You are on page 1of 101

KATA PENGHANTAR

Modul pengajaran ini disediakan sebagai rujukan lengkap kepada pengajaran


Kontrak dan Taksiran. Kursus kontrak dan Taksiran merupakan subjek wajib
pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang proses di
peringkat awal pembentukan kontrak serta kaedah-kaedah membuat anggaran
dalam sesuatu projek pembinaan. Secara amnya nota pengajaran ini merangkumi
topik-topik Industri Pembinaan Pengenalan dan Proses, Pengenalan kepada
kontrak, Kontrak projek pembinaan, Jenis Tender, Tatacara tender, Penilaian tender
dan Pentadbiran Kontrak. Bahagian ini disediakan oleh Prof Madya Dr Aminah Md
Yusof.
Di bahagian akhir konsep dan pengiraan taksiran diperkenalkan. Bahagian ini
disediakan oleh Ir. Dr. Rosli Mohamad Zin membincangkan beberapa mengganggar
kos binaan yang termasuk dalam kurikulum kursus ini.
Adalah diharapkan modul pengajaran ini akan memberi manafat kepada semua
pihak yang terlibat dan menjadi pendorong kepada kedua-dua penulis kearah
penerbitan karya asli bagi topik yang sama.

Prof Madya Dr Aminah Md Yusof


Ir. Dr. Rosli Mohamad Zin

Kandungan

Bahagian A

Bahagian B

18

Bahagian C

33

Bahagian D

70

Bahagian E

98

BAHAGIAN A
PENGENALAN KEPADA INDUSTRI
PEMBINAAN

BAB 1.0

INDUSTRI PEMBINAAN DI MALAYSIA

1.1

Definisi jenis

The International Standard Classification of All Economic Activities (1968)


sebagai:
...constructing, altering, repairing and demolishing building; constructing,
altering and repairing highways and streets and bridges; viaducts, culverts,
sewers, and water, gas and electricity mains, railways road beds, sub-ways and
harbour and water ways; piers, airports and parking areas; dams, drainage,
irrigation, flood control and water power projects and hydroelectric plants; pipe
lines; water wells; athletic fields, golf courses, swimming pools and tennis courts;
communication systems such as telephone and telegraph lines; marine
construction, such as dredging and under water rock removal; pile driving, land
draining and reclamation; and other types of heavy construction...mining services
such as preparing and constructing mining sites and drilling crude oil and natural
gas wells...specialist trade contractors....activities... The assembly and installation
on site prefabricated, integral parts into bridges, water tanks, storage and
warehouse facilities, railroad and elevated right-of-way, lift and escalator,
plumbing, sprinkler, central heating, ventilating and air-conditioning, lighting and
electrical wiring, etc., systems of buildings and all kinds of
structures...Departments or other units of the manufacturers of the prefabricated
parts and equipment which specialise in this work and which is feasible to treat as
separate establishments, as well as businesses primarily engaged in the activity,
are classified in this group

Industri binaan meliputi pelbagai aktiviti yang meluas sehubungan dengan itu The
Asian Productivity Organisation (1983) mentakrifkan industri binaan sebagai
aktiviti pengeluaran yang mana menghasilkan produk secara fizikal.
Daripada definisi di atas dapat disimpulkan bahawa industri binaan mempunyai
kepentingan bagi perkara berikut:-

Menyediakan kemudahan untuk kegunaan orang ramai

Menyediakan peluang pekerjaan

Mengeluarkan hasil keluaran pembangunan fizikal

Menjana ekonomi negara

Menghasilkan penemuan teknologi terkini

Meningkatkan nilai tanah.

1.2

Klasifikasi

Industri pembinaan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori tertentu. Terdapat


berbagai kategori yang dicadangkan dalam beberapa buku atau artikel. Namun
begitu dua kategori akan dibincangkan dengan lebih lanjut iaitu

Kategori bangunan

Infrastruktur

A)

Pembinaan Bangunan

Kediaman:

Kategori

ini

biasanya

merangkumi

pembinaan

rumah

serta

kondominium untuk tujuan kediaman. Tujuan penghasilan bangunan kediaman


adalah untuk diduduki atau sesetengah pelabur menjadikan sebagai suatu pelaburan
yang boleh mendatangkan pulangan berkala dengan cara menyewakan. Sektor atau
kategori pembinaan kediaman, merupakan komponen penting industri binaan
memandangkan keperluan rumah untuk penduduk bagi setiap negara adalah
sentiasa di bawah paras yang tidak mencukupi.
Pembinaan sektor perumahan, menjalani evolusi berterusan dan merupakan sektor
yang paling aktif biarpun di zaman kemelesetan ekonomi. Sehubungan dengan itu
inisiatif telah diambil oleh kerajaan bagi menggerakkan sektor ini seterusnya
menjana perkembangan industri binaan di Malaysia. Bangunan kediaman juga
merupakan sektor yang luas memandangkan terdapat pelbagai jenis rumah di serata
dunia. Beberapa jenis rumah yang biasa terdapat di Malaysia adalah seperti berikut;
1. Rumah teres (setingkat atau dua)
2. Rumah berangkai (setingkat atau dua)
3. Rumah berbandung (setingkat atau dua)
4. Rumah sesebuah
5. Rumah kos rendah
6. Kondominium/apartmen

Selain daripada itu, rumah di Malaysia juga dikelaskan mengikut kos iaitu:

Rumah Kos Rendah

Rumah Kos Sederhana Rendah

Rumah kos Sederhana

Rumah Kos tinggi

Di Malaysia, rumah kos rendah lebih banyak diberi perhatian. Rumah kos rendah
dibina untuk menyediakan perumahan yang lebih selesa dan sempurna kepada
rakyat yang berpendapatan rendah. Terdapat beberapa tabung yang di lancar
bertujuan untuk memperbanyakkan pembinaan rumah kos rendah seperti Tabung
Perumahan Kos Rendah (Special Low-Cost Housing Programme-1986), Tabung
Projek Terbengkalai, Low-cost Housing Revolving Development Plan pembelian
tanah untuk pembinaan rumah kos rendah (1994).

Bangunan Perdagangan

Kategori ini melibatkan pembinaan bangunan untuk tujuan komersial seperti


kompleks membeli belah, pejabat, hotel dan bangunan untuk perusahaan ringan.
Kadar pembangunan bangunan lazim nya bergantung kepada keadaan ekonomi
negara.

Bangunan industri

Pembangunan jenis ini biasanya tertumpu di kawasan perindustrian seperti Zon


Perindustrian Pasir Gudang. Bangunan kilang akan dibina oleh pemilik kilang atau
pemilik tanah dan disewakan kepada pengusaha. Seperti juga bangunan
perdagangan, permintaan kepada pembinaan bangunan industri amat bergantung
kepada keadaan ekonomi serta insentif yang di beri oleh kerajaan.
7

B)

Pembinaan Kejuruteraan Awam

Pembinaan Kejuruteraan Awam biasanya melibatkan pembinaan jalan raya/lebuh


raya, pembinaan jambatan serta kadang-kadang merangkumi kerja-kerja pembinaan
kemudahan awam seperti sekolah.
Pembinaan lebuh raya merupakan peratusan terbesar kerja-kerja kejuruteraan awam
di Malaysia bermula pada tahun 1980an sehingga alaf baru ini. Beberapa contoh
ialah Lebuh raya Utara-Selatan, Timur-Barat, Lembah Klang Expressway.
Menyedari hakikat penting nya kemudahan infrastruktur yang baik dan teratur,
kerajaan telah mempercepat pembinaan kemudahan-kemudahan ini. Pembinaan
Lebuh raya diswastakan bagi tujuan mempercepat pembinaan di samping
menyediakan peluang pekerjaan kepada kontraktor tempatan yang berkelayakan.
Penglibatan kontraktor antarabangsa dalam beberapa projek tertentu bertujuan
mendapatkan teknologi terkini dari negara tersebut, contohnya Projek Menara
Kuala Lumpur. Perpindahan teknologi dari negara maju menjadi agenda yang
diharapkan dapat dimanfaatkan oleh industri tempatan.
Antara kerja-kerja kejuruteraan awam yang besar ialah projek memasang paip Gas
Semenanjung (l) dan (II). Sesetengah projek mega lain seperti KLIA,
memperlihatkan konsep mengindustrikan sistem pembinaan. Pembinaan struktur
keluli membuktikan kemampuan bahan itu menggantikan struktur konkrit tetulang
yang memberi faedah kepada industri binaan seperti penyiapan yang lebih cepat.
Antara projek mega lain ialah Kompleks Sukan Komanwel, Sistem Aliran Ringan
Transit, Cyber City serta pembangunan pelabuhan, contohnya Tanjung Pelepas.

Pembinaan sektor awam membantu menjana ekonomi semasa kegawatan. Ini di


sebabkan perbelanjaan untuk sektor ini datang daripada pihak kerajaan. Untuk
mengerakkan industri binaan, kerajaan boleh membelanjakan wang untuk
menyediakan kemudahan awam. Selain daripada mendefinisikan industri
pembinaan dan membincangkan kelas-kelas, aktor-aktor dalam industri pembinaan
dan proses pembangunan juga perlu diketahui oleh pelajar. Ini dibincangkan di
Bahagian 1.3 dan 1.4.

1.3

Aktor Industri Pembinaan

Industri pembinaan melibatkan pelbagai pihak. Antara pihak yang terlibat dalam
industri pembinaan adalah:-

Tuanpunya/klien: Kadangkala di sebut pemaju dalam mengadakan projek


dan pihak yang paling banyak menanggung risiko. Bagi projek sektor
awam, klien merujuk kepada kerajaan melalui jabatan atau kementerian
yang mana pembangunan dijalankan.

Kumpulan Profesional: Kumpulan ini bertanggung jawab menterjemahkan


ide dan kehendak tuan punya/klien dan menjadikan rekabentuk dan
seterusnya menguruskan pembinaan. Antara profesion yang terlibat adalah
Perunding Pengurusan projek, Perancang, Arkitek, Jurutera, Jurukur Bahan,
Jurukur Tanah dan Pereka bentuk Dalaman

Kontraktor: Jenis-jenis kontraktor adalah;

Kontraktor Utama

Specialist Contractor/Nominated Sub-contractor

Labour Sub-kontraktor

Pembekal Bahan dan Peralatan : Pembekal, Pengedar dan Pengimport

Buruh: Buruh mahir, Separa mahir dan Tidak Mahir

Pembiaya: Bank dan Insitutusi kewangan

Pihak Berkuasa
o Tempatan
o Negeri
o Persekutuan

1.4

Proses Pembangunan/perlaksanaan projek

Sepertimana yang dibincangkan terdahulu, perlaksanaan projek pembinaan agak


berbeza bagi sektor awam dan swasta. Ini berlaku kerana perlaksanaan sektor
swasta tidak tertakluk kepada prosedur perolehan perbendaharaan sebagaimana
yang perlu diikuti disektor awam. Proses utama yang terlibat dalam perlaksanaan
projek pembinaan disektor awam adalah seperti berikut:

Penyediaan ringkasan projek

Ringkasan disediakan oleh Kementerian/Jabatan Pelanggan. Ringkasan perlu


mengandungi keperluan projek secara kasar seperti hasil yang dikehendaki (bil
katil, bilangan bilik darjah dsbnya) tairkh penyiapan dan reka bentuk serta jumlah
peruntukan bagi kontrak tersebut.

10

Pengambilan Tanah

Kementerian/Jabatan pelanggan mestilah mendapatkan tanah dan memastikan


terdapat akses yang munasabah ketapak bina. Memandangkan proses pengambilan
tanah biasanya melibatkan banyak pihak, ia biasa memakan masa yang lama dan
boleh menjejaskan permulaan projek, kementerian atau dengan tindakan JKR
mestilah menyegerakan proses persetujuan pembayaran pampasan pengambilan.

Pengukuran Tapak Bina, dan penyelidikan tapak bina

Penyelidikan oleh kementerian/jabatan pelanggan (melalui JKR) perlu dibuat untuk


melihat andainya terdapat halangan kepada pembangunan tanah tersebut.
Keupayaan galas dan sifat tanah bagi penyediaan rekabentuk asas tapak akan
diperolehi melalui penyelidikan yang dijalankan. Ini amat penting kerana
penyelidikan tapak akan memberi gambaran kepada jurutera/arkitek dalam
menyediakan rekabentuk bangunan. Banyak berlaku peristiwa dimana kesilapan
dalam penyelidikan tapak menyebabkan kelancaran projek terjejas dimana
rekabentuk perlu disemak dan diubahsuai.

Penyediaan rekabentuk permulaan dan pelan susun atur tapak bina

Cawangan Portfolio berkenaan akan menyediakan rekabentuk permulaan dan pelan


susun atur tapak bina berdasarkan ringkasan projek dan maklumat dari pengukuran
dan penyelidikan tapak bina. Walaubagimana pun apabila projek dijalankan
mengikut kaedah Reka dan Bina, kerja-kerja ini diserahkan kepada kontraktor yang
diberikan projek.
11

Rekabentuk perincian arkitek dan/atau kejuruteraan

Pelan terperinci disediakan dan perkara yang perlu diambil kira termasuk
memastikan tugas pereka bentuk daripada pelbagai disiplin dapat diseleraskan dan
kehendak-kehendak perancangan, kemudahan dan tempatan dimasukkan kedalam
reka bentuk dan reka bentuk tersebut lengkap.

Penyediaan anggaran awal dan pengamalan kawalan kos

Anggaran awal dibuat berdasarkan rekabentuk dan susunatur tapak bina kepada
kementerian/jabatan

pelanggan. Penyediaan

rekabentuk terperinci

perlulah

mengambil kira peruntukan asal jabatan/kementeria pelanggan.

