You are on page 1of 6

Demokrasi Berparlimen

Corak pemerintahan demokrasi


-Corak pemerintahan demokrasi ialah sistem raja berperlembagaan dan sistem republik.
Sistem Raja Berperlembagaan adalah corak pemerintahan yang menjadikan raja
sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Perdana Menteri akan membantu
pemerintahan raja.
Sistem Republik adalah berlainan daripada sistem demokrasi di mana ia menolak
institusi raja. Kerajaan ini diperintah oleh presiden. Pilihan raya akan memilih presiden rakyat
. Di negara Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina, presiden memegang dua jawatan iaitu
sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.
Maksud Demokrasi Berparlimen
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan
negara. Raja-Raja Melayu pula menjadi lambang taat setia rakyat. Melalui sistem ini rakyat
mempunyai hak dalam membentuk kerajaan. Melalui pilihanraya, rakyat berhak memilih
pemimpin, menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia menggunakan cara
pengundian.
Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen di Malaysia. Dalam pada itu, sistem pentadbiran negara akan diselaraskan
dengan perkembangan politik semasa. Kejayaan mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera,
dan stabil adalah kesan apabila sistem demokrasi berparlimen digunakan.
Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen
Sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara diguna pakai oleh negara
Malaysia.
institusi terunggul adalah parlimen di mana sesebuah negara mengamalkan prinsipprinsip demokrasi. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Dewan Negara dan
Dewan Rakyat dirasmikan buat pertama kalinya pada 11 September 1959.

Ciri-ciri demokrasi berparlimen

a.Perlembagaan
Undang-undang tertinggi yang menjadi asas pentadbiran negara kita adalah
parlimen. Selain itu, perlembagaan adalah dokumen rasmi yang mengandungi segala
peraturan dan prinsip sebagai panduan untuk mentdabir negara di bawah sesebuah kerajaan.
Kerajaan menunaikan tanggungjawab melalui peruntukan yang terkandung di dalam
perlembagaan yang turut diperkenalkan pada 16 September 1963.
b. Raja Berperlembagaan /Kuasa Yang Dipertuan Agong

Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia


adalh definisi Raja Berpelembagaan.Perlembagaan adalah asas kepada tindakan Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri pula adalah penasihat Baginda. Baginda hanya boleh

bertindak bersendirian dalam perkara tertentu sahaja atas budi bicara Baginda dan selainnya
tidak boleh.
Dalam kalangan sembilan Raja-Raja Melayu, Yang Dipertuan Agong dipilih secara
bergilir-gilir dalam tempoh 5 tahun sekali. Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia adalah
asas kepada pemilihan Yang Dipertuan Agong. Baginda adalah ketua kerajaan Malaysia ,ketua
utama negara dan merupakan ketua tertinggi angkatan bersenjata. Sesuatu hukuman terhadap
kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera boleh ditangguhkan atau diampunkan
oleh Baginda.
Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman diketuai oleh Yang
Dipertuan Agong. Baginda juga merupakan satu daripada tiga unsur parlimen. Baginda
mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan parlimen.
c.Badan-badan Pemerintah/Kuasa Pemerintahan

konsep pengasingan kuasa diamalkan oleh negara Malaysia yang merupakan salah
sebuah negara demokrasi berparlimen. Terdapat tiga cabang kuasa pemerintahan iaitu Badan
Perundangan,Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan harus dipegang oleh
pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
i)Badan Perundangan
Definisi perundangan adalah undang-undang yang digubal oleh badan perundangan
yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Badan perundangan yang
bertanggungjawab menggubal undang- undang di negara kita adalah parlimen.
Salah satu ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen adalah parlimen. Badan perundangan
yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita adalah parlimen. Ini

merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan Perundangan. Tugas menggubal
undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.adalah parlimen Parlimen
terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat adalah
salah satu fungsi Badan Perundangan. Dalam sistem pemerintahan negara kita, Dewan Negara
atau Senat merupakan dewan tertinggi.
ii) Badan Pelaksana
Badan pelaksana dasar-dasar kerajaan terdiri daripada Kabinet atau Jemaah Menteri .
Pembuat dasar tertinggi negara juga adalah tugas Kabinet. Manakala menggubal dasar-dasar
kerajaan dalam semua perkara adalah tugas Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana
Menteri
Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa
kementerian. Menggubal dasar-dasar kerajaan,merancang dan menyelaraskan program
pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita adalah tanggungjawab kementerian.Kini,
terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap
kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri ,Setiausaha
Parlimen dan Setiausaha Politik. Seseorang menteri yang tidak diberikan tugas dalam
kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Menteri Tak Berportfolio
akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

