You are on page 1of 12

ABSTRAK

Tugasan yang dijalankan bertujuan mengetahui Rekabentuk Kurikulum di


Malaysia. Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan
komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan
kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk
menghasilkan instruksi. Definisi kurikulum juga dapat dijelaskan didalam tugasan ini.
Kurikulum menurut Kementerian Pelajaran Malaysia bermaksud segala rancangan
pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk
mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu
pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan maysarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Tugasan ini juga
menyatakan latar belakang kurikulum kebangsaan, kurikulum pra sekolah dan
kurikulum sekolah rendah.
PENGENALAN
Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara
menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang
berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu
menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.
Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai
dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu
kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini
umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi
dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.
Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum)
yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat
pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran,
nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk
diwariskan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah
menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh

murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan


1996).
Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia.
Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan
paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk
melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura
Badzis, 2008).
REKABENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA
1.1.

MAKSUD REKABENTUK KURIKULUM


Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponenkomponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum,
kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan
instruksi.
Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan
Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum
sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa
pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun
1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk
mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa
Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan
dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia
memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil
memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras
dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994)

1.2.
1.2.1.

MAKSUD KURIKULUM
Menurut KPM kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang
dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai
matlmat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu
pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan maysarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya.

1.2.2. Kurikulum bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi
pendidikan seperti di sekolah dan universiti. Kurikulum ditentukan dan ditetapkan
oleh

sesebuah

Negara

itu

melalui

Kementerian

Pendidikan.

(Wikipedia,

ensiklopedia bebas).
1.2.3. Kurikulum berasal daripada perkataan Latin currere maksud race course atau
laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa inggeris bermaksud jelmaan.
1.2.4. Menurut Goodlad (1973) : Kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan.
1.2.5. Menurut Smith et al (1957) : Kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang
disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan
bertindak secara kumpulan.

1.3.

KONSEP KURIKULUM
Dokumentasi khas dan panduan.
Tumpuan kepada kaedah penyampaian.
Program pengajian yang merujuk kpd mata pelajaran
Membentuk pengalaman pembelajaran terancang.
Konsep yang tersirat.

1.4.

MATLAMAT/ OBJEKTIF KURIKULUM


Garis panduan dan penentu sempadan ilmu.
Penyampaian maklumat ikut peringkat.
Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa.
Membina modal insan abad ke 21.
Melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S)
Kurikulum yang sama ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu.
Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.

1.5.

FALSAFAH PENDIDIKAN KURIKULUM

Idealisme
Ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir.
Realisme
Kebenaran adalah apa yang dapat dilihat
Paramatisme
Idea yang dapat dipraktikkan adalah benar.
Perianelisme
Pendidikan adalah berada dalam keadaan tetap.
Essentialisme
Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran
Progressivesme
Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan
Rekonstrutionalisme
Penerapan t/jawab sosial dan lahir masyarakat berilmu
Eksistentialisme
Pendidikan melalui persekitaran. Guru bantu murid meneroka.

1.6.

PRINSIP PENYUSUNAN KURIKULUM DI MALAYSIA


Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang
holistik dan sentiasa releven. Relevan dari segi pembangunan modal insan yang
seimbang dalam menangani cabaran semasa dan masa depan.
Transformasi kurikulum perlu berikutan Gagasan Ketiga Ucapan Dasar Y.A.B
Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya
sistem Pendidikan Negara memberi penekanan kepada 4 aspek Pertama:
Pembangunan

Modal Insan, Kedua: Menghasilkan pelajar celik minda, Ketiga:

Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat, dan Keempat:
Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al bab.
Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.
Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum sekolah di Malaysia
berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar dalam pendidikan. Kurikulum yang
dibentuk seharusnya sempurna dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang mencukupi agar apa yang dirancangkan itu dapat memberi
kepuasan kepada pelajar sebagai individu. Kurikulum juga dibentuk untuk

membangunkan potensi pelajar dari aspek intelektual, jasmani, rohani dan sosial.
Pembentukan potensi pelajar yang positif akan meningkatkan sahsiah diri yang
cemerlang dari pelbagai sudut. Perkembangan individu dalam bidang kognitif,
psikomotor dan afektif juga penting dalam pembentukkan kurikulum di Malaysia.
Dalam mencapai matlamat pendidikan seperti ini, kandungan kurikulum dapat
dibahagikan kepada dua bahagian pertama: sukatan pelajaran dan kandungan mata
pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kedua: Aktiviti
kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan unit beruniform.
Justeru itu, kurikulum sekolah yang ideal ialah kurikulum yang dapat
memupuk persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa dalam diri pelajar
seperti menghormati hak-hak individu dan kedaulatan Negara, sumbangan dan
komitmen yang mampu diberikan ke arah penyelesaian konflik Negara dan global.
Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan taraf kerohanian, maruah,
pandangn dan visi sedunia ke tahap yang tinggi dan sempurna.
1.8.

HALA TUJU KURIKULUM

1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan


1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah
rendah
1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah
rendah
1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1

1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah


sekolah
rendah
1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah.
Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di
Tahun 5 dan 6 sekolah rendah
1.9.