Penyediaan dokumen tender

Satu set dokumen tender perlu disediakan/dijual bagi mereka yang ingin memasuki
tender. Tujuan dokumen tender adalah sebagai asas untuk meletakkan harga tender
oleh kontraktor. Perbincangan tentang dokumen tender dibuat dalam bahagian lain.

Pelawaan dan penerimaan tender

Diperingkat ini kontraktor akan menawarkan perkhidmatan mereka bagi kerja-kerja


yang biasanya diiklankan. Hanya kontraktor berdaftar dengan Pusat Khidmat
Kontraktor dalam kelas pendaftaran dan mempunyai kepala dan sub-kepala
pendaftaran yang tertentu sahaja layak menyertai sesuatu tender. Bahagian Kontrak
JKR akan menentukan criteria kelayakan menender sesuatu projek.
12

Penilaian dan setuju terima tender

Pejabat yang mempelawa tender akan mengkaji dan menilai tender dan membuat
perakuan kepada Lembaga Tender diperingkat Negeri atau Persekutuan (bergantung
kepada harga tender)
Surat setuju terima akan dikeluarkan setelah kelulusan Lembaga Tender diperolehi.

Penyediaan dan menandatangani Dokumen Kontrak

Dokumen Kontrak disediakan oleh pejabat yang mempelawa tender. Dokumen


kontrak adalah sama seperti dokumen tender tetapi kesediaan dokumen
menandatangani kontrak bergantung kepada bila kontraktor mengembalikan Surat
Setuju terima dan mengemukakan Bon Perlaksanaan dan Insurans tertentu.

Penyeliaan dan pengesanan kemajuan kerja

Pengawai penguasa akan dilantik untuk mengawasi projek. Perkara-perkara yang


berkaitan dengan kontrak dan perlaksanaan kerja adalah dirujuk kepada PP.

Lanjutan masa untuk penyiapan

Seandainya projek tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan
oleh sebab-sebab yang dibenarkan dalam kontrak, kontraktor boleh mendapat
perlanjutan masa.
13

Pengenaan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan

Sekiranya projek lewat disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dibenarkan


perlanjutan masa, kontraktor akan dikenakan denda ganti Rugi Tertentu dan
diTetapkan di peringkat awal kontrak.

Penamatan pengambilan kerja Kontraktor

Apabila kontraktor telah diberi peluang secukupnya untuk menyiapkan projek yang
ditawarkan, tetapi beliau masih tidak berupaya untuk meneruskan kerjanya, beliau
tidak berupaya atau memperlihatkan niatnya enggan menyiapkan kerja,
pengambilan kerja kontraktor hendaklah ditamatkan. Kerja akan diserahkan kepada
kontraktor lain.

Penyiapan dan penyerahan kerja siap dan pembaikan kecacatan

Apabila Perkauan Siap Kerja dikeluarkan, kerja yang siap akan diserahkan oleh
kontraktor kepada JKR dan seterusnya diserahkan kepada Kementerian/Jabatan
Pelanggan. Dengan itu bermulalah Tempoh Liabiliti Kecacatan.

14

Pengurusan pembayaran

Bayaran pendahuluan dibayar kepada kontraktor untuk memulakan kerja sebik


sahaja surat setuju terima, bon perlaksanaan dan gerenti insurans dikemukakan.
Bayaran interim dibuat bagi nilai kerja yang terlaksana dan bahan-bahan atau
barang-barang yang dibawa masuk ketapak.

Penyediaan nilaian dan akaun muktamad

Akaun Muktamad disediakan secepat mungkin setelah kontraktor memenuhi


obligasi di bawah kontrak.

Bagi projek

yang memerlukan kelulusan pemajuan pembangunan harta tanah

contohnya pemaju perumahan, pemaju atau pemohon perlu mengikuti proses


seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.0

15

Pembelian Tanah

Pembiayaan

Mendapatkan lesen Pemaju

Permohonan tukar syarat dan pecah sempadan

Penyediaan Pelan(Pecah sempadan, tata atur,


bangunan, kejuruteraan dan lanskap)

Kelulusan Pelan

Mengeluarkan penyewa tapak atau setinggan

Mendapatkan permit pengiklanan

Pembinaan perumahan

Memohon Sijil Layak Menduduki (CFO)

RAJAH 2.1

Proses Utama Dalam Pembangunan Projek Perumahan

16

Daripada rajah di atas, dapat dilihat proses untuk mendapatkan kelulusan bagi
memajukan harta tanah di Malaysia mengalami proses yang panjang dan sering
dikaitkan dengan masa yang amat panjang diambil sebelum pembangunan dapat
dijalankan.
Sehubungan dengan itu, perkembangan terbaru dalam industri pembinaan adalah
usaha kerajaan memperkenalkan inisiatif baru seperti permohonan pemajuan di
Pusat Setempat (OSC). Dengan adanya pusat setempat disemua Pihak Berkuasa
Tempatan, permohonan dapat diproses dengan cepat dan pemohon boleh
mengetahui keputusan permohonan tanpa menunggu dengan lebih lama.

1.5

Penutup

Daripada perbincangan di atas, jelas membuktikan bahawa apa jua jenis


pembangunan yang dijalankan, penglibatan banyak pihak adalah perlu dan proses
pembangunan juga akan mengambil masa yang lama dan panjang serta melibatkan
pelbagai jabatan dan agensi dan ini tentunya mengundang karenah birokrasi yang
sememangnya telah sinonim dengan pembangunan di Malaysia.

17

BAHAGIAN B
PENGENALAN KEPADA KONTRAK

18

BAB 2.0
KONTRAK PEMBINAAN
2.1

Pengenalan

Kontrak merupakan satu yang perlu dalam menjalankan sesuatu urusan perniagaan.
Keadaan yang sama terpakai kepada hubungan pihak yang menjalankan projek
pembinaan. Memandangkan pelajar kejuruteraan awam akan terlibat banyak dalam
menjalankan kerja-kerja-pembinaan, pendedahan kepada kontrak adalah perlu
sebagai

persediaan

menghadapi

alam

pekerjaan.

Bahagian

ini

akan

membincangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan kontrak dan


keperluan kontrak dalam pembinaan. Konsep kontrak dikupas di awal bahagian
sebagai persediaan untuk memahami kedudukan kontrak dalam menjalankan projek
pembinaan.
Perkara-perkara yang akan dibincnagkan dalam Bahagian ini ditunjukkan dalam
Rajah 2.0

19

APA DAN KENAPA


KONTRAK?

KONTRAK SAH

KONTRAK BOLEH
BATAL

ELEMEN

KONTRAK
BATAL

KENAPA?

PENTADBIRAN KONTRAK

PERLEPASAN
KONTRAK

RAJAH 2.0

2.2

PERKARA-PERKARA BERKAITAN KONTRAK

Apakah kontrak?

Kontrak dua pihak adalah suatu kontrak di mana satu pihak berjanji untuk berbuat
sesuatu sebagai balasan kepada janji pihak yang lain untuk berbuat sesuatu.
Kontrak dua pihak melibatkan janji-janji yang dibuat oleh dua pihak. Kontrak satu
pihak berlaku hanya satu pihak membuat janji kepada pihak yang lain.

20

Kontrak ialah sesuatu perjanjian untuk melakukan sesuatu perbuatan atau kerja atau
tidak melakukan yang boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang. Di Malaysia,
Seksyen 2 (h) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa: sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah
suatu kontrak.
Semua kontrak adalah perjanjian tetapi bukan semua perjanjian adalah kontrak.
Bagi membolehkan sesuatu perjanjian menjadi kontrak (sah dan boleh
dikuatkuasakan di sisi undang-undang), sesuatu kontrak perlu mempunyai beberapa
unsur penting yang dibincangkan dalam bahagian berikut.
Apakah bentuk kontrak?.
Kontrak boleh terbentuk dalam dua cara iaitu:

Kontrak bertulis / nyata

Kontrak lisan / tersirat

2:3

Perbezaan antara kontrak sah, kontrak boleh batal dan kontrak


Batal
i)

Kontrak sah: Kontrak sah merujuk kepada perjanjian yang boleh


diteruskan dan dikuatkuasakan di sisi undang-undang setelah tidak
terdapat perkara yang menyebabkan ia batal. Kontrak sah akan mengikat
kedua-dua pihak sehingga kontrak ini dilepaskan.

ii)

Kontrak boleh batal: Dalam hal ini satu pihak dalam kontrak terainaya
oleh pihak satu lagi contohnya ditipu. Dalam keadaan ini, apabila pihak
yang teraniaya boleh memilih untuk meneruskan kontrak atau keluar
daripada kontrak
21

iii)

Kontrak

batal:

Ia

merupakan

perjanjian

yang

tidak

boleh

dikuatkuasakan di sisi undang-undang kerana balasannya adalah


dilarang oleh undang-undang, tujuannya adalah tidak sah dan tidak
hadir unsur-unsur perlu ada dalam sesuatu kontrak

2.4

UNSUR-UNSUR KONTRAK

Kontrak yang sah dan boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang adalah sesuatu
perjanjian yang mempunyai unsur-unsur yang akan dibincangkan di bawah.
Sekiranya salah satu daripada unsur-unsur ini tidak wujud, kontrak adalah tidak sah
dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Perjanjian tersebut mungkin
hanya akan terbatal. Sebelum sesuatu kontrak itu boleh dikuatkuasakan dan di
katakan sah, ia mesti mengandungi unsur-unsur yang berikut:
i)

Ada tawaran (cadangan) yang dibuat oleh satu pihak

ii)

Ada penerimaan cadangan oleh pihak satu lagi

iii)

Wujudnya balasan di kedua-dua pihak

iv)

Ada niat untuk mengujudkan hubungan di sisi undang-undang

v)

Keupayaan di sisi undang-undang bagi pihak yang berkontrak

vi)

Kerelaan penuh pihak-pihak yang memasuki kontrak

vii)

Tujuan kontrak mestilah sah

viii)

Kontrak merupakan sesuatu yang boleh dilaksanakan.

22

i.

Tawaran

Tawaran, iaitu, satu pihak membuat tawaran yang ditujukan kepada pihak yang
lain ataupun khalayak ramai. Definisi: Sek 2(a) AKTA KONTRAK 1950
apabila seseorang itu telah menunjukkan kepada orang lain akan
kesanggupannya untuk membuat sesuatu atau menahan diri membuat
sesuatu dengan tujuan untuk mendapat persetujuan orang lain itu tentang
perbuatan atau penahanan tersebut, maka ia di katakan telah membuat
cadangan.
Jenis-jenis tawaran: Suatu tawaran boleh berbentuk: nyata atau tersirat

Nyata : Suatu tawaran dibuat secara lisan atau bertulis.

Tersirat: Tawaran yang dianggap atau disifatkan ada dari tingkah seseorang
itu.

Walau bagaimanapun tawaran adalah berbeza daripada Pelawaan untuk membuat


tawaran:
Pelawaan untuk membuat tawaran ialah langkah pertama dalam rundinganrundingan yang mungkin atau tidak berakhir dengan tawaran yang muktamad.
Bentuk-bentuk pelawaan untuk membuat tawaran,

Iklan

Barang-barang dagangan yang dipamerkan

Iklan tender

Sebut harga

23

ii)

Penerimaan

Pihak yang menerima tawaran mesti sanggup mematuhi semua syarat yang telah
ditentukan oleh pihak yang membuat tawaran. Sek 2(b) Akta Kontrak 1950
mentafsirkan penerimaan sebagai,
apabila cadangan dipersetujui bermakna ianya diterima: cadangan bila
diterima, adalah menjadi janji. Bagaimanapun penerima cadangan mesti
mengetahui terlebih dahulu.
Prinsip-prinsip penerimaan:
1. Penerimaan mesti tanpa syarat dan selaras dengan terma-terma tawaran. Sek
7(a) menyatakan bahawa suatu penerimaan itu hendaklah mutlak dan tidak
bersyarat sebelum suatu tawaran itu boleh dijadikan kontrak yang berkesan
dan mengikat pembuat tawaran.
2

Penerimaan mestilah dibuat seperti mana yang ditentukan oleh pembuat


tawaran. Sek 7(b) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa penerimaan itu
hendaklah dinyatakan secara biasa dan munasabah, melainkan jika pembuat
tawaran itu menetapkan suatu cara atau kaedah tertentu.

Komunikasi penerimaan
Kaedah am: penerimaan mestilah dikomunikasikan. Pembuat tawaran
mestilah menyatakan penerimaannya dan ianya sah dan mula berkuat kuasa
dari saat ianya dikomunikasikan.
Pengecualian kepada kaedah am: Ini meliputi kes-kes di mana terdapat
peruntukan yang menyatakan kaedah am komunikasi tidak lagi perlu.
24

Komunikasi melalui telegram atau pos:

iii)

Balasan

Balasan yang sah, iaitu sebarang faedah atau manfaat daripada satu pihak ke pihak
yang lain. Sek 2(d) Akta Kontrak 1950 memperuntukkan
apabila, atas kehendak seorang pembuat janji, seorang penerima janji
atau orang lain telah membuat sesuatu atau berjanji akan menahan diri
dari membuat sesuatu atau berjanji akan membuat sesuatu atau berjanji
untuk menahan diri dari membuat sesuatu, perbuatan atau penahanan diri
atau janji sedemikian dinamakan balasan untuk janji itu.
Di bawah Akta Kontrak 1950, mana-mana balasan di atas adalah memadai untuk
menguatkan sesuatu janji. Sek 26 Akta Kontrak 1950, mana-mana perjanjian yang
dibuat tanpa balasan adalah batal dan oleh itu tidak mengikat pihak-pihak yang
berkontrak.
Pengecualian kepada kaedah am balasan: Sek 26 menyatakan dengan khusus
pengecualian ini, iaitu; perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah sah jika dibuat
secara bertulis dan didaftar di bawah undang-undang (jika ada) yang pada masa itu
dikuatkuasakan bagi pendaftaran dokumen dan dibuat berdasarkan kasih sayang
semula jadi di antara pihak-pihak yang ada hubungan yang karib antara satu sama
lain.
Prinsip-prinsip balasan:

Balasan lepas: suatu balasan yang berdasarkan kepada suatu perbuatan yang
lepas.

