You are on page 1of 42

SIKAP PELAJAR TAHUN 5 TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN KESIHATAN (PJK) DI SK. KANIBONGAN, PITAS

ANDARIAN MASIDOL
910605-12-5539
MP1512199T

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

BIL
1.

PERKARA

MUKA SURAT
1

Isi Kandungan
Bab 1
Pengenalan

2.

- Pendahuluan
- Latar Belakang Kajian
- Pernyataan Masalah
- Tujuan Kajian
- Soalan Kajian
- Hipotesis Kajian
- Definisi Kajian
- Kepentingan Kajian
- Limitasi Kajian
- Etika kajian
- Rumusan
Bab 2

2 - 13

Sorotan Literatur
3.

- Pendahuluan
- Teori
- Kajian Lepas
- Rumusan
Bab 3

14 - 22

Metadologi Kajian

4.

5.

Pendahuluan
Rekabentuk Kajian
Responden Kajian
Lokasi Kajian
Tatacara Pemerolehan dan Pengumpulan

Data
Protokol Kajian
Kesahan dan Kebolehpercayaan
Analisis Data
Rumusan

Bibliografi/ Rujukan

23 - 37

38 - 39

BAB 1
PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) merupakan sebahagian


daripada integral daripada proses pendidikan secara keseluruhannya. Mata
pelajaran PJK di sekolah mempunyai peranan yang sangat unik jika dibandingkan
1

dengan mata pelajaran lain yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) dalam sistem pelajaran masa kini. PJK merupakan satu mata
pelajaran yang digunakan untuk mengembangkan tahap kognitif dan afektif
seseorang murid secara bersepadu dan seimbang dalam pelbagai aspek. Selain
itu, PJK juga berfungsi untuk perkembangan fizikal dan psikomotor seseorang
murid.
Mata pelajaran PJK telah mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan
Malaysia

(KPM)

kecemerlangan.

sebagai
Buktinya,

satu

bidang

pihak

yang

KPM

perlu

telah

bagi

mengorak

mencapai
langkah

tahap
bagi

merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan seperti yang terkandung dalam


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah menjadikan mata pelajaran PJK
sebagai mata pelajaran elektif di sekolah rendah untuk semua darjah di setiap
sekolah. Hal ini menunjukkan bahawa kesungguhan KPM dalam melahirkan
individu yang seimbang dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI)
dapat dilihat dengan sangat jelas dalam pelaksanaan sesi pengajaran dan
pembelajaran PJK dijalankan di sekolah kini.
Mata pelajaran PJK yang dijadikan sebagai mata pelajaran elektif di
sekolah rendah KPM kini adalah bertujuan untuk mendedahkan murid-murid
kepada beberapa aspek penting yang boleh membawa murid-murid tersebut
untuk bergiat aktif dan cergas dalam berbagai aktiviti termasuklah sukan dan
riadah. Oleh yang demikian, seorang guru PJK seharusnya mempelbagaikan cara
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini supaya murid-murid tidak
berasa bosan untuk mengikuti kelas PJK ini sekaligus dapat membentuk individu
murid yang seimbang dan harmonis

dalam aspek JERI selaras dengan hasrat

dan aspirasi FPK.

Selain itu, perkembangan ke arah memajukan sukan serta menarik minat


untuk menyertai sukan

di kalangan murid akan dapat ditimbulkan dalam diri

murid melalui mata pelajaran PJK. Perkara ini akan dapat direalisasikan melalui
pengetahuan

dan

pengalaman

yang

dilalui

dalam

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran mata pelajaran PJK. Keprihatinan KPM terhadap aspek kecergasan


dan kesihatan murid-murid di sekolah pada masa kini tidak dapat kita nafikan.
Buktinya, pelaksanaan program

1 Murid 1 Sukan
2

yang diperkenalkan oleh

KPM beberapa tahun lalu membolehkan semua murid dapat melibatan diri dalam
bidang sukan dengan lebih berkesan lagi. Murid-murid dapat mengenali serta
mengikuti aktiviti sukan secara langsung. Hal ini menunjukkan bahawa KPM
dapat

memainkan

berpengetahuan,

peranan

penting

berkemahiran

dan

dalam

menyediakan

profesional

untuk

murid

yang

mempertingkatkan

kecergasan dan kesihatan murid-murid.


Kurikulum PJK yang telah digubal juga adalah bagi memenuhi keperluan
murid-murid sekolah rendah di Malaysia bagi melahirkan murid yang berwibawa
dan berpengetahuan dalam mata pelajaran PJK. Selaras dengan itu juga mata
pelajaran PJK ini juga akan dapat melahirkan murid yang berketerampilan dan
mampu menggunakan segala kemahiran dan pengetahuan yang mereka pelajari
bagi menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul terutama sekali
masalah yang berkait rapat dengan aktiviti PJK.

1.2

Latar Belakang Kajian

Mengikut Kamus Dewan (2000), sikap bermaksud kelakuan. Eagly (1992) pula
menyatakan sikap ialah kecenderungan psikologikal yang ditunjukkan melalui
penilaian kepada sesuatu benda atau situasi. Walaubagaimanapun, ada masa
tertentu bahawa sikap berbentuk positif, negative ataupun neutral. Oleh yang
demikian, sikap juga merupakan salah satu daripada garis panduan seseorang
individu untuk membuat keputusan tentang apa yang individu tersebut lihat,
dengar, fikir dan buat. Sikap adalah satu konsep penting yang boleh membantu
manusia untuk memahami dunia persekitaran sosial mereka. Justeru itu, melalui
sikap seseorang individu, maka seseorang individu tersebut akan berjaya
mengenal pasti bagaimana cara beliau untuk melihat dan memikirkan tentang
individu lain yang berada di sekelilingnya, isu-isu sosial dan lain-lain bentuk sikap
serta bagaimana cara untuk bertingkah laku.
Justeru itu, melihat kepada fungsi yang dimainkan oleh sikap dalam diri
seseorang individu terutama sekali dalam kehidupan seharian seseorang, maka
pengkaji telah tergerak hati untuk melihat sesi pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dilaksanakan di sekolah.
Pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJK ini, pengkaji
sering kali melihat terdapat beberapa orang murid tahun lima jarang mengikuti
aktiviti yang dilakukan oleh guru. Selain itu, terdapat juga murid yang sangat
3

aktif untuk mengikuti beberapa jenis aktiviti yang dijalankan oleh guru PJK dan
kadang-kadang murid tersebut langsung tidak mahu melakukan aktiviti yang
dibuat oleh guru. Maka, pengkaji merasakan bahawa terdapat punca atau faktor
yang mengganggu murid dan seterusnya menjadi masalah utama kenapa
berlakunya tindak balas murid yang berlainan terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran PJK.
Melihat kepada permasalahan tersebut, pengkaji semakin tidak sabar
untuk mengetahui apakah punca berlakunya masalah ini. Oleh yang demikian,
pengkaji telah membuat pemerhatian secara tidak berstruktur kepada beberapa
sesi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJK di Sk.
Kanibongan, Pitas yang juga merupakan tempat pengkaji bertugas. Selain itu,
pengkaji juga telah membuat sesi temubual dengan guru mata pelajaran PJK
untuk mengetahui serba sedikit tentang apakah punca berlakunya masalah ini.
Hasil daripada pemerhatian tidak berstruktur serta temu bual secara tidak
berstruktur yang dilaksanakan oleh pengkaji, pengkaji

telah merumuskan

mendapati bahawa sikap murid terhadap mata pelajaran PJK ini menjadi punca
berlakunya masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini.
Justeru itu, pengkaji berpendapat bahawa masalah sikap dalam mata
pelajaran PJK ini haruslah ditangani dengan lebih serius lagi. Maka dalam kajian
ini, pengkaji akan melihat apakah perbezaan cirri demografi dan hubungan
faktor guru akan mempengaruhi sikap murid tahun 5 terhadap mata pelajaran
PJK ini. Hal ini penting untuk diketahui oleh setiap individu yang bergelar guru
untuk memudahkan perancangan aktiviti pada setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran. Perancangan aktiviti yang berkesan serta bersesuaian akan
membolehkan seseorang murid itu berasa seronok untuk menimba ilmu atau
input yang diajar oleh guru. Hal ini akan sekaligus membolehkan motivasi murid
untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran PJK ini
akan terus meningkat dan sekaligus membolehkan mata pelajaran ini terus
dapat dimartabatkan di mata umum.

1.3

Pernyataan Masalah
4

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) merupakan salah satu
mata pelajaran yang dapat menghasilkan pendidikan yang menyeluruh meliputi
domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Mata pelajaran PJK ini
merupakan salah satu mata pelajaran yang memberikan peluang kepada murid
untuk mencuba dan mengalami proses pembelajaran melalui penglibatan
mereka secara langsung dalam aktiviti fizikal yang mereka ikuti semasa
mengikuti sesi

pengajaran dan pembelajaran PJK ini. Wee Eng Hoe (2002)

berpendapat bahawa PJK menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup


aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapi
dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman pembelajaran yang
dialami oleh murid-murid semasa mengikuti pelaksanaan mata pelajaran PJK
juga seharusnya dapat meningkatkan pembangunan penguasaan kemahiran
motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan dalam
menjadi aktif dan dapat mengapresiasikan faedah dalam aktiviti fizikal. Oleh itu,
mata pelajaran PJK ini haruslah diajar dengan lebih terancang dan terperinci
serta mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran supaya murid tidak
berasa bosan. Perkara ini sekaligus dapat menghasilkan satu proses pendidikan
yang menyeluruh dan berkesan.
Justeru itu, bagi mencapai matlamat di atas, pelaksanaan pengajaran PJK
perlulah dilakukan mengikut kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
telah dikemukan oleh beberapa pelopor terkenal seperti pengajaran dan
pembelajaran secara timbal balik dan sebagainya. Pada masa yang sama,
pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh seorang
guru untuk melaksanakan atau menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
PJK haruslah selari dengan falsafah dan objektif yang telah dikemukakan dalam
Standard pembelajaran PJK yang sudah digubal oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Ini bermakna bahawa keberkesanan pelaksanaan pengajaran PJK
sebenarnya bergantung kepada keupayaan dan kebolehan seorang guru untuk
menyampaikan isi pelajaranya sebagaimana yang terkandung dalam kurikulum
PJK. Keupayaan dan kebolehan seseorang guru untuk menyampaikan sesi
pengajaran yang dapat menarik perhatian murid dapat memastikan pencapaian
sesuatu objektif pengajaran yang telah ditetapkan oleh guru PJK. Setiap objektif
yang mahu dicapai pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran hendaklah
selaras dan menepati kehendak FPK masa kini.

