You are on page 1of 17

PANDUAN PENULISAN

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

AT 401

Unit Perhubungan dan Latihan Industri


Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
Jabatan Pengajian Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

1.0

2012

PENDAHULUAN
Laporan Akhir Latihan Industri merupakan salah satu komponen yang dinilai selepas pelajar tamat
menjalani kursus Latihan Industri (AT401) di organisasi latihan. Laporan ini perlu dilengkapkan
(dengan dijilid) dan dikemukakan semasa pendaftaran pengesahan tamat latihan industri dan
ianya mewakili 20% daripada keseluruhan markah Latihan Industri (rujuk Appendix 4 Industrial
Training Final Report Form)

2.0

PANDUAN PENULISAN
2.1

Panduan Umum
a) Laporan ini hendaklah bertaip pada kertas putih bersaiz A4 dan disusun mengikut
turutan yang betul.
b) Hendaklah menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris kecuali
bagi mana-mana perkataan yang dipetik secara langsung*
c) Bilangan muka surat hendaklah di antara 50 hingga 80 muka surat sahaja (tidak
termasuk lampiran)
d) Bagi memastikan keseragaman laporan ini, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah
menetapkan spesifikasi bagi tujuan penjilidan (rujuk Lampiran A dan Lampiran B).

2.2

Ruang Penulisan dan Nombor Muka Surat


a) Margin setting bagi setiap muka surat penulisan perlulah mengikut format berikut :
3.5 sm dari tepi kiri kertas
2.5 sm dari tepi kanan kertas
2.5 dari tepi atas kertas
2.5 sm dari tepi bawah kertas
b) Pada muka surat permulaan setiap bab, kawasan penulisan bagi sub topik
yang pertama hendaklah bermula pada enter yang ketiga. (rujuk Lampiran C)
c) Nombor muka surat hendaklah pada bahagian tengah bawah kertas.
d) Nombor muka surat di BAHAGIAN PERMULAAN seperti Judul, Pengesahan Pelajar,
Penghargaan, Isi Kandungan, Senarai Jadual, Senarai Rajah dan Senarai Lampiran
hendaklah menggunakan penomboran roman seperti i, ii, iii, dan lain-lain.
Manakala nombor bagi muka surat BAHAGIAN BAB adalah seperti biasa (rujuk
Lampiran D).

2.3

Jenis Tulisan dan Sela


a) Jenis tulisan (font type) yang ditetapkan adalah dari jenis Arial bersaiz 12.
b) Jarak antara garisan (line spacing) atau langkau di antara ayat yang digunakan
adalah 2.0 (double spacing) dan tidak perlu ditinggalkan ruang kosong (tidak perlu
di enter) bagi setiap permulaan perenggan atau sub topik.
c) TAJUK BAB hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar, ditebalkan dan
diletakan di bahagian tengah muka surat (menggunakan Center Text).
d) TAJUK KECIL hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf kecil dan ditebalkan (bold).
e) Jarak di antara perkataan dalam barisan hendaklah sama dan format yang digunakan
adalah Align Text Justify.
f) Penulisan dalam Bahasa Melayu hendaklah merujuk kepada Daftar Ejaan Rumi
Bahasa Melayu edisi terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Page 2

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

g)

2012

Penggunaan Bahasa Inggeris bagi sesuatu istilah hendaklah dicondongkan (italic)


atau ditandakan dengan . Atau diletakan dalam kurungan, (.) bagi
membantu pemahaman istilah dalam Bahasa Melayu.

h) Huruf besar hendaklah digunakan bagi setiap permulaan ayat, nama tempat dan nama
khas.
i) Penggunaan tandaan bullets tidak benarkan.

3.0

FORMAT PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI


3.1

Format Isi Kandungan


Format isi kandungan laporan akhir adalah seperti yang ditunjukan dalam Lampiran E.
Contoh pengisian kandungan di Bahagian Permulaan Isi kandungan adalah seperti
di Lampiran F, G, H, J dan Lampiran K.