iii. Badan Kehakiman


Mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah adalah kuasa Badan Kehakiman.
Perkara sivil berkaitan dengan saman, manakala perkara jenayah pula melibatkan kanun
keseksaan. Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan
pihak badan pelaksana, mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri adalah
peranan Badan Kehakiman. Kewujudan sistem mahkamah oleh perlembagaan Malaysia
adalah untuk melaksanakan tugas kehakiman.
mentafsir perlembagaan negara dan mentafsir undang-undang, mengisytiharkan undangundang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mengisytiharkan sesuatu
tindakan kerajaan yang tidak sah di sisi undang-undang adalah tugas-tugas mahkamah.
Pemindaan undang-undang tidak boleh dilakukan oleh mahkamah kerana perkara ini
merupakan kuasa Badan Perundangan atau Parlimen.

d. Pilihan Raya

Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Proses memilih wakil rakyat
untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan mendifinisikan pilihan
raya. Prosedur yang telus dan teratur dan dilaksanakan secara sulit adalah proses pemilihan
yang ditetapkan. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Sistem
majoriti mudah digunakan untuk menentukan pemenang bagi calon yang mendapat undian
terbanyak.
Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen. Suruhanjaya
pilihan raya(SPR) adalah badan bebas tanpa tekanan dari pihak pemerintah / pembangkang.
Yang di Pertuan Agong melantik anggota SPR. Penentuan sempadan bahagian-bahagian
pilihan raya, menjalankan pendaftaran dan mengendalikan pilihan rayaadalah tugas SPR.
Pilihan raya umum diadakan 5 tahun sekali manakala untuk pemilihan ahli Dewan Rakyat dan
ahli Dewan Undangan negeri pula akan diadakan Pilihanraya Umum serentak di seluruh
negara.
Kebaikan Demokrasi Berparlimen

Menzahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih
adalah salah satu kebaikan Demokrasi Berparlimen.

Rakyat juga terlibat dalam menentukan hala tuju politik negara. Demokrasi
berparlimen memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih pemimpin. Ia
menentukan pemimpin yangberkebolehan dan berkualiti.

Rakyat juga mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan. Pemimpin yang
terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat. Ini membantu
ekonomi Negara berkembang maju.

Mengekalkan kestabilan politik negara. Keadaan ini jugamenarik pelancong dari luar
Negara.

Sistem demokrasi berparlimen dapat mengekalkankedaulatan kerajaan. Kerajaan juga


dipilih oleh rakyat. Sistem ini mengamalkan pengkongsian kuasa. Ini memastikan
pemimpin tidak berkuasa mutlak. Keadaan ini menjamin masa depan Negara yang
lebih baik.

Segala pemasalahan diselesaikan melalui rundingan. Kecekapan pentadbiran Negara


yang sistematik dibentuk.Keamanan dan keharmonian Negara dikekalkan. Dengan
ituperancangan pembangunan kerajaan mudah diatur.

Di samping itu kerjasama dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan. Keadaan ini
dapat mengurangkan tekananantarabangsa. Sistem ini juga
memperkukuhkan perpaduan. Perpaduan ini menjamin kestabilan politik yang secara
tidak langsung menarik pelaburan asing. Ia membantu perkembangan industri.

Disebabkan itu pembangunan dan kemajuan Negara menjadi semakin rancak.


Meningkatkan nilai mata wang. Apabila Negara menjadi maju, nama serta imej Negara
meningkat di mata dunia. Dunia juga akan mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam
pelbagai bidang. Malaysia menjadi model sistem pemerintahan untuk negara lain.

Kelemahan Demokrasi Berparlimen

Dua aliran yang mempunyai pandangan berbeza mengenai demokrasi.

Kebebasan dalam sesuatu perkara dihadkan kerana adanya peraturan untuk mengawal
tindakan tersebut.

Memudahkan perebutan kuasa antara kumpulan atau parti politik akan menimbulkan
konflik serta perpecahan rakyat kerana demokrasi memberikan kebebasan berpolitik.

Masalah ada dikalangan pemimpin yang dipilih oleh rakyat tidak peka untuk
menyelesaikan masalah yang timbul dan tidak mementingkan kebajikan rakyat kerana
mementingkan kariernya. Akibatnya kepentingan rakyat tidak diutamakan walaupun
mereka sedar dan ini sering berlaku apabila rakyat tidak menyedari apa yang berlaku
dalam politik.

You might also like