You are on page 1of 4

http://pdknet.com.my/forum/index.php?topic=722.

0;wap2
Sindrom Down
(1/1)
penafikir:
Apakah Sindrom Down?
Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada
kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21
(biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.
Sindrom Down
Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir
dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan
dengannya..
Nota :
Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada
sesuatu penyakit
Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang
pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866
Apakah kekerapan terjadinya Sindrom Down?
Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi
dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.
Bagaimanakah Sindrom ini disahkan?
Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan
kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh dilakukan semasa
kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban
(amniotic fluid)
Ciri-ciri fizikal
Ciri-ciri fizikal termasuklah:
Tubuh yang pendek
Kepala bersaiz kecil
Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
Lidah terjelir
Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang
besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.

Pertumbuhan yang lambat.


Kecacatan mental yang ringan atau sederhana
Gambar seorang kanak-kanak Sindrom Down
Masalah-Masalah Kesihatan yang Berkaitan Sindrom Down dan Rawatan
Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur
Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan
kanak-kanak.
Lambat atau sukar dalam pembelajaran
Lambat dalam pertuturan
Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar dari program pengesanan awal,
pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat dari doktor atau jururawat anda
tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling
hampir dengan tempat tinggal.
Penyakit jantung kongenital
Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit
jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa
Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan
sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit
ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan.
Kecacatan pertumbuhan perut
Intestinal atresia
Tiada dubur
Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu di bedah. Walaupun jarang
berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa.
Mudah mendapat jangkitan
Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera
bila demam atau nampak kurang sihat.
Masalah pendengaran dan penglihatan
Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.
Gangguan fungsi Tiroid
Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya
tiroxin
Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk mengawal
pengeluaran hormon.
Barah (kanser)
Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa
Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.
Pencegahan

Kaunseling keturunan: Risiko untuk mendapat anak berikutnya yang juga Sindrom Down
bergantung kepada jenis kecacatan kromosom anak dan umur ibu bapanya.
Kadar risiko kejadian berulang adalah 1%
Amalan merancang keluarga
Pemulihan
Program intervensi
Terapi carakerja
Terapi pertuturan
Pendidikan khas
Latihan kemahiran khas
Tujuan rawatan pemulihan ialah bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai keupayaan
dan perkembangan maksima serta mampu berdikari.
Program pemulihan boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di pusatpusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan. Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat
sumber tempatan seperti: hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan
Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas).
Kanak-kanak ini perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan
penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna.
Doktor yang merawat perlu mengisi borang-borang tertentu untuk memudahkan merancang
program intervensi awal.
Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk mendapat
beberapa keistimewaan rawatan kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan..
Kumpulan Sokongan
Terdapat banyak kumpulan sokongan di seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh didapati dari
internet. Contohnya:
Kiwanis Down Syndrome Foundation
Alamat : KDSF-National Centre
Lot 13490 Jalan Jenjarum, off Jalan SS23/1, Taman SEA
47400 Petaling Jaya
Tel: 03-78030179 Fax: 03-78064862
Website : www.kdsf.org.my
e-mail : admin@kdsf.org.my
info@kdsf.org.my
Persatuan Sindrom Down Malaysia
Alamat : 79 Lingkungan U-Thant, 55000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42579818

Website : http://www.mysindromdown.org
e-mail : psdm@tm.net.my
Langdon Down Centre
2a Langdon Park
Teddington
TW11 9PS
Tel : 0845 230 0372
Fax : 0845 230 0373
Website : http://www.downs-syndrome.org.uk
Email : info@downs-syndrome.org.uk
Sumber : info sihat.gov.my

You might also like