25

Kecukupan balasan- tidak cukup tidak boleh dijadikan alasan untuk


membatalkan janji

Balasan tidak semestinya datang daripada penerima janji

iv Niat
Pihak-pihak yang berkenaan mestilah telah berniat atau dianggap sebagai
mempunyai niat untuk mengujudkan suatu hubungan yang mengikat di sisi
undang-undang

keupayaan Berkontrak

Pihak-pihak itu hendaklah mempunyai keupayaan untuk berkontrak. Pihak


yang berkontrak mestilah terdiri daripada

mereka yang dewasa mengikut undang-undang. Kanak-kanak boleh


berkontrak biasiswa, insurans dan keperluan sendiri

berakal waras dan

tidak hilang kelayakan untuk berkontrak (bankrap dsbnya).

vi Kerelaan sebenar atau kerelaan penuh


Kerelaan sebenar adalah keadaan di mana tidak berlaku perkara-perkara
berikut:

Paksaan
o Apa-apa perbuatan atau ancaman untuk melakukan apa-apa
perbuatan yang bertentangan dengan undang-undnag jenayah atau
menahan secara tidak sah atau mengancam untuk menahan sebarang
26

harta atau untuk memudaratkan man-mana orang dengan maksud


menyebabkan seseorang itu membuat perjanjian.

pengaruh tidak wajar,


o pertalian antara kedua pihak sedemikian menjadikan satu piahk dalm
kedudukan boleh menguasai kemahuan pihak lain dan menggunakan
kedudukannya untuk mendapatkan faedah tak saksama ke atas pihak
lain

fraud atau tipu


o niat untuk memperdaya dengan

mengenai suatu fakta menyarankan sesuatu tidak benar oleh


seseorang yang tidak mempercayai bahawa sesuatu itu benar

menyembunyikan secara aktif sesuatu fakta oelhs eseorang


yang mengetahui nya benar

membuat janji tanpa sebarang niat untuk menunaikannya

mana-mana perbuatan lain yang berniat untuk memperdaya

salah nyata, atau


o ketegasan positif sesuatu yang tidak benar tetapi dipercayai benar

silap fakta.
o Kesilapan tentang fakta kontrak yang boleh menjadikan kontrak
batal. Ini termasuk

Silap tentang pengenalan perkara pokok dalam kontrak

Silap tentang kewujudan perkara poko dalam kontrak

Silap tentang penegnalan pihak satu lagi

Silap fakta tentang perkara pokok, dan

Silap fakta tentang bentuk dokumen

27

vii Tujuan
Tujuan atau matlamat kontrak mestilah sesuatu yang sah dan memenuhi syarat.
Tujuan tidak sah adalah merujuk kepada

Yang dilarang oleh undang-undang

Akan mengecewakan peruntukan mana-mana undang-undang

Merupakan fraud

Mendatangkan atau melibatkan bencana kepada diri atau harat orang


lain

Tak bermoral dan bertentangan dengan muslihat awam

viii Terma jelas dan boleh dilaksanakan


Kontrak mestilah mempunyai terma-terma yang boleh ditentukan atau
dipastikan. Mana-mana kontrak yang mempunyai terma yang kabur dan sukar
ditentukan atau dilaksanakan dianggap boleh mencabar kesahihan kontrak.
2.5.

PERLEPASAN KONTRAK

Pihak-pihak dalam kontark akan terikat kepada terma dan syarat kontrak selagi
kontrak tidak dilepaskan. Sesuatu boleh dilepaskan dengan beberapa cara seperti
berikut:

Dengan persetujuan semua pihak

Dengan melaksanakan syarat-syarat kontrak

Dengan kemungkiran

Dengan kekecewaan kontrak (tidak mungkin dapat dilaksankan)

Dengan kuatkuasa undang-undang.


28

29

2.6

KONTRAK PROJEK PEMBINAAN

Kontrak berfungsi sebagai:


a)

Bukti wujudnya hubungan dari segi undang-undang antara pihak-pihak


terlibat

b)

Rujukan di mana segala butiran berkaitan dengan projek dinyatakan dengan


jelas bagi memudahkan pihak-pihak berkontrak memahami keperluan
masing-masing.

c)

Memberi penjelasan tentang tanggungjawab dan bidang kuasa pihak yang


terlibat dalam kontrak

d)

memastikan kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurna tanpa


menjejaskan tahap minimum mutu kerja serta reka bentuk seperti yang
dikehendaki oleh pelanggan dalam masa yang telah ditetapkan.

Secara amnya kontrak dapat dijelaskan sebagai:

Ikatan yang dimeterai oleh dua (2) atau lebih pihak untuk melakukan
sesuatu atau beberapa perkara secara lisan atau bertulis

Dalam kontrak pembinaan, satu pihak (kontraktor) berjanji menyiapkan


binaan hingga siap dan satu pihak lain (pelanggan) berjanji membayar bagi
kerja yang disiapkan

Apabila kontraktor memasuki tender berdasarkan syarat-syarat terkandung


dalam dokumen tender dan pihak kerajaan menyetujui syarat ditawarkan
maka ikatan terbentuk

Kontrak bermula apabila surat setuju terima diberikan dan berakhir apabila
Perakuan Muktamad dikeluarkan

Kontraktor bersetuju menerima risiko apabila beliau mengisi borang tender


dan memasukkannya dalam peti tender
30

Penender berjaya tidak boleh menolak tawarannya setelah surat setuju


terima dikeluarkan dalam tempoh sah laku tender.

Kontrak swasta: Kontrak sektor swasta lazim melibatkan kontraktor dan klien.
Kontrak di sektor swasta tidak terikat kepada prosedur yang ditetapkan oleh
kementerian kewangan. Dengan itu proses pembentukan biasanya lebih cepat.
Namun penggunaan borang kontrak seperti Borang Kontrak IEM, PAM, CIDB dan
FIDIC masih diperlukan.
Kontrak awam melibatkan JKR (pelaksana), Jabatan/kementerian Pelanggan
(pemula dan pengguna akhir) dan kontraktor. JKR penasihat teknikal, merancang
dan mereka bentuk, membina dan menyelenggarakan projek kerajaan dan juga
kementerian dan kerajaan lain. JKR mempunyai cawangan pelanggan untuk
kementerian/jabatan tertentu. Jabatan/kementerian pelanggan menyediakan pelan
kasar, ringkasan projek, mendapatkan peruntukan dan mendapatkan tapak.
Pentadbiran kontrak di sektor awam biasanya berpandukan Borang Kontrak
Setara/Piawai/ Standard JKR 203/203A/203N.

31

2.7

Peringkat pembentukan kontrak projek pembinaan

Proses Kontrak Pembinaan dapat dirumuskan seperti dalam Rajah 2.2.


Kenyataan Keperluan Pelanggan
Tatacara
tender

Pematuhan Keperluan

Pelawaan/penerimaan Tender

Penilaian/Setuju Terima

Iklan/tawaran ---- khas Bumi,


Terbuka, Terpilih &
Rundingan
- Laporan
- Surat Setuju terima
Dokumen Tender
- Semakan surat setuju
terima
- Insurans/bon
dikemukakan
- T/tangan pegawai diberi
kuasa
-

Penyediaan & Tandatangan Kontrak


- Lantikan subkon
-Pengurusan
Pembayaran

Penyeliaan dan Pengesahan


Kemajuan Kerja
Perakuan Siap kerja
Senarai Baiki Kecacatan
Perakuan Siap Pembaikan

Lanjutan Masa
Perakuan Tak Siap
Penamatan Kontrak

- Dibenarkan
- Tidak - LAD

Penyiapan/Pengesahan
Kerja

Penyediaan Nilaian
Perubahan Kerja

Akaun Muktamad

RAJAH 2.2 PROSES KONTRAK PEMBINAAN

32

Permohonan
Perubahan Kerja
Perlarasan Kerja

Perakuan Mukatmad
selepas 3 bulan
Tempoh Tanggungan
Kecacatan

2.8

PENUTUP

Bab ini telah melihat dengan terperinci pengenalan kepada kontrak, unsur Kontrak
dan

cara melepaskan kontrak. Prose pembentukan kontrak dalam pembinaan

dilihat dan daripada Rajah di atas dapat diringkaskan bahawa proses kontrak
pembinaan boleh dibahagikan tiga (3) fasa seperti berikut:
A)

Peringkat Tender :- Di peringkat ini membabitkan pengenalpastian


kehendak pelanggan proses menender, jenis-jenis tender dan pemilihan
kontraktor. Perincian bagi proses menender dan pemilihan kontraktor akan
dibuat di Bahagian C, nota pengajaran ini.

B)

Peringkat Kontrak:- Di peringkat ini, beberapa perkara yang akan


dibincangkan adalah jenis-jenis kontrak, mekanisme pentadbiran kontrak
dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut di Bahagian D.

C)

Peringkat Pentadbiran Kontrak:- Bahagian E Nota ini akan melihat perkara


berkaitan pentadbiran kontrak dengan lebih mendalam.

33

BAHAGIAN C
PROSES TENDER BAGI PEROLEHAN KERJA
DALAM SEKTOR AWAM

34

BAB 3.0
TENDER DALAM PEROLEHAN KERJA

3.0 PENGENALAN

Bab ini akan melihat peringkat tender dalam perolehan kerja disektor awam. Untuk
mendapatkan gambaran dengan lebih jelas, jenis perolehan kerja akan
dibincangkan terlebih dahulu. Ini akan diikuti oleh perbincangan tentang
keperluan perbendaharaan tentang proses dan prosedur tender dan akhir sekali
jenis-jenis tender dan pemakaian nya dibincangkan dengan terperinci.

3.1 Jenis-jenis Perolehan Kerajaan


Perolehan merujuk kepada beberapa kaedah perolehan yang dijalankan. Mengikut
Kementerian Kewangan jenis perolehan dapat dikelaskan seperti berikut:-

Kerja

Kerja merupakan perolehan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan dan sivil


seperti bangunan, lapangan terbang, pelabuhan, jalan raya, tapak kawasan dan
empangan air serta kerja perparitan. Ia juga merangkumi kerja-kerja mekanikal dan
elektrik.

35

Bekalan

Bekalan adalah dimaksudkan sebagai barangan yang dibekalkan bagi menjalankan


sesuatu aktiviti, program atau projek agensi Kerajaan. Ia juga merupakan input
kepada sesuatu proses kerja atau perkhidmatan. Bekalan dimaksudkan adalah
seperti bahan binaan, makanan, pakaian, kenderaan dan kelengkapan pejabat.

Perkhidmatan

Perkhidmatan adalah ditakrifkan sebagai khidmat tenaga manusia atau


kepakaran/kemahiran yang diperoleh untuk melak sana dan menyiapkan sesuatu
kerja tertentu. Bidang perkhidmatan terbahagi kepada dua seperti berikut :-

Perkhidmatan Perunding

Perkhidmatan perunding meliputi semua jenis kajian seperti kajian ekonomi,


penswastaan, pengurusan, pembangunan fizikal yang memerlukan input seperti seni
bina, kejuruteraan dan kerja-kerja ukur, pengurusan perundangan dan perkhidmatan
kepakaran dalam bidang-bidang khusus seperti alam sekitar dan pertanian

Perkhidmatan Bukan Perunding

Perkhidmatan bukan perunding meliputi perkhidmatan seperti pengendalian kursus


dan latihan, penyenggaraan dan pembaikan, pencucian dan pembersihan,
penyewaan dan pengurusan bangunan

3.2

Jenis dan cara perolehan kerajaan


36

i)

.Pembelian Terus (sehingga RM50,000)


Bagi bekalan dan perkhidmatan yang tidak melebihi RM10,000 setahun
bagi setiap jenis item, agensi Kerajaan dibenarkan membuat pembelian
terus dari mana-mana pembekal, sama ada berdaftar atau tidak, yang
menawarkan harga yang berpatutan.
Bagi pembelian yang bernilai di antara RM10,000 hingga RM50,000
setahun bagi setiap jenis item, agensi Kerajaan dibenarkan membuat
pembelian terus daripada pembekal bumiputera yang berdaftar dalam
bidang yang berkenaan yang diketahui sentiasa menawarkan harga yang
berpatutan.

ii)

Lantikan Terus (sehingga RM20,000)

Bagi kerja yang tidak melebihi RM20,000, agensi dibenarkan melantik


terus kontraktor kelas F dari daerah yang berkaitan
iii)

Sebut

Harga

(melebihi

RM50,000

hingga

RM200,000)

Bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan melebihi RM50,000 RM100,000 setahun, agensi kerajaan dikehendaki mempelawa sebut
harga di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) pembekal Bumiputera
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang
berkaitan.
Bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan melebihi RM100,000 RM200,000 setahun, agensi Kerajaan dikehendaki mempelawa sebut
37

harga di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) pembekal yang


berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan.
Bagi perolehan kerja yang bernilai melebihi RM20,000 dan tidak
melebihi

RM200,000

Kejuruteraan

Awam

dan
dan

tidak

menggunakan

Bangunan

hendaklah

Jadual
dibuat

Kadar
dengan

mempelawa sebut harga.


iv)

Kerja-kerja yang menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam


dan Bangunan

Bagi kerja-kerja yang menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam


dan Bangunan, agensi adalah dibenarkan melantik kontraktor secara
undian, giliran/pusingan atau sebut harga.

v)

Tender (melebihi RM200,000)

Bagi perolehan melebihi RM200,000 setahun hendaklah dipelawa


secara tender. Ini termasuk menggunakan kaedah berikut:

Tender Terbuka
Tender ini terbuka untuk ditandingi oleh semua kontraktor/pembekal yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi bekalan dan perkhidmatan dan
38

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dan Pusat


Khidmat kontraktor (PKK) bagi kerja.