3.2

Ringkasan Kandungan Bab


BAB 1 : PENGENALAN
Bab ini merangkumi pengenalan kepada Latihan Industri iaitu pendahuluan, objektif
latihan industri, objektif laporan dan kepentingan latihan industri kepada pelajar.
BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN
Bagi maklumat latar belakang organisasi latihan, ianya hendaklah merangkumi
pengenalan terhadap organisasi, carta organisasi, sejarah penubuhan serta aktiviti utama
organisasi, misi, visi dan juga halatuju organisasi.
(pelajar dinasihatkan berbincang termasuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu
daripada pihak pengurusan organisasi sebelum mengambil dan menulis apa-apa
maklumat organisasi supaya ianya tidak bercanggah dengan dasar organisasi berkenaan)
BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
Ringkasan aktiviti latihan adalah berdasarkan kepada latihan atau tugas yang
dilaksanakan sama ada mengikut minggu, bulan atau pun bidang tugas. Ianya boleh
dinyatakan dalam bentuk jadual.
BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL
Bab ini merangkumi pelaporan terhadap tugas-tugas atau kerja yang dipertanggung
jawabkan atau dilaksanakan semasa menjalani latihan. Bilangan bab yang diperuntukan
adalah SATU (1) SAHAJA. Sekiranya terdapat banyak tugasan atau bahagian yang perlu
dilapor dan dinyatakan, ianya boleh dipecahkan kepada sub topik yang berkaitan.
Pelaporan hendaklah dibuat secara terperinci bagi setiap topik yang ditulis dengan
memuatkan juga jadual, rajah dan sebagainya.
BAB 5 : KESIMPULAN
Kesimpulan merupakan
laporan.

rumusan

kepada

keseluruhan

BAB 6 : KOMEN DAN CADANGAN


Komen yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan dan ditulis secara positif dan
ianya hendaklah bersifat constructive bagi tujuan penambahbaikan.

Page 3

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN : (Lampiran L)
Bahagian ini merujuk kepada penyataan bahan-bahan rujukan yang digunakan semasa
penyediaan laporan. Format yang digunakan hendaklah merujuk kepada American
Psychological Association (APA) atau Modern Language Association (MLA). Bagi
mendapatkan panduan dalam format penulisan bahan-bahan rujukan, pelajar boleh
melayari laman sesawang berikut:
i.
ii.

http://www.apastyle.org
http://www.mla.org

JADUAL/RAJAH (Lampiran M dan N)


Semua ilustrasi hendaklah diterangkan secara terperinci. Sebarang ilustrasi selain Jadual
seperti carta, graf, gambar atau lukisan hendaklah dinyatakan sebagai Rajah.
Penomboran bagi jadual/rajah mestilah mengikut turutan seperti berikut:
Rajah 1, Rajah 2, Rajah 3, ..dan seterusnya
Jadual 1, Jadual 2, Jadual 3, ..dan seterusnya
Semasa penulisan, pastikan rujukan dibuat kepada setiap jadual/rajah yang dimasukan
dengan menyebut atau memberi penekanan kepada perkara-perkara penting tentang
jadual/rajah tersebut. Lihat contoh di bawah;
Sepertimana yang ditunjukan dalam Rajah 1, pergerakan tanah adalah. atau Jadual
2 menunjukan jumlah
Sebarang jadual/rajah yang diambil dari sumber lain, nota hendaklah ditunjukan
pada bahagian bawah jadual/rajah tersebut dengan menyatakan punca jadual/rajah
tersebut diambil, atau dipetik atau diubahsuai.
LAMPIRAN (jika digunakan)
Semua lampiran yang hendak dimasukan mestilah bersaiz A4 atau A3 sahaja. Bagi saiz
A3, ianya hendaklah dilipat dengan betul dan mudah dibuka untuk tujuan penilaian dan
ianya hendaklah disusun mengikut turutan. Semua lampiran tidak perlu ditunjukan nombor
muka surat.

4.0

PENUTUP
Panduan penulisan Laporan Akhir Latihan Industri ini akan dapat membantu pelajar menyediakan
satu pelaporan yang lengkap dan berformat. Berdasarkan Panduan ini, Pensyarah penilai akan
membuat penilaian terhadap Laporan Akhir Latihan Industri dengan menggunakan Appendix 4 Industrial Training Final Report Form.