Walaubagaimanapun,

keberkesanan

pelaksanaan

pengajaran

mata

pelajaran PJK bergantung kepada saling hubungan atau perkaitan pelbagai faktor
seperti yang dinyatakan di atas. Kepentingan faktor-faktor ini telah dinyatakan
oleh Marliave (1979) yang mendapati bahawa keberkesanan sesuatu pengajaran
dan pembelajaran adalah bergantung

kepada saling hubungan antara faktor

pengajaran guru, kandungan pengajaran, objektif pembelajaran serta masa yang


diperuntukkan dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran PJK ini.
Manakala, Wee Eng Hoe (2002) mendapati bahawa keberkesanan dan
kepentingan pelaksanaan pengajaran mata pelajaran PJK ini adalah bergantung
kepada keselarasan penyeliaan pihak pentadbir terhadap faktor-faktor yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran PJK di sekolah. Perkara-perkara
ini akan dapat meletakkan mata pelajaran PJK ini setaraf dengan mata pelajaran
lain yang diajar di setiap sekolah rendah seluruh Malaysia. Oleh itu, faktor-faktor
ini merupakan penentu kepada tahap keupayaan dan keberkesanan pelaksanaan
bagi mata pelajaran PJK dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.
Mata

pelajaran

PJK

merupakan

salah

satu

mata

pelajaran

yang

sememangnya telah lama diajar di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia.


Mata pelajaran PJK ini diperkenalkan bertujuan untuk mendedahkan kepada
murid tentang pengetahuan serta memberikan pengalaman kepada murid dalam
topik-topik yang diperkenalkan dalam PJK.

Walaubagaimanapun, pengkaji

mendapati bahawa kajian mengenai sikap murid terhadap mata pelajaran PJK di
kalangan murid tahun 5 adalah pada satu bilangan atau jumlah yang sedikit.
Justeru itu, perkara tersebut telah mengetuk

seterusnya membuka pintu hati

dan fikiran pengkaji untuk membuat satu kajian yang berkaitan dengan sikap
murid-murid tahun 5 terhadap mata pelajaran PJK yang diajar di Sk. Kanibongan,
Pitas, Sabah.
Kajian ini adalah penting bagi pengkaji untuk mengetahui sikap murid
terhadap mata pelajaran PJK yang diajar di sekolah rendah ini agar pihak sekolah
amnya dan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) khasnya dapat memperbaiki
segala kelemahan yang ada dalam kurikulum pendidikan bagi mata pelajaran PJK
ini. Melalui hasil daripada keputusan pelaksanaan kajian ini, maka pihak berwajib
akan dapat mengubah serta menambah baik pelbagai perkara yang dirasakan
boleh diubahsuai untuk memartabatkan lagi mata pelajaran PJK ini di mata

masyarakat umum serta meningkatkan kualiti pendidikan terutama sekali bagi


mata pelajaran PJK ini di persada yang lebih tinggi.

Keperluan untuk megenalpasti sikap murid tahun 5 di Sk. Kanibongan


yang

berkaitan

dengan

proses

meningkatkan

kemahiran

dan

tahap

profesionalisme mereka juga perluditekankan dalam kajian ini. Justeru itu, satu
inisiatif untuk mengenalpasti sikap murid ini haruslah difikirkan dan seterusnya
membuat satu kajian tentang perbezaan ciri demografi dan hubungan faktor
guru terhadap sikap murid tahun 5 bagi mata pelajaran PJK di Sk. Kanibongan,
Pitas ini dalam

mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran PJK. Perkara ini

haruslah dilaksanakan agar pihak berwajib dapat melaksanakan satu bentuk


kurikulum yang sesuai dengan perkembangan zaman moden kini sekaligus dapat
memenuhi kehendak masyarakat amnya serta keperluan Negara kita Malaysia
khasnya pada suatu masa kelak.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa kajian ini adalah untuk mengetahui
sejauh manakah perbezaan ciri demografi dan hubungan faktor guru terhadap
sikap murid tahun 5 bagi mata pelajaran PJK di Sk. Kanibongan, Pitas ini supaya
dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran murid tahun 5 dalam
mata pelajaran PJK ini pada suatu masa kelak supaya selaras dengan arus
perkembangan teknologi zaman globalisasi kini. Pada masa yang sama, kajian ini
akan membawa pengkaji untuk menerokai dengan lebih dalam lagi tentang teoriteori sikap yang telah dikemukakan oleh beberapa pelopor terkenal zaman
lampau yang boleh dijadikan oleh pengkaji sebagai panduan dalam menjalankan
kajian ini serta dapat mempelbagaikan teknik, cara dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam mata pelajaran PJK untuk membantu dan
menarik perhatian murid untuk menimba pelbagai ilmu dan pengetahuan dalam
mata pelajaran PJK.

1.4

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah perbezaan ciri demografi
dan hubungan faktor guru terhadap sikap murid tahun 5 bagi mata pelajaran PJK
di Sk. Kanibongan, Pitas. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenalpasti
sejauh manakah aspek-aspek yang berkaitan dengan peranan dan penglibatan
murid, kurikulum, falsafah dan objektif serta bekalan masa yang diperuntukkan
dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran PJK di sekolah. Selain
itu, kajian in juga turut mengenalpasti sama ada terdapatnya pengabaian dalam
pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran PJK yang
dijalankan di Sk. Kanibongan, Pitas ini.
Secara khususnya, Objektif kajian ini adalah untuk :i.

Mengenalpasti tahap bagi sikap seseorang murid tahun 5 secara

ii.

keseluruhan terhadap mata pelajaran PJK di Sk. Kanibongan, Pitas.


Mengenalpasti terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap sikap
murid tahun 5 terhadap mata pelajaran PJK dalam aspek ciri demografi

iii.

jantina.
Mengenalpasti terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap sikap
murid tahun 5 terhadap mata pelajaran PJK dalam aspek ciri demografi

iv.

bangsa.
Mengenalpasti terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap murid

v.

tahun 5 terhadap mata pelajaran PJK dengan faktor guru.


Mengenalpasti faktor guru mempengaruhi sikap murid murid tahun 5
terhadap mata pelajaran PJK.

1.5

Soalan Kajian

Pengkaji telah mengemukakan beberapa persoalan kajian untuk melihat dengan


lebih jelas dan terperinci bagi mencapai objektif kajian yang telah dikemukakan.
Justeru

itu,

berikut

dikemukakan

oleh

merupakan

pengkaji

bagi

persoalan-persoalan
menjawab

objektif

kajian

yang

telah

kajian

yang

telah

dikemukakan :i.

Apakah tahap bagi sikap seseorang murid tahun 5 secara keseluruhan

ii.

terhadap mata pelajaran PJK di Sk. Kanibongan, Pitas ?


Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap sikap murid

iii.

tahun 5 terhadap mata pelajaran PJK dalam aspek ciri demografi jantina?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap sikap murid

iv.

tahun 5 terhadap mata pelajaran PJK dalam aspek ciri demografi bangsa?
Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap murid tahun 5

v.

terhadap mata pelajaran PJK dengan faktor guru?


Adakah faktor guru mempengaruhi sikap murid murid tahun 5 terhadap
mata pelajaran PJK?

1.6

Hipotesis Kajian

HA

Terdapat perbezaan ciri demografi dan hubungan faktor guru yang


signifikan

HO1

terhadap sikap murid dalam mata pelajaran PJK.

Tidak terdapat tahap bagi sikap seseorang murid tahun 5 secara


keseluruhan terhadap mata pelajaran PJK di Sk. Kanibongan, Pitas ?

HO2

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap sikap murid tahun 5
terhadap mata pelajaran PJK dalam aspek ciri demografi jantina?

HO3

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap sikap murid tahun 5
terhadap mata pelajaran PJK dalam aspek ciri demografi bangsa?

HO4

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap murid tahun 5


terhadap mata pelajaran PJK dengan faktor guru?

HO5

Tidak

faktor guru mempengaruhi sikap murid murid tahun 5 terhadap

mata pelajaran PJK?

1.7 Definisi Kajian


Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa definisi operasi. Definisi
tersebut ialah seperti yang berikut :1.7.1 Sikap
Sikap merujuk

kepada

kepercayaan

atau

perasaan

kita

terhadap

seseorang individu, sesuatu objek, idea atau peristiwa. Sikap seseorang


individu merupakan suatu faktor penting dalam mempengaruhi tingkah
laku seseorang. Perkara ini akan ditunjukkan dan dapat dilihat dengan
lebih jelas lagi melalui tingkah laku yang dilakukan oleh individu tersebut.
Sikap mempunyai tiga komponen yang utama iaitu komponen
kognitif, komponen afektif dan komponen tingkah laku. Oleh itu, sikap
akan menentukan sama ada murid akan menunjukkan respon atau tindak
10

balas kepada mata pelajaran PJK itu dengan positif atau negatif atau
dengan penuh semangat atau sambil lewa semasa mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran PJK. Contohnya , Seorang murid tahun 5
percaya bahawa mata pelajaran PJK adalah penting untuk murid tersebut
(Komponen Kognitif), maka murid tersebut akan mula membentuk proses
afektif iaitu perasaan suka pada mata pelajaran PJK (komponen afektif)
seterusnya

proses

kognitif

(percaya)

dan

afektif

(perasaan)

akan

mendorong murid tersebut untuk melibatkan diri dalam sesi pengajaran


dan pembelajaran mata pelajaran PJK secara aktif (komponen Tingkah
Laku).
Justeru itu, dapat dilihat dengan jelas bahawa murid yang terlibat
secara langsung dalam sesi pengajaran dan pembelajaran PJK telah
membentuk satu sikap positif dalam diri melalui proses kognitif dan afektif
sehingga tingkah laku murid tersebut akan kearah sikap yang positif
terhadap mata pelajaran PJK.
1.7.2 Komponen Kognitif
Merujuk kepada apa yang kita fikir dan percaya. Ini melibatkan maklumat,
kepercayaan dan idea yang dimiliki oleh seseorang individu tentang
sesuatu objek, individu atau peristiwa.
1.7.3 Komponen Afektif
Merujuk kepada perasaan dan komponen afektif ini juga melibatkan emosi
kita yang suka dan tidak suka terhadap sesuatu objek, individu atau
peristiwa.
1.7.4 Komponen Tingkah Laku
Merujuk kepada reaksi atau tindak balas seseorang terhadap sesuatu
objek, individu dan peristiwa. Komponen ini juga merujuk kepada satu
perbuatan atau tindakan yang boleh dilihat, mempunyai kekerapan,
tempoh masa dan tujuan yang tertentu dalam sesuatu tugasan. Perkara
ini mungkin berlaku semasa sedar atau tidak sedar.
1.7.5 Murid-murid Tahun 5
Merujuk kepada murid-murid tahun lima Sk.Kanibongan, Pitas tahun 2015
yang sedang mengikuti sesi persekolahan tahun 2015 di tiga kelas yang
berbeza iaitu kelas lima Mawar, kelas lima Melur dan kelas lima Melati.
1.7.6 Rakan Sebaya
Rakan sebaya merujuk kepada rakan murid yang merupakan murid tahun
5 yang terlibat dengan kajian ini. Antara ciri-ciri rakan sebaya yang
diambilkira atau dimaksudkan dalam kajian ini ialah minat yang sama atau
11

hampir sama dan juga penglibatan dalam aktiviti mata pelajaran PJK yang
1.8

hampir sama juga turut diambil kira sebagai ciri utama.


