You are on page 1of 2

Kemiskinan bandar merupakan kemelut alaf baru yang membelenggu pelbagai pihak.

Berdasarkan pertimbangan anda secara logik dan kritis, bincangkan cadangan


penambahbaikan bagi menangani kemelut tersebut.
Kemiskinan bandar merupakan satu kawasan yang mempunyai populasi pendukk melebihi 10
000 orang dan menjadi pusat pentadbiran sesebuah negeri atau daerah. Seperti kebanyakan
negara membangun yang lain, Malaysia telah mengalami proses urbanisasi pesat. Namun,
kemelut ekonomi yang melanda dunia telah memberi kesan kepada mereka yang
berpendapatan rendah. Sementara yang paling teruk terjejas adalah golongan miskin tegar di
kawasan bandar. Golongan miskin bandar ini mengharungi kehidupan yang mencabar
walaupun dalam senario ekonomi yang memberansangkan kerana kos kehidupan yang lebih
tinggi di bandar. Akan tetapi, berbagai langkah yang telah dijalankan bagi mengurangkan
populasi kemiskinan di bandar.
Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan menyediakan rumah-rumah kos rendah.
Rumah kos rendah ini dibuat bagi mengelakkan penduduk miskin membeli rumah yang
mahal. Hal ini juga dapat mengurangkan masalah kawasan setinggan di sesuatu bandar. Jika
di Malaysia, harga rumah kos rendah boleh dijual dengan harga antara RM21, 500 dan RM
35, 000 setiap unit oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Perumahan Negara
(JPN). Selain itu, Projek Perumahan Rakyat juga berperanan sebagai membasmi rumah
setinggan di dalam golongan miskin. Bagi golongan yang miskin tegar, mereka boleh
memohon untuk mendapatkan rumah hasil daripada Projek Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT). Dengan itu, langkah untuk mengurangkan rumah setinggan dapat dicapai.
Seterusnya adalah dengan menggalakkan penduduk untuk menceburi di dalam bidang
perniagaan. Menjalankan sebuah perniagaan dapat membantu penduduk untuk menceburi di
dalam bidang perniagaan disamping dapat menghasilkan pendapatan untuk diri sendiri.
Galakkan ini juga dibantu dengan penyediaan kursus perniagaan percuma kepada yang
berminat untuk menceburi di dalam bidang perniagaan. Salah satu perniagaan tersebut adalah
penceburan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Penduduk golongan miskin dapat
memperolehi pendapatan dengan berniaga seperti menjual kuih muih, kraftangan atau hasil
pertanian. IKS juga turut dibantu oleh MARA dimana jika peniaga yang tidak mempunyai
modal dapt meminjam modal tersebut daripada MARA.
Disamping itu, kawalan harga juga memainkan peranan yang amat penting kepada seluruh
masyarakat di sesebuah bandar. Harga barang yang tinggi merupakan salah satu faktor kepada

peningkatan taraf hidup penduduk. Hal ini dapat dilihat kepada penduduk yang pendapatan
rendah di mana mereka semakin susah untuk memenuhi kendak hidup mereka kerana mereka
hanya memikirkan untuk membayar sewa, barangan domestik dan minyak. Oleh itu, kerajaan
memainkan peranan yang amat penting dalam mengawal harga baragan bagi mengurangkan
masalah kemiskinan. Oleh itu, Akta Kawalan Harga 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1969
harus dianalisis semula.
Selain itu, kawalan terhadap kemasukan pekerja asing juga harus dilakukan bagi
mengurangkan lagi persaingan antara pekerja tempatan dengan pekerja asing untuk
mendapatkan sesuatu pekerjaan. Hal ini dapat dilihat di dalam sektor pertanian di mana pada
masa kini ramai dikalangan pekerja di kawasan perladangan (pertanian) terdiri daripada
pekerja-pekerja asing. Pengurangan pekerja asing dapat mendorong penduduk yang
menganggur bekerja.
Kesimpulannya, kemiskinan bandar amat dititikberatkan bagi mengelakkan sesebuah
bandar menjadi sebuah bandar miskin. Oleh itu, setiap pihak hendaklah bekerjasama bagi
mengelakkan perkara ini berlaku.

You might also like