You are on page 1of 12

KEBOLEHPERCAYAAN MODUL PROGRAM MAJU DIRI (PMD) JABATAN

PENDIDIKAN SELANGOR
JAMALUDIN AHMAD, SIDEK MOHD NOAH, RUSNANI ABDUL
KADIR, SHAMSUDDIN AHMAD & TAJULARIPIN SULAIMAN
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Abstract : This study aims at determining the reliability of the Program Maju Diri
(PMD) module developed by Selangor State Education Department. The module
consists of three sub modules namely Pendekatan Insan Cemerlang (PIC),
Pendekatan Cahaya Iman (PCI) and Pendekatan Nilai Diri (PND. The research
design used in this study was an experimental design. The subjects of this
research were 440 forms 1, 2, 3, 4 and 5 students from eight secondary schools in
the state of Selangor selected using random sampling. The subjects then
undergone activities as prescribe in the modules and later responded to the
reliability questionnaires developed by the researchers. The data obtained were
than analyzed using the reliability analysis. The finding of the study showed that
the PMD module has a high reliability. Pertaining to the research findings, several
implications and recommendations were suggested.
Keywords : program maju diri, reliability, module.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Di Negeri Selangor (1999) terdapat 257,390 orang pelajar masih bersekolah di
163 buah sekolah menengah. Negeri Selangor yang akan menjadi negeri maju
menjelang tahun 2005 memerlukan sumber tenaga di kalangan remaja sekolah
yang berumur antara 12 hingga 18 tahun. Para remaja tersebut perlu didedahkan
pelbagai aktiviti anjuran Jabatan Pendidikan Selangor. Salah satu aktiviti
terpenting yang mendapat sokongan sepenuhnya Kerajaan Negeri Selangor ialah
melalui aktiviti Modul Program Maju Diri (PMD), khusus untuk para remaja
sekolah menengah.
Modul PMD bersifat modul motivasi kerana modul ini merupakan alat, sumber,
atau bahan pendorong dan penggerak kepada seseorang pelajar itu melakukan
pelbagai aktiviti dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat yang
dikehendaki. Tenaga pengerak itu terhasil melalui desakan dalaman atau desakan
luaran yang dicetuskan oleh orang lain sama ada oleh fasilitator, kaunselor, guru
dan individu lain yang pakar dan berkebolehan dalam bidang motivasi.
Rusell (1974) mendefinisikan modul sebagai satu pakej pengajaran berkaitan
dengan satu unit mata pelajaran dan merupakan satu usaha untuk pengajaran
secara individu dan membolehkan seseorang pelajar menguasai satu unit
kandungan mata pelajaran sebelum bergerak kepada unit yang lain. Sharifah
Alwiah Alsagoff (1981), menjelaskan modul adalah bahagian-bahagian kecil yang
tersendiri tetapi lengkap dan berkaitan rapat di antara satu bahagian kecil dengan
bahagian-bahagian kecil yang lain. Creager dan Murray (1985), menjelaskan
modul adalah satu unit pengajaran yang lengkap dan bebas dengan fokus
utamanya ke atas pencapaian beberapa objektif yang jelas.
Husen dan

