You are on page 1of 4

TAQWA

Saudara yang bertanya, di sini saya cuba utk berkongsi ilmu & pengetahuan yg saya
miliki.Sebelum itu, maaf kiranya terdapat kekurangan atau kecacatan... Diminta agar semua
netters dpt menegur sekiranya ada maklumat yg tersilap di sini.
1. Orang yg bertaqwa ialah orang yg menunaikan solat & percaya kpd perkara yg ghaib spt
syurga, neraka, hari akhirat & lain2. Oleh itu, kita hendaklah menunaikan solat & tidak bakhil
utk membelanjakan harta.
2. Di antara ciri2 orang yg bertaqwa ialah :
a. Berusaha membentuk diri mematuhi perintah Allah.
b. Beriman kepada kitab2 Allah.
c. Percaya kpd perkara2 ghaib spt hari kiamat, syurga, neraka, pahala & serta lain2.
d. Mendirikan solat & membelanjakan harta pd jalan Allah.
3. Antara dalil yang saya ketahui ialah (dalil naqli) "Maksud Firman Allah : Alif, Lam, Mim, AlQur'an sebuah kitab yang tidak diragui, sebagai hidayah kepada orang yang bertaqwa. Iaitu
mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib, mendirikan solat dan
membelanjakan
sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepada mereka. Mereka beriman kepada Al-Qur'an
yang diturunkan kepada engkau(Muhammad) dan kitab-kitab yang terdahulu sebelum engkau
serta yakin akan hari akhirat.Mereka itulah yang mendapat hidayah Allah dan beroleh
kejayaan." (surah Al-Baqarah : ayat 1-5)
Saya rasa setakat ini yg termampu saya bantu saudara "Khairul". Mungkin di sana ramai ahli
ilmuan yang dpt membantu saudara & memperjelaskan lagi maksud taqwa.
Segala yang baik itu datang dr Allah & sebaliknya atas kekurangan diri saya sendiri.
Maksud Firman Allah : "Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan" ( surah AlInsyirah ayat 6 )
Pengirim : Ilyana Syadwan
From : "shah" <shah@fcm.ed.fujitsu.co.jp>

TAKWA
KALIMAH "takwa" (al-taqwa) biasanya diterjemahkan sebagai "takut". Makna harfi ini tidak
menepati takrif takwa itu.
Mengikut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran alKarim membawa tiga makna :
- Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman Allah Taala yang tersisip
kalimah takwa yang membawa makna tersebut ialah : Dan bertakwalah (takutilah) suatu hari
yang kamu akan dikembalikan kepada Allah. (2 : 281)
- Kedua, bermakna taat. Contohnya seperti yang terdapat dalam firman Allah yang maksudnya
: Hai sekalian orang yang beriman, bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebanr-benar
takwa (taat). (3 : 102)
- Ketiga, mengandungi maksud, menyucikan hati daripada dosa. Contohnya dalam firman
Allah yang mafhumnya: Dan sesiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, takut kepada Allah