Kepentingan Kajian

Pengkaji memilih untuk melaksanakan kajian ini kerana selepas kajian ini
dilaksanakan

dapatan

daripada

kajian

ini

boleh

membantu

Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merancang dan menggubal kurikulum mata


pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) serta dapat merancang dan
melaksanakan program-program latihan ikhtisas kepada guru-guru PJK untuk
mengukuhkan lagi pengetahuan mereka dalam bidang PJK supaya mereka dapat
mempelbagaikan teknik, cara dan kaedah pengajaran dan pembelajan bagi mata
pelajaran PJK di sekolah kelak supaya lebih efisien dan berkesan.
Kajian ini juga dilaksanakan untuk menentukan faktor-faktor yang perlu
diberikan perhatian atau penekanan khusus untuk membantu murid yang
bersikap positif terhadap mata pelajaran PJK ini. Sehubungan dengan itu, kajian
ini juga boleh menentukan faktor yang paling mempengaruhi sikap murid
terhadap

mata

pelajaran

PJK.

Selain

itu,

pengkaji

juga

berharap

agar

pelaksanaan kajian ini akan sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru lain
yang turut mengajar mata pelajaran PJK untuk merangka penyelesaian masalah
semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, melalui dapatan daripada kajian ini pengkaji berharap agar
kajian ini akan dapat dijadikan sebagai kayu ukur kepada pihak berwajib seperti
KPM untuk menilai semula pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
mata pelajaran PJK di sekolah-sekolah Rendah seluruh Malaysia. Perkara ini perlu
dititik beratkan sebelum murid yang bersikap positif terhadap mata pelajaran PJK
ini berpaling tadah dalam membuat keputusan bagi mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran PJK ini.

1.9

Limitasi Kajian

Kajian yang dilaksanakan ini adalah terbatas kepada penilaian sikap murid tahun
5 di Sk.Kanibongan, Pitas, Sabah yang terlibat secara langsung dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJK. Seramai 78 orang murid lelaki
dan murid perempuan iaitu semua murid tahun 5 di Sk.Kanibongan sahaja yang
diambil oleh pengkaji sebagai responden dalam kajian ini.

12

Keputusan akhir yang akan dicapai selepas kajian ini siap dilaksanakan
akan mewakili populasi murid di sekolah ini dan seterusnya dapat merumuskan
secara umum tentang sikap murid tersebut di Sk.Kanibongan, Pitas, Sabah.
Ketepatan dan ketelusan hasil kajian ini adalah bergantung kepada keikhlasan
maklum balas yang diberikan oleh murid terhadap pernyataan-pernyataan dalam
borang soal selidik yang dibekalkan atau diberikan oleh pengkaji kepada muridmurid atau responden kajian.

1.10 Etika Kajian


Satu kajian penyelidikan yang dilakukan adalah merupakan satu proses yang
dinamik dan interaktif. Maksudnya, penyelidikan ini akan dilakukan berdasarkan
kepercayaan dan kerjasama individu yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam kajian penyelidikan yang dilaksanakan. Hubungan antara
penyelidik dan responden kajian adalah penting. Oleh yang demikian, adalah
penting bagi seseorang pengkaji untuk menjalankan kajiannya mengikut atau
berpandukan kepada kod dan prinsip etika yang telah digariskan dalam
pelaksanaan kajian penyelidikan.
Smith (1980), telah membincangkan tentang etika kerja lapangan dalam
kajian kes telah menjelaskan bahawa dua perkara yang paling penting dalam
prinsip mengekalkan hormat kepada individu yang terlibat dalam kajian adalah
keizinan dan kerahsiaan. Dua perkara ini adalah penting untuk diikuti oleh
pengkaji untuk melindungi individu-individu daripada penggunaan maklumat
yang tidak sesuai ke atas maklumat peribadi individu yang terlibat dengan
kajian. Oleh yang demikian, melalui pematuhan peraturan dalam pelaksanaan
kajian akan membolehkan maklumat peribadi seseorang individu yang terlibat
dengan kajian akan dapat dijaga dan tidak terdedah kepada umum.
Justeru dalam kajian ini, pengkaji
peraturan

dalam kod

etika

pelaksanaan

juga akan mengikuti peraturankajian

penyelidikan.

Pematuhan

peraturan dalam menjalankan kajian ini akan membolehkan responden kajian


akan dapat memberikan maklumat atau data dengan lebih telus. Proses
pengumpulan maklumat juga akan berjalan lancar kerana korelasi tanggapan
13

kepercayaan dari segi ketekalan maklumat peribadi antara pengkaji dan


responden juga akan mendorong kepada perkongsian maklumat yang telus. Oleh
yang demikian, dalam kajian ini pengkaji akan memberikan makluman kepada
responden kajian tentang tujuan kajian dijalankan berserta dengan borang
persetujuan daripada responden.

1.11 Rumusan
Bab ini telah membincangkan tentang beberapa perkara penting yang telah
dibincang dan berkait rapat dengan kajian yang akan dilaksanakan oleh
pengkaji. Antara perkara tersebut termasuklah latar belakang kajian, pernyataan
masalah, persoalan kajian, tujuan kajian, definisi istilah, kepentingan kajian
dilaksanakan, limitasi kajian serta etika kajian dijalankan. Pada masa yang sama,
bab ini juga turut membincangkan tentang perkara-perkara yang haruslah
dititikberatkan

dalam

pelaksanaan

kajian

ini.

Aspek-aspek

yang

telah

dibincangkan dalam kajian ini merupakan perkara asas yang akan dijadikan
sebagai panduan pelaksanaan kajian oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian
dengan lebih berfokus dan teratur.

14

BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan tentang penulisan-penulisan lampau berkenaan
definisi sikap, teori-teori sikap, model sikap, komponen-komponen sikap,
pembentukan sikap, fungsi-fungsi sikap dan faktor-faktor yang mempengaruhi
sikap. Selain itu, bab ini juga akan membincangkan penulisan-penulisan tentang
mata pelajaran PJK di sekolah-sekolah di Malaysia serta beberapa kajian-kajian
tentang sikap murid terhadap mata pelajaran ini.
2.2 Definisi dan Teori Sikap
Sikap

merujuk

kepada

satu

gabungan

kepercayaan

perasaan

dan

kecenderungan tingkah laku yang secara relatifnya tahan lama yang ditujukan
kea rah sesuatu objek (Maarof, 2001). Penerimaan pendidikan adalah juga
meliputi sikap murid-murid terhadap mata pelajaran

yang dipilih dan mata

pelajaran yang diajar di sekolah serta pandangan murid-murid terhadap sistem


pelajaran yang diterima. Justeru itu, istilah sikap tidak pernah didefinisikan
secara terperinci dan mempunyai makna yang berbeza di antara setiap pengkaji.
Menurut Anastari (1979), sikap merupakan kecenderungan seseorang itu
untuk bertindak dengan tingkah laku tertentu apabila berhadapan dengan
sesuatu ransangan. Hal ini merupakan proses mental individu yang dapat
menentukan gerak balas potensi pada setiap individu terhadap persekitaran.
Sikap

akan

menyebabkan

seseorang

individu

mudah

dipengaruhi

untuk

bertindak secara aktif atau pasif terhadap orang lain, idea atau sesuatu kejadian
(sharifah Alwiah Alsagoff,1993).
15

Mohd Daud Hamzah (1990) menyatakan sikap seseorang lebih terdorong


kepada sesuatu yang menarik dan member makna. Mereka lebih mudah untuk
menerima, mengguna dan mengingat sesuatu perkara itu sekiranya ada
keserasian terhadapnya dan bersifat negatif terhadap sesuatu yang tidak serasi
dengan mereka. Namun demikian, keserasian dan minat terhadap sesuatu
perkara boleh berubah melalui pendedahan maklumat yang dilakukan secara
berulang-ulang (latih tubi). Langkah yang sedemikian akan menyebabkan
seseorang terdorong untuk meneroka dan menganalisis banyak maklumat untuk
dinilai, seterusnya membentuk pandangan dan keserasian yang baru dan keluar
daripada ruang lingkup daripada sikap sebelumnya.
Sehubungan dengan itu, Maarof (2001) menyatakan bahawa konsep sikap
berkait dengan konsep-konsep lain psikologi seperti minat, motif, moral, idea,
nilai, prasangka sentiment dan kesetiaan. Namun demikian, sikap mempunyai
komponen-komponen tertentu yang boleh membezakannya dengan konsepkonsep psikologi yang lain. Sikap terbahagi kepada tiga komponen iaitu
komponen kognitif, afektif dan tingkah laku.
a) Komponen Kognitif
Komponen kognitif melibatkan penilaian pada sesuatu objek berdasarkan
kepada pengetahuan dan kepercayaan. Komponen ini mencerminkan
penilaian

intelek

seseorang

terhadap

sesuatu.

Komponen

kognitif

mempunyai pelbagai unsur lain seperti pengetahuan, kepercayaan,


stereotaip dan penilaian.
b) Komponen Afektif
Komponen Afektif juga dikenali sebagai komponen tentang perasaan yang
akan menerangkan tentang perasaan seseorang terhadap sesuatu objek
sasaran sikap iaitu sama ada suka atau pun tidak suka terhadap objek
tersebut. KOmponen Afektif ini juga turut dikatakan sebagai komponen
terpenting sikap yang sering dirujuk kepada perasaan tidak suka atau
suka terhadap sikap. Dengan kata lainnya, perasaan positif dan negatif
yang dibangkitkan oleh objek sikap. Setelah seseorang itu mengetahui
tentang

objek

sikap,

pengetahuan

seterusnya

mungkin

boleh

mempengaruhinya untuk mempunyai perasaan seperti suka atau tidak


suka terhadap sesuatu objek tersebut.
c) Komponen Tingkah laku

16

Komponen

tingkah

laku

atau

psikomotor

ini

merujuk

kepada

kecenderungan seseorang untuk bertingkah laku atau bertindak akibat


daripada satu perkara yang berkaitan dengan sesuatu sikap. Perkara yang
dimaksudkan merupakan kecenderungan untuk bergerak balas terhadap
objek

sikap

dalam

cara

tertentu.