Postlethwaite (1985), menyimpulkan modul adalah kelihatan seperti mewakili satu


pakej pengajaran yang lengkap meliputi satu mata pelajaran.
Kamdi Kamil (1990) menghuraikan modul sebagai satu pakej pengajaran dan
pembelajaran atau pukal belajar sendiri yang lengkap mengandungi komponenkomponen pengajaran pembelajaran supaya murid-murid dapat mengikuti
langkah demi langkah menguasai sesuatu unit pembelajaran dan menjadikan
pembelajaran boleh dijalankan secara individu. Kesimpulannya modul ialah alat,
sumber dan bahan yang memberi kemudahan pembelajaran kepada pelajar bagi
mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.
Klingstedt (1973) menjelaskan pengajaran secara modul bukanlah kata pemutus
terhadap bukti keberkesanannya tetapi modul adalah salah satu kaedah yang
harus diberi perhatian berat.
Rusell (1974) menyimpulkan modul dapat
meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dan modul juga boleh digunakan untuk
pengajaran yang tidak bersifat akademik seperti aktiviti peningkatan diri,
kegemaran, penggembaraan dan berekreasi. Beliau juga menegaskan bahawa
modul boleh dijalankan secara individu, secara kelompok kecil (4 hingga 6 orang)
atau secara kelompok besar (30 orang). Sharifah Alwiah Alsagoff (1985)
menegaskan bahawa modul berkemampuan menyenangkan pembelajaran
pelajar-pelajar dan modul juga boleh dilaksanakan secara individu ataupun
kelompok.
Husen dan Postlethwaite (1985) menjelaskan pendekatan modul telah dibuktikan
sebagai satu alat yang berkesan dan cekap di dalam membantu pembelajaran
pelajar. Kebanyakan mata pelajaran boleh diajar dengan menggunakan
pendekatan modul. Stephen (1989) menegaskan salah satu faktor utama kenapa
pendekatan modul digunakan ialah modul berkemampuan meningkatkan motivasi
pelajar disamping dapat mencapai matlamat jangka pendek serta mendapat
maklum balas segera daripada pelajar. Shahrom Noordin dan Yap Kueh Chin
(1991) menjelaskan modul membolehkan pelajar memilih cara pembelajaran yang
paling sesuai untuk diri mereka supaya pembelajaran akan lebih berkesan dan
produktif. Kesimpulannya pendekatan modul telah dapat memudahkan proses
pengajaran, memudahkan pemahaman pelajar di samping dapat menarik minat
pelajar serta dapat meningkatkan motivasi para pelajar.
Walaupun banyak modul telah dihasilkan bagi memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran namun tidak banyak kajian yang berkaitan dengan nilai pekali
kebolehpercayaan sesuatu modul dijalankan. Kajian berkaitan dengan nilai pekali
kebolehpercayaan sesuatu modul adalah sangat terhad. Namun demikian,
antara kajian yang telah dijalankan ialah kajian oleh Subahan Meerah (1990),
Zulaiha Paikon (1991), Zurina Abd Wahab (1992), Suhaili Abd Rahim (1994),
Shahrom Noordin (1995) dan Zaid Ali (1997).
PERNYATAAN MASALAH
Abu Bakar Nordin (1987) menyatakan sesuatu alat ukuran yang tidak memenuhi
syarat berkaitan dengan kebolehpercayaan akan dianggap cacat dan dengan itu
maklumat yang diperoleh daripadanya itu tidak akan diterima. Julie (1995)
menegaskan sesuatu alat ukuran dianggap mantap dan kukuh apabila terdapat

