You are on page 1of 6

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

PEMIMPIN BERWIBAWA NEGARA SEJAHTERA


( 21 MAC 2014 / 19 JAMADILAWWAL 1435)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi
sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenarbenar taqwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat.
Pada hari ini mimbar akan membincangkan khutbah bertajuk: PEMIMPIN
BERWIBAWA NEGARA SEJAHTERA.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Allah SWT telah mengurniakan kepada kita agama Islam yang diakui sebagai
agama yang diredhai di sisi-Nya. Agama yang lengkap (syumul) dan relevan
sepanjang masa dan zaman ini telah disusun begitu sempurna termasuk tatacara
mengenai urusan hidup manusia dalam konteks bermasyarakat dan bernegara.
Begitu juga dalam membina sesebuah negara, maka Islam telah menyebutnya
dengan jelas tentang konsep yang merangkumi pemilihan ketua negara, undangundang, ketaatan, umat dan sebagainya. Menurut Imam al-Mawardi di dalam kitab
Nizam al-Hukm fi al-Islam bahawa: Ketua negara digelar sebagai Khalifah dalam
urusan agama dan urusan dunia, pemilihan orang yang menjalankan tugas ini
adalah wajib mengikut ijmak. Allah SWT telah memberi gambaran yang jelas
mengenai sesebuah negara yang sejahtera sewajarnya dipimpin tokoh yang hebat
1

dan dinamik serta kepimpinannya menjadi teladan dalam semua aspek kehidupan
sebagaimana yang dicontohi oleh Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam
surah at-Taubat ayat 128:

Maksudnya: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari


golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang
kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi
penyayang kepada orang yang beriman.
Ayat ini memberi penjelasan kepada kita bahawa pemimpin yang bersikap belas
kasihan, penyayang, prihatin terhadap kebajikan rakyat adalah sebagai bukti
ketinggian imannya. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW adalah contoh seorang
pemimpin berwibawa yang paling berjaya di dunia. Renungkanlah, Baginda
berupaya menukar gaya hidup masyarakat jahiliah daripada kufur kepada beriman,
permusuhan kepada persaudaraan, kekejaman kepada kasih sayang, pemalas
kepada bangsa yang rajin dan sebagainya.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Berdasarkan kepada pengamatan mimbar yang mulia ini, bagi mencapai hasrat
membina sebuah Negara sejahtera ianya sangat berkait rapat dengan kepimpinan
berwibawa, yang mempunyai al-Quwwah (). Persoalan besar timbul disini
apakah yang dimaksudkan dengan al-Quwwah (). Secara ringkasnya mimbar
ingin menyatakan bahawa al-Quwwah ( )itu ialah mereka yang mempunyai
kekuatan, samada dari segi jasmani, spiritual, emosi dan mental. Percayalah
bahawa skop menanggung kerja seorang pemimpin itu lebih luas dan amanahnya
sangat besar yang memerlukan kekuatan dari segenap sudut dan segala bidang
kehidupan. Firman Allah SWT di dalam surah al-Qasas ayat 26:

Maksudnya:Salah seorang dari keduanya berkata: Wahai ayah, ambillah dia


sebagai pekerja, sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah yang kuat, lagi amanah
Dan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Baihaqi:
2

Mafhumnya: Sesungguhnya Allah azza wajalla sangat suka (bahkan cinta) jika
seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja, maka dia bekerja dengan
tekun.(Riwayat al-baihaqi)
Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa pemimpin sebenarnya adalah
seorang pekerja kepada rakyatnya, maka berdasarkan kepada tanggungjawab ini
ianya memerlukan kekuatan pada dirinya dan tanpa kekuatan, maka akan
pincanglah masyarakat dan seterusnya akan memudaratkan. Bayangkanlah, apakah
kesannya pada umat Islam jika dipimpin oleh mereka yang lemah, tidak
mempunyai prinsip.berintergriti, hilang maruah, maka sudah tentu umat Islam akan
dihina dan diporak perandakan akibat daripada kelemahan kepimpinan itu sendiri.
Sesungguhnya pemimpin yang baik ialah pemimpin yang berilmu, mempunyai visi
dan pandangan jauh untuk membina bangsa dan negara dan senantiasa menjaga
kemakmuran serta kepentingan rakyat.
Sebagai seorang pemimpin, maka ianya mestilah adil dalam tindakannya dan
tidak melakukan kezaliman atau diskriminasi kepada mereka yang di bawah
pimpinannya. Sifat-sifat ini mesti dimiliki oleh mana-mana pemimpin dan
menjadikan ia sebagai prinsip asas pentadbiran untuk menjamin kepimpinannya.
Pepatah arab pernah berkata: Barang siapa yang bermuamalah dengan seorang
lain dan tidak berlaku aniaya. Jika berbicara tidak mengatakan yang dusta dan
jika berjanji tidak menyalahi maka jelaslah orang itu memiliki keperwiraan
sempurna, nyata pula keadilannya dan haruslah dipereratkan persaudaraan
dengannya.
Satu perkara lagi yang ingin dinyatakan oleh mimbar yang mulia ini, bahawa
seseorang pemimpin itu hendaklah berakhlak, baik budi pekertinya dan menjadi
teladan yang baik dalam semua tindak tanduknya. Fikirkanlah, bagaimana mungkin
seseorang itu mampu menjadi pemimpin jika karakternya, sikapnya dan tutur
katanya penuh dengan kepalsuan?, tidak melaksanakan dan menunaikan janjijanjinya kepada orang bawahannya. Percayalah bahawa karekter seseorang
pemimpin merupakan bukti kesempurnaan kepimpinannya. Seorang pemimpin
tidak mungkin akan menyalahi janjinya dan mustahil pula mengkhianati amanah
3

