You are on page 1of 2

Ucapan oleh pengerusi pibg Sk Wasai

Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis,


Yang Berusaha Encik Roslley bin Mohd Yusuf , Guru Besar Sk Wasai
Guru-guru sk Wasai
Kakitangan bukan mengajar sk wasai
Ketua Kampung Encik Yakiun Tonggulu
Pengerusi JKKK Encik Maickel Gunting
Rakan-rakan pengawal dan pembersihan
Dan seterusnya murid-murid sekalian.
Selamat Pagi dan salam sejahtera .
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi ruang
kepada saya untuk menyampaikan ucapan pada pagi ini.Saya amat berbesar hati kerana
dapat mewakili ibubapa murid-murid sekolah ini untuk menyampaikan ucapan sempena
majlis Persaraan Cikgu Stephen yang kami hormati.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Guru Besar dan kakitangan beliau kerana telah
mengambil usaha menjayakan majlis persaraan cikgu Stephen Mendoloi bin Gempuh .
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian
Bagi pihak ibubapa warga wasai, saya merasa amat-amat kehilangan satu tenaga mahir di
sekolah ini berikutan dengan persaraan cikgu Stephen. Bagi kami warga di kampung
wasai beliau adalah seorang guru yang telah banyak berkorban dari segi masa ,tenaga
dan wang demi kemajuan pelajaran anak-anak jati warga wasai.Walau pun tempat ini
suatu ketika dahulu amat jauh,serba kekurangan kemudahan dan kekurangan tenaga
pengajar namun beliau sanggup bertahan di sekolah ini demi untuk menabur bakti kepada
masyarakat di sini.
Pengalaman beliau yang amat luas dalam bidang perguruan juga telah berjaya melahirkan
murid-murid yang berjaya belajar sehingga ke sekolah tinggi ,malah ada yang telah
mencapai ke universiti.

Selain dari pada itu beliau juga adalah seorang guru yang amat mengutamakan disiplin
dan pelajaran murid . Kepimpinan beliau yang terbuka dan mesra telah menyebabkan
hubungan ibubapa dengan beliau sentiasa baik.Sifat beliau yang suka membantu antara
satu sama lain menyebabkan kami ibubapa dapat mengatasi sebarang masalah disiplin
murid-murid di sekolah ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Sumbangan bakti cikgu Stephen di sk wasai ini amat banyak .Kalau disebut satu persatu
memakan masa yang lama malah tidak habis dalam sehari.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Cikgu Stephen
Mondoloi Gempuh atas sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan beliau di sk wasai.
Jasa beliau kami tidak akan lupa sampai bila-bila.Kami berdoa agar beliau dilidung oleh
tuhan yang maha kuasa.
Akhir kata sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat bertungkuslumus
menjayakan pelaksanaan majlis ini.
Sekian, terima kasih

You might also like