bukti-bukti mengenai pekali kebolehpercayaannya. Oleh itu, untuk menentukan


pekali kebolehpercayaan modul PMD tersebut, persoalan kajian berikut
dikemukakan: Adakah modul motivasi yang dikenali sebagai modul Program
Maju Diri (PMD) mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi? Kajian ini
dijalankan untuk menentukan kebolehpercayaan modul Program Maju Diri (PMD),
Jabatan Pendidikan Selangor.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan pekali kebolehpercayaan modul
Program Maju Diri (PMD) yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan
Selangor di kalangan pelajar sekolah menengah bantuan penuh kerajaan yang
berada tingkatan 1 hingga 5. Secara khusus kajian ini dijalankan bertujuan untuk
meneliti dan menentukan pekali kebolehpercayaan modul Program Maju Diri
(PMD), yang terdiri daripada tiga sub modul iaitu sub-modul PIC, sub-modul PCI
dan sub-modul PND.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen kerana Mohd Majid Konting
(1998) menerangkan ianya merupakan satu pendekatan untuk menentukan kesan
sesuatu olahan pembolehubah tidak bersandar (modul PMD) ke atas
pembolehubah bersandar (motivasi Pencapaian). Dengan lain perkataan, subjek
kajian akan diberi rawatan dengan mengikuti modul PMD dan setelah itu subjek
kajian menjawab soalselidik kebolehpercayaan bagi menentukan nilai pekali
kebolehpercayaan modul PMD tersebut. Setelah nilai pekali kebolehpercayaan
modul PMD diperolehi dan didapati nilainya tinggi maka baharulah modul PMD
boleh menentukan kesan pembolehubah tidak bersandar ke atas pembolehubah
bersandar.
Tempat Kajian
Kajian ini telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah di Negeri Selangor.
Kesemua sembilan daerah di Negeri Selangor iaitu Daerah Sepang, Gombak,
Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan
Kuala Selangor terlibat dalam kajian ini. Pemilihan Negeri Selangor sebagai
lokasi kajian adalah bersesuaian dengan persoalan dan tujuan kajian. Selain dari
itu hanya modul PMD sahaja yang dibangunkan dan digunakan di sekolahsekolah menengah di Negeri Selangor.
Subjek Kajian
Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar sekolah menengah yang berada di
Negeri Selangor sahaja. Ini disebabkan hanya Jabatan Pendidikan Selangor
sahaja yang melaksanakan program modul PMD. Populasi adalah sekolahsekolah menengah yang memenuhi persyaratan tertentu seperti sekolah
menengah di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Selangor yang telah

melaksanakan program modul PMD. Sejumlah 440 orang pelajar dari lapan buah
sekolah menengah telah dipilih secara rawak dan dijadikan sebagai subjek kajian.
Kaedah pemilihan subjek kajian ini ialah kesemua sembilan daerah di Negeri
Selangor iaitu Daerah Sepang, Gombak, Klang, Hulu Langat, Kuala
Langat, Hulu Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, ditulis
pada sehelai kertas secara berasingan dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak.
Kemudian dicabut sehelai daripadanya di mana daerah Kuala Langat telah terpilih
sebagai kawasan kajian. Kesemua 12 nama sekolah menengah yang ada di
daerah Kuala Langat ditulis pada sehelai kertas secara berasingan dan
dimasukkan ke dalam kotak. Setelah itu dicabut sehelai untuk mengenalpasti
sekolah yang terpilih sebagai subjek kajian. Sekolah yang terpilih tadi dimasukkan
semula ke dalam kotak yang sama dan dibuat cabutan buat kali kedua bagi
mendapatkan subjek kajian ke dua pula. Proses yang sama dilakukan bagi
mempastikan setiap sekolah mempunyai peluang yang sama untuk terpilih,
sehingga 11 sub modul PMD telah diwakili oleh sekolah-sekolah yang berkenaan.
Keputusan adalah seperti dalam Jadual 1.
JADUAL 1
Senarai nama sekolah di daerah Kuala Langat yang terpilih sebagai subjek kajian
untuk penilaian pekali kebolehpercayaan modul PMD
Bil.

Nama Sekolah

1.

SMK Tanjung Sepat, Kuala Langat

2.

SMK Jugra, Kuala Langat

3.
4.
5.
6.
7.
8.

SMK Sultan Abdul Samad, Kuala Langat


SMK Jenjarom, Kuala Langat
SMK Bukit Changgang, Kuala Langat
SMK Banting, Kuala Langat
SMK Sungai Manggis, Kuala Langat
SMK Batu Laut, Kuala Langat

