You are on page 1of 7

Buat Backup Ghost Pada Partition

1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah
boot sequence kepada CD.
2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
3. Pilih Local > Partition > To Image. Pilihan ini bertujuan untuk membuat backup untuk
partition anda, dan menyimpannya dalam bentuk fail.

4. Pilih hard disk yang mengandungi partition tersebut.

5. Pilih partition yang anda hendak backup.

6. Anda dikehendaki memilih tempat di mana fail Ghost akan disimpan. Pilih folder yang anda
mahu, berikan nama untuk fail Ghost, dan klik Save.

7. Klik OK pada mesej Proceed with partition image creation?. Tunggu hingga proses backup
selesai, dan anda boleh restart semula PC anda.

Restore Fail Ghost Kepada Partition


1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah
boot sequence kepada CD.
2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
3. Pilih Local > Partition > From Image. Pilihan ini bertujuan untuk restore semula fail Ghost
tadi kepada partition asal.

4. Pilih fail Ghost tersebut dan klik Open.

5. Pilih partition yang mengandungi fail Ghost.

6. Pilih hard disk yang mengandungi partition asal.

7. Pilih partition yang yang anda hendak restore.

8. Klik OK pada mesej Proceed with partition restore? Destination partition will be permanently
overwritten. Tunggu hingga proses restore selesai, dan anda boleh restart semula PC
setelah proses selesai.

Ok, itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan. Harap dapat membantu ^_^

This entry was posted in Software, Windows on 13/05/2008 by MK.

You might also like