Biasanya,

komponen

sikap

ini

menjelaskan bahawa dengan adanya sesuatu perasaan terhadap sesuatu


objek, seseorang individu akan bertindak berlandaskan pengetahuan dan
perasaannya. Komponen sikap tingkah laku ini juga merupakan satu
komponen sikap yang penting dimiliki oleh seseorang individu. Hal ini
kerana, komponen sikap bahagian tingkah laku ini akan menentukan
tabiat dan perbuatan kita. Oleh yang demikian, kebanyakan individu
merumuskan bahawa mereka yakin sikap seseorang itu mempengaruhi
tingkah lakunya. Kesimpulannya, apabila sikap seseorang itu berubah,
maka tingkah lakunya juga akan turut berubah.
2.2.1 Teori
Menurut Taylor et. Al (1997) menyatakan terdapat lima teori sikap iaitu teori
pembelajaran (Learning Theory). Teori ketekalan (Consistency Theory), Teori
Disonan

Kognitif

Cognitive

Dissonance

Theory),

Teori

Nilai

Ekspektasi

(ExpectancyValue Theory) dan Teori Gerakbalas Kognitif (Cognitive Response


Theory).
Menurut Fishbein dan Ajzen (1975) kebanyakan teori sikap sezaman
(contemporary) mempunyai dua bidang utama yang pertama mengukuhkan teori
dan

kedua

mengukuhkan

kajian

dalam

psikologi

social.

Manakala

teori

pembelajaran tentang sikap adalah berdasarkan pada pendekatan responransangan teori tingkah laku dan kebanyakan teori konsistensi kognitif (cognitive
consistency theory) adalah dipengaruhi oleh pendekatan kea arah teori kognitif
(fizhbein, 1967a; Greenwald et al., 1968)
2.2.1.1 Teori Pembelajaran
Teori pembelajaran dalam

pembentukan sikap menyatakan bahawa sesuatu

sikap itu diperolehi melalui pelaziman, pemerhatian atau permodelan. Dengan


demikian teori ini juga dapat menjelaskan bahawa perubahan sikap boleh terjadi
akibat daripada pembelajaran (Maarof, 2001). Manakala menurut Taylor (1997),
sikap dianggap sebagai satu tabiat seperti mana yang dipelajari dalam
kehidupan seharian kita dalam konteks pendekatan pembelajaran.
17

Teori

pembelajaran

ini

merupakan

satu

teori

yang

telah

mula

diperkenalkan di Universiti Yale dan orang yang bertanggungjawab untuk


memperkenalkannya ialah Hovland dan rakan-rakannya (Hovlan, 1953). Teori ini
mengatakan bahawa manusia belajar tentang maklumat dan fakta tentang objek
yang mempunyai pelbagai sikap dan manusia juga turut belajar tentang
perasaan dan nilai yang berkait dengan fakta-fakta tersebut. Ini bermakna,
proses

asas

dalam

satu-satu

pembelajaran

asalah

pembentukan

sikap.

Maksudnya, seseorang itu akan mendapat maklumat dan perasaan melalui


proses penggabungan. Selain itu, proses pembelajaran juga akan berlaku elalui
peneguhan, hukuman dan peniruan.

2.2.1.2 Teori Ketekalan


Menurut Maarof (2001) teori-teori ketekalan yang juga dikenali sebagai
konsistensi akan mengandaikan bahawa manusia biasanya menginginkan suatu
kedudukan kognitif yang tekal, seimbang dan selesa. Manusia akan berada di
dalam keadaan keseimbangan kognitif apabila sikapnya selari dengan tingkah
lakunya. Misalnya, apabila kita membuat pemilihan ketua dalam satu-satu
aktiviti. Kita akan berasa selesa apabila kita memilih ketua yang kita agungagungkan dan boleh membuat kerja seperti yang dikehendaki berdasarkan
aktiviti yang kita akan jalankan. Sebaliknya, kita tidak akan berasa selesa apabila
kita memilih ketua yang kita tidak suka untuk menjadi peneraju kepada aktiviti
yang kita sertai. Oleh yang demikian, dapat diandaikan bahawa ketidaktekalan
dan ketidakseimbangan kognitif boleh membawa kepada perubahan sikap
manusia untuk berada dalam keseimbangan.
a) Teori Keseimbangan
Teori keseimbangan adalah teori ketekalan yang awal sekali (Heider,
1958). Ada tiga penilaian yang releven dalam teori ketekalan iaitu :i.
Penilaian orang pertama tentang seorang yang lain.
ii.
Penilaian orang pertama tentang objek sikap.
iii.
Penilaian orang lain tentang objek sikap.

18

Pemahaman terhadap teori keseimbangan Heider agak penting


sekiranya seseorang itu ingin mengubah sikap prasangka di kalangan
manusia. Ini kerana prasangka rasa tau etnik boleh difahami dari segi
teori keseimbangan. Implikasi teori keseimbangan bahawa kontak sosial
boleh mengurangkan perasaan prasangka di kalangan manusia sekiranya
mereka mendapati bahawa mereka berkongsi sikap yang sama.
Walaupun teori keseimbangan mempunyai pengaruh yang begitu
besar

terhadap

perkembangan

teori-teori

terkemudian.

Teori

ini

mempunyai beberapa kelemahan. Antara kelemahan teori tersebut ialah


ramalan

tersebut

adalah

tidak

begitu

tepat.

Contohnya,

apabila

seseorang berada dalam keadaan tidak seimbang, beliau mungkin


mengubah

sikapnya,

sebaliknya

mengubah

tingkah

lakunya

atau

mengubah sikap orang lain (O) terhadap objek (X).

b) Teori Ketakserasian Kognitif


Tokoh utama dalam teori ketakserasian kognitif ialah Leon Festinger
(1957). Teori ini merupakan antara teori yang terkenal dalam bidang
psikologi sosial yang telah menarik minat ramai penyelidik untuk
menjadikannya sebagai rujukan penyelidikan. Selain itu, teori ini juga
telah digunakan dalam bidang psikoterapi yang berkaitan dengan
perubahan sikap. Andaian asas bagi teori ni adalah bahawa manusia
didorong

untuk

mengekalkan

ketekalan

di

kalangan

pandangan-

pandangan kognitif.
Mengikut Festinger (1957) yang dipetik daripada Maarof Redzuan
(2001), keserasian merupakan keadaan psikologi yang menyelesakan,
sebaliknya ketidakserasian adalah sesuatu yang tidak menyenangkan
dan

cuba

untuk

dielakkan

oleh

setiap

individu.

Hal

ini

kerana,

ketidakserasian kognitif ini merupakan kuasa pendorong bagi setiap


individu untuk melakukan sesuatu perkara. Perkara ini akan mendorong
dan berkait rapat dengan persepsi tingkah laku seseorang dalam untuk
mengekalkan keadaan harmoni antara satu dengan yang lain.
Ketidaktekalan merupakan salah satu daripada tingkah laku yang
menjadi punca kepada lahirnya banyak ketidakserasian. Hal ini kerana,
sikap juga akan merujuk kepada kepercayaan seseorang terhadap
19

seseorang individu.
bercanggah,

Tambahan pula, lebih banyak anasir kognitif yang

maka

semakin

besar

keadaan

ketidakserasian

dan

ketegangan yang akan berlaku. Justeru itu, dapat dirumuskan bahawa


beberapa perkara mengenai teori ketidakserasian kognitif juga manjadi
salah satu faktor kepada perubahan sikap.
c) Teori Keselarasan Kognitif
Teori ini mendakwa bahawa apabila dua objek sikap dengan penilaianpenilaian yang berbeza dihubungkan oleh satu dakwaan, maka penilaian
seseorang terhadap setiap objek yang cenderung akan berubah kepada
satu keadaan keselarasan. Andaianya ialah perubahan dalam sesuatu
penilaian

pada

sesuatu

objek

sentiasa

dalam

arah

untuk

mempertingkatkan keselarasan antara penilaian.


Kenyataan ini disokong oleh kenyataan Maarof (2001), beliau
menyatakan teori keselarasan juga bersetuju bahawa sesuatu sikap itu
perlulah

diubah

dengan

tujuan

mengembalikan

ketekalan.

Walaubagaimanapun, teori ini cuba untuk menentukan darjah-darjah


ketekalan iaitu sejauhmanakah ketidakselatasan sesuatu situasi sebelum
seseorang itu mengubah sikapnya.
2.2.1.3 Teori Kognitif Disonan
Teori Kognitif Disonan ini merupakan salah satu teori yang paling berpengaruh
dalam teori ketekalan. Teori ini telah dicadangkan oleh Festinger pada tahun
1957 (taylor,1997). Teori Disonan ini telah dikaitkan dengan ketidakseimbangan
di antara sikap seseorang individu dengan tingkah laku mereka. Dalam teori ini,
Disonan akan membuat ketegangan psikologi (Elliot dan Devine, 1994) dan
individu tersebut akan merasa satu tekanan di dalam diri dan bertanya kepada
diri bagaimana untuk mengurangkan atau menghilangkan tekanan tersebut di
dalam diri bagi mendapatkan kembali keseimbangan dari segi sikap dan tingkah
laku dalam diri.
2.2.1.4 Teori Nilai Ekspektasi
Menurut teori nilai ekspektasi, pembentukan sikap dan perubahan adalah proses
untuk mengimbangkan kelebihan dan kekurangan pelbagai sikap tentang
sesuatu dan selepas itu memilih alternatif yang terbaik (Edwards, 1954).
2.2.1.5 Teori Gerak Balas Kognitif

20

Teori gerak balas kognitif (Greenwald, 1968; Petty, 1981) cuba memahami sikapsikap dan proses-proses perubahan sikap dengan memahami fikiran orang
menerusi respon komunikasi secara memujuk mereka. Teori ini mengganggap
bahawa manusia beraksi secara positif atau negatif dalam pemikiran pada
sesuatu keadaan dan pemikiran ini akan menentukan sama ada seseorang
individu akan menyokong keadaan tersebut.
2.3 Kajian Lepas
Pendapat Thurstone (1949) dan Vasudevan (1987), menyatakan sikap sebagai ,
the intensity of positive or negative effect or against s psychological object.
Tafsiran Thurstone jelas membuktikan bahawa sikap adaah kesan kepada
keinginan atau pun ketidakinginan seseorang terhadap sesuatu situasi atau
objek yang diberikan. Menurut Aiken (1980) dalam Saat (1993), istilah sikap ini
belum ditafsirkan dengan tepat. Ini bermakna, para telah memberikan pelbagai
tafsiran yang pelbagai. Ahli psikologi sosial pula mendefinisikan sikap sebagai
sebahagian daripada kesan kebangkitan psikologi, tingkah laku dan kognisi
(Ettinger, 1994).

