You are on page 1of 1

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

isi ayam -ikut suka byk mne pun,agak2 la...(direbus)


1/2 inchi halia (diracik halus)
3 ulas bawang merah (diracik halus2)
1 batang serai (di ketuk)
4 sudu cili boh
5 helai daun limau purut (disiat2)
6-7 biji cili padi (diketuk)
Kubis bunga
Kacang panjang
Lobak merah
Kicap Cap Kipas Udang
Sos tiram
Garam & Ajinomoto

Cara-cara
Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana
untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lame2.
Kemudian tumis halia, bawang merah,serai sehingga garing; berbau harum.
Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam
, ajinomoto secukup2 rasa.
Masukkan pula isi ayam yang telah direbus ; juga stok ayam kedalam bahan
yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung)
Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn
udang@sotong bagi yg meminati seafood.)
Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang
& carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah
dimasukkan sos tiram.

You might also like