kerana perbuatan itu menyebabkan kurangnya dihargai, malah sukar untuk


dipercayai. Hayatilah kisah Luqmanul Hakim yang pernah ditanya: Apakah sebab
sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu? Beliau menjawab: Dengan
benar dalam berkata-kata, dan menunaikan amanah dan meninggalkan apa bukan
kepentinganku.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mimbar ingin menjelaskan bahawa dalam usaha kita untuk membina negara
sejahtera, maka persoalan memilih seseorang pemimpin itu tidak boleh dilakukan
secara sebarangan ataupun sambil lewa atau hanya mengikut emosi dan prasangka
semata-mata. Sehubungan dengan itu, seseorang pemimpin yang dilantik mestilah
berkemampuan lagi adil dalam melaksanakan amanah kepada rakyat. Sehubungan
dengan itu Imam al-Qurtubi menjelaskan dalam kitab al-Jamik li Ahkamil Quran
bahawa, Bagi umat Islam dalam memilih pemimpin mestilah dari golongan yang
adil, ihsan dan mulia. Adapun yang fasik dan zalim mereka tidak layak menjadi
pemimpin. Ingatlah kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti sekiranya
kita tersilap memilih pemimpin yang tidak berakhlak dan hanya mementingkan
pembangunan duniawi berbanding dengan kehidupan di hari akhirat.
Dalam menentukan keadilan ini, mimbar ingin menyatakan beberapa syarat
perlulah dilaksanakan antaranya: Pertama: Hendaklah tegas dan berani dalam
membuat keputusan yang memberi manfaat kepada rakyat. Kedua: Bersedia
menerima pandangan dan kritikan yang membina. Ketiga: Membuat perubahan
terhadap sebarang rancangan yang didapati merugikan rakyat dan negara,
keempat:Mengutamakan kebajikan dan keperluan rakyat melebihi daripada
keperluan peribadi. Kelima: Mengurus masa dengan berkesan. Keenam: Bersama
rakyat berusaha dalam mencapai keperluan negara dan ketujuh: Melaksanakan
rancangan pembangunan negara mengikut keutamaan.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mimbar yang mulia ini ingin mengingatkan sidang jemaah sekalian, bahawa dalam
membina negara yang sejahtera, maka ianya berkait rapat dengan kewibawaan dan
kekuatan kepimpinan. Maka inilah masanya untuk kita sedar dan bertindak dengan
penuh kebijaksanaan. Kebijaksanaan yang berpaksikan pada keimanan dan
4

kebenaran bukannya hanya pada persepsi dan mainan perasaan. Yakinlah bahawa
soal kepimpinan mempunyai kaitan besar dengan dosa dan pahala dan ianya adalah
sebahagian tindakan dan perbuatan yang tidak terlepas dari penghakiman Allah
SWT terhadap kita pada hari akhirat kelak. Justeru, selari dengan perkembangan
semasa ini, maka mimbar menyeru seluruh umat Islam agar berlaku adil dalam
menentukan kepimpinan dengan mengambil kira ciri-ciri yang telah disebutkan
tadi. Ingatlah negara yang diperintah oleh kepimpinan yang berwibawa dan
konsisten akan menjamin segala dasar-dasar dilaksanakan dengan penuh
tanggungjawab dan beramanah lagi adil serta saksama. Dan paling utama ialah
kepimpinan yang sentiasa berusaha bagi mempertahankan kesucian agama islam
dan kehamonian negara. Sebaliknya kestabilan, keselamatan dan keharmonian
negara pasti akan lenyap dan tidak terjamin jika diperintah oleh golongan yang
tidak selari dengan kehendak Islam.
Mimbar juga mengambil kesempatan sempena Hari Ulang Tahun Polis di
Raja Malaysia (PDRM) yang ke 207 pada 25 Mac ini, menyeru sidang jumaat dan
umat Islam sekalian untuk sama-sama kita saling bekerjasama dan bantu membantu
untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan negara ini kerana ianya sebahagian
daripada tuntutan agama. Kepada anggota keselamatan, mimbar ingin berpesan
agar senantiasa berusaha mempertingkatkan keimanan dan memperbanyakkan
tawakal kepada Allah SWT serta berkhidmat dengan ikhlas, jujur dan amanah
mengikut ajaran Islam. Insya-Allah, agama, kedaulatan, bangsa dan negara akan
terpelihara serta mendapat perlindungan Allah SWT. Mimbar juga mengambil
kesempatan pada hari ini, menyeru seluruh umat Islam sekalian marilah sama-sama
kita berdoa kepada Allah SWT agar misi mencari pesawat MH370 dipermudahkan
oleh-Nya. Janganlah kita berputus asa kerana ilmu dan kuasa Allah SWT mengatasi
segalanya, kepada-Nya kita memohon dan kepada-Nya juga kita berserah.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah sama sama kita merenung firman
Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 159:

Maksudnya: Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap
lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati,
tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan
pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka
dalam urusan itu. Maka apabila engkau telah berazam maka bertawakallah
kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.

You might also like