BILLIOGRAFI/RUJUKAN
Bahagian Kecemerlangan Instruksional, (2011). Garis Panduan Latihan Industri (Pelajar), Edisi 2011.
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Bahagian Kecemerlangan Instruksional, (2011). Garis Panduan Pengurusan dan Kaedah Penilaian
Latihan Industri (Pelajar), Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian
Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi, (2010). Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi.
Sciencebuddies. Writing A Bibliography: APA Format. Diambil pada 9 Februari 2012 dari
http://www.sciencebuddies.org/science-fair -projects/Project_APA_Format_Examples.html

Page 4

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran A
Format Muka Depan Laporan Akhir Latihan Industri

Logo PTSS

JABATAN PERDAGANGAN
3 X enter

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI


3 X enter

AZHAR BIN AHMAD


(18DPM10F9999)
Jenis/Saiz Tulisan :
Arial Bold/16
3 X enter

JABATAN MESRA RAKYAT


KOMPLEKS ARAU
02600, ARAU, PERLIS
3 X enter

JUN 2012
2 X enter

Page 5

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran B
Tetapan Warna Muka Hadapan Laporan Akhir Latihan Industri

Jabatan Pelancongan & Hospitaliti


Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Jabatan Perdagangan

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual

Page 6

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran C
Kawasan Penulisan Bagi Muka Surat Permulaan Setiap Bab

2.5 sm
BAB 4
MEREKOD STOK

3 kali enter
dan terus tulis

3.5 sm

4.1

Pengenalan
Semua stor hendaklah merekodkan stok yang diterima dengan
Menggunakan kad yang telah ditetapkan bagi tujuan:
a) Mengetahui kedudukan stok simpanan
b) Memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat, dan
c) Mengawal paras stok.

Tidak perlu
enter

4.1.1 Jenis-Jenis Rekod

Semua stok yang diterima oleh stor hendaklah direkodkan


Seperti berikut:

2.5 sm

a) Penggunaan rekod hendaklah mengikut jenis stor iaitu:


i. Kad Kawalan Stok, KEW.PS-3 di Stor Pusat dan
Stor Utama, dan
ii. Kad Petak, KEW.PS-4 di Stor Pusat dan Stor
Utama dan Stor Unit.
Penomboran Muka Surat
(diletakan di bahagian tengah)

11

2.5 sm

Page 7

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran D
Kawasan Penulisan SELAIN muka surat permulaan bab
2.5 sm

Jaraknya adalah
sepertimana 4.1.1

4.1.2 Lokasi dan Letakan Stok


Lokasi stok hendaklah diwujudkan bagi memudahkan
penyimpanan, pengeluaran dan pemeriksaan. Tindakan
Permulaan
setiap
perenggan
mestilah
sama dengan
tajuk/sub
tajuk dan
perenggan
yang
berikutnya

berikut perlu diambil.


i)

Carta lokasi stok perlu disediakan dan dikemaskini

2.5 sm

dari masa ke semasa.


ii)

Lokasi stok hendaklah direkodkan di Kad Kawalan


Stok dan Kad Petak.

4.2.1.1 Penyimpanan Stok


Ianya perlulah menggunakan ruang simpanan
secara yang optimum.
tidak perlu
enter

4.2.1.2 Stok Dalam Bekas Asal

Senang dikendali dan memudahkan aliran

Kemungkinan peti di lapisan bawah

Barang-barang tersebut mudah terbakar


Memudahkan pengiraan, pemeriksaan
Penggunaan bullet
TIDAK DIBENARKAN

dan verifikasi.
2.5 sm

12

Page 8

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

Isi Kandungan

2012

Lampiran E

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN
Judul
Pengesahan Pelajar
Penghargaan
Isi Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
Senarai Lampiran
BAB 1

MUKA SURAT
i
ii
iii
iv
v
vi
vii

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI


1.1 Pendahuluan
1.2 Objektif Latihan Industri
1.3 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri
1.4 Kepentingan Latihan Industri

1
1
2
3

LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN


2.1 Pengenalan Organisasi
2.2 Latar Belakang Penubuhan
2.3 Aktiviti Organisasi
2.4 Hala tuju Organisasi
2.5 Carta Organisasi

4
5
6
10
11

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI


3.1 Pengenalan
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

12
13

SISTEM PEREKODAN STOK


4.1 Pengenalan
4.2 Penyimpanan Stok
4.3
4.4
4.5 Kesimpulan

14
15
17
29
61

BAB 5

KESIMPULAN

73

BAB 6

KOMEN DAN CADANGAN

83

BAB 2

BAB 3

BAB 4

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
LAMPIRAN
iv

Penomboran Muka Surat


(huruf roman)
Page 9

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran F
Judul

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI


Nama dan Nombor
Pendaftaran Pelajar

OLEH
AZHAR BIN AHMAD
(18DPM10F9999)
Nama dan Alamat
Organisasi Latihan

DI

JABATAN MESRA RAKYAT


KOMPLEKS ARAU
02600, ARAU, PERLIS
Laporan Akhir Latihan Industri ini dikemukakan kepada
Jabatan Perdagangan
Bagi memenuhi sebahagian dari syarat
penilaian latihan industri dan penganugerahan
Diploma Pengurusan Perniagaan

Tuliskan nama
jabatan dan program
masing-masing

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN


Sesi menjalani
Latihan Industri

JUN 2012

Penomboran Muka Surat


(huruf roman)

Page 10

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran G
Pengesahan Pelajar

PENGESAHAN PELAJAR

saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja
saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

: .