Taqwa

Page 1 of

dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. (24 :
52)
Kalimah "bertakwa" dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna taat atau takut, kerana
kalimah-kalimah "taat" dan "takut" telah disebutkan sebelumnya. dalam ayat di atas. Jadi
"bertakwa" dalam ayat di atas bermaksud, menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga
inilah merupakan takrif kepada istilah takwa. Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah
menyucuikan hati daripada dosa, sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan
seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".
Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang
ditakuti akan membawa mudharat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang
yang mengidapi penyakit. Adapun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang
membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa". Faktor-faktor yang mendatangkan
kerosakan agama seseorang itu terbahagi kepada dua :
- Pertama, kejahatan asli : Maksud kejahatan asli itu ialah segala perbuatan haram, meliputi
segala tegahan Allah Taala dan larangan dalam agama Islam.
- Kedua, kejahatan bukan asli : Maksudnya, perbuatan yang halal (harus) tetapi dilakukan
secara berlebih-lebihan atau melampaui batasan (al-fudhul). Biasanya dilakukan tanpa
kawalan untuk memenuhi keinginan nafsu kebinatangan. Dalam hal ini termasuklah juga
segala perlakuan yang ditegah oleh adat atau adab yang telah diterima umum untuk mendapat
kebaikan atau kebajikan.
Kedua-dua faktor tersebut hendaklah dijauhi kerana salah satu atau kedua-duanya akan membawa
kehancuran kepada agama dan diri sendiri. Faktor yang kedua itu, umpamanya, boleh
merangsangkan runtunan nafsu ammarah dan seterusnya membawa orang yang terlibat ke bidang
maksiat.
Berkata Imam al-Gazali : "Janganlah berlebihan melakukan perbuatan walaupun yang tidak
mudarat kerana ditakuti akan membawa mudarat. Makan terlalu kenyang, misalnya, boleh
mendatangkan pelbagai penyakit dan tabiat buruk. Demikianlah juga, berlebihan dalam yang
halal itu, hendaklah ditinggalkan kerana ditakuti akan tergelincir ke dalam yang haram pula".
Apabila seseorang itu berjaya membebaskan diri daripada pengaruh maksiat, berkat kekuatan
azam, kemantapan iman dan mendapat taufik daripada Allah SWT, maka orang itu disifat sebagai
orang bertakwa, sebagaimana tersebut dalam Hadis Rasulullah s.w.a yang mafhumnya :
Sesungguhnya mereka dinamakan muttaqiin (orang-orang yang bertakwa) kerana mereka
meninggalkan apa yang mendatangkan mudarat kepada mereka dan menjaga diri mereka.
Pada keseluruhannya, takwa (yang bermaksud menyucikan hati daripada dosa) itu terbahagi
kepada tiga :
-

Takwa daripada menyekutui Allah (syirik),


Takwa daripada bidaah (bid'ah),
Takwa daripada segala hukum tegahan syarak (maksiat syar'iyyah).

Ketiga-tiga jenis takwa tersebut terkandung dalam ayat al-Quran al-Karim sebagaimana berikut,
mafhumnya : Tidak berdosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan shalih
kerana memakan makanan (haram) masa yang lalu, apabila merekabertakwa dan beriman serta
mengerjakan amalan shalih, kemudian mereka bertakwa dan beriman, kemudian mereka bertakwa
dan berbuat kebaikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan. (5 : 93)

Taqwa

Page 2 of

Tiga kalimah takwa - bertakwa - dalam ayat di atas masing-masing dengan pengertiannya dan
masing-masing berpasangan dengan kalimah iman - beriman dan berbuat kebajikan.
Mengikut al-Ghazali, maksud takwa yang pertama ialah bertakwa daripada syirik, kerama iman
(beriman) yang mengiringinya itu berkaitan dengan kepercayaan dalam aspek akidah (tauhid).
Maksud takwa yang kedua ialah bertakwa daripada bidah, dan iman (beriman) pasangannya itu
ialah berikrar dan meyakini syarit Islam (ajaran al-sunnah wal-jamaa'ah).
Manakala takwa yang ketiga bermaksud, bertakwa daripada maksiat syar'iyyah, kerana berbuat
kebaikan (ihsan) itu bermaksud mengerjakan amalan taat dan beristiqamah dalam amalan yang
menatangkan kebajikan kepada diri sendiri dan orang ramai.
Darjat Takwa :
Menurut al-Ghazali: Darjat takwa yang paling tinggi ialah meninggalkan kedua-dua faktor yang
membawa kerosakan kepada agama (kejahatan asli dan kejahatan bukan asli) tersebut. Inilah ciri
takwa yang sebenarnya. Apabila seseorang berjaya mencapai darjat takwa yang tertinggi ini,
maka bermakna dia telah bertakwa kepada Allah Taala dengan dengan matanya, telinganya,
lidahnya, perutnya, anggota sulitnya dan keseluruhan anggota badannya. Ini bermakna dia
menyerahkan seluruh tubuh badannya itu semata-mata kepada Allah Taala. Ini juga bermakna dia
telah mengekangkan nafsunya dengan lijam ul-taqwa (kekangan takwa). Ringkas kata, sesiapa
yang berkehendakkan darjat takwa yang tertinggi, hendaklah dia memelihara anggotanya yang
lima, iaitu mata, telinga, lidah atau mulut, hati dan perutnya daripada segala yang membawa
mudarat kepada pegangan dan amalan agama.
Kelebihan Takwa :
Terdapat banyak ayat dalam al-Quran al-Syariif yang mengandunngi kalimah takwa yang
dihubungkaitkan dengan segala kebajikan, kebahagiaan dan ganjaran pahala. Pada
keseluruhannya, kebajikan, kemenangan dan kebahagiaan hasil daripada bertakwa itu terbahagi
kepada tiga :
I.
Pertama: Diberi taufik (kuat mengerjakan taat) oleh Allah Taala. Allah Taala berfirman,
mafhumnya: Dan ketahuilah kamu, bahawa Allah berserta dengan orang-orang yang
bertakwa (yakni memberi bantuan dan kemenangan). (2 : 194).
II.
Diperbaiki amalan dan diampuni dosa oleh Allah Taala. Firman Allah Taala, mafhumnya :
Hai sekalian yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan ucapkanlah kata-kata yang benar,
pasti Allah akan memperbaiki amalan kamu dan mengampuni dosa kamu. (33 : 70 dan 71)
III.
Diterima amalan oleh Allah Taala. Mafhum firman Allah Taala mengenai hal ini ialah :
Katanya (Habil), sesungguhnya Allah hanya menerima (kurban / amalan) daripada orangorang yang bertakwa. (5 : 27)
Demikianlah juga perkembangan kerja ibadat hamba Allah itu melalui tiga peringakt, iaitu mulamula diberi taufik dan keupayaan oleh Allah Taala sehingga timbul minat, lalu rajin dan tekun
mengerjakan amal ibadat. Kemudian, diperbaiki amalan itu sehingga mencapai
kesempurnaannya. Akhirnya, amalan hamba Allah itu diterima oleh Allah Taala. Semuanya itu
adalah berkat daripada takwa. Selain daripada tiga manfaat tersebut, banyak lagi kelebihan dan
manfaat kurniaan Allah SWT kepada orang yang bertakwa. Antaranya :