Menurut Atkinson, Smith dan Berne (1995), sikap ialah penilaian kesukaan
dan ketidaksukaan. Sikap juga merupakan reaksi terhadap sesuatu objek
ataupun situasi. Oleh itu, Eagly dan Chaiken (1993), pula menerangkan tentang
sikap sebagai satu kecenderungan psikologi yang ditunjukkan melalui penilaian
terhadap sesuatu objek atau situasi. Kajian Fishbein dan Azjen (1975), pula
berpendapat bahawa sikap boleh diukur dari segi kepercayaan memandangkan
kepercayaan adalah asas pemupukan sikap yang mengaitkan dengan objek
dengan ciri-ciri sesuatu objek itu yang boleh mencerminkan sikap. Sikap juga
boleh diukur berdasarkan kepada tingkah laku yang diperlihatkan. Walaupun
penilaian ini adalah menilai tentang hasrat sesuatu tingkah laku, namun nilai
yang ditunjukkan boleh mencerminkan sikap seseorang.
Pengukuran mengenai sikap boleh

dibuat dalam pelbagai bentuk.

Antaranya ialah Expectancy Value Model oleh Fishbein dan Azjen (1980).
Dalam model ini, Fishbein membezakan sikap dengan kepercayaan untuk menilai
seseorang. Sikap tersebut merupakan penilaian individu sama ada bersetuju
atau tidak bersetuju terhadap sesuatu perkara. Seterusnya, kepercayaan pula
menggambarkan maklumat yang dipegang oleh individu terhadap ciri-ciri
21

sesuatu objek. Dalam buku Azjen (1988), Theory Of Reasoned Action , Azjen
menyatakan

bahawa

penentu

kepada

tindakan

seseorang

juga

akan

mempengaruhi tindakan atau sikap seseorang individu secara nyata atau tidak.
Oleh itu, sikap manusia juga akan bergantung kepada kesan yang akan diterima
daripada sesuatu tindakan.
Mengikut Mehrons dan Leh Man (1991), sikap ialah penerangan mengenai
perasaan atau perilakunya berbanding dengan penerangan mengenai apa yang
diketahui dan boleh dilakukan. Hasil kajian Shaw dan Wrght (1967), Miller
(1956), Anastasi (1988) Dawas (1985) menyatakan sikap secara sendirinya tidak
dapat dilihat terus tetapi boleh dirumus berdasarkan tingkah laku terbuka
seseorang secara verbal atau bukan verbal.
Menurut Abdullah dan Ainon (1998), sikap ialah sesuatu yang tidak dapat
dibuktikan kewujudannya. Sikap hanyalah sesuatu yang kehadirannya dipercayai
sahaja. Kita percaya bahawa sikap hadir dalam minda manusia ttapi kita tidak
dapat melihat, menyentuh atau mendengar kehadirannya. Kita percaya sikap
wujud berdasarkan apa yang kita lihat pada tingkah laku manusia. Oleh itu, kalou
kita lihat seseorang itu tidak mahu bersedekah kepada orang miskin , maka kita
percaya dia seorang yang kedekut.

Hasil kajian Discoll (2000), beliau telah menyokong pernyataan ini dengan
menyatakan bahawa sikap ialah tahap dalaman yang diaplikasikan untuk
mempengaruhi pilihan tindakan peribadi terhadap benda, manusia dan peristiwa.
Oleh itu, sikap memang tidak dapat dibuktikan kewujudannya kerana ia berada
pada tahap dalaman minda manusia.

Oleh

itu,

pengkaji

sememangnya

menghuraikan beberapa cirri berkenaan dengan sikap ini secara berbeza


berdasarkan pengalaman mereka dan pemerhatian.
Selain kajian lepas tentang sikap, beberapa kajian lepas tentang sikap
pelajar dalam bidang sukan ataupun pendidikan jasmani. Menurut Rice (1988)
berpendapat bawaha sikap yang dikehendaki terhadap Pendidikan Jasmani
adalah bergantung kepada kepuasan terhadap aktiviti-aktiviti yang dirangka
untuuk mereka. Menurutnya lagi, salah satu sebab mengapa wujudnya
perubahan keinginan yang berkurangan terhadap aktiviti Pendidikan Jasmani
adalah sikap guru itu sendiri. Beliau mendapati bahawa 85% daripada subjek di
dalam kajiannya meminati aktiviti fizikal dan 75% daripada mereka menyatakan
22

bahwa guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani menunjukkan teladan yang tidak
baik terhadap aktiviti fizikal. Hal ini menunjukkan salah satu punca murid tidak
suka mengikuti aktiviti PJK ialah adalah dipengaruhi oleh faktor guru.
Menyentuh tentang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah
rendah, kajian oleh Abu Hassan Awang Baba (1987) mendapati bahawa
pelaksanaan PJK di beberapa buah sekolah rendah Residensi Pantai Barat, Sabah
telah dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Namun begitu, keputusan
kajiannya dari segi pengajaran dan pembelajaran masih lagi di tahap sederhana
baik dan masih mempunyai ruang untuk dipertingkatkan lagi. Cadangan yang
dikemukakan oleh beliau selaras dengan cadangan yang telah dibuat oleh Abu
Bakar Mikson (1987) supaya guru-guru PJK dibekalkan dengan pelbagai
kemahiran

terutamanya

tentang

pengkaedahan

pengajaran

pembelajaran

melalui beberapa latihan yang disediakan oleh phak berwajib.


Selain itu, sikap segelintir sekolah yang menganggap mata pelajaran PJK
ini tidak penting juga mempengaruhi sikap yang ditunjukkan oleh murid tentang
mata pelajaran PJK di sekolah. Maksudnya, masih terdapat sekolah-sekolah yang
beranggapan mata pelajaran PJK ini tidak penting untuk dipelajari dan mereka
menggunakan masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran PJK ini untuk
mengajar mata pelajaran peperiksaan. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Chee
Swee Ming (1985), De Veris (1990) dan Tie Fatt Hei et al. (1996) bahawa
masyarakat Malaysia pada umumnya tidak menghiraukan isu-isu seperti ini
kerana ia melibatkan mata pelajaran bukan untuk peperiksaan. Justeru itu, ada
di kalangan ibu bapayang inginkan anak-anak mereka member tumpuan hanya
dalam bidang akademik tanpa mengira tentang kesihatan fizikal (Zainun Ishak,
1995).
Darinda Asari (1990) dalam kajian kesnya terhadap masalah-masalah
dalam kurikulum PJK di sekolah Menengah Alam Shah, Bandar Tun Razak, Kualam
Lumpur merumuskan sikap adalah memainkan peranan yang utama dalam
pencapaian sesuatu kurikulum. Sikap positif dan telus daripada guru dan pelajar
berserta sokongan atau pandangan yang membina dari pihak-pihak yang terlibat
akan menghasilkan pencapaian kurikulum terutamanya mata pelajaran PJK yang
mantap.

Sikap

ini

juga

akan

melahirkan

seseorang

individu

yang

bertanggungjawab untuk berusaha dengan lebih gigih untuk pencapaian yang


maksimum dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak.

23

Kesimpulannya, pembentukan sikap yang positif dalam diri seseorang


murid terhadap mata pelajaran PJK adalah sangat penting. Hasil daripada kajiankajian lalu telah menunjukkan bahawa kepercayaan dan perasaan berdasarkan
kepada kesimpulan beberapa kajian lepas

boleh diramalkan berpandukan

kepada tingkah laku mereka.

2.4 Rumusan
Di dalam bab ini, pengkaji telah menghuhraikan dan menerangkan tentang
definisi, teori dan pendapat yang berkaitan dengan tajuk yang telah dipilih oleh
pengkaji. Selain itu, pengkaji juga turut menjelaskan lagi beberapa kajian lepas
yang telah dijalankan oleh beberapa pengkaji sebelum ini untuk melihat dengan
lebih mendalam tentang tajuk yang berkaitan dengan kajian yang dibuat. Semua
perkara yang telah dinyatakan oleh pengkaji dalam penulisan bab ini adalah
merujuk kepada beberapa sumber yang releven dengan kajian. Hal ini Berjaya
membantu

pengkaji

untuk

menjalankan

serta

menerangkan

kajian

yang

dibincangkan ini dengan lebih baik, teratur dan lebih jelas lagi.

BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan tentang metodologi kajian yang akan digunakan
untuk melaksanakan kajian ini dengan berpandukan kepada intervensi yang
akan digunakan sebagai bahan rujukan utama. Oleh itu, penyelidikan ini
bertujuan untuk mengenalpasti sikap murid tahun 5 di Sk. Kanibongan terhadap
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Selain itu, bab ini juga
akan memfokuskan

perbincangan dari segi penggunaan kaedah kajian yang


24

akan

dijalankan.

Pengkaji

akan

memfokuskan

atau

lebih

menumpukan

perbincangan pada bab ini dari segi kaedah kajian dalam bentuk penyelidikan,
reka bentuk kajian, instrumen kajian, kajian rintis, ketekalan dan kesahan
instrument kajian, kaedah pengumpulan data yang digunakan, sampel atau
responden kajian , prosedur kajian dan analisis data yang digunakan dalam
kajian ini. Kesemua kaedah yang disebut di atas akan dibincangkan dengan lebih
terperinci dan mendalam dalam perbincangan setiap kaedah yang telah
dibahagikan satu per satu mengikut tajuk kecil yang sudah dibahagikan oleh
pengkaji. Pembahagian tajuk kecil ini dibuat oleh pengkaji untuk memudahkan
pengkaji dan pembaca memahami bentuk atau cara dan kaedah yang digunakan
oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini.

3.2 Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk kajian akan digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini
ialah dengan menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi berasaskan soal
selidik.

Borang soal selidik ini disediakan oleh pengkaji untuk mendapatkan

maklumat daripada responden iaitu murid tahun 5 di Sk. Kanibongan, Pitas


untuk memperlihatkan hubungan sikap murid terhadap mata pelajaran PJK dan
faktor-faktor yang mempengaruhi sikap murid-murid tahun 5 di Sk, Kanibongan,
Pitas.

