s.w.t melalui kejernihan jiwa hingga
menjadikan perasaan dan pandangannya bersatu dengan Allah s.w.t.
Tauhid Ibrahimiah membawa insan kuat bergantungan dengan Allah
s.w.t, sentiasa merasai kebersamaan dengan Allah s.w.t dalam apa jua,
memandang Afal Allah s.w.t di mana jua dan kemuncaknya merasai
penyatuan dengan Allah s.w.t hingga fana dirinya daripada segala
12

wujudi, pemilikan sifat dan kekuasaan afal. Apabila jiwanya ditajalli


Allah s.wt akan sifat kekuasaanNya pada nur qalbi yang bersih, maka
fanalah sifat kekuasaan dirinya,hanya sifat kekuasaan Allah s.w.t jua
yang tunggal (Esa) Begitulah jua sifat-sifat yang lain yang wujud pada
diri insan kembali kepada sifat Keesaan Allah s.w.t.
Maka ajaran Tauhid inilah yang diteruskan oleh para sahabat r.anhum,
tabieen dan para Mursyid Sufi dari kalangan para Aulia.
Tauhid ini dapat menghancurkan ananiah dirinya dan kesyirikan yang
halus-halus lantaran miliki cahaya penyaksian kepada Allah, apabila ia
menyaksikan Allah maka dirinya tiada, maka di sini lahir akhlak-akhlak
yang fakir dan amat halus adab batinnya dengan Allah dan juga sesama
insan.
Rasulullah s.a.w tiada membaiki Masyarakat Jahiliyah melalui kuasa
politik, ekonomi, sosial (kemiskinan, ketidakadilan, kemaksiatan atau
lainnya) tetapi dengan mengangkat jiwa manusia kembali ke alam lahut
dengan miliki kembali Makrifat kepada Allah.
Membaiki dengan jalan kuasa, kekayaan atau perundangan hanya
dapat mengawal aspek luaran sahaja bukan hakiki atau secara total.
Makrifat adalah tunjang utama pembinaan insan, darinya melahirkan
jiwa yang benar suci, cinta, rindu, asyik hanya kepada Allah dan
berpaling lain dariNya. DenganNya terbangun Ibadah yang khusyu,
maka terhindar daripadanya fasad dan kejahatan, bersinar padanya
adab dan akhlak mulia yang bersulam syariat yang indah.
Kelalaian kepada Allah adalah ibu bagi segala dosa. Dosa zahir hanya
buah dari dosa kelalaian hati, maka merawat hati dari kelalaian adalah
penawar atau hudud yang utama dalam mengawal insan dari melakukan
kejahatan.
Ulama syariat melihat dan merawat pada ranting dosa, ulama sufi
melihat dan merawat akar dosa.
Ilmu tanpa ada takwa adalah tiada manfaat, syariat adalah perundangan
yang datang untuk melengkapkan sistem mengawal insan, makrifat
yang membawa jiwa merasai Allah adalah akar utama dalam
memelihara insan.

13

Dari jiwa yang miliki Tauhid sufi ini, maka hatinya akan miliki sifat-sifat
yang baik, sembuh kejahatan, kesempitan dan penderitaannya. Maka
dari akhlak-akhlak insan yang mulia yang berada dalam pelbagai kondisi
akan membawa kepada perubahan dan penyelesaian segala konflik
dunia samada sistem kekeluargaan, pemerintahan, ekonomi, sosial,
pendidikan dan lainnya termasuk segala permusuhan dan perpecahan
menjadi satu.
Firman Allah dalam Surah al Jumaah ayat 2:




Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab)
Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa
mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah
(yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan
membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan
mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang
mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya
mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam
kesesatan Yang nyata.
Ajaran kapitalis, kebendaan, sekular dan apa jua sistem yang bertuhan
nafsu ,akal, kebendaan akan terhapus.
Lahirlah dunia yang penuh keadilan, kasih sayang, prihatin dan
kedamaian lantaran ukuran kemuliaan manusia bukan lagi atas
kebendaan dan akal tetapi Makrifat dan ketakwaan kepada Allah.
Nilai Langit kembali menjadi pegangan masyarakat dunia bukannya Nilai
bumi yang membawa manusia menjadi haiwan yang miliki tamadun
14

namun bersifat ganas, membunuh, menjatuhkan, tamak, tiada batasan


hukum dan lainnya.
Perjuangan Tauhid Sufi adalah jawapan yang tepat sebagai penawar
utama untuk bangunkan kembali kekuatan Islam di akhir zaman ini
sebagaimana ianya adalah penawar utama Kebangkitan Awal Islam
yang
dibawa
oleh
Rasulullah.
Sesungguhnya daulah madinah adalah zaman di mana hatihati manusia
miliki
nur
nubuwwah
sehingga
Allah
s.w.t
tiada terhijab pada pandangan mereka dalam apa jua.
Moga zaman nubuwwah kembali bersinar di alam ini agar
seluruh bani Adam kembali makrifat kepada Allah s.w.t
dan mencintai asma-asmaNya. Moga pertemuan ini memberi manfaat
untuk kita, masyarakat, negara, nusantara dan cahayanya membawa
kebahagiaan dan kedamaian seluruh dunia.

( 3 ) ( 3 )
.



,
.

,



. .