Tingkatan

Komponen
Modul

3
1
1
2
3
1
4
5
2
3
2

PIC
PCI
PND
PIC
PCI
PIC
PIC
PIC
PND
PND
PCI

Alat Kajian
Alat kajian yang digunakan bagi menentukan nilai pekali kebolehpercayaan modul
PMD telah dicipta oleh penyelidik. Item-item soalan yang dicipta adalah
berdasarkan kepada langkah-langkah setiap aktiviti yang tercatat dalam setiap
sub modul PMD. Pandangan ini diambil berdasarkan kepada Vale (1998) yang
mengatakan bahawa pembinaan item-item soalan untuk menguji nilai pekali
kebolehpercayaan modul adalah berdasarkan kepada langkah-langkah setiap
aktiviti yang tercatat dalam modul. Vale (1998) menyatakan nilai pekali
kebolehpercayaan modul boleh ditentukan melalui soalselidik kebolehpercayaan.
Sebenarnya Vale (1998) telah menggunakan pendekatan selari dalam
menentukan nilai pekali kebolehpercayaan modul kejuruteraan.

Untuk memudahkan penjelasan proses menguji nilai pekali kebolehpercayaan


modul PMD sila lihat Rajah 1. Dalam rajah ini dijelaskan urutan proses menguji
nilai pekali kebolehpercayaan yang bermula dari proses pembinaan modul, proses
penelitian modul, proses mencuba modul, proses pemurnian modul dan proses
menguji nilai pekali kebolehpercayaan modul.
Dalam proses menguji nilai pekali kebolehpercayaan modul, pembinaan itemitem ujian memerlukan penelitian dengan berdasarkan kepada langkah-langkah
setiap aktiviti yang ada dalam modul, kemudian dilakukan proses percubaan dan
seterusnya dilakukan proses pembaikan dan pemurnian. Jika didapati nilai pekali
kebolehpercayaan modul adalah baik dan tinggi maka baharulah boleh diterima
sesuatu modul tersebut. Jika tidak memuaskan maka proses pengulangan dan
penyemakan semula perlu dilakukan. Rusell (1974), menyatakan bahawa
walaupun sesuatu modul itu telah mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan,
pemantauan harus dilakukan terhadap kebolehan dan kecekapan pelajar semasa
mengendalikan modul serta jika perlu harus dibuat pengulangan sekiranya pelajar
tidak dapat menguasai objektif modul tersebut.
Penganalisisan Data Statistik
Walaupun banyak data dan maklumat diperolehi dari kajian ini, namun artikel ini
hanya memberi tumpuan kepada data-data yang berkaitan dengan tujuan kajian
yang telah dinyatakan. Data-data yang berkaitan dengan tujuan tersebut telah
dianalisis menggunakan statistic Korelasi Pearson (r). Untuk memudahkan
pengiraan dan memastikan kiraan yang dilakukan tepat maka program computer
The Statistical Package for the Social Scienses (SPSS/PC+) (Norusis & SPSS,
1993) telah digunakan.
Sub-program yang digunakan ialah sub-program
Reliability model alpha. Dengan menggunakan sub-program ini nilai pekali
kebolehpercayaan bagi setiap komponen modul dapat ditentukan dan
dikenalpasti.
DAPATAN KAJIAN
Setelah dibuat pembetulan, pembaikan dan permurnian maka modul PMD telah
didedahkan kepada jurulatih-jurulatih yang mewakili setiap daerah yang ada di
Negeri Selangor. Semasa proses melatih ini, juga dilakukan penyemakan,
pembaikan,
pembetulan serta permurnian modul PMD. Seterusnya proses
melatih guru-guru pelaksana di setiap buah sekolah menengah dilakukan. Di
peringkat ini juga telah dilakukan penyemakan, pembaikan, pembetulan dan
permurnian modul PMD. Hal ini bertepatan dengan pendapat Rusell (1974), yang
menegaskan bahawa proses terpenting dalam menentukan nilai pekali
kebolehpercayaan modul ialah ketika proses mencuba modul dengan melihat
maklum balas pelajar.