3.2.1 Kerangka Konsepstual Kajian


Berpandukan kepada penulisan yang berkaitan dan pendapat-pendapat yang
telah dikemukan oleh beberapa pelopor dalam bidang yang berkaitan iaitu
pendapat yang membentuk sikap dan faktor-faktor yang mempengaruhi sikap.
Maka pengkaji telah merangka satu kerangkan konsepstual kajian untuk
dijadikan panduan pelaksanaan kajian ini. Kerangka kerja konsepstual yang
dibina menunjukkan hubungan pengaruh komponen-komponen sikap dan faktor-

25

faktor yang mempengaruhinhya. Kerangka kerja Konsepstual kajian yang telah


direka oleh pengkaji dapat dilihat dalam rajah 1 di bawah:Bersandar

Tidak Bersandar

F
S
C
i
a
r
i
k
a
t
p
o
C
i
r
m
r
iu
f
a
r
i
D
k
d
e
t
m
o
t
g
r
e
r
y
r
a
h
f
a
ia
n
g
d
a
p
m
e
m
a
p
e
t
a
n
g
a
p
e
r
l
u
h
a
ij
a
s
r
ia
n
k
a
P
p
J
m
K
u
r
i
d

Rajah 1 : Kerangkan Kerja Konsepstual


Berdasarkan kepada rajah 1, pembolehubah-pembolehubah dalam kajian
ini terdiri daripada ciri-ciri demografi dan faktor-faktor yang mempengaruhi sikap
responden iaitu murid tahun 5 di Sk. Kanibongan, Pitas. Pembolehubahpembolehubah

ini

dibahagikan

kepada

dua

jenis

pembolehubah

iaitu

pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Kedua-dua


pembolehubah ini mempunyai fungsi yang berbeza untuk merealisasikan kajian
ini.
Pembolehubah bersandar yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini
ialah sikap murid terhadap mata pelajaran PJK. Perkara ini diambil sebagai
pembolehubah bersandar kerana kehendak utama kajian ini

lebih berfokus

kepada sikap murid terhadap mata pelajaran PJK. Manakala pembolehubah tidak
bersandar yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah lebih merujuk
kepada ciri-ciri demografi dan faktor-faktor yang mempengaruhi sikap murid.
Ciri-ciri demografi murid yang diambil oleh pengkaji untuk mengenalpasti sikap
26

murid terhadap mata pelajaran PJK ialah dari segi jantina dan juga bangsa.
Seterusnya, faktor-faktor yang mempengaruhi sikap murid yang telah diambil
oleh pengkaji sebagai data dalam kajian ini ialah faktor guru PJK dalam mata
pelajaran PJK.
Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah komponen-komponen
tentang sikap aiaitu komponen-komponen Kognitif, Afektif dan Tingkah laku.
Ketiga-tiga komponen ini telah disatukan dibawah satu kategori iaitu tentang
sikap keseluruhan seseorang murid. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada
skor yang diperolehi daripada penilaian sikap yang dijalani oleh responden maka
dengan itu responden tersebut akan dikategorikan kepada dua kategori yang
sudah ditentukan oleh pengkaji iaitu murid yang bersikap positif atau negatif
terhadap mata pelajaran PJK.
Selain itu, pembolehubah tidak bersandar dari segi ciri-ciri demografi
dalam kajian ini telah menyatakan bahawa komponen jantina merupakan salah
satu pembolehubah yang telah digunakan oleh pengkaji. Pembolehubah dari segi
jantina ini merujuk kepada murid lelaki dan murid perempuan yang merupakan
murid tahun 5 di Sk. Kanibongan, Pitas. Seterusnya, pembolehubah dari segi
bangsa juga turut digunakan dalam pembolehubah tidak bersandar dari segi
ciri-ciri demografi. Pembolehubah bangsa ini merujuk kepada kaum murid
tersebut. Contohnya, kaum rungus, bajau laut dan sebagainya.

3.3 Responden Kajian


Responden kajian yang telah diambil oleh pengkaji ialah murid tahun 5 di Sk.
Kanibongan yang melibatkan 78 orang murid lelaki dan murid perempuan (Rajah

27

2) . Kesemua murid ini merupakan murid yang lahir pada tahun 2004. Muridmurid ini

juga lahir dari pelbagai bangsa dan status keluarga yang berbeza.

Semasa berada di sekolah, murid-murid tahun 5 ini telah dibahagikan kepada 3


kelas iaitu kelas tahun 5 Mawar, kelas tahun 5 Melur dan kelas tahun 5 Melati
(Rajah 3) .
Memandangkan keadaan populasi murid yang agak kecil dan bilangan
murid juga tidak terlalu ramai, maka pengkaji teah membuat keputusan untuk
mengambil semua murid tahun 5 di sekolah ini sebagai responden kajian.
Menurut Mohd. Majid Konting (2000), matlamat penggunaan sampel dalam
setiap kajian adalah untuk mewakili populasi dan sekiranya saiz sampel atau
responden adalah kecil, kemungkinan responden tidak dapat mewakili populasi
yang diwakili dan maklumat yang akan didapati juga tidak mencapai misi atau
objektif kajian yang dikehendaki. Bukan itu sahaja, kemungkinan kepincangan
pelaksanaan kajian juga turut berlaku.
Bi
l
1.
2.

Perkara

Jumlah Murid

Peratus

Lelaki
Perempuan
Jumlah

32
46
78

41
59
100

Rajah 2 : Jumlah murid tahun 5 mengikut jantina


Bi
l
1.
2.
3.

Perkara

Jumlah Murid

Peratus

30
28
20
78

38.5
35.8
25.7
100

5 Mawar
5 Melur
5 Melati
Jumlah

Rajah 3 : Jumlah Murid Mengikut Kelas.

3.4 Lokasi Kajian


Lokasi kajian merujuk kepada nama tempat sesuatu kajian itu dilaksanakan atau
dijalankan. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan kajian ini di salah sebuah

28

sekolah rendah di daerah kecil Pitas, Sabah. Sekolah yang telah dipilih oleh
pengkaji sebagai lokasi kajian ialah Sk, Kanibongan, Pitas, Sabah yang juga
merupakan tempat pengkaji bertugas sebagai seorang guru. Sekolah ini
merupakan sekolah Gred A pedalaman yang terdapat di daerah Pitas. Sekolah
terletak di tanduk kedua peta negeri sabah yang merupakan sempadan kepada
dua daerah iaitu daerah Beluran dan daerah Pitas. Jarak sekolah ini daripada
pekan Pitas ialah sejauh 49 kilometer yang bersamaan dengan 50 minit
perjalanan dengan menaiki pacuan empat roda.
3.5 Tatacara Pemerolehan dan Pengumpulan Data
Kajian ini telah dilaksanakan oleh pengkaji setelah mendapat kebenaran secara
rasmi dan bertulis daripada pihak pentadbiran sekolah ini yang diketuai oleh
Guru besar sekolah ini iaitu Puan Noraini Binti Atoh, guru-guru kelas tahun 5,
guru-guru PJK tahun 5 serta murid-murid tahun 5 di sekolah ini. Surat kebenaran
untuk menjalankan kajian ini telah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah ini
serta individu yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kajian ini
sebelum kajian mula dilaksanakan. Surat kebenaran pelaksanaan kajian ini telah
dibina sendiri oleh pengkaji dan pengkaji juga turut melampirkan tujuan
pelaksanaan kajian ini untuk rujukan dan makluman kepada individu yang
terlibat.
Selepas mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran Sk. Kanibongan
iaitu Guru Besar sekolah ini, maka pengkaji akan membuat satu sesi perjumpaan
dengan guru mata pelajaran PJK tahun 5 dan guru kelas tahun 5 di sekolah ini
iaitu tahun 5 Mawar, tahun 5 Melur dan tahun 5 Melati. Perjumpaan ini dibuat
untuk memberikan taklimat kepada guru-guru ini tentang tujuan, cara dan
tatacara pelaksanaan kajian ini dilaksanakan. Perkara ini penting untuk
dilaksanakan bagi memberikan kefahaman kepada rakan-rakan guru yang
terlibat secara tidak langsung dalam pelaksanaan kajian ini supaya mereka
dapat memberikan kerjasama secara maksimum dalam kelancaran pelaksanaan
kajian ini. Selain itu, individu paling penting yang telah dikumpulkan oleh
pengkaji ialah responden kajian iaitu murid tahun 5 di Sk. Kanibongan, Pitas.
Pengkaji akan memberikan taklimat tentang tatacara pelaksanaan kajian ini
kepada murid-murid ini.

29

Setelah semua proses sebelum pelaksanaan kajian dilaksanakan, maka


pengkaji telah mencetak 100 set soalan soal selidik untuk tujuan mengumpul
data kajian ini. Semasa murid-murid atau responden kajian ini menjawab soalan
dalam borang soal selidik yang telah disediakan oleh pengkaji, satu taklimat
khas akan dibuat oleh pengkaji untuk memberikan panduan kepada murid untuk
menjawab soalan soal selidik dengan sepenuh hati dan jujur bagi membolehkan
pengkaji mendapat keputusan yang telus untuk membuat analisis data dalam
kajian ini.
Pada sesi taklimat sebelum murid menjawab soalan soal selidik tersebut,
pengkaji akan

memperkenalkan diri pengkaji kepada murid-murid yang akan

menjawab soalan soal selidik yang telah dibuat oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji
juga akan menerangkan dengan jelas dan terperinci tentang tujuan kajian ini
dijalankan dan kenapa memilih murid tahun lima sebagai responden kajian.
Seterusnya, pengkaji akan memperuntukkan masa selama satu jam untuk muridmurid menjawab bahagian A, B, C dan D dalam borang soal selidik yang akan
diedarkan kepada setiap murid. Borang soal selidik yang telah siap dijawab
sepenuhnya oleh murid akan dikutip semula oleh pengkaji untuk proses yang
seterusnya iaitu menganalisis data yang bakal diterima.

3.6 Protokol/ instrumen Kajian


Instrumen yang akan digunakan untuk kajian ini telah dibahagikan kepada 3
bahagian iaitu bahagian A, Bahagian B dan bahagian C. Bahagian A ialah lebih
memfokuskan kepada ciri-ciri demografi responden. Bahagian B pula ialah soal
selidik daripada Wears Physical Education Attitude Inventory (WPEAI) Form A
yang telah direka oleh Wear (1955) dan telah digunakan oleh Ravi (1998) melalui
kajian beliau ke atas sikap guru pelatih (Pelajar) terhadap Gerak Kerja
Kokurikulum.
Instrumen yang telah beliau gunakan itu dalam kajian beliau telah
diubahsuai oleh pengkaji supaya sesuai untuk digunakan dalam kajian ini.
Walaubagaimanapun, instrumen yang digunakan ini hanyalah digunakan dalam
bahagian B untuk meninjau sikap murid terhadap mata pelajaran PJK sahaja.
Manakala bahagian C pula adalah berbentuk borang soal selidik untuk untuk
faktor guru PJK tentang PJK yang akan atau telah mempengaruhi sikap murid

30

terhadap mata pelajaran PJK direka untuk kajian ini. Pembahagian soal selidik
adalah seperti yang berikut :-

i.

Bahagian A : Ciri-ciri Demografi


Bahagian ini terdiri daripada 2 item yang digunakan oleh pengkaji untuk
mendapatkan maklumat. Item-item ini diambil bertujuan untuk meninjau
maklumat diri murid seperti jantina dan juga bangsa.

ii.

Bahagian B : Sikap terhadap mata pelajaran PJK


Bahagian ini terdiri daripada soal selidik tentang sikap murid terhadap
mata pelajaran PJK. Soal Selidik WPEAI Form A oleh Wear (1955) yang
telah diubahsuai oleh pengkaji mengikut kehendak kajian untuk meninjau
sikap murid terhadap mata pelajaran PJK. Dalam borang soal selidik yang
disediakan oleh pengkaji ini, terdapat 30 item di dalam bahagian ini yang
akan menentukan tahap sikap murid terhadap mata pelajaran PJK.
Dalam bahagian ini juga, item-item dikelompokkan berdasarkan
kepada pembolehubah bersandar yang telah ditetapkan. Item-item sikap
murid terhadap mata pelajaran PJK telah dipecahkan kepada

tiga

bahagian iaitu item komponen KOgnitif, Afektif dan Tingkah laku.


