You are on page 1of 2

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21

1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp
3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau
pun penggunaan komputer
4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan
pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul
7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat
mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka
mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka
9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat
dengan sesuatu bentuk ujian sahaja
10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam
pembelajaran

3 Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Pelajar Abad ke 21

1. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi


Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah
mempunyai literasi terhadap maklumat dan media. Celik ICT orang
kata. Dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang
bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini

juga mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang


lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu
pelajar abad ke 21 dalam memperolehi ilmu dengan lebih meluas dan
dunia
tanpa
sempadan.

2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah


Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal
dan bersistem. Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi
kelebihan kepada pelajar, terutamanya apabila berkaitan dengan
penyelesaian
masalah.
Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad
ke 21 ke arah perkembangan yang positif. Dengan semangat meneroka
yang tinggi, maka diharapkan mereka akan dapat menghasilkan
sesuatu baru yang lebih mendatangkan manfaat kepada semua.

3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri


Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran
interpersonal dan kolaborasi. Mempunyai semangat juang dan
ketrampilan diri yang unggul, serta mampu untuk berkolaborasi
dengan rakan sekelas yang lain. Perkembangan kemahiran ini juga
perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar mengikut
aras masing-masing.

You might also like