MODUL PMD

PEMBINAAN MODUL

PENELITIAN MODUL

PROSES MENCUBA MODUL

PEMURNIAN MODUL

MENGUJI
KEBOLEHPERCAYAAN MODUL

Pembinaan Item-Item Ujian


Berdasarkan Langkah-Langkah Aktiviti
setiap aktiviti modul)
Penelitian dan Pemurnian
Item-item Ujian

Proses Pengujian

Memuaskan

Tidak

Ya

MODUL SEDIA
DIGUNAKAN

Rajah 1
Proses menguji pekali kebolehpercayaan modul PMD

Akhirnya setelah mendapati modul PMD ini benar-benar memuaskan baharulah


dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah menengah seluruh Negeri Selangor.
Dalam pada itu dari setahun ke setahun proses penyemakan, pembetulan,
pembaikan dan permurnian modul PMD masih terus dilakukan, lebih-lebih lagi
pihak Jabatan Pendidikan Selangor ada menyediakan borang khas memantau
perjalanan, perlaksanaan, kekuatan, kelebihan dan keberkesanan modul PMD.
Merujuk kepada hipotesis H1 iaitu terdapat nilai pekali kebolehpercayaan yang
tinggi di kalangan pelajar yang telah mengikuti modul PMD. Untuk tujuan
pengujian hipotesis ini, sebanyak 11 soal selidik telah dicipta oleh penyelidik dan
diberi kepada pelajar untuk menjawabnya setelah semua pelajar mengikuti modul
PMD tersebut. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan
koefisien Alpha Cronbach.
Murphy dan Davidshover (1998), menyatakan kebolehpercayaan merupakan
konsisten sesuatu pengukuran. Saifuddin Azwar (1986), menyebut bahawa
konsisten suatu alat pengukuran dalam mengukur pembolehubah adalah konsep
kebolehpercayaan alat pengukuran. Tiada satu ketetapan
standard telah
dibuat berkaitan dengan nilai kebolehpercayaan sama ada oleh para penyelidik
dari negara barat mahupun penyelidik dalam negara Malaysia. Valette (1977),
mencadangkan nilai kebolehpercayaan alat pengukuran paling minima yang boleh
diterima pakai ialah .50, Mohd Majid Konting (1998), menyatakan sekurangkurangnya .60, Fraenkel dan Wallen (1996) menyatakan .70, Edward dan Richard
(1979) menyatakan .80, Ahmann dan Glock (1981) menyatakan .85 dan Hopkins
(1998) menyatakan nilai kebolehpercayaan paling minima ialah .90.
Modul PMD yang telah dilalui oleh semua pelajar di Negeri Selangor menunjukkan
nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi iaitu melebihi .8. Bersama-sama ini
disertakan keputusan nilai pekali kebolehpercayaan modul PMD (lihat Jadual 2).
JADUAL 2
Nilai Pekali Kebolehpercayaan Modul Program Maju Diri
Jabatan Pendidikan Selangor
Bil.

Nama Sub-Modul PMD

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Pendekatan Insan Cemerlang


Pendekatan Insan Cemerlang
Pendekatan Insan Cemerlang
Pendekatan Insan Cemerlang
Pendekatan Insan Cemerlang
Pendekatan Cahaya Iman
Pendekatan Cahaya Iman
Pendekatan Cahaya Iman
Pendekatan Nilai Diri
Pendekatan Nilai Diri
Pendekatan Nilai Diri

Tingkatan
1
2
3
4
5
1
2
3
1
2
3

Nilai Pekali
Kebolehpercayaan
.9737
.9662
.9152
.9388
.9553
.9111
.9539
.8247
.9417
.8731
.8482

PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini membuktikan bahawa modul PMD Jabatan Pendidikan
Selangor mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi. Jika dibuat
perbandingan keputusan nilai kebolehpercayaan modul PMD menunjukkan
bahawa sub modul Pendekatan Insan Cemerlang (PIC) mempaparkan nilai
pekali kebolehpercayaan yang paling baik berbanding dengan sub modul
Pendekatan Cahaya Iman (PCI) dan sub modul Pendekatan Nilai Diri (PND). Ini
membuktikan bahawa sub modul Pendekatan Insan Cemerlang (PIC) adalah yang
terbaik dari aspek nilai pekali kebolehpercayaannya dan diikuti pula sub modul
Pendekatan Cahaya Iman (PCI) dan akhirnya sub modul Pendekatan Nilai Diri
(PND). Kesemua nilai pekali kebolehpercayaan komponen modul PMD adalah
melebihi .80 dan ianya menepati pandangan Edward dan Richard (1979) yang
menyatakan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan sesuatu alat ukuran sekurangkurangnya .80, malahan kebanyakan nilai kebolehpercayaan modul PMD melebihi
.90. Hal ini menepati pandangan Hopkins (1998) yang menyatakan nilai
kebolehpecayaan alat ukuran perlulah melebihi .90.
Jika dibuat perbandingan antara kesemua sub-modul PMD, keputusan kajian
menunjukkan bahawa sub-modul Pendekatan Insan Cemerlang (PIC) tingkatan
satu mencatat nilai pekali kebolehpercayaan yang paling tinggi iaitu dengan nilai
.9737, diikuti sub-modul Pendekatan Insan Cemerlang (PIC) tingkatan dua
dengan nilai .9662. Nilai pekali kebolehpercayaan yang paling rendah ialah sub
modul Pendekatan Cahaya Iman (PCI) dengan nilai .8247. Walaupun nilainya
paling rendah tetapi ianya masih menepati syor yang dikemukakan oleh Edward
dan Richard (1979), Mohd Majid Konting (1998), Valette (1977) dan Fraenkel dan
Wallen (1996). Kesimpulannya nilai pekali kebolehpercayaan modul Program
Maju Diri adalah baik dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
tokoh penyelidik dari negara barat.
IMPLIKASI KAJIAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa modul PMD Jabatan Pendidikan
Selangor telah mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan yang baik. Kesemua 11
sub-modul PMD telah diterima pakai sebagai alat yang boleh memberi bimbingan,
motivasi, sokongan, semangat, nasihat, dan pandangan ke arah membawa
pelajar sekolah menengah menuju tahap kecemerlangan menyeluruh daripada
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek berteraskan Falsafah Pendidikan
Negara.
Daripada aspek menilai pekali kebolehpercayaan modul, didapati bahawa
pandangan Vale (1998) yang menyatakan pembinaan item-item soalan boleh
dibina berdasarkan kepada langkah-langkah aktiviti modul. Jika dilihat dalam
Jadual 2, menunjukkan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan adalah tinggi dan
menepati kehendak Vale (1998). Oleh yang demikian, penyelidik merasakan
untuk menguji kebolehpercayaan sesuatu modul, item-itemnya boleh dibina
berdasarkan kepada langkah-langkah aktiviti modul.