Pembahagian item-item dalam soal selidik bahagian B dapat dilihat
dengan lebih jelas dan teratur seperti yang berikut :a) Bahagian I
Meninjau sikap murid terhadap mata pelajaran PJK dan aspek
komponen kognitif (Kepercayaan).
b) Bahagian II
Meninjau sikap murid terhadap mata pelajaran PJK dari aspek
komponen afektif (perasaan).
c) Bahagian III
Meninjau sikap murid terhadap mata pelajaran PJK dari aspek
tingkah laku (Perbuatan).
Soal selidik yang akan digunakan dalam bahagian B adalah dalam
bentuk skala Likert. Skala Likert merupakan salah satu bentuk soal selidik
yang boleh digunakan untuk mengukur sikap sikap (Mohd. Majid Konting,
2000 ; Krebs dan Blackman, 1988). Sehubungan dengan itu, item-item
yang digunakan dalam sola selidik ini adalah dalam bentuk Skala Likert.
Skala

Likert

dalam

kajian

ini

31

mengandungi

pernyataan-pernyataan

mengenai sikap. Melalui soal selidik, responden-responden

iaitu murid

tahun 5 diminta untuk menunjukkan persetujuan mereka terhadap


kesemua item-item dalam soal selidik dengan menggunakan skala 5 poin.
Kedudukan skala yang digunakan dapat dilihat dalam rajah 4 di bawah :-

Skala
5
4
3
2
1

Perkara
Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
Rajah 4 : Persetujuan skala 5 poin.

iii.

Bahagian C : Faktor-Faktor yang mempengaruhi sikap murid


terhadap mata pelajaran PJK.
Soal selidik pada bahagian C ini adalah direka sendiri oleh pengkaji.
Pengkaji akan membina beberapa bentuk soal selidik yang lebih menjurus
kepada persoalan-persoalan tentang objektif kajian iaitu menentukan
sama ada terdapat perkaitan yang ketara antara sikap murid terhadap
mata pelajaran PJK dengan pengaruh rakan sebaya, pengalaman lampau,
guru PJK, dan motivasi murid. Bahagian ini mengandungi 10 item soalan.
Item soalan dalam bahagian ini juga turut menggunakan Skala Likert 5
Poin seperti yang digunakan di bahagian 2.

Faktor-faktor Pengaruh
Guru PJK

Jumlah Item
10

Rajah 5 : Analisis jumlah item faktor-faktor yang mempengaruhi sikap


murid terhadap mata pelajaran PJK.
Pernyataan-pernyataan

dalam

bahagian

adalah

berkenaan

dengan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi sikap murid terhadap


mata pelajaran PJK. Bahagian ini telah dibahagikan kepada empat faktor
yang utama iaitu

faktor guru PJK. Setiap faktor mengandungi 10

pernyataan mengenai sikap murid terhadap mata pelajaran PJK. Berikut


merupakan kenyataan atau pembahagian kenyataan soal selidik yang
terkandung dalam bahagian C :a) Bahagian II
Bahagian ini mengandungi 5 pernyataan yang meninjau faktor guru
PJK ke atas sikap murid terhadap mata pelajaran PJK.
32

Penggunaan Skala Likert dalam sesuatu soal selidik perlu diikuti


dengan pemarkatan. Pemarkatan perlu dilakukan ke atas skala pengukuran
yang digunakan oleh pengkaji iaitu sangat setuju (SS), Setuju (S), Tidak
Pasti (TP),Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak Setuju (STS) dalam
pembentukan Skala Likert. Bagi kenyataan positif, pemarkatan boleh
dilakukan dengan meletakkan markah misalnya 5 kepada sangat setuju
(SS), markah 4 kepada setuju (S), markah 3 kepada tidak pasti (TP),
markah 2 kepada tidak setuju TS dan markah 1 kepada sangat tidak
setuju (STS). Penjumlahan market yang diperolehi pada setiap butir hanya
boleh dilakukan sekiranya butir-butir yang digunakan mempunyai kesahan
dan kebolehpercayaan yang mencukupi untuk mengukur sesuatu sikap.
Oleh

yang

demikian,

kita

sebagai

pengkaji

perlulah

mengenalpasti

pemberat yang digunakan untuk member market bagi tiap-tiap butir (Mohd.
Majid Konting, 2000).
Oleh yang demikian, dalam kajian ini jumlah item yang digunakan
untuk meninjau sikap murid terhadap mata pelajaran PJK ialah 30 item
soalan. Oleh itu, market tertinggi yang boleh dicapai oleh seseorang
responden atau murid

boleh mencapai 150 markah (30 item x 5 ),

manakala market terendah untuk kajian ini ialah 30 markah (30 item x 1).
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan
Menurut Mohd Majid Konting (2000), kesahan sesuatu instrumen itu adalah
merujuk kepapada sejauh manakah instrumen itu dapat mengukur data yang
sepatutnya

diukur.

Manakala,

Ahmad

Mahdzan

(1997)

menyatakan

kebolehpercayaan itu ialah satu konsep yang ditujukan kepada pengukuran atau
instrumen yang digunakan oleh penyelidik terhadap sesuatu konstruk teorinya.
Kebolehpercayaan ditentukan dengan membuat korelasi terhadap dua set
ukuran daripada individu yang sama. Korelasi yang dibuat akan menghasilkan
nilai pekali kebolehpercayaan yang menunjukkan jangkaan ukuran daripada
instrumen yang digunakan (nunnally, 1978). Maksudnya, instrumen yang
dibentuk sepatutnya dapat mengukur semua isi serta kandungan bidang yang
dikaji berdasarkan kepada objektif kajian yang telah dikemukakan.
3.8 Analisis Data

33

Analisis data kajian merupakan satu proses yang akan dilaksanakan selepas
mengumpul data. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa
kaedah penganalisisan data untuk menganalisis data yang telah diterima. Datadata yang telah diterima pada setiap set borang soal selidik mengandungi
jawapan murid akan dikumpul dan disemak oleh pengkaji. Penyemakan soal
selidik dilakukan bagi memastikan murid menjawab soalan yang dikemukakan
dalam borang soal selidik mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
Perisian Komputer Statistical Package For School Science (SPSS for windows)
akan digunakan oleh pengkaji untuk membuat penganalisisan data. Justeru itu,
bahagian ini akan menerangkan tentang

bagaimana untuk menganalisis data

daripada bahagian A,B, C dan diproses serta hasil yang diperolehi daripada data
yang diterima dan cara interpretasi data dibuat.

3.8 1 Statistik Deskriptif


Bahagian A dalam borang soal selidik ini mengandungi butir-butir mengenai ciriciri demografi yang terpilih. Ciri-ciri tersebut ialah jantina dan bangsa murid yang
terlibat dengan kajian yang dilaksanakan. Analisis deskriftif iaitu min, kekerapan
dan peratus telah digunakan untuk membuat pengukuran dalam bahagian ini.
Analisis

deskriftif

adalah

untuk

menentukan

sikap

murid

secara

menyeluruh terhadap mata pelajaran PJK. Item-item yang terdapat dalam


bahagian B soal selidik ini bertujuan untuk mengukur sikap murid berdasarkan
kepada tiga puluh pernyataan mengenai sikap murid terhadap mata pelajaran
PJK. Analisis kekerapan dan ukuran kecenderungan tengah iaitu median telah
digunakan. Selain itu, satu taburan kekerapan hasil skor juga turut dibuat.
Berdasarkan kepada taburan kekerapan skor serta cadangan pengukuran sikap
oleh Achenbach (1991), ukuran median atau penengah skor sikap ditentukan.
Mengikut Achenbach, ukuran penengah boleh diperolehi dengan mendarabkan
nilao skor min skala Likert dengan bilangan item pengukuran persepsi.
Contohnya, 3 x 30 = 90. Rumusan penentuan skor penengah pengukuran sikap
ini adalah untuk menentukan sama ada murid tersebut bersikap positif atau
negative terhadap mata pelajaran PJK.
34

3.8.2 Statistik Inferensi


Pengujian hipotesis perlu dilakukan dalam memberikan input kajian yang baik
dan berkesan. Oleh itu, di peringkat pengujian hipotesis, statistik inferensi
seperti ujian T tidak bersandar, Analisis Varian Sehala (ANOVA) Pekali Korelasi
Pearson r dan Regrasi Berganda digunakan untuk menguji setiap hipotesis
yang telah dibentuk oleh pengkaji dalam kajian yang beliau jalankan. Keputusan
ujian ini akan menentukan sama ada hipotesis nul diterima atau ditolak.
3.8.2.1 Ujian - T tidak bersandar
ujian T digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan sikap di
kalangan murid terhadap mata pelajaran PJK. Bagi menentukan perbezaan
tersebut analisis Ujian T dan Analisis Varians Sehala akan digunakan. Ciri-ciri
demografi dari bahagian A soal selidik ini menjadi pembolehubah tidak
bersandar manakala item-item pengukuran sikap murid dari bahagian B soal
selidik ini akan menjadi pembolehubah bersandar dalam analisis tersebut.

Ujian-t digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan sikap


yang signifikan di antara murid lelaki dan murid perempuan terhadap mata
pelajaran PJK. Melalui ujian t ini perbazaan min yang signifikan atau tidak
signifikan di antara dua kumpulan pembolehubah dari ciri demografi murid boleh
diketahui. Oleh yang demikian, sekiranyan perbezaan ini signifikan, maka
hipotesis nul kajian ini ditolak tetapi jika sebaliknya hipotesis nul diterima.
Penentuan sama ada perbezaan min di antara dua kumpulan ini signifikan atau
tidak signifikan akan ditentukan melalui Ujian Levene.
Dalam kajian ini, ujian t tidak bersandar akan digunakan untuk menguji
hipotesis nul seperti yang berikut :
a) Tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan di kalangan murid
terhadap mata pelajaran PJK berdasarkan Jantina.
3.8.2.2 Analisis Varian Sehala (ANOVA)
Ujian Analisis Varians Sehala (ANOVA) pula digunakan untuk melihat perbezaan
min di antara kumpulan yang melebihi dua kategori. Analisis jenis ini digunakan
untuk melihat perbezaan sikap di kalangan murid berdasarkan bangsa. Oleh itu,

35

untuk menentukan sama ada perbezaan min di antara kumpulan ini signifikan
atau tidak secara keseluruhan, rujukan dibuat dalam nilai ujian akhir pada Ujian
Levene.
Aras signifikan perbezaan sikap di kalangan murid bergantung kepada
nilai akhir pada Ujian Levene, semakin besar nilai akhir pada ujian Levene maka
semakin besar kemungkinan perbezaan sikap berdasarkan bangsan ini adalah
signifikan.