Taqwa

Page 3 of

1. Mendapat kepujian daripada Allah Taala, sebagaimana dalam firman- Nya yang bermaksud :
Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah
daripada urusan-urusan yang utama. (3 : 196).
2. Mendapat pemeliharaan atau perlindungan Allah Taala daripada musuh. Firman-Nya : Dan
jika kamu bersabar dan bertakwa, tipu daya mereka tidak sedikitpun memberi mudarat
kepada kamu. (3 : 120)
3. Mendapat pertolonngan daripada Allah Taala, Firman-Nya yang bermaksud : Dan ketahuilah
bahawasanya Allah berserta dengan orang-orang yang bertakwa. (9 : 123)
4. Mendapat kelepasan daripada segala kepayahan dan mendapat razeki daripada Allah Taala.
Maksud firman-Nya : Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Allah akan mengadakan baginya
jalan keluar (daripada kepayahan) dan mengurniakan razei kepadanya daripada punca yang
tidak terduga. (65 : 2 dan 3).
5. Mendapat kasih daripada Allah Taala. Maksud firman-Nya : Maka sesungguhnya Allah Taala
menyukai orang-orang yang bertakwa. (3 : 76)
6. Mendapat kemuliaan dan kebesaran daripada Allah Taala. Firman-Nya yang bermaksud :
Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
takwa. (49 : 13)
7. Mendapat berita gembira (busyraa). Firman Allah, bermaksud : Mereka yang beriman dan
tetap dalam keadaan bertakwa, bagi mereka berita gembira dalam kehidupan di dunia dan di
akhirat. (10 : 63 dam 64)
8. Mendapat kelepasan daripada api neraka. Firman Allah Taala, bermaksud : Kemudian kami
akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang zalim di
dalamnya (neraka) dengan keadaan belutut. (19 : 72)
9. Mendapat jaminan masuk syurga. Firman Allah Taala, bermaksud : Sesungguhnya orangorang yang bertakwa itu berada di dalam syurga. (15 : 45) Ternyatalah Ternyatalah, dengan
ketakwaan, seseorang itu akan mendapat kebajikan, kemenangan dan kebahagiaan di dunia
dan juga di akhirat.
Wallahu a'lam.
From : "Azhar 88" <azhar88@hotmail.com>

Taqwa

Page 4 of

You might also like