107-103 .
:
15




Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung
perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan
meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih)
serta Kami menyerunya :Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu
telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya ini benar-benar suatu
ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang
besar.
Muslimin/mat

yang

dirahmati

Allah,

Ketika mengingati pengorbanan hebat Nabi Ibrahim a.s yang terpaksa


menyembelih anaknya Nabi Ismail melalui suatu arahan dalam mimpi
benarnya, maka umat Islam pada hari ini mesti disuburkan kembali rasa
yakin tentang keadilan dan kehebatan sistem Islam dalam menjanjikan
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Apabila tamadun manusia meninggalkan Allah s.w.t, maka akan


berlakulah kerosakan pada manusia dan alam. Mereka akan jadikan
nafsu ketamakan dan kesombongan sebagai ruh bagi sistem yang
berjalan antara manusia. Hakikatnya Iblis azazil adalah raja yang
menguasai pemerintahan manusia. Justeru itu akan wujudnya
permusuhan, perperangan, dendam, dengki, kezaliman sesama bani
Adam. Ia adalah sumpah Azazil tika dimurka Allah s.w.t kerana tiada
mahu sujud pada Nabi Adam a.s.

16


Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan
mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara
mereka (Surah Shod ; 82-83)
Kata Guru kami,
Seluruh anak cucu Adam adalah musuhnya tak kira kafir atau Islam.
Mereka akan diporak peranda kehidupan agar tiada kasih sayang,
ketenangan dan kedamaian. Yang paling utama ialah dapat membawa
seramai anak Adam berada dalam neraka bersamanya.
Ajaran Buddha, Hindu, Kristian dan Yahudi hanya ada dalam bentuk
kepercayaan, rasa dan pandangan mata hati melalui jalan ibadah atau
tafakur yang khusus. Tetapi tiada dapat dizahirkan atau
dimanifestasikan akan kewujudan Allah s.w.t dalam penghayatan sistem
kehidupan manusia. Mereka tiada bentuk untuk wujudkan bentuk sistem
keluarga bertuhan, ekonomi bertuhan, politik bertuhan, perundangan
bertuhan, perubatan bertuhan, sains fizik bertuhan, sosial bertuhan dan
lainnya.
Kedatangan Rasulullah s.a.w menyempurnakan ajaran bertuhan para
nabi a.s.w.s, Baginda
bukan sahaja dalam menyambung ajaran
bertuhan dalam aspek spiritual tetapi
menzahirkan aspek sifat
ketuhanan dalam bentuk sistem kehidupan insan pada semua aspek.
Rasulullah s.a.w sebagai pembawa kesempurnaan pada jalan makrifat
bukan sahaja membawa insan makrifat kepada Allah s.w.t. tetapi akal,
jiwa dan ruh tetapi menzahirkan wajah Asma Allah s.w.t yang indah
dalam bentuk sistem-sistem kehidupan insan secara syumul.
Sistem Islam bertunjang Nama-nama Allah s.w.t yang indah. Akar bagi
segala Asma adalah Ar Rahman dan Ar Rahim. Segala nama-nama
Allah s.w.t tiada bersifat bercerai antara satu sama lain. Ia hanya satu
namun hanya bertukar nama apabila ada perubahan sifat atau
kelakuan.

17

Ruh bagi sistem Allah s.w.t adalah Ar Rahman dan Ar Rahim. Ia


bersifat penuh kasihsayang, keadilan, kebajikan, kebaikan, tolak ansur,
tiada jumud, anjal, keseimbangan, kerahmatan, amat menolak apa jua
hal yang membawa kemudharatan, permusuhan, ketidakadilan,
kezaliman dan lain-lain.
Allah s.w.t tiada mencipta insan untuk membenci dan menghukum
mereka tetapi Allah s.w.t mencipta insan untuk dicintai dan diberi
kebahagiaan. Sesungguhnya Allah s.w.t sedikit pun tiada menzalimi
akan hambaNya. Namun hambaNya yang menzalimi diri mereka sendiri
hingga mereka terhijab dengan Allah s.w.t yang amat hampir dan amat
bersifat kasih sayang.
Membawa Islam dalam bentuk wajah yang keras, ganas dan tiada adab
adalah berlawanan dengan ruh syariat yang berdasarkan sifat dan
Asma Allah Ar Rahman dan Ar Rahim.
Sesungguhnya tipu daya syaitan amat halus. Jika dalam ibadah pun
dapat ditipu apalagi dalam perjuangan dan jihad. Moga Allah s.w.t
ampuni segala umat ini yang amat mencintai agama ini namun tersalah
dalam ijitihadnya.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,


Sempena berada pada hari raya korban juga kita mesti meningkatkan
tahap pengorbanan dalam memperjuangkan Islam dan membantu
saudara seagama. Jika semasa menyambut Aiduil Fitri kita diwajibkan
membayar zakat untuk meringankan bebanan saudara seagama
begitulah kedatangan Aidil Adha yang digalakkan kita mengerjakan
ibadat korban untuk diagihkan daging kepada saudara yang
memerlukan di mana ia semua bertujuan melahirkan masyarakat yang
penyayang dan mengambil berat tentang penderitaan saudara seagama
yang lain. Penderitaan umat Islam yang sedang dibunuh di Selatan
Thailand, Filiphina, Palestin, Iraq, Afghanistan, Syria dan sebagainya
menuntut pembelaan sewajarnya daripada kita. Ringankanlah bebanan
dan penderitaan mereka terutama dalam susana hari raya di mana Allah
pasti meringankan bebanan kita di akhirat kelak.

18

Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat.


Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan
Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh
Islam.

Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia


tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat
solat kami
Pada hari yang mulia ini juga, marilah kita memperbanyakkan selawat
ke atas Baginda , Baginda lah kekasih Awal dan Akhir. Tiada
kehidupan Baginda melainkan resah dan khuatir memikirkan keadaan
Umatnya di akhir zaman. Baginda Dalam satu Hadis:


Aku hampir pengsan kerana mengkhawatirkan umatku yang hidup
di akhir zaman



19

,
,







,

.


Disediakan oleh :

sunan.angah@gmail.com

20

You might also like