Oleh itu, sekiranya nilai akhir pada ujian Levene menunjukkan

bahawa tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan di kalangan murid


berdasarkan ciri demografi berdasarkan bangsa maka hipotesis nul diterima. Jika
keputusan adalah sebaliknya, maka hipotesis nul kajian ini akan ditolak. Ini
bermakna terdapat perbezaan min sikap yang jelas di kalangan murid
berdasarkan bangsa.
Walaubagaimanapun, ujian akhir pada ujian Levene ini tidak dapat
menunjukkan pasangan kumpulan murid yang mana berbeza secara signifikan
dengan jelas. Oleh itu, kaedah perbandingan berganda digunakan untuk
menunjukkan pasangan kumpulan murid. Untuk kajian ini juga ujian Tukey HSD
akan digunakan untuk menunjukkan dengan jelas tentang pasangan kumpulan
yang mana menpunyai perbezaan yang signifikan di antara kumpulan. Ujian
analisis varian (ANOVA) sehala akan digunakan untuk menguji hipotesis nul yang
telah dicipta :a) Tidak terdapat perbezaan sikap signifikan di kalangan murid
terhadapa mata pelajaran PJK berdasarkan bangsa.

3.8.2.3 Ujian Korelasi Pearson r


Ujian ini adalah untuk menentukan sama ada terdapat perkaitan yang jelas di
antara sikap murid terhadap mata pelajaran PJK dengan faktor-faktor seperti
rakan sebaya, guru, motivasi murid dan pengalaman lampau. Oleh itu, analisis
korelasi Pearson R digunakan untuk membuat analisis perkaitan. Pekali Korelasi
Pearson r adalah ukuran perkaitan yang menunjukkan kekuatan dan arah
perkaitan di antara dua pembolehubah pada skala (-1) kepada (+1). Dalam
kajian ini perkaitan dilihat di antara sikap murid (Pembolehubah bersandar)
dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya (pembolehubah tidak bersandar) .
bila

nilai

adalah

positif,

bermakna
36

hubungan

antara

pembolehubah-

pembolehubah ini adalah positif. Ini bermakna jika nilai salah satu pembolehubah
meningkat, nilai pembolehubah yang berkaitan akan meningkat juga. Nilai
magnitude r menunjukkan kekuatan perkaitan antara pembolehubah.
Perkaitan di antara murid dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya
ditafsirkan berdasarkan

persetujuan yang dibuat oleh Davis (1971). Ujian

Analisis Pekali Korelasi Pearson r ini adalah digunakan untuk menguji hipotesis
nul seperti yang berikut :a) Tidak terdapat hubungan signifikan di antara sikap murid terhadap
mata pelajaran PJK dengan pengaruh rakan sebaya.
b) Tidak terdapat hubungan signifikan di antara sikap murid terhadap
mata pelajaran PJK dengan pengaruh guru PJK.
c) Tidak terdapat hubungan signifikan di antara sikap murid terhadap
mata pelajaran PJK dengan pengaruh motivasi murid.
d) Tidak terdapat hubungan signifikan di antara sikap murid terhadap
mata pelajaran PJK dengan pengaruh pengalaman lampau.

3.8.2.4 Analisis Regrasi Berganda


Analisis

korelasi

hanya

dapat

menyatakan

kekuatan

hubungan

sesuatu

pembolehubah yang lain. Hubungan yang digambarkan melalui analisisi ini tidak
boleh digunakan untuk menentukan faktor-faktor yang paling mempengaruhi
sesuatu pembolehubah yang lain. Bagi menentukan faktor-faktor yang paling
mempengaruhi sikap murid terhadap mata pelajaran PJK,analisis statistik regrasi
berganda digunaka, Kaedah analisisi regrasi berganda yang digunakan untuke
mentafsirkan data seterusnya ialah analisis regrasi berganda enter (Multiple
Regression).
Pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar untuk kajian ini ialah
demografi ialah jantina dan bangsa. Faktor-faktor yang mempengaruhi sikap
seperti rakan sebaya, guru PJK, motivasi murid dan pengalaman lampau.
Walaubagaimanapun, untuk ujian analisis regrasi berganda, pembolehubahpembolehubah tidak bersandar iaitu rakan sebaya, guru PJK, motivasi murid dan
pengalaman

lampau diuji untuk

menentukan

37

mana satu predictor atau

kebarangkalian

yang

paling

mempengaruhi

sikap

murid.

Manakala

pembolehubah bersandar pula adalah sikap murid terhadap mata pelajaran PJK.
Oleh yang demikian, melalui pembolehubah tersebut maka output
computer akan menyenaraikan prediktor dalam bentuk pekali regrasi Beta
mengikut pengaruh pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar ke atas
pembolehubah bersandar. Prediktor pembolehubah tidak bersandar yang paling
besar pekali regrasi Beta adalah pembolehubah yang paling mempengaruhi
pembolehubah bersandar. Menurut Aaker, Kumar dan Day (1995), pekali-pekali
regrasi boleh dibandingkan di antara satu sama lain. maksudnya lebih besar
pekali regrasi, begitu juga kelebihan impak pembolehubah tidak bersandar ke
atas pembolehubah bersandar.
Dalam langkah-langkah yang seterusnya, nilai-nilai lain yang diambil kira
daripada output adalah seperti yang berikut :a)
b)
c)
d)
e)

Pekali regrasi yang tidak piawai.


Pekali regrasi yang piawau atau Beta Weights.
Ujian- t bagi kesignifikanan setiap pembolehubah bebas.
Pekali penentu berganda atau R square (r).
Ujian F bagi kesignifikan penentuan berganda.

Output komputer bagi regrasi berganda enter akan berhenti sebaik sahaja
prediktor atau pembolehubah bebas berikutnya tidak mempunyia nilai pekali
regrasi piawai atau beta weights yang mana secara statistik signifikan pada
aras yang telah ditetapkan terlebuh dahulunya. Oleh itu, langkah terakhir dalam
output

ini

ialah

melibatkan

persamaan

regrasi

kesemua

pembolehubah-

pembolehubah yang mempunyai Beta Weights yang signifikan secara statistic


dan menyingkirkan semua prediktor lain yang tidak signifikan.
Persamaan terakhir ini terdiri daripada kesemua prediktor yang bermakna
dan biasanya Model Regrasi. Sesuatu model ialah satu persamaan yang
mewakili gabungan terbaik pembolehubah-pembolehubah yang secara bersatu
menerangkan kebanyakan variasi dalam pembolehubah bersandar. Oleh yang
demikian, dalam kajian ini, ujian analisis regrasi berganda ini adalah untuk
menguji hipotesis nul seperti berikut :a) Tidak terdapat sebarang faktor yang paling mempengaruhi sikap murid
terhadap mata pelajaran PJK.
38

3.9 Rumusan
Secara tuntasnya, keseluruhan perkongsian maklumat ataupun maklumat yang
telah dihuraikan dalam bab ini telah menegarangkan tentang kaedah dan
prosedur yang akan digunakan semasa menjalankan kajian ini baik sebelum,
semasa dan selepas kajian ini dilaksanakan. Justeru itu, terdapat banyak input
yang telah dihuraikan dalam bab ini bagi menerangkan kaedah penyelidikan.
Kaedah penyelidikan yang digunakan seperti yang telah dihuraikan juga akan
memberikan maklumat tentang hubungan, perbezaan serta pengaruh di antara
faktor-faktor pembolehubah bebas yang digunakan dalam kajian iaitu faktor
demografi dan faktor-faktor yang dianggap boleh mempengaruhi sikap murid
tahun 5 di Sk. Kanibongan terhadap mata pelajaran PJK.

BIBLIOGRAFI
Achenbach, T.M. 1991. Manual for the Child Behavior Checklist (CBCL)/4-18 and
1991 Profile, Burlington:Department of Psychology
Anastasi, A.1979. Phychological testing and Assesment. Ed. Ke-5. New York:
MacMillan Pub.Co.Inc
Ajzen.I. dan Fishbein,M. 1980. Understanding Attitudes and Predicting Social
Behavior. Englewood Cliffs,NJ: Prentice-Hall
Bahagian Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan 1985.

Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil. 1/1985.Kuala Lumpur: Bangunan Bank Pertanian Lebuh Pasar


Besar

39

Bandura, A.1986. Social Foundations of Thought and Action : A Social Cognitive


Theory. Englewood Cliffs. NJ : Prentice Hall
Cheah Swee Ming. 1985. Isu-isu Pendidikan Jasmani. Suara Pendidik, 11-12, 1418
De Vries, L.A. 1990. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Satu Dilema. Kertas Kerja
telah

Dibentangkan

Dalam

Seminar

Pendidikan

Jasmani

dan

SUkan

Menjelang Tahun 2000, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang.


Eagly, A.H. 1992.Uneven Progress : Social Psychology and the study of attitudes.
Journal of personality and social Psychology, 63 : 693-710
Elliot, A.J dan Devine, P.G. 1994. On the Motivational Nature of Cognitive
Dissoriance: Dissonance as psychological Discomfort. Journal of Personality
and Social Psychology, 67, 382-394.
Festinger, L. 1957. A Theory og cognitive dissonance. Evanston, II: Row,
Peterson.
Fishbein, M.1967. Readings in Attitude Theory and Measurement. New York:
Wiley.
Fishbein, M. dan Ajzen, I. 1975. Belief, Attitude, Intention and Behavior: An
Introduction to Theory and Research. Mass : Addison Wesley.
Greenwald, A.G. 1968. Cognitive Learning, Cognitive Response to Persuasion and
Attitude

Change.

In

A.G.

Greenwald,

T.C.

Brock,

&

T.M.

Ostrom.

Psychological Foundations of attitudes (147-170). New York:academic Press


Heider, F. 1958. The Psychology of Interpersonal Relations. New York :Wiley.
Hovland, C.I, Janis, I.L dan Kelly, H.H. 1953. Communication and Persuasion. New
Haven, CT: Yale University Press.
Krebs, D. dan Blackman, R. 1988. Psychology: A First Encounter. New York:
Harcourt Brace Jovanovich.
Miller, F.A, Moyer, J.H. dan Patrick, R.B. 1956. Planning Students Activities. New
Jersey : Prentice-Hall
Mohd. Daud Hamzah. 1990. Emosi Dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
40

Mohd. Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ravi, M. 1998. Sikap Guru-guru Pelatih Terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum
di Maktab-Maktab Perguruan Sarawak. (Tesis Sarjana Sains di UNIMAS).
Sharifah Alwiah Alsagoff. 1985. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heineman
Asia.
Taylor. 1997. Social Psychology. New Jersey :Prentica Hall.
Tie Fat Hee. 1996. Penilaian Pencapaian Objektif Jasmani dan Kesihatan KBSM
Peringkat Sekolah Menengah Rendah. Laporan Penyelidikan Dikemukakan
kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Wee Eng Hoe. 2002. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:
Kharisma Publications Sdn. Bhd.

41

You might also like