TRANSFORMASI KURIKULUM DI MALAYSIA


Malaysia adalah sebuah Negara yang sering melakukan perubahan dan
perancangan kurikulum sejajar dengan perkembangan politik, sosioekonomi,
sosiobudaya dan arah aliran perkembangan pendidikan tempatan dan
antarabangsa.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga memberikan maksud tarnsformasi sebagai
perubahan bentuk (sifat, rupa atau keadaan). Menurut Kementerian Pelajaran
Malaysia membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic
berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluankeperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum : struktur kandungan, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah pentaksiran , bahan kurikulum dan pengurusan sekolah.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,

berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan


terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

(1988

Falsafah Pendidikan Negara)


Sebarang perubahan kurikulum dilakukan bertujuan memenuhi kehendak dan
matlamat pembangunan manusia dan Negara.
1.10.

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN


Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia
persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman prersekolahan dan

pembelajaran yang berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan


merekadengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai
persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang
hayat.
Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa
mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan
mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanakkanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa
atau
kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.Program pendidikan
prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya
dapat merangsang pemikiran,membina sikap positif dan akhlak yang baik,
meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang
optimum.
Oleh

itu,

perkembangan

kurikulum

pendidikan

kanak-kanak

secara

prasekolah

memberi

menyeluruh,seimbang

fokus
dan

kepada

bersepadu.

Pendekatan pembelajaran yang fleksibeldan suasana pembelajaran yang selesa,


selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka
dan menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada kanakkanak.Dengan ini
adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk
melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan,
semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang
dibina dalam diri murid akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga,
masyarakat, bangsa dan negara.
Perancangan

dan

penggubalan

Kurikulum

Prasekolah

Kebangsaan

berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai


pendokong matlamat dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan
kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan
awal

kanak-kanak,psikologi

dan

perkembangan

kanak-kanak

serta

trend

pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan
konsep e-pembelajaran.
1.11.

LATAR BELAKANG KURIKULUM PRA SEKOLAH

1.12.

PEMBENTUKAN KBSR
KBSR ini dibentuk berasaskan kepada Laporan Razak (1956), Ordinan Pelajaran
(1957), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan
Jawatankuasa Kabinet (1979).
KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet
iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar
mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan
alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat,
bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa
Kabinet,1979).
Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, Kementerian Pelajaran mengambil
langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak
pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam
membaca, menulis, dan mengira (3M). Pendidikan peringkat rendah menekankan
perkembangan menyeluruh dalam bidang intelek, rohani, dan jasmani. Hal ini
membolahkan pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui
pengalaman secara langsung. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus

melibatkan pelajar secara aktif bagi membolehkan pelajar mengemukakan idea dan
perasaan, menyelesaikan masalah, bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir
secara kreatif dan kritis.
1.13.

PEMBENTUKAN KBSM
KBSM ini juga dibentuk berlandaskan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam
Perakuan 58, Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menyatakan adalah
diperakukan bahawa kurikulum peringkat menengah rendah hendaklah berupaya
perkembangan daripada kurikulum sekolah rendah iaitu memperkukuhkan lagi
pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum yang juga merangkumi
aspek-aspek pendidikan pra vokasional (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).

1.14.

LATAR BELAKANG KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

1.15.

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD (KSSR)


Latar Belakang

1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan


Agung UMNO 2006 menuntut supaya pendidikan Negara memberi
penekanan kepada :

Pembangunan modal insan

Penghasilan pelajar celik minda

Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat

Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.
2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan


kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

Matlamat memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai


ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai
3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan
kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan
yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

Berasaskan Prinsip KBSR:

Pendekatan bersepadu

Perkembangan individu secara menyeluruh

Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid

Pendidikan seumur hidup

Proses Transformasi Kurikulum KSSR


Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum
persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah.

KSPK dan KSSR digubal berasakan standard kandungan dan standard


pembelajaran.

Contoh standard kandungan berdasarkan mata pelajaran, iaitu :


Bahasa Melayu Mendengar sengan penuh perhatian.
English Language Able to form letters and words in clear legible print including
cursive writing
Mathematics Count objects in a given set and write the corresponding numeral.

Contoh standard pembelajaran berdasarkan mata pelajaran, iaitu :


Bahasa Malaysia Mendengar pertuturan yang mudah
English Language Coordinate hand-eye movement.
-

Trace letters of the alphabet


Mathematics Count up to 100 objects, using the correct counting sequence to tell
how many objects are in a set.

KESIMPULAN

Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah.


Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang
penting bagi melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya
selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan
yang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat
dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat beberapa
kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini.
Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yang
tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses
pendidikan kanak-kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang
bertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop
yang lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak.
Pihak kerajaan telah memainkan peranan dimana wujudnya Kurikulum
PERMATA mengandungi garis panduan kepada pendidik-pendidik dan pihak yang
menguruskan Taska atau Pusat Anak Permata Negara (PAPN) bagi kanak-kanak
yang berumur di bawah 4 tahun mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanakkanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak.
Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak
yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah
pengasuhan

secara

holistik,

panduan

merancang

aktiviti

untuk

mentaksir

perkembangan kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan


ibu bapa dan ahli keluarga serta masyarakat. Selain itu, kurikulum ini berkonsepkan
permainan, penerokaan, berfokus dan terancang sesuai dengan umur kanak-kanak
tersebut.
Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi
kekangan-kekangan yang timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan
emosi. Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trend
yang wujud dan banyak isu yang sentiasa menjadi bualan dalam sistem pendidikan
di Malaysia.

You might also like