Yang paling penting ialah membantu para penyelidik lain, bagaimana untuk
menguji nilai pekali kebolehpercayaan modul-modul yang terdapat di negara
Malaysia. Secara tidak lansung dapatan kajian ini mampu mengalakkan
penciptaan modul-modul baru pada masa-masa akan datang. Hakikatnya modul
merupakan alat, bahan dan sumber yang boleh meningkatkan motivasi dan
pencapaian di kalangan para pelajar sekolah malah dapat meningkatkan minat
pelajar ke arah proses pengajaran dan pembelajaran serta membantu para guru
memudahkan proses pengajaran di dalam bilik darjah.
Adalah diharapkan modul-modul seumpama ini dapat diperluaskan
penggunaannya di semua sekolah di seluruh negara bahkan jika boleh menjadi
bahan rujukan dan panduan oleh sekolah-sekolah swasta. Sekolah-sekolah
berkenaan juga boleh mencipta modul seumpama ini untuk dipraktikkan di
sekolah masing-masing agar penggunaan modul akan lebih meluas pada masamasa akan datang.
CADANGAN KAJIAN
SehubungaN dengan dapatan kajian yang telah diperoleh mengenai nilai pekali
eboehpercayaan modul PMD, maka berikut diperturunkan bebebrapa cadangan
khususbya kepada Jabatan Pendidikan Selangor dan Pembina-pembina modul:
1. Oleh kerana nilai pekali kebolehpercayaan modul PMD adalah tinggi ,maka
adalah dicadangkan agar modul PMD dilaksanakan secara lebih
komprehensif dan besungguh-sungguh di semua sekolah menengah di
Negeri Selangor tanpa mengira sama ada sekolah itu adalahsekolah
bantuan penuh kerajaan, sekolah swasta, sekolah harian biasa, sekolah
berasrama penuh, sekolah agama negeri, sekolah agama persekutuan
mahupun sekolah teknik.
2. Memandangkan sub-modul PIC mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan
yang paling tinggi berbanding dengan sub-modul PCI dan sub-modul PND
maka adalah dicadangkan agar sub-modul PIC digunakan untuk semua
pelajar sekolah menengah tanpa mengira latar belakang khususnya agama
dan ras. Dengan itu, aktiviti yang diberikan kepada semua pelajar adalah
sama dan ini akan menyumbangkan kepada perpaduan dan wujudnya
kasih sayang berbilang bangsa kerana semua bangsa dapat melalui
program yang sama.
3. Kajian ini menunjukkan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan modul boleh
ditentukan menggunakan pendekatan pembinaan soal selidik berdasarkan
langkah-langkah dalam aktiviti modul seperti mana yang disarankan oleh
Vale (1998). Oleh yang demikian adalah dicadangkan agar pengkajipengkaji atau pembina-pembina modul di masa akan datang dapat
menggunakan pendekatan pembinaan soal selidik kebolehpercayaan
modul berdasarkan langkah-langkah dalam aktiviti modul.
4. Walaupun kajian ini menunjukkan modul PMD mempunyai nilai pekali
kebolehpercayaan yang tinggi namun daripada segi pelaksanaan modul ini
tidak semestinya memberikan hasil seperti yang diharapkan. Ini banyak

bergantung kepada cara dan kaedah perlaksanaan sama ada mengikut


piawaian yang telah ditentukan. Oleh itu, adalah dicadangkan agar satu
lagi kajian yang sama dijalankan untuk menentukan nilai pekali
kebolehpercayaan modul PMD adalah tinggi.
5. Adalah dicadangkan juga agar kajian lanjutan berhubung dengan nilai
pekali kebolehpercayaan modul PMD dijalankan di negeri-negeri lain di
seluruh Negara. Sekiranya keputusan yang diperolehi berkaitan kualiti
psikometrik seperti nilai pekali kebolehpercayaan adalah sama seperti yang
diperolehi dalam kajian ini, maka adalah dicadangkan agar modul PMD
diperluaskan penggunaannya ke seluruh Negara.
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin (1995). Penilaian afektif. Kajang: Masa Enterprise.
Ahmann, J.S & Glock, M.D (1981). Evaluating students progress: Principles of
test and measurement. Boston: Allyn and Bacon, Inc.
Creager & Murray (1985). The International
Oxford: Pergamon Press Ltd.

Encyclopedia

of

Education.

Edward G. Carmines & Richard A. Zeller (1979). Reliability And


Assessment. United States Of America: Sage Publication, Inc.

Validity

Fraenkel, J.R & Wallen, N.E (1997).


How To Design And Evaluate
Research In Education. 3 rd.ed. New York: Mc. Graw. Hill, Inc.
Hopkins, K.D (1998). Educational And Psychological
Evaluation. 8th Edition.Boston: Allyn And Bacon.
Husen, T & Postlethwaite, T.N (1985). The International
Education. Oxford: Pergamon Press Ltd. Valume 5 & 6.
Jabatan Pendidikan Selangor (1997). Laporan
PMD. Shah Alam: Unit Hal Ehwal Murid.