Nama Pelajar

: AZHAR BIN AHMAD

No. Pendaftaran

: 18DPM10F9999

Tarikh

: 8 DISEMBER 2012

Penomboran Muka Surat


(huruf roman)

ii

Page 11

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran H
Penghargaan

PENGHARGAAN
Setinggi penghargaan diberikan kepada Pengarah JABATAN MESRA
RAKYAT, En. Osman bin Arif di atas tunjuk ajar dan curahan ilmu yang
diberikan selama saya berada di sini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah
Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang telah
banyak membantu saya menyediakan laporan ini.
Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua
rakan-rakan yang telah banyak menyumbang idea dan pendapat serta
doa dari keluarga

Terima Kasih

Penomboran Muka Surat


(huruf roman)

iii

Page 12

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran J
Senarai Jadual

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

Taburan Projek Kejuruteraan di Perlis

Jenis Bahan Binaan Berindustri...

13

Senarai Pembekal ..

17

Nota:
Format Senarai Jadual ini juga boleh digunakan bagi Senarai Rajah DAN
hendaklah dibuat pada muka surat berasingan.

Penomboran Muka Surat


(huruf roman)

Page 13

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran K
Senarai Lampiran

SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN

TAJUK

Surat Kebenaran Masuk Tapak

Borang-Borang Arahan Penyimpanan Bahan

Senarai Semak Peralatan

Nota:
Format ini HANYA digunakan untuk Senarai Lampiran sahaja

Penomboran Muka Surat


(huruf roman)

vii

Page 14

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran L
Bibliografi / Rujukan

Cara penulisan bibliografi/rujukan


dari sumber BUKU

Allen, T. (1974). Vanishing Wilfelife of North America. Washington, D.C: National


Geographic Society.
Boorstin, D. (1992). The Creators: A history of the heroes of the imagination.
New York: Random House.
Nicol, A.M. & Pexman, P.M (2001). Presenting your findings. A practical guide
for creating tables. Washington, D.C. American Psychological Center.
Cara penulisan bibliografi/rujukan
dari sumber Encyclopedia/Dictionary

Bergmann, P.G. (1993). Relativity. In the new encyclopedia Britannica (Vol.26,


pp. 501-508).Chicago: Britannica Encyclopedia
Tobias, R. (1991). Thurber, James. Americana Encyclopedia. (p.600).New York
Scholastic Library Publishing.
Cara penulisan bibliografi/rujukan
dari sumber Artikel Majalah / Surat Khabar

Henry, W.A., III (1990, April 9). Making the grade in todays school. Time,
135, 28-31.
Kanfer, S. (1986, July 21). Heard and good books lately? Time, 113, 71-72
Cara penulisan bibliografi/rujukan
dari sumber Website/Webpage

Devitt, T. (2001, August 2). Lightning injures four at music festival. The Why?
Files. Retrieved January 23, 2002, from http://whyfiles.org/13/index.html
Nota:
Senarai bibliografi/rujukan boleh ditulis secara berturutan seperti contoh di atas

Page 15

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran M
Jadual

Jadual 4:
Rumusan Bagi Kadar Faedah Mengikut Tahun (Berdasarkan Formula BLR)

BIL.

TAHUN

KADAR

TUKARAN

CATATAN

Nota: Dari Wikipedia, the free encyclopedia

Nota:
Kedudukan tajuk berada di bahagian atas jadual

TIADA penomboran diperlukan


bagi Jadual
dari sumber Website/Webpage

Page 16

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran N
Rajah

Rajah 4: Continuous Quality Improvement (CQI)

Nota:
Kedudukan tajuk berada di bahagian bawah Rajah

TIADA penomboran diperlukan


bagi Rajah
dari sumber Website/Webpage

Page 17

You might also like