1.

Tender Terbuka Yang Dikhaskan Kepada Kontraktor Bumiputera


Tender ini dilaksanakan dengan mempelawa hanya kontraktorkontraktor Bumiputera untuk mengambil bahagian.

2.

Tender Terbuka Berasaskan Pra-kelayakan


Peraturan pra-kelayakan adalah bertujuan untuk menapis kontraktorkontraktor supaya mereka yang mempunyai pengalaman, kebolehan
teknikal, kewangan secara pengurusan bagi melaksanakan sesuatu
projek sahaja dibenarkan mengambil bahagian di dalam sesuatu tender
yang diadakan setelah agensi mendapat kelulusan khas Perbendaharaan
Malaysia.

3. Tender Terhad
Tender terhad bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja tidak melebihi
RM5 juta boleh dilaksanakan setelah agensi mendapat kelulusan
Lembaga Perolehan Agensi. Tender terhad melebihi nilai tersebut perlu
mendapat kelulusan Perbendaharaan Malaysia.
3.3 TENDER
Bahagian ini akan membincangkan proses tender yang lazim dipraktikkan dalam
perolehan kerja-kerja kerajaan.

39

3.3.1

PELAWAAN TENDER/TAWARAN:

Definisi: Suatu kenyataan yang dikeluarkan kepada seseorang untuk mendapatkan


persetujuan melakukan sesuatu.
Tawaran merupakan proses utama yang dilakukan oleh klien untuk memilih
kontraktor yang layak. Pemilihan biasanya dibuat berdasarkan pertandingan yang
berasaskan harga dan masa pembinaan. Panggilan biasanya dilakukan oleh klien,
JKR, Jabatan Kerajaan, Majlis Tempatan dsbnya. Lazatnya disiarkan dalam dua
akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia. Sila lihat Rajah 3.1 bagi aliran proses
menender yang biasa berlaku bagi pemberian kerja oleh JKR atau mana-mana
pihak awam yang tertakluk

kepada prosedur perolehan oleh Perbendaharaan

Negara Malaysia.
Iklan biasanya menyatakan jenis kerja yang ditawarkan, kelas kontraktor dan
pecahan perkara lain yang berkaitan dengan tawaran. Sila rujuk iklan tender untuk
mengetahui apakah perkara yang dimasukkan dalam sesuatu iklan tender.

40

3.3.2

Proses Tender

Perancangan
Kementerian dan agensi dikehendaki merancang perolehan. Bagi maksud ini
jenis item/perolehan hendaklah ditentukan, carta/jadual proses disediakan,
peruntukan

kewangan

disemak,

kontraktor/pembekal

dan

kepala/sub

kepala/gred dan kod bidang pendaftaran dikenal pasti dan kajian pasaran
dilakukan.

Spesifikasi
Kementerian dan Jabatan dikehendaki menyediakan spesifikasi tender. Bagi
maksud ini, Jawatankuasa Spesifikasi perlu ditubuhkan. Spesifikasi hendaklah
secara terperinci bagi memberi gambaran secara jelas kepada penender akan
apa yang diperlukan atau yang dikehendaki. Spesifikasi tersebut hendaklah
berdasarkan kepada fungsi dan performance dengan kepatuhan kepada
standard antarabangsa or equivalent boleh dimasukkan ke dalam spesifikasi
tersebut. Spesifikasi yang menjurus kepada sesuatu jenama atau negara ditegah
sama sekali. Penender boleh membantah di dalam 14 hari dari tarikh tender
diiklankan jika spesifikasi tersebut menjurus kepada sesuatu jenama bagi tender
tempatan dan 28 hari bagi tender antarabangsa.

41

Dokumen Tender
Dokumen Tender dikenakan bayaran dengan harga minimum sebanyak
RM50. Kandungan Dokumen Tender akan meliputi syarat-syarat dan terma
am, spesifikasi, salinan perjanjian, jadual harga, tempoh penghantaran,
tempoh bantahan dan skop kerja yang diperlukan.

Iklan Tender
Setiap tender tempatan yang dikeluarkan hendaklah diiklankan di dalam
sekurang-kurangnya sebuah akhbar tempatan bahasa Melayu, bagi tender
antarabangsa, iklan tersebut akan diiklankan dalam sekurang-kurangnya dua
akhbar tempatan, satu Bahasa Melayu dan satu Bahasa Inggeris serta
pemberitahuan juga dihantar kepada Embassy dan High Commission
negara-negara yang sesuai dan boleh mengambil bahagian di dalam tender
tersebut. Bagi tender yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan, iklan
tender juga akan dipaparkan di dalam homepage BPPK. Penender diberi
tempoh tidak kurang dari 21 hari untuk mengemukakan tawaran bagi tender
tempatan dan tidak kurang dari 56 hari bagi tender antarabangsa.

Jualan Dokumen Tender


Dokumen Tender akan dijual mulai tarikh iklan tender tersebut dibuat di
dalam akhbar tempatan. Hanya kontraktor/pembekal yang memenuhi
syarat-syarat pendaftaran dalam bidang yang berkenaan dibenarkan
membeli Dokumen Tender tersebut. Bagi tender antarabangsa, pengecualian
diberikan dari syarat-syarat keperluan pendaftaran.

42

Deposit Tender
Pembekal/kontraktor tempatan yang telah berdaftar dengan Kementerian
Kewangan/Pusat Khidmat Kontraktor dikecualikan dari mengemukakan
deposit tender. Bagi tender antarabangsa, penender asing diperlukan
mengemukakan deposit tender bernilai antara RM62,500 bagi tawaran
kurang dari RM5 juta sehingga deposit bernilai RM1 juta bagi tawaran
bernilai RM30 juta bagi tender bekalan dan perkhidmatan. Bagi tender
kerja, penender dikehendaki mengemukakan deposit tender bernilai
RM50,000 bagi kontrak di bawah RM10 juta sehingga deposit bernilai RM1
juta bagi kontrak kerja bernilai RM100 juta.

Masa Tutup Tender


Agensi mestilah menetapkan jam 12.00 tengah hari pada hari
tawaran ditutup sebagai waktu akhir untuk menerima dokumen
tender daripada penender. Tender lewat tidak boleh diterima.

Jawatankuasa Pembuka Tender


Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah terdiri dari sekurang-kurangnya
dua pegawai di mana seorang daripada hendaklah pegawai daripada
Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik oleh Ketua Jabatan
untuk membuka peti tawaran dan tawaran yang diterima.

Penilaian Tender
Bagi tender bekalan dan perkhidmatan, penilaian tender hendaklah dibuat
oleh dua (2) Jawatankuasa yang berasingan iaitu Jawatankuasa Penilaian
43

Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Harga. Jawatankuasa Penilaian


Teknikal hendaklah terdiri daripada pegawai yang mempunyai kemahiran,
pengalaman serta kelayakan mengenai barangan/perkhidmatan tersebut.
Bagi penilaian harga, penilaian boleh dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian
Harga atau oleh Pegawai Penilai yang terdiri daripada pegawai yang mahir
serta berpengalaman dalam bidang tersebut. Bagi penilaian tender kerja
ianya hendaklah dilakukan oleh satu Jawatankuasa yang dianggotai oleh
tidak kurang daripada dua (2) orang pegawai. Salah seorang daripada
hendaklah terdiri daripada juruukur bahan atau pegawai teknikal dalam
bidang berkenaan. Laporan Penilaian hendaklah ditandatangani oleh semua
ahli jawatankuasa.

Pemilihan Penender Yang Berjaya


Laporan daripada Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa
Penilaian Harga hendaklah dirangkumkan untuk mendapatkan syor dan
perakuan berasaskan tawaran terendah yang dinilai dan boleh diterima (the
lowest evaluated and acceptable tender). Pegawai yang memproses tender
adalah bertanggungjawab menyediakan perakuan kepada Lembaga
Perolehan berdasarkan tender yang paling menguntungkan Kerajaan.
Faktor-faktor seperti harga, latar belakang syarikat, tempoh
siap/penghantaran, kualiti, rekod-rekod yang lalu hendaklah dijadikan asas
pemilihan.

44

Lembaga Perolehan/Tender

Lembaga Perolehan/Tender Kementerian atau Jabatan adalah diberi kuasa


menimbang serta menyetujukan tender sehingga RM50 juta bagi tender
kerja dan RM30 juta bagi tender bekalan dan perkhidmatan. Bagi tender
yang melebihi had nilai yang dibenarkan atau tender yang keputusannya
tidak

sebulat suara

atau

bagi Jabatan-jabatan

yang tidak mempunyai

Lembaga Perolehan sendiri, perakuan tender hendaklah dikemukakan ke


Kementerian Kewangan untuk keputusan muktamad.

Semua tender bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan yang bernilai tidak
melebihi RM30 juta dan sehingga RM50 juta bagi tender kerja adalah di
bawah bidang kuasa Lembaga Perolehan Kementerian atau Jabatan.

Surat Niat

Surat Niat akan dikeluarkan kepada penender yang berjaya jika perlu. Surat
tersebut boleh mengandungi syarat dan terma tambahan bagi memastikan
kontrak tersebut berjaya dilaksanakan dan bagi memenuhi dasar-dasar dan
aspirasi Kerajaan. Surat Niat tidak legally binding. Apabila Surat Niat
dikeluarkan,

rundingan

boleh

diadakan

dengan

penender

untuk

membincangkan syarat dan terma tambahan atau apa-apa perubahanperubahan.

Keputusan

muktamad

bagi

penerimaan

tender

adalah

berdasarkan kepada rundingan yang berjaya dengan/atau setuju terima


syarat dan terma tambahan.

45

Surat Setuju Terima


Jika tawaran penender diterima tanpa apa-apa perubahan Surat Setuju
terima boleh dikeluarkan. Jika Surat Niat dikeluarkan dahulu maka selepas
rundingan diadakan dan persetujuan dicapai atas apa-apa perubahan, Surat
Setuju Terima hendaklah dikeluarkan. Surat Setuju Terima tersebut
hendaklah ditandatangani dan dikembalikan kepada agensi bagi penyediaan
kontrak. Surat Setuju Terima merupakan dokumen legal dan ianya
merupakan sebahagian daripada kontrak.

Kontrak
Kontrak secara formal akan dibuat selepas diterima Surat Setuju Terima dari
penender yang berjaya. Penender tersebut dikehendaki mengemukakan

Syarat-syarat Penyertaan Tender

Pendaftaran Kontraktor
Semua Perolehan Kerajaan hendaklah dibuat daripada Kontraktor
yang pendaftarannya masih berkuat kuasa. Pihak berkuasa bagi
pendaftaran pembekal dalam bidang bekalan dan perkhidmatan ialah
Kementerian Kewangan manakala bagi kontraktor kerja ialah Pusat
Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (LPIPM). Pengecualian hanya dibenarkan bagi
perolehan yang tidak melebihi RM10,000 setahun bagi bekalan dan
perkhidmatan mengikut AP 184.2(a).

46

Kontrak Pusat

Perbendaharaan akan menguruskan kontrak pusat bagi barangan


guna sama dari semasa ke semasa. Semua Jabatan hendaklah
menggunakan kontrak pusat apabila membeli barangan guna sama
yang terdapat di dalam kontrak pusat yang diuruskan oleh
Perbendaharaan, melainkan mendapat pengecualian Perbendaharaan
terlebih dahulu.

3.4

APAKAH YANG PENTING DALAM PROSES MENENDER

3.4.1

Dokumen Tender:

Dokumen yang disediakan adalah untuk kegunaan kontraktor binaan bagi meletak
harga tawarannya. (Kaedah penentuan Harga akan dipelajari di Bahagian

(Taksiran)]
Objektif: menyampaikan gambaran yang paling jelas mengenai sifat dan kuantiti
kerja, tapak dan keadaan tanah, tanggungjawab kontraktor, syarat pembayaran dan
keadaan lain, pengaruh teknikal dan komersial dalam perlaksanaan kerja.
Keperluan asas dokumen tender:

Peruntukan dalam dokumen tender mestilah menjadi asas kepada kontrak


dan boleh dilaksanakan oleh kontraktor.

Peruntukan dalam dokumen tender mestilah menggambarkan perolehan


mengikut tatacara yang dibenarkan oleh Perbendaharaan.
47

Kerja untuk dilaksanakan mestilah didefinisikan dengan jelas dan tepat.

Kerja yang ditentukan mestilah memenuhi kehendak nyata dan kehendak


lain Jabatan/Kementerian Pelanggan.

3.4.2

Kerja yang ditentukan mestilah memenuhi kehendak-kehendak JKR


Penyediaan Dokumen Tender

Dokumen tender yang dikeluarkan mengandungi perkara berikut:

Kontrak berdasarkan Senarai Kuantiti


-

Surat pelawaan menender

Surat semakan mengemukakan tender

Borang tender JKR203B Sem 1/82

Borang latar belakang kontraktor dan butir-butir sepuluh kerja


kontrak yang terah disiapkan dan sedang dilaksanakan

Spesifikasi

Senarai Kuantiti

Lukisan-lukisan.

Kontrak Berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi


-

Surat pelawaan menender

Senarai semakan mengemukakan tender

Borang tender JKR203C- sem 1/82

Borang latar belakang kontraktor

Spesifikasi

Ringkasan tender

Jadual kadar Harga

Lukisan-lukisan.

48

Borang tawaran : Borang yang digunakan oleh pihak yang membuat tawaran serta
penender. Harga tawaran serta tempoh penyiapan pembinaan perlu dinyatakan oleh
penender.
Penentuan Kerja (Spesifikasi) :Penentuan kerja yang menerangkan dan
menghuraikan perkara-perkara yang bersangkutan dengan kontrak. Di antaranya
ialah:

Kerja-kerja yang termasuk dalam tawaran

Mutu minimum bahan binaan yang diperlukan termasuk kerja-kerja


pembinaan

Menerangkan bagaimana sesuatu kerja patut dilakukan

Menetapkan mutu minimum penghasilan kerja.

Jadual Kadar Harga: Jadual yang disediakan oleh klien biasanya mengandungi
senarai harga dalam membuat sesuatu elemen binaan. Harga ini termasuk harga
bahan dan upah tetapi tidak termasuk keuntungan. Ianya digunakan jika terdapat
perubahan kerja semasa kontrak masih berkuat kuasa. Ia juga membantu kontraktor
dalam menentukan harga.
Lukisan : Ia menggambarkan sesuatu kerja yang perlu dibuat dan disudahkan oleh
kontraktor. Ia menjadi penerangan kepada kontraktor.
Senarai bahan (BQ): Senarai kuantiti disediakan untuk projek yang lebih rumit.
Selain daripada berasaskan keluasan lantai, BQ membolehkan kontraktor membuat
anggaran lebih tepat bagi projek yang dicadangkan.

49

3.4.3

Dokumen Meja Tender

Naskah/Dokumen Meja Tawaran: Untuk rujukan dan pemeriksaan kontraktor.


Naskah ini biasanya terkandung beberapa dokumen tertentu yang berkaitan dengan
projek yang ditawarkan. Ini termasuklah syarat-syarat kontrak borang tawaran,
lukisan, penentuan kerja dan lain-lain lagi.
Dokumen Meja Tender mengandungi dokumen tender dan dokumen-dokumen lain
mengikut susunan seperti berikut:

Kontrak Berdasarkan Senarai Kuantiti


-

Surat pelawaan menender

Senarai semakan

Perkara-perkara perjanjian dan syarat-syarat kontrak dan


Lampiran berkembar (JKR203A Sem10/83)

Borang tender

Borang Latar belakang kontraktor

Borang Setuju Terima

Borang Gerenti bank dan Insurans untuk Bon perlaksanaan

Spesifikasi

Senarai Kuantiti

Lukisan-lukisan

Kontrak Berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi


-

semua seperti di atas dan ditambah dengan Ringkasan Tender


dan Jadual kadar harga.

50

Naskah meja tawaran (T.T.D) biasanya akan dipamerkan di tempat-tempat berikut;


1.Sekiranya tawaran dipanggil Pengarah Negeri, akan dipamerkan di
pejabat pengarah atau pejabat Jurutera Daerah yang berkenaan.
2. Sekira nnya Persekutuan, naskah meja tawaran akan dipamerkan di
Bahagian Kontrak Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur.

3.5

JENIS-JENIS TENDER

Beberapa jenis tawaran yang biasa diamalkan di negara kita termasuk;

Tender/tawaran Terbuka

Tender/tawaran Terhad atau Tender Terpilih

Tender/tawaran Perundingan

Tender/tawaran Pra Kelayakan

Jenis-jenis tawaran yang lazim diamalkan di negara kita sama ada melalui
persaingan, perundingan atau kombinasi termasuk;

51

Tender Terbuka

Pelbagai

Tender terpilih satu


peringkat
Prosedur tender

Usahasama
Tender terpilih dua
peringkat

Perundingan

TENDER

PERTANDINGAN

PERUNDINGAN

HYBRID

Rajah 3.2

KAEDAH-KAEDAH TENDER

52

3.5.1

Tender/tawaran Terbuka:

Tender ini terbuka untuk ditandingi oleh semua kontraktor/pembekal yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan bagi bekalan dan perkhidmatan dan Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM -CIDB) dan Pusat Khidmat
kontraktor (PKK) bagi kerja.

Tender TerbukaYang Dikhaskan Kepada Kontraktor Bumiputera Tender ini dilaksanakan dengan mempelawa hanya kontraktor-kontraktor
Bumiputera untuk mengambil bahagian.

Tender Terbuka Berasaskan Pra-kelayakan - Peraturan pra-kelayakan


adalah bertujuan untuk menapis kontraktor-kontraktor supaya mereka yang
mempunyai pengalaman, kebolehan teknikal, kewangan secara pengurusan
bagi melaksanakan sesuatu projek sahaja dibenarkan mengambil bahagian
di dalam sesuatu tender yang diadakan setelah agensi mendapat kelulusan
khas Perbendaharaan Malaysia

Tawaran ini biasanya digunakan oleh kerajaan dan badan berkanun. Kaedah
ini membolehkan pihak klien mendapat harga yang munasabah untuk
sesuatu projek.
Pihak Klien akan mengeluarkan iklan tawaran di akhbar-akhbar utama
tempatan menjemput kontraktor yang berkelayakan untuk membuat tawaran
harga bagi projek yang dicadangkan.

53

Rajah 3.3 Aliran Proses Tender Terbuka

54

Harga yang ditawarkan oleh kontraktor biasanya berdasarkan jumlah anggaran


kasar pembinaan sesebuah bangunan (yang mana termasuk kos langsung dan tidak
langsung) {Kaedah Menganggar akan ditunjukkan dalam Taksiran}
Pemilihan biasanya akan bergantung kepada harga yang terendah. Walau
bagaimana pun terdapat beberapa kriteria lain yang juga diambil kira dalam
pemilihan kontraktor. Kriteri ini akan dibincang dengan lebih terperinci dalam
bahagian penilaian tender.
Kebaikan: i)
ii)

memberi peluang kepada kontraktor yang baru berdaftar


Tawaran lebih kompetitif
Klien dapat memilih harga yang terendah

iii)

Jenis tawaran ini lebih sesuai untuk pembinaan yang rendah atau
sederhana hartanya

Keburukan
ii)

Proses penyediaan tawaran mengambil masa yang lama. Masa


yang panjang diperlukan untuk pengiklanan, penyediaan lukisan
lakar, senarai bahan dokumen yang berkaitan. Kaedah ini tidak
sesuai untuk projek yang perlu disiapkan dengan segera

iii)

Penerimaan sebut harga yang terendah adalah merbahaya. Ini


mungkin menghasilkan mutu kerja yang rendah atau bahan yang
tidak berkualiti.

iv)

Pemilihan harga terendah tidak menggalakkan penggunaan


peralatan serta teknologi terkini di dalam projek tersebut.

v)

Kesukaran timbul di dalam pemilihan kontraktor kerana banyak


penyertaan. Ini menyebabkan berlaku pembaziran masa dan
kewangan.

55

3.5.2

Tender/tawaran Terhad atau Tawaran Terpilih

Tender Terhad

Tender terhad bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja tidak melebihi RM5 juta boleh
dilaksanakan setelah agensi mendapat kelulusan Lembaga Perolehan Agensi.
Tender terhad melebihi nilai tersebut perlu mendapat kelulusan Perbendaharaan
Malaysia.
Tawaran Terhad adalah tawaran yang dibuka kepada semua kontraktor yang telah
ditetapkan di dalam kategori yang dinyatakan dalam notis tawaran. Contohnya,
tawaran dibuka kepada Kontraktor bumiputera atau Kelas tertentu.
Tawaran Terpilih: Tawaran hanya dikemukakan kepada pemborong yang telah
dipilih oleh klien. Pertandingan merebut tawaran ini hanya di kalangan mereka
yang terpilih. Kebiasaannya kontraktor dipilih berdasarkan kebolehan serta
pengalaman di dalam projek yang ditawarkan.

56

57

Rajah 3.4

Aliran Proses Tender Terhad

Pemilihan kontraktor dibuat berdasarkan lukisan lakar, senarai bahan dan juga
penyediaan senarai pemborong bahan binaan. Dua kaedah yang lazim digunakan
untuk menyenaraikan nama-nama kontraktor ialah;
a) Perunding yang mewakili klien akan mengambil dan menyenaraikan nama
kontraktor yang layak. Apa kontraktor memasuki tawaran, pihak klien akan
memilih seorang kontraktor yang meletakkan harga yang munasabah;
biasanya yang terendah.
b) Proses yang diterangkan di dalam Kod Peraturan Pemilihan.
Kelebihan Tawaran Terhad/Terpilih

Kontraktor yang mahir dan terpilih sahaja memasuki tawaran. Oleh itu hasil
kerja yang berkualiti akan dapat diperoleh.

Tawaran jenis ini sesuai untuk kerja khas yang memerlukan kecekapan dan
pengalaman yang jarang terdapat pada kontraktor utama.

Keburukan Tawaran Terhad/Terpilih

Kebanyakan kontraktor Yang disenaraikan terdiri daripada yang mahir dan


berpengalaman.

Kemungkinan berlaku pakatan di antara kontraktor; pakatan harga.

Risiko sekiranya perubahan keupayaan kontraktor yang dipilih.

Tawaran tidak begitu meluas kerana hanya beberapa kontraktor sahaja


terpilih.

58

3.5.3

Tender/tawaran Perundingan

Klien akan mangenalpasti kontraktor dan menghantar surat kepada kontraktor


tertentu menjemput membuat rangka belanjawan bagi projek yang dirancakkan.
Kebiasaannya latar belakang kontraktor diketahui oleh klien. Kos yang terlibat juga
lebih rendah.
Dua jenis tawaran perundingan yang biasa dijalankan ialah;
1

Tawaran yang diambil oleh kontraktor Antarabangsa.

Tawaran ini biasanya dijalankan untuk membina projek yang besar dan kerja-kerja
kejuruteraan yang bermutu tinggi.
Notis akan diberi kepada kontraktor yang terlibat. Dengan itu kontraktor boleh
menyediakan perkara yang perlu untuk projek yang dicadangkan. Selepas klien
menilai kontraktor-kontraktor, borang tawaran akan dikeluarkan dan diberikan
kepada kontraktor yang terpilih.
2

Tawaran oleh Firma Arkitek.

Borang tawaran dikeluarkan kepada sebilangan kecil kontraktor yang terpilih


ataupun yang telah menjadi anak syarikat atau ahli firma, contohnya PKENJ dan
anak-anak syarikatnya.
Segala keperluan dan perbelanjaan dibincangkan bersama. Pemilihan tawaran
dibuat oleh arkitek yang bertanggungjawab.

59

60

Rajah 3.5 Carta Aliran Secara Rundingan Terus Bagi Perolehan Kerja

3.4.4

Tender/tawaran Pra kelayakan

Tawaran pra kelayakan ini dilaksanakan bagi projek yang tertentu sahaja. Tujuan
nya adalah untuk mendapatkan maklumat atau latar belakang pengalaman,
kemahiran, modal pusingan yang tinggi dan penggunaan teknik model kontraktor.
Tawaran pra kelayakan akan diiklankan bagi mendapatkan pemborong yang
berkelayakan bagi memasuki tender. Perjalanan tender pra kelayakan lebih mirip
kepada sistem tawaran terbuka. Penilaian dibuat berdasarkan kedudukan kewangan
dsbnya.

Langkah seterusnya ialah mungkin berupa tender terpilih atau terbuka atau
perundingan.

Carta Aliran Tender Kerja Bagi Pra-Kelayakan (Pre-Q) ditunjukkan dalam


Rajah 3.6

61

Rajah 3.6

Carta aliran tender pra kelayakan

62

63

3.5

STRATEGI MENENDER

o Adakah tawaran/bida cukup rendah untuk memenangi tender


o Jika diterima, apakah kedudukan kewangan apabila projek siap sama (lebih
kurang sama) dengan belanjawan.
Apakah risiko?. Akibat negatif, apa yang diramalkan tidak tercapai. Ketakpastian:
tiada maklumat atau tidak diketahui. Antara risiko dan ketidaktentuan dalam
menender.
o Pembuat keputusan emosional, teknik yang digunakan
o Risiko projek maklumat tidak lengkap, perubahan harga barangan,
teknologi dan kaedah perolehan kontrak.
o Risiko

daripada

klien/

profesional

kelewatan,

pembayaran,

pertelingkahan.
o Risiko menggunakan teknik menganggar/menender yang tidak praktikal.
STRATEGI MENENDER
Menender atau tidak?.. cubaan atau betul-betul?..
Faktor yang diambil kira apabila membuat keputusan untuk membida.
o Klien
o Jenis-jenis kerja
o Nilai projek
o Beban kerja semasa
o Lokasi projek
o Syarat-syarat kontrak
o Sumber-sumber yang diperlukan untuk menjalankan kerja
o Masa untuk menender
64

3.6 PENILAIAN TENDER


Selepas tender dibuka dan disenaraikan ia akan dikembalikan ke pejabat yang
memanggil tender tersebut untuk dibuat penilaian dan pengesyoran kepada
Lembaga Tender. Surat Setuju terima akan dikeluarkan setelah peruntukan dan
kelulusan daripada Perbendaharaan diterima.

Beberapa syarat mesti dipatuhi semasa penilaian tender:

Tender yang perlu dipertimbangkan adalah terhad kepada tender yang telah
dibuka dan disenaraikan dalam jadual tender sahaja.

Tiada pindaan boleh dibuat setelah diserahkan

Tiada tender alternatif dibenarkan sekiranya tidak diperuntukkan dalam


dokumen tender.

Tiada perhubungan antara penender boleh dibuat.

Penilaian dibuat ke atas aspek:

Kecukupan dokumen.

Tender Harga Munasabah

Kemunasabahan tempoh siap kerja

Keupayaan penender

Perincian dalam bahagian seterusnya.

65

3.6.1

Kriteria pemilihan kontraktor

Pemilihan akan dijalankan oleh Lembaga Tawaran. Faktor yang diambil kira ialah:
Faktor-faktor

Ulasan

Kesempurnaan
tender

Harga

Keupayaan Kewangan
-Kedudukan Kewangan
-Rujukan Kewangan

Kemajuan Yang lepas

F
G

dokumen

Harga terendah berkemungkinan menarik minat klien


dan mungkin di utama berbanding faktor lain
Kedudukan dan kekukuhan kewangan kontraktor
akan di nilai bagi memastikan kontraktor boleh
menjalankan dan menyiapkan projek yang bakal di
anugerahkan.
Rujukan bank biasanya untuk memastikan prestasi
kewangan kontraktor.
Kemajuan yang lepas perlu untuk menilai keupayaan
kontraktor dalam menyiapkan kerja /projek

-Kegagalan
menyempurnakan kontrak
-Kelewatan
-Pertambahan kos
-Kualiti yang di capai
Pengalaman yang lalu
-skala projek yang pernah
di siapkan
-Jenis projek yang pernah di
siapkan
-berpengalaman
dengan
lokasi projek
Sumber
-sumber fizikal
-sumber tenaga manusia
Beban kerja semasa

Hubungan
Kontraktor

klien

Prestasi Keselamatan

Ini bagi memastikan semua maklumat yang


dikehendaki oleh klien akan didapati seterusnya
memenuhi syarat-syarat tawaran untuk mendapatkan
kerja/projek

Pengalaman teknikal, imej dan prestasi kontraktor


boleh di lihat daripada projek-projek yang pernah di
siapkan.

Kontraktor harus mempunyai sumber


mencukupi untuk menjalankan projek
Menganalisis
sekiranya
projek
membolehkan kerja baru di ambil

dan

66

di

yang
tangan

3.6.2

Punca utama kegagalan kontraktor

1. TIDAK CUKUP MODAL MINIMA


Penender perlu mengemukakan bukti sokongan bukti sokongan yang menunjukkan
mereka mempunyai modal dalam bentuk aset cair sekurang-kurangnya nya 3%
daripada anggaran Jabatan. Aset mudah cair adalah seperti berikut:

Modal Pusingan

Nilai positif purata bagi 3 bulan terakhir

Saham Amanah

Kemudahan Kredit

Deposit Tetap

Kesilapan yang sering dilakukan oleh penender yang menyebabkan tender yang
dikemukakan tidak dipertimbangkan

Tidak mengemukakan sebarang dokumen kewangan, oleh itu keupayaan


minimum kewangan tidak dapat dinilai

Mengemukakan dokumen kewangan tetapi keupayaan modal minimum


tidak mencukupi berbanding 3% daripada anggaran Jabatan yang
ditetapkan

Tidak mengemukakan penyata bulanan akaun bank bagi tiga bulan


terakhir

Mengemukakan penyata akaun bank 3 bulan tetapi bernilai negatif

Kemudahan Kredit dikemukakan adalah outdated ataupun diragui

Laporan bank (CA) yang dikemukakan tidak menyatakan sebarang nilai


kemudahan kredit yang diberikan atau tiada komitmen.

67

mengemukakan saham yang tidak boleh terima seperti ASNM, saham


syarikat dan simpanan Tabung Haji

Deposit Tetap tempoh matang telah berakhir

Lambaran imbangan yang dikemukakan tidak diaudit atau bukan terkini

2. HARGA TENDER SANGAT RENDAH BERBANDING DENGAN


ANGGARAN JABATAN DAN TIDAK MEMPUNYAI KRITERIA YANG
DIPERLUKAN UNTUK DIPERTIMBANGKAN

Harga Kompetitif, tiada kesilapan pengiraan yang serius dan status


rendahnya adalah marginal.

Berpengalaman menjalankan 2 projek serupa dalam masa 5 tahun lepas


dengan cemerlang

Prestasi kerja semasa cemerlang

Mempunyai kakitangan teknikal atau loji

Kegagalan kontraktor Punca-punca

Harga tawaran sangat rendah, tidak marginal dan tidak kompetitif

Tiada pengalaman cemerlang, prestasi kerja semasa tidak cemerlang dan


tiada kakitangan teknikal.

3. DOKUMEN TENDER TIDAK SEMPURNA


Kriteria kesempurnaan tender adalah seperti berikut:

Borang Tender di tanda tangani oleh penender

Penanda tangan ditauliahkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor(PKK )

Harga tender tercatat di borang tender


68

Pendaftaran PKK masih sah dan tiada tindakan tatatertib.

Mengembalikan dokumen asas seperti Borang tender, senarai


kuantiti/ringkasan, adenda reka bentuk projek turnkey)

Kegagalan kontraktor

Borang tender tidak di tanda tangan

Penanda tangan tidak ditauliahkan oleh PKK

Harga tawaran tidak tercatat di Borang Tender

Pendaftaran luput /batal

Gagal mengemukakan dokumen asas

4. PRETASI KERJA KURANG MEMUASKAN

Kriteria yang diambil kira ialah tiada projek sakit (ie 30%/ terkebelakang
dari jadual Kerjanya) atau menghadapi tindakan untuk penamatan kerjanya .

Terdapat ulasan dari Pegawai penguasa / penyelia projek bahawa prestasi


adalah lembap serta tidak memuaskan e.g. Surat amaran daripada JKR,
Notis Penamatan Kerja, Perakuan kerja tidak siap dan laporan jurutera
projek

Kegagalan kontraktor

Penender mempunyai projek yang sakit

Kemajuan projek semasa adalah lembap dan kurang memuaskan

Mempunyai rekod buruk seperti. Projek ditamatkan.

5. TAHAP KEUPAYAAN WANGAN KURANG

69

6. TAHAP KEUPAYAAN TEKNIKAL KURANG

3.7

Penutup

Bab ini telah membincangkan definisi, jenis tender dan proses yang dilalui dalam
perolehan kerja sektor awam. Perlu diingatkan bahawa dipihak swasta keadaan
banyak berbeza kerana perolehan kerja disektor swasta tidak tertakluk kepada
Pekeliling Perbendaharaan sebagaimana sektor awam. Bahagian seterusnya akan
melihat kontrak pembinaan dengan lebih dekat.

70

BAHAGIAN D
KONTRAK PEMBINAAN

71

BAB 4.0
KONTRAK PEMBINAAN
4.1.

Pengenalan

Setelah membincangkan jenis, proses dan prosedur tender, bahagian ini akan
membincangkan dengan lebih lanjut kontrak dalam pembinaan yang lazim di
praktiskan di Malaysia.

4.2

Makluman penerimaan

JKR/klien akan memaklumkan penerimaan ini kepada kontraktor yang berjaya.


Dengan itu kontrak terjalin di antara klien dan kontraktor. Jenis Kontrak yang akan
digunakan bergantung kepada jenis yang ditentukan diperingkat awal sebelum
tender dikeluarkan. Terdapat beberapa jenis kontrak yang biasa diamalkan dan
dibincangkan dalam bahagian seterusnya.
Borang Penerimaan Tawaran: Borang ini biasanya mengandungi butir-butir seperti
berikut:

Butir-butir mengenai kontrak

Harga tawaran diterima

Tarikh permulaan kerja

Jumlah wang cagaran prestasi (performance bond)

Polisi-polisi insurans yang perlu diambil.

72

Kontraktor yang berjaya menerima surat penerimaan tawaran, hanya boleh


memulakan kerja setelah perkara berikut dilaksanakan;

Surat penerimaan tawaran itu hendaklah ditandatangani dan dipulangkan


kepada JKR.

Mengemukakan jaminan perlaksanaan PERKESO

Menyediakan polisi-polisi insurans yang dikehendaki

Mengemukakan resit-resit bagi polisi-polisi insurans yang dibeli.

Insurans yang diperlukan

II

melindungi kecederaan kepada manusia dan harta

Menyediakan ganti rugi kepada pekerja

perlindungan daripada kecurian, kebakaran dsb.


Menentukan harga tawaran
Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan untuk menentukan harga
tawaran. Ini akan di lihat di bahagian 2 subjek ini.

III

Memastikan syarat tawaran/tender dipenuhi.

Apabila pihak JKR, contohnya, mengeluarkan surat penerimaan tawaran kepada


kontraktor yang berjaya, maka kontrak terjalin. Apabila kontraktor menarik diri
selepas surat setuju terima dikeluarkan dan enggan memulakan kerja, maka kontrak
akan terbatal. Kontrak yang di mansuh akan dipanggil semula. Wang cagaran
kontraktor akan dirampas.

73

Kebiasaannya tawaran kontraktor dikira laku di dalam tempoh 60 hari. Sekiranya


tawaran telah dimasukkan ke dalam peti tawaran,penarikan diri boleh
mengakibatkan pendaftaran digantung.
4.3

KONTRAK PEMBINAAN

Definisi: Satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk menerima
tawaran daripada satu pihak yang lain.
1. Penyediaan Dokumen Kontrak
Dokumen kontrak perlu disediakan oleh orang yang berpengalaman, kerana ia
menjadi asas yang utama untuk pasukan pengurusan projek mengenakan kawalan
semasa fasa pembinaan.
Kontrak itu sendiri akan didefinisikan dalam dokumen undang-undang yang
menerangkan tugas dan tanggungjawab peserta yang terlibat di dalam kontrak.
Untuk kerja-kerja pembinaan, borang kontrak yang piawai telah direncanakan dan
pihak yang terlibat diminta menggunakannya.
Dokumen kontrak yang lain ialah dokumen yang diperlukan untuk mendefinisikan
dengan terperinci bangunan yang dikehendaki oleh klien: lukisan, spesifikasi,
jadual, bil kuantiti, skala waktu, dan disediakan semasa peringkat reka bentuk.
Dokumen kontrak hendaklah mengandungi dokumen tender dan dokumendokumen lain yang disusun mengikut aturan tertentu.
Borang kontrak piawai(setara) yang lazim digunakan di Malaysia ialah

Projek Sektor awam: Bangunan dan Kerja Kejuruteraan

74

o JKR 203A (semakan 10/83)-BQ

merupakan sebahagian

daripada kontrak
o JKR 203 (semakan 10/83)- kontrak berasaskan Lukisan dan
sepesifikasi
o JKR 203N (semakan 10/83)- digunakan untuk sub-kontraktor
dinamakan dan kontraktor utama menggunakan 203 dan 203A.
o JKR 203P (semakan 10/83)- digunakan untuk pembekal
dinamakan dan kontraktor utama menggunakan 203 dan 203A.

Projek Sektor swasta kerja bangunan


o PAM 1998 (untuk kontraktor utama)
o PAM 1998 (tanpa Kuantiti)
o PAM 1998 digunakan untuk subkontraktor dinamakan.

Projek sektor swasta kerja kejuruteraan - IEM

International/foreign Forms: FIDIC

JCT Forms

CIDB (Standard Form of Contract for Building, Civil Engineering


Works, Design and Build, etc)

Putrajaya Standard Form of Contract

ICE

Penggunaan borang kontrak yang piawai disyorkan keranao isi kandungan akan mudah dimaklumi dan difahami oleh pihak yang
terlibat
o terma yang digunakan mudah difahami dapat menyelesaikan kesukaran
pentafsiran
o ia telah diuji di sisi undang-undang

75

o penyediaan borang baru adalah mahal dan memakan masa.

Jenis, Bentuk Kontrak Pembinaan atau kejuruteraan terbahagi kepada;

kontrak berasaskan kaedah pengendalian projek

kontrak berasaskan harga atau pembayaran


o harga tetap
o bayar ganti kos, dan
o kontrak pelbagai

kontrak pelbagai seperti Bina Kendali dan Pindah

Pemilihan kontrak yang akan digunakan bergantung kepada beberapa faktor


seperti:-

4.4

penglibatan klien dalam proses pembinaan (minimum, langsung)

pemisahan reka bentuk daripada pengurusan

memelihara hak klien untuk meminda spesifikasi

Remedi kontraktual

Tempoh Masa projek

Ketentuan Harga

Kontrak berasaskan Kaedah Pengendalian Projek

76

Bagi meminimumkan risiko yang disebut di atas, kaedah pengendalian projek yang
sesuai perlu dipilih. Empat kaedah yang dipraktikkan iaitu;
a) Kaedah tradisional
b) Kaedah reka bentuk dan bina
c) Kaedah pengurusan pembinaan
d) Kaedah lain-lain: Build, Operate and Transfer
Secara amnya jenis kontrak berdasarkan kaedah perolehan kontrak ditunjukkan
dalam Rajah 4.1. Setiap kaedah mempunyai atur cara kontrak tersendiri. Atur cara
kontrak akan dibincangkan di dalam bahagian seterusnya.

a)

Kaedah Tradisional

77

Klien

terlebih

dahulu

perlu

memilih

pereka

bentuk

profesional

yang

bertanggungjawab mereka bentuk dan menyiapkan dokumen kontrak. Perunding


akan menyelaraskan semua kumpulan terlibat dalam pembinaan.. Arkitek atau
profesional lain akan dilantik untuk mentadbirkan kontrak yang dijalin. Rajah 4.2
menunjukkan secara ringkas hubungan pihak dalam kaedah pengurusan tradisional.
Bayaran fee biasanya merupakan bayaran secara pukal lump-sum atau
merupakan peratusan daripada nilai kontrak projek. Pemilihan kontrak akan dibuat
berdasarkan harga terendah yang ditawarkan. Kontraktor boleh menjalankan
pembinaan sendiri atau melantik subkontraktor.

EMPLOYER

Contractual Link
Responsibility

PROFESSIONAL
-REKABENTUK DAN
PENTDABIRAN
KONTRAK
KONTRAKTOR UTAMA

DOMESTIC SUB-CON

SUB-SUB CON

SUPPLIERS

Rajah 4.2

NOM SUB-CON

SUB-CON

Kaedah Tradisional

Kebaikan kaedah:

78

SUPPLIERS

kaedah ini lebih mudah kerana semua pihak yang terlibat telah memahami
tanggungjawab masing-masing. Dengan itu ketidaktentuan diminimumkan
seterusnya risiko dikurangkan.

risiko dalam pembinaan terletak sepenuhnya di tangan kontraktor. Oleh itu


tuan punya di lindung daripada lebihan kos yang timbul akibat kelewatan.

kaedah ini membolehkan klien mendapat harga yang terendah dalam


pasaran (lebih ekonomik).

Penglibatan klien atau tuan punya boleh diminimumkan kerana kerja-kerja


pembinaan serta pengurusan akan dilakukan oleh pihak lain. Klien hanya
mendapat laporan dari masa ke semasa.

Keburukan:

Pakar pembinaan tidak terlibat sehingga peringkat reka bentuk siap.

masa sukar dikurangkan bagi kerja-kerja mereka bentuk dan pembinaan.


Turutan kerja yang linear, menyukarkan pertindihan kerja untuk
mengurangkan tempoh pembinaan. Ini menyebabkan pertambahan kos .

Interaksi di antara pasukan juga sukar seterusnya boleh menyebabkan


perbalahan.

b)

Kaedah Reka dan Bina (Build and Design)


(kombinasi pereka bentuk-kontraktor).

Kaedah ini menyediakan satu kontrak dan tanggungjawab sepanjang hayat


projek.

Kontraktor diberi tawaran untuk mereka bentuk dan membina projek


dengan memperuntukkan sejumlah kos termasuk kos mereka bentuk dan
pembinaan.

Kaedah ini digunakan secara meluas di sesetengah pembangunan


terutamanya bangunan industri: kilang.
79

Klien akan mendapatkan kontraktor utama yang mereka bentuk projek ,


mendapatkan bahan, mengupah dan menyelia pekerja di tapak.

EMPLOYER/
KLIEN

PENASIHAT
PROFESIONAL

KONTRAKTOR

PROFESIONAL

Sub-sub Kon

SUB-KON

Pembekal

Sub-sub
Kon

SUB-KON

Pembekal

Hubungan Kontrak
Tanggungjawab

Rajah 4.3

Kaedah Reka dan Bina

Kebaikan kaedah:

Komunikasi di antara pasukan reka bentuk dan pembinaan lebih teratur.


Kerjasama yang wujud memudahkan penjadualan dan pengawalan projek.

Membolehkan input seperti analisis constructability, value engineering


dan sub-contractor pricing digunakan di peringkat reka bentuk.

Sebarang perubahan lebih mudah diuruskan kerana di tadbir di bawah


kontrak yang sama.

Tuan punya/klien tidak terlibat dengan urusan harian dengan itu kurang
guna tenaga diperlukan.
80

Keburukan:

Harga sebenar tidak dapat ditentukan kerana firma dilantik sebelum reka
bentuk dimulakan.

Harga ditetapkan terlalu awal dengan itu risiko mengorbankan kualiti bagi
menimbal untung.

Penglibatan minimu klien boleh menjadikan klien tidak dapat mengikuti


perkembangan projek dengan baiknya.

Kurang check and balances kerana kontraktor dan pereka bentuk bekerja
di syarikat yang sama.

c)

Persaingan tidak berlaku


Management Contracting (Kontrak Pengurusan)

Kaedah ini melibatkan pihak lain yang akan bertindak menguruskan projek.
Kaedah ini lebih sesuai untuk projek yang besar. Pengurus Projek Eksekutif
mempunyai kuasa eksekutif dan mengambil alih tugas pengurusan ke atas
profesional lain.

Kontraktor dilantik sebagai Perunding tambahan. Kontraktor Pengurusan


tidak terlibat untuk membina secara langsung

Kontraktor Pengurusan memberikan perkhidmatan dan menerima yuran.

Kontraktor pengurusan menyatukan proses pengurusan dan pembinaan.

Pertindihan aktiviti semasa design dan pembinaan dapat dibuat, dengan itu
masa dapat dijimatkan.

81

Pemilihan kontraktor adalah berdasarkan kriteria seperti yuran pengurusan


yang dikenakan, anggaran kos pengurusan tapak, belanjawan kos prima,
sumber buruh kontraktor, asas bayaran buruh dan draf atur cara.

Kebaikan

Kerjasama antara semua pihak yang terlibat dapat dijalin dengan adanya
kontraktor pengurusan.

Penglibatan kontraktor di peringkat awal membolehkan penganalisisan dan


langkah penting diambil seperti mengimplementasikan value engineering.

Perubahan dapat di uruskan dengan lebih mudah berbanding dengan kaedah


tradisional. Perubahan lebih mudah dikesan dan langkah perlu dapat
diambil.

Keburukan:

Sekiranya ada pihak yang tidak memberi kerjasama, amat sukar bagi
pengurusan menjalankan tugasannya.

Penglibatan klien yang menyeluruh perlu. Sekiranya klien/tuan punya


tidak mampu menjalankan tugasnya, pengurus projek dilantik.

82

KLIEN

PASUKAN
PROFESSIONAL

KONTRAKTOR
PENGURUSAN

KONTRAKTOR

KONTRAKTOR

KONTRAKTOR

Hubungan kontrak
Tanggung jawab

Rajah 4.4

d)

Bina Kendali dan Pindah

Pengurusan Projek

Kuasa pemilik diberikan kepada pengurus projek. Pengurus Projek akan memberi
nasihat dan panduan kepada pemilik ketika membuat keputusan untuk membina
(memaju), bentuk pembiayaan, perolehan tanah, lantikan perunding serta
kontraktor.
Perancangan, kawalan dan arahan bagi projek dibuat mengikut kehendak pemilik.
Pengurus projek bertanggungjawab menyatukan semua yang terlibat bagi
memastikan projek disiapkan dalam kos dan masa yang ditetapkan.
Pengurus projek menjadi wakil pemilik/klien.
Mengambil kira nasihat profesional dari pihak lain serta memanfaatkan untuk
pemilik.
83

e)

Built, Operate and Transfer

BOT merupakan sebahagian daripada program menswatakan pembangunan projek


pembinaan. Di bawah skim ini, kontraktor bertanggungjawab kepada;

Membiayai projek di setiap peringkat

Menjalankan kerja mereka bentuk dan pembinaan

Menjalankan operasi dan penyenggaraan bagi projek

Memindahkan projek kembali kepada klien apabila tamat tempoh


konsesi.

Pembinaan projek infrastruktur banyak melibatkan penggunaan BOT terutama


dalam projek yang boleh menjana pendapatan setelah disiapkan. Contoh projek
adalah Projek Lebuh raya Utara Selatan.
PENAJA

PEMBIAYA

PEMEGANG
KONSESI

PELABUR
SWASTA

KONTRAKTOR:
PEMBINAAN

KONTRAKTOR:
PENYENGGARAAN

KONTRAKTOR:
OPERASI

Sub-kontraktor
Pengurus Projek
dlln

Sub-kontraktor
Penyenggaran
Pengurus Fasiliti

Pentadbir
Kewangan
Pembekal

Rajah 4.5 BOT


84

4.4

Kontrak - pembayaran

Jenis-jenis kontrak yang biasa digunakan adalah;

Kontrak Harga tetap

Ukur dan Nilai

Kontrak Bayar Ganti Kos

Kontrak Kos Sasaran

KONTRAK BERASASKAN PEMBAYARAN

HARGA TETAP

KONTRAK
PUKAL
DGN BQ

LUKISAN
DAN
SPEK

BAYAR GANTI KOS

KONTRAK
UKUR & NILAI

KONTRAK
TURNKEY

JENIS HYBRID

KONTRAK KOS
SASARAN

KUANTITI
KONTRAK KOS NILAI
JADUAL

KOS + FI
TETAP

Rajah 4.6

KOS + %
FI

KOS + FI
BERUBAH

Kontrak Berasaskan Pembayaran

85

a.

Kontrak Tetap (Lump Sum)

Kontrak di mana kontraktor menyatakan suatu harga bagi semua kerja-kerja


yang dilakukan sebagaimana yang dinyatakan di dalam pelan dan penentuan
kerja.

Kontrak harga muktamad digunakan dalam kontrak harga tetap yang tidak
membenarkan naik turun harga itu dengan kos buruh dan bahan.

Senario Kontrak harga tetap

Kontraktor menjalankan kerja pada harga yang telah dianggarnya

Ia biasanya digunakan bagi pembinaan bangunan yang mana tidak banyak


melibatkan perubahan.

Harga kontrak tida boleh diubah atau dilaras

Harga hanya boleh berubah dengan perubahan kerja yang dibuat atas arahan
klien.

Kontrak ini boleh dilaksanakan dalam tiga cara

Kontrak Harga Tetap yang berdasarkan kepada lukisan yang disertakan


dengan penentuan kerja.

Kontrak Tetap yang berdasarkan kepada lukisan dan senarai bahan

Kontrak Tetap yang berdasarkan kepada lukisan dan Jadual kadar


Harga.

86

b)

Ukur dan Nilai

Sejenis kontrak yang tidaK melibatkan kontrak tetap tetapi kerj-kerja diukur dan
dinilai sebaik sahaja kerja berjalan dan menunjukkan kemajuan. Pembayaran
merupakan jumlah atau kuantiti kerja yang dibuat oleh kontraktor. Juga dikenali
sebagai kontrak berjadual atau kontrak ukuran, adalah kontrak yang digunakan
apabila tidak terdapat jumlah kontrak tetap dinyatakan tetapi apabila kerja diukur
dan dinilai sepanjang projek dijalankan bagi menentukan jumlah bayaran kepada
kontraktor.
Kontrak jenis ini digunakan apabila, kualiti dan skop kerja tidak dapat dipastikan
dengan tepat pada masa tender dikeluarkan. Bagi membolehkan kontraktor
meletakkan harga, asas disediakan oleh klien dalam pelawaan tender. Projek yang
lazim menggunakan kaedah ini adalah projek kejuruteraan dan infrastruktur.
Dua jenis kontrak ukur dan nilai adalah;

c)

Kontrak berasaskan kuantiti tepat

Kontrak berasaskan jadual harga

Kontrak Bayar Ganti Kos (Cost reinbursement)

Kontraktor mendapat kesemua kos dan fi dan kontrak di mana kontraktor mendapat
kos sebenar yang dikeluarkan berserta fi.
Kontrak bayar ganti kos digunakan untuk membayar kepada kontraktor kos asas
sebenar bagi buruh, bahan, penggunaan loji, mengikut kos bersih dan ditambah
suatu yuran.

87

Yuran/fi mungkin sejumlah wang keseluruhan nya atau sejumlah peratusan kos asas
yang ditetapkan terlebih awal.
Tujuan yuran/fi ialah untuk membayar kontraktor bagi kos pengurusan,
perbelanjaan asas dan keuntungan.
(Sekiranya terdapat banyak perubahan, kontrak jenis ini mungkin menjadi kontrak
ukur dan nilai yang menggunakan senarai kuantiti)

Kontrak jenis bayar ganti kos terdiri daripada dua bahagian utama:
e) Kos Asas yang meliputi semua kos yang ditanggung oleh kontraktor
yang boleh diperuntukkan secara langsung kepada kerja kontrak (kos
buruh, kos bahan dan kos loji)
f) Yuran merupakan bayaran keuntungan dan kos tidak langsung yang
tidak dapat diperuntukkan kepada sesuatu kontrak tetapi perlu
diagihkan.

c.

Kontrak Kos Sasaran

Kontrak di mana jumlah kontrak dikira dengan membandingkan kos prima sebenar
dengan anggaran kos yang dibuat terlebih dahulu, perbezaan antara kedua-duanya
dikongsi bersama kedua-dua pihak.
Ciri-ciri kontrak ini adalah

Mengadaungi elemen harga tetap dan bayar ganti kos.

88

Dengan membahagikan perbezaan diantara kos sebenar dan kos anggaran


antara klien dan konrtaktor, membahagikan risiko untuk mengalakkan
kontraktor menjalankan kerja dengan cepat dan dan efisien.

Pentadbiran kontrak rumit dan mahal kerana memerlukan penelitian tentang


kos dan penilaian bagi pihak klien.

Kontrak ini melibatkan anggaran kerja yang dipersetujui sebagai harga sasaran.
Kos asas sebenar juga dicatat dan suatu yuran dipersetujui bagi perkhidmatan
pengurusan seperti dalam kontrak bayar ganti kos.

Amaun sebenar dibayar kepada kontraktor bergantung kepada perbezaan antara


harga sasaran dengan kos sebenar.
Kaedah yang biasa digunakan ialah kaedah bayaran kos asas kepada kontraktor dan
ditambah dengan yuran yang dipersetujui. Perbezaan di antara harga sasaran
dengan kos asas ialah sama ada penjimatan atau lebihan yang akan dikongsi oleh
klien dan kontraktor mengikut kadar yang dipersetujui.
Kaedah yang lain ialah kaedah membayar sama ada harga sasaran atau kos asas dan
ditambah dengan yuran yang dipersetujui, iaitu yang mana kurang. Kontrak ini
bercirikan kedua-dua harga tetap dan bayar ganti kos.
Kontrak ini mempunyai ciri kedua-dua kontrak jenis harga tetap dan bayar ganti
kos. Naik turun sesuatu yuran yang menyebabkan perbezaan antara kos sasaran
dengan kos sebenar menjadikannya bonus kepada kontraktor atau menjadi penalti
jika sebaliknya.
Ciri terpenting dalam kontrak kos sasaran ialah perbezaan antara kos sebenar dan
kos yang di anggar yang dibahagikan antara kontraktor dan majikan. Sekiranya
89

kontraktor gagal menyiapkan mengikut kos yang dianggarkan, maka majikan tidak
perlu membayar keseluruhan kos sebenar kerana ia mungkin disebabkan oleh
kesilapan kontraktor.

90

4.5

PENTADBIRAN KONTRAK

Pentadbiran kontrak (merujuk Panduan Pentadbiran Kontrak JKR)


Di Malaysia, kontrak pembinaan biasanya ditandatangani oleh tuan punya dan juga
kontraktor. Pentadbir kontraktor biasanya adalah Arkitek, Jurutera atau Pegawai
Penguat kuasa. Mereka ini diberi kuasa untuk meluluskan bahan dan mutu kerja,
mengesahkan pembayaran dan membenarkan perlanjutan tempoh kerja.
Pentadbiran kontrak biasanya tertumpu kepada beberapa perkara utama seperti

Syarat-syarat utama

Penyeliaan, pengesanan kemajuan dan rekod tapak

Kelambatan dan Perlanjutan masa

Tak siap

Penamatan pengambilan kerja kontraktor

Penyiapan kerja, penyerahan kerja dan kecacatan.

Bayaran pendahuluan dan perakuan interim

Perubahan kerja.

Di dalam semua borang kontrak piawai, terdapat Klausa timbang tara yang
membolehkan penyelesaian sebarang pertelingkahan menggunakan timbang tara.
Walau bagaimanapun prosedurnya biasanya memakan masa yang panjang.

91

4.5.1

Syarat-syarat Utama

Bon Perlaksanaan dan Insurans.


Antara syarat lain, kontraktor dikehendaki mengemukakan Bon Perlaksanaan dan
polisi insurans yang juga mesti dipastikan menepati kehendak kontrak.

Bon Perlaksanaan. Kontraktor perlu menyerahkan wang berjumlah 5%


daripada jumlah kontrak sebelum melaksanakan kerja. Ini dinamakan wang
cagaran. Untuk membolehkan kerja dijalankan, wang cagaran ini perlu
diserahkan. Borang piawai gerenti (jaminan) bank perlulah dikeluarkan oleh
bank atau syarikat insurans yang diluluskan oleh kerajaan. Bon Pelaksanaan
daripada bank-bank, institusi kewangan atau syarikat insurans

yang

menjalankan perniagaan di Malaysia. Nilai Bon Pelaksanaan adalah


berdasarkan kepada nilai kontrak seperti berikut:

2.5% nilai kontrak bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang


bernilai melebihi RM50,000 hingga RM500,000;

5.0% nilai kontrak bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang


melebihi RM500,000; dan

5.0% nilai kontrak bagi kontrak kerja.

Insurans kerja: Kontraktor mestilah menginsuranskan kerja terhadap


kerugian dan kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran, petir, letupan, dlln
bencana alam. Insurans perlu diambil daripada pihak syarikat yang
diluluskan oleh kerajaan.

Insurans Liabiliti Awam: Kontraktor perlu menginsuranskan liabiliti yang


mungkin wujud dari common law. Ini adalah berkaitan dengan
kecederaan, kematian atau kerosakan harta akibat tindakan kontraktor.

Insurans Semua Risiko Kontraktor (CAR)


92


4.5.2

Sumbangan PERKESO/Insurans Pampasan Pekerja.


Penyeliaan, pengesanan kemajuan dan rekod tapak

Perlaksanaan kerja diawasi oleh wakil PP. P.P akan diberi kuasa untuk membuat
keputusan atas semua perkara berhubung dengan kontrak kecuali dalam hal berikut;

Ganti rugi kerana tidak siap

Kelambatan dan lanjutan masa

Penamatan pengambilan kerja kontraktor

Penerusan, pergantungan dan penamatan kontrak akibat perang atau gempa


bumi

Timbang tara.

Walaupun kuasanya terbatas, P.P hendaklah,

Memastikan kualiti bahan dan mutu kerja mematuhi apa yang disyaratkan di
dalam kontrak.

Memastikan peraturan dan halangan kerajaan tempatan dan pihak lain yang
mempengaruhi kerja tersebut dipatuhi.

Memastikan kontraktor tidak mengabaikan kebajikan pekerja, khususnya


berkaitan dengan keselamatan dan insurans serta gaji.

Memastikan tempoh insurans tidak luput

Mengesan kemajuan kerja kontraktor


- Program Kerja Kontraktor
- menjalankan mesyuarat tapak di tapak bina
- menyimpan rekod Tapak Bina

Bertindak sebagai agen kerajaan untuk menjalankan kontrak dengan


kontraktor
93

4.5.3

Kelambatan dan Perlanjutan masa

Untuk mengelakkan kelambatan, kerja-kerja seperti penyiasatan, reka bentuk dan


penyediaan dokumen tender perlu dilakukan dengan teliti dan mengikut prosedur
yang telah ditetapkan.
P.P. hendaklah memastikan Program Kerja Kontraktor dipatuhi dan semua kerja
berjalan mengikut program yang disediakan. Walau bagaimanapun sekiranya
terdapat keadaan di mana kontraktor perlukan perlanjutan masa, ianya boleh
diberikan oleh kerajaan.
Kontraktor berhak mendapatkan lanjutan masa berdasarkan alasan-alasan atau
sebab-sebab kelambatan di luar kawalannya mengikut peruntukan-peruntukan
berkenaan di dalam syarat-syarat kontrak seperti:
a)

Force majeure

b)

Keburukan cuaca yang luar biasa

c)

Arahan-arahan yang diberikan oleh P.P berbangkit dari


pertikaian dengan tuan-tuan punya berjiran

d)

Kerosakan atau kerugian kepada kerja yang disebabkan oleh


kebakaran, petir, letupan, ribut, taufan, tanah runtuh, objek
jatuh dari langit, rusuhan atau kekacauan awam.

e)

Arahan-arahan P.P yang dikeluarkan bersabit dengan


perubahan kerja, percanggahan dalam atau antara Dokumendokumen Kontrak dsbnya

f)

Kontraktor telah tidak menerima dalam masa yang wajar


daripada P.P., arahan-arahan pelan, aras-aras yang diperlukan
dsbnya mengenai penamaan sub-kon atau pembekal.

g)

Kelambatan memberi milik Tapak Bina


94

h)

Kelambatan yang disebabkan oleh mogok atau penyatuan


kerja-kerja setempat

i)

Kelambatan oleh pihak artisan atau pihak lain yang


ditugaskan oleh kerajaan untuk melaksanakan kerja yang
tidak menjadi sebahagian dari kontrak

j)

Kontraktor tidak berupaya untuk mendapat bahan-bahan


binaan yang diperlukan olehnya.

k)

Kelambatan oleh sub-kontraktor atau pembekal yang


dinamakan.

4.5.4

Tak siap

Sekiranya penyiapan kerja telah terlambat dan sebab-sebab kelewatan tidak


melayakkan Kontraktor mendapat lanjutan masa, kerugian atau ganti rugi yang
dialami oleh kerajaan (projek kerajaan) akibat kelewatan perlu ditanggung oleh
kontraktor. Apabila kerja tidak dapat disiapkan, Perakuan Kerja Tidak Siap
dikeluarkan.

Perakuan Kerja Tidak Siap hanya dikeluarkan setelah kerajaan membuat


pertimbangan yang wajar dan berpuas hati, kontraktor tidak dapat menyiapkan
kerja-kerja yang sepatutnya. Tujuan ganti rugi ini ialah untuk memberi pengajaran
kepada kontraktor supaya lebih cepat menyiapkan kerja pada masa akan datang.
Walau bagaimanapun, sekiranya tindakan ganti rugi tidak dapat menyelesaikan
masalah ini, dan seterusnya mengujudkan deraan kepada kontraktor, tindakan untuk
menamatkan khidmat kontraktor perlu diambil. Contoh deraan ialah ganti rugi
terkumpul untuk beberapa tempoh.

95

4.5.5

Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor

Syarat-syarat kontrak dengan khusus memperuntukkan kepada kerajaan hak untuk


menamatkan pengambilan kerja kontraktor di mana kontraktor telah melakukan
kemungkiran dalam melaksanakan tanggungjawabnya atau menyebabkan dirinya
tidak berupaya untuk menyiapkan kerja. Hak-hak yang diberikan untuk
menamatkan khidmat kontraktor sekiranya kontraktor mungkir adalah seperti
berikut:
a) Kontraktor melakukan kemungkiran di dalam melaksanakan tugas dengan

Menggantung perjalanan kerja tanpa sebab munasabah

Gagal meneruskan kerja mengikut aturan dan tekun

Gagal melaksanakan kerja mengikut kontrak dan cuai

Mungkir dan berulang cuai mematuhi arahan bertulis P.P

Mensubkontrakkan seluruh atau mana-mana bahagian kerja tanpa


pengetahuan P.P terlebih dahulu.

b) Kontraktor menyebabkan dirinya tidak berupaya untuk meneruskan dan


menyiapkan kerja dengan:

melakukan perkara kebankrapan

Syarikat berada di bawah tanggungan kerana berhutang.

c) Kemungkiran oleh kontraktor kerana;

tidak mengemukakan Bon Perlaksanaan dan/atau polisi/polisi insurans yang


perlu

tidak memulakan kerja,

tidak menjalankan kerja dengan tekun

menggantung perjalanan kerja

96

Amaran perlu diberikan dan kemungkinan bayaran ganti rugi dikenakan.

Apabila satu-satu kontrak telah dimansuhkan, JKR akan mengambil langkah


untuk menyiapkan kerja yang terbengkalai berikut:

JKR akan menyudahkan kerja-kerja yang terbengkalai itu dengan


mengambil tawaran semula dan kontraktor ini akan menggunakan semua
barang, rumah kongsi, dan alat-alat yang dipunyai oleh kontraktor yang
gagal itu.

JKR boleh menyudahkan kerja-kerja yang terbengkalai dengan kakitangan


sendiri.

Kos-kos kerja-kerja ini perlu diselesaikan oleh kontraktor yang gagal itu.
4.5.6

Penyiapan Kerja, penyerahan kerja dan kecacatan

Satu Perakuan Siap Kerja akan dikeluarkan apabila kerja siap. P.P akan menentukan
sama ada kerja telah mencapai penyiapan praktikal yang mana di rujuk sebagai
boleh berfungsi bagi tujuan ianya dibina walaupun terdapat sedikit ketidak siapan
dan kecacatan yang perlu dibaiki. Dalam menentukan penyiapan praktikal, PP
mestilah berpuas hati dengan jawapan kepada beberapa persoalan berikut;

Adakah kerja tersebut telah siap sehingga tahap ianya memenuhi fungsi
pembinaan atau boleh diduduki dan digunakan?

Adakah kerja yang masih belum siap atau kerja yang cacat masih banyak?

Adakah perlaksanaan kerja yang belum siap atau pembaikan kerja yang
cacat akan menjejaskan keselesaan penghuni atau penggunanya?.

97

Pemeriksaan perlu dilakukan dan sekiranya kriteria penyiapan ditentukan di


dalam Para 13.2.1, dipenuhi Perakuan Siap Kerja, Borang JKR 203S boleh
dikeluarkan.
Tempoh Liabiliti Kecacatan bermula dari tarikh siap Kerja yang praktikal yang
dinyatakan di dalam perakuan Siap Kerja. Kecacatan yang dapat dikesan
semasa tempoh Liabiliti mestilah dibaiki oleh kontraktor dengan perbelanjaan
sendiri.

4.5.7

Bayaran pendahuluan dan perakuan interim

Peruntukan bayaran pendahuluan dan bayaran interim untuk dibayar kepada


kontraktor ada dimasukkan di dalam kontrak.
Bayaran pendahuluan, bertujuan untuk membantu kontraktor membiayai kos
operasi. Dalam tahun 1981, kerajaan memutuskan untuk membayar kontraktor
pendahuluan berjumlah 15% daripada nilai kerja pembina (jumlah Harga Kontrak
ditolak Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan sementara) tertakluk kepada nilai
maksimum sebanyak RM1.5 juta (kemudian dinaikkan kepada RM5 juta).
Bayaran pendahuluan dibuat apabila dokumen berikut dikemukakan:

Surat setuju terima Tender yang telah ditandatangani dan disaksikan

Bon perlaksanaan

Polisi insurans

Gerenti bank

98

Bayaran interim melibatkan penilaian kerja yang telah dilaksanakan dan stok bahan
yang terdapat di tapak.

4.5.8

Perubahan kerja dan Akaun Muktamad

Perubahan kerja (variation order, change order atau construction modification


order) akan di keluarkan apabila terdapat perubahan daripada apa yang tertunjuk
pada pelan-pelan atau apa yang telah ditetapkan bawak spesifikasi.
Perubahan kerja boleh di keluarkan atas permintaan klien, perunding atau
kontraktor. Sebab-sebab perubahan kerja adalah
a)

Perubahan dalam skop

b)

Perubahan dalam bahan, Kaedah atau Jentera

c)

Perubahan Keadaan

d)

keabaian dalam kontrak

e)

komunikasi dalam pengurusan projek pembinaan.

Perubahan kerja yang melibatkan kos boleh di buat pelarasan dalam akaun akhir.
Tuntutan Kontraktor dan pelarasan Jumlah Harga yang di kecualikan daripada
syarat daripada kelulusan terlebih dahulu adalah seperti berikut:

Tuntutan Kontraktor bagi kerugian dan/atau perbelanjaan yang berpunca


daripada
Mematuhi arahan Pegawai Penguasa
Kelambatan yang di sebabkan oleh kerajaan; dan
Percanggahan dalam atau di antara dokumen-dokumen kontrak

99

Tuntutan Kontraktor bagi fi dan caj untuk memasangkan sambungan kepada


betung awam dan bekalan air dan elektrik tetap, dan bagi pemindahan
pembetungan, dan bekalan air dan elektrik.

Tuntutan-tuntutan lain yang di benarkan secara khusus dalam kontrak

Pelarasan Jumlah Harga Kontrak bagi atau disebabkan olehPelarasan wang Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara
Pengukuran Semula Kerja yang di ukur sementara; dan
Turun Naik Harga

Perubahan yang mengakibatkan kekurangan kepada Jumlah Harga Kontrak

100

BAHAGIAN E
TAKSIRAN (ESTIMATING)

101

You might also like