Kajian

Measurement And
Encyclopedia Of

Keberkesanan Modul

Jabatan Pendidikan Selangor (1998). Modul Program Maju Diri Tingkatan


1-5 (Pendekatan Insan Cemerlang). Shah Alam: Unit Hal Ehwal Murid.
Jabatan Pendidikan Selangor (1998). Modul Program Maju Diri Tingkatan 13 (Pendekatan Cahaya Iman). Shah Alam: Unit Hal Ehwal Murid.
Jabatan Pendidikan Selangor (1998). Modul Program Maju Diri Tingkatan 13 (Pendekatan Nilai Diri). Shah Alam: Unit Hal Ehwal Murid.
Jabatan Pendidikan Selangor (1999). Statistik tahun 1999. Shah Alam:Unit
Maklumat

Julie Cotton (1995). The theory of assessment: An introduction. London: Kogen


Page Limited.
Kamdi Kamil (1991). Keberkesanan Program Pengayaan Alam Dan Manusia
Secara Bermodul Untuk Murid-Murid Pencapaian Tinggi Tahun Lima. Tesis
sarjana. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Klingstedt, J.L (1973). Learning Modules For Competency-Based Education.
New Jersey: Educational Technology Publications Engkewood Cliffs.
Mohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Keempat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Murphy, Keven. R & Davidshover, Charle. O (1994). Psychological Testing.
Principles And Application. Fourth Edition. New Jersey: Prentice Hall.
Rusell, J.D (1974). Modular Instruction: A Guide To The Design, Selection,
Utilization And Evaluation Of Modular Materials. United States: Publishing
Company.
Saifuddin Azwar (1986).
Reliabilitas
komputasi. Jogjakarta: Liberty.

dan

validatas:

Interpretasi

dan

Shahrom Noordin & Yap Kueh Chin (1991).


Ke arah Mengindividukan
Pengajaran Menerusi Pengajaran Bermodul. Jurnal Pendidikan Guru, 7:
89-107. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Shahrom Noordin (1995). Pencapaian akademik para pelajar tingkatan
empat dalam mata pelajaran fizik menerusi kaedah pengajaran
bermodul, Jurnal Guru. 7: 474-479. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Sharifah AlwiahAlsagoff (1981).
Pengenalan pengajaran individu dengan
tumpuan khas kepada modul pengajaran dan modul pembelajaran. Jurnal
Pendidik dan Pendidikan, 3(1): 54-62. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.
Stephen Munby (1989). Assesing
Black Well Ltd.

and recording cchievement. England: Basil

Suhaili Abd Rahim (1994). Kebolehpercayaan penilaian guru terhadap kerja


kursus mata pelajaran kemahiran hidup program peralihan. Latihan
ilmiah yang tidak diterbitkan. Tesis Sarjana. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.
Subahan T. Meerah (1990). Pembinaan alat kajian untuk mengukur tingkah laku
pengajaran di sekolah dan di universiti. Jurnal Pendidikan, 15: 43-63.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Valette, Rebecca M. (1977). Modern language testing: A hand book. (2nd


Edition). New York: Harcourt Brace Jovanovich.
Vale, J.D. (1998).
Julai 2002).

Traditional reliability. http://www.ece.edu/-koopman/de.

(23

Zaid Ali (1997). Kebolehpercayaan aan kesahan


ramalan
instrumen
pengajian bahasa Melayu peperiksaan percubaan STPM. Latihan ilmiah
yang tidak diterbitkan. Tesis Sarjana. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Zarina Abd Wahab (1991).
Keberkesanan
modul motivasi terhadap
peningkatan motivasi pencapaian pelajar matrikulasi Kolej Pendita
Zaba, UPM. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Zulaiha Paikon
(1991). Keberkesanan penggunaan kaedah modul dalam
pengajaran tatabahasa bahasa Melayu di Sekolah Menengah Dato
Penggawa Barat, Pontian